..

..

KESATUAN PEKERJA KERETAPI DAKWA KTMB NAZAK KERANA KESILAPAN TUN MAHATHIR SWASTAKAN

on Sunday, May 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





 "Berniaga nasi lemak pun boleh untung". Demikian reaksi Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), Abdul Razak Md Hassan mengenai situasi terkini melibatkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menurutnya, KTMB hari ini sedang nazak dan perlu diselamatkan segera bagi mengelakkan ia menerima nasib sama seperti Malaysia Airlines Berhad (MAS).
"Meniaga nasi lemak pun boleh untung. Kita (KTMB) hari-hari rugi. Bagilah tambang itu naik mengikut har"ga sebenar. Barulah kita boleh naik. Jangan asyik salahkan KTMB.
Sekarang kita luahkan sebab KTMB sedang nazak. Selamatkan KTMB! Sebab itu kita berhimpun, menyuarakan rasa hati. Kita tidak berpiket. Ini perjuangan, kalau bukan kita, siapa lagi nak berjuang?," katanya pada Himpunan Bantahan Pengambilalihan Aset Keretapi Oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC), di sini, hari ini.
Beliau sempat menyingkap sejarah dan meletakkan punca KTMB berada dalam situasi hari ini gara-gara kesilapan dalam dasar kerajaan sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"KTMB tak boleh diswastakan. Kalau saya salahkan Mahathir, orang marah saya. Tapi puncanya siapa yg swastakan?
"Kalau tak diswastakan, kita tak apa-apa. Gaji kita rendah. Malah lagi rendah dr penjawat awam. Saya menjerit sana sini, orang marah RUM tapi orang tak pandang RUM kerja tengah panas, tinggal anak panas nak beri perhidmatan kepada orang ramai," katanya.
Mengulas lanjut, beliau akui netizen marah dengan KTMB apabila perkhidmatan tergendala namun perkhidmatan terpaksa ditahan sementara sebelum ini gara-gara landasan keretapi retak.
"Kita 'delay' orang marah. Netizen marah bila kita tahan perkhidmatan sebab tapi kita terpaksa buat demi keselamatan.
"Kita dah minta sistem itu 10 tahun dulu. Baru skrg nk luluskan. Siapa jadi mangsa? KTMB juga dipersalahkan," katanya.
Beliau juga menuntut kerajaan menyuntik kewangan kepada KTMB‎ di samping menaikkan tambang perkhidmatan.
Melalui risalah diedarkan, didakwa RAC diwujudkan melalui pindaan Akta Keretapi pada tahun 1991 bertujuan‎ mengambilalih pentadbiran aset-aset keretapi.
"Kini melalui Plan Transformasi RAC telah wujud kononnya percambahan idea iaitu pengambilalihan semua aset seperti Lokomotif, Koc, wagon, ETS, SCS, Komuter, Landasan Berkembar, Elektrifikasi, Urusan Jalan, Semboyan‎, Operator Management Centerlised (OMC) malah pekerja-pekerja terpilih akan ditermpatkan di bawah RAC.
"Implikasi kepada cadangan ini sangat teruk hingga boleh berlaku pembuangan kerja malah RUM yakin KTMB hanya akan tinggal nama melalui persaingan yang akan diwujudkan iaitu 'gunasama landasan' apatah lagi jantung KTMB, OMC diambilalih oleh RAC," katanya

Komen GPB
Dasar swasta Mahathir lah punca KTMB nazak  dan sentiasa harapkan ehsan MOF dan kerajaan untuk bantu suntik kewangan  hingga hari ini . 
Malah ketika era Mahathir juga lah tanah2 di Sentul kini tergadai kepada YTL dan kalau ingin ke pejabat KTMB Sentul   perlu melalui pintu pagar YTL . 




Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.