TMJ UCAP TERIMA KASIH PM & KERAJAAN PUSAT BERI DANA RM1JUTA UNTUK JDT #RespectMyPM

on Monday, March 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi dana penghargaan sebanyak RM1 Juta kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Baginda yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam pada itu bertitah, baginda berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat masuk campur dalam isu wang hak penyiaran bagi menyelesaikan pembayaran tertunggak kepada pasukan dalam Liga Malaysia.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat di atas dana tersebut.
“Saya lebih gembira jika Perdana Menteri boleh sampaikan sedikit pesanan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kevin Ramalingam berkenaan wang hak penyiaran yang masih tertunggak kepada pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Liga Super dan Liga Premier.
“Manakah wang RM1 atau RM2 juta yang sepatutnya diagihkan ke setiap pasukan? Sut-sut pegawai FAM dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) semakin mahal, tetapi tunggakan kepada pasukan tidak dilunaskan” titah baginda dalam satu soal jawab seperti dilaporkan laman Facebook Johor Southern Tigers semalam.
Media semalam melaporkan pasukan JDT mendapat suntikan RM1 juta daripada kerajaan pusat atas kejayaannya meraih kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015.
JDT muncul kelab pertama Malaysia dan juga pertama di Asia Tenggara meraih piala itu setelah mengalahkan kelab Tajikistan, FC Istiklol, 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Central Republican Dushanbe, Tajikistan, Oktober lepas.
Dengan sumbangan itu, ia diharap dapat membantu program pembangunan bola sepak negeri Johor.
Sumbangan berbentuk cek daripada kerajaan pusat itu disampaikan oleh Perdana Menteri kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim di majlis perasmian projek hartanah Forest City di Johor.
Tunku Ismail dalam pada bertitah, beza diantara baginda dengan pesaingnya dalam sukan bola sepak ibarat memandu kereta yang laju.
“Saya seorang yang gemar memandu kereta yang laju dan saya tahu destinasi saya. Mereka pula mahu memandu apa yang saya pandu, tetapi mereka tidak tahu hala tuju mereka,” titah Tunku Ismail. – mynewshub.cc


One Response

  1. Anonymous says:

    TERBAIK DARI TMJ

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.