..

..

GUAN ENG TAK LAYAK CAKAP INTERGRITI SELAGI PEGANG KM P.PINANG @dzainalabidin

on Friday, February 3, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Pembangkang jangan cuba ambil kesempatan atas isu penggantungan Tan Sri Annuar Musa kerana mereka seharusnya berasa malu apabila Lim Guan Eng masih terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun sedang berhadapan dengan dua kes rasuah di mahkamah, ujar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Sr Muhamad Farid Saad.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu penggantungan Annuar Musa sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang cuba dipolitikkan oleh pihak pembangkang.
“Ini bukan kali pertama pemimpin kerajaan disiasat… tetapi pembangkang yang konon bersuara lantang tentang ketelusan langsung tidak berani menyiasat atau mengambil sebarang tindakan terhadap Guan Eng.
“… malah apabila ada sahaja isu yang terpalit kepada pembangkang, mereka akan menuduh dan menyalahkan pihak lain pula. Sekiranya mereka benar-benar mengamalkan ketelusan, maka ambillah tindakan terhadap Guan Eng.
“Selagi Guan Eng masih memegang tampuk pimpinan Pulau Pinang, pembangkang tidak ada hak untuk bersuara isu berkaitan integriti,” katanya lagi.
Untuk rekod, Guan Eng didakwa terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn.
Mengikut pertuduhan pertama, Guan Eng dituduh sebagai penjawat awam menggunakan kuasa sebagai Ketua Menteri berhubung perbincangan pengezonan semula tanah di Lot 436 dan 437 Derah Barat daya kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd pada 18 Julai 2014.
Walaupun telah didesak berkali-kali untuk meletak jawatan atau bercuti demi kepentingan rakyat agar rakyat negeri itu tidak diheret sama ke mahkamah namun Guan Eng masih enggan berbuat demikian.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.