..

..

RAHSIA JUMLAH ANGOTA TENTERA DIDEDAHKAN SECARA TAK SENGAJA KEPADA DUNIA ??

on Thursday, March 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Siapa la penulis ucapan perutusan  Menteri Pertahanan ini ?? Secara tidak sengaja secara didedahkan jumlah anggota tentera (LLP) paling utama sebagai benteng utama negara kepada media dan dunia amnya .  
Setakat aset tentera kita , mungkin risikan negara asing tahu kerana boleh search melalui internet dan sebagainya , tetapi jumlah anggota tentera secara kasar tidak diketahui . 
Tetapi bila didedahkan seperti ini sebagai berita baik melalui kenaikan gaji , ia sebenarnya  telah memberitahu musuh secara basic  kekuatan  anggota pasukan  kita.  
Sepatutnya tidak perlu disebut jumlah anggota hanya menyebut anggota lain lain pangkat (LLP) sahaja .
Kini ia telah tersebar meluas ke seluruh dunia atas kesilapan sendiri yang cuai !


Kuala Lumpur: Seramai 76,771 (70 peratus) anggota tentera lain-lain pangkat (LLP) yang sedang berkhidmat akan dinaikkan gaji mulai 1 Julai ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenaikan gaji menerusi kelulusan pemakaian Band 5 bagi semua kemahiran akan membabitkan 131 Tred anggota LLP dalam Sistem Tred dan Band Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Katanya, penambahbaikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM58.89 juta.
"Kelulusan ini bukan saja memberi manfaat dari segi peningkatan gaji, malah satu bentuk pengiktirafan terhadap kepakaran dimiliki anggota," katanya dalam perutusan tahun baru 2016 di sini, hari ini.
Menurutnya, kerajaan juga memberi satu kenaikan Band secara one-off kepada 19,436 bekas anggota LLP yang tamat perkhidmatan mulai 1 Januari 2013 hingga 30 Jun tahun ini membabitkan peruntukan RM56.62 juta.- HARIANMETRO- 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    selalunya jabatan perangkaan yang buat statistik ini selalunya keluarkan report nombor-nombor anggaran, agak-agak.. contohnya jumlah penduduk malaysia dikatakan 30 juta orang.. eh betul ke?? campur tolak yang keluar masuk sempadan malaysia ni naik kapal terbang, di sempadan darat, di sempadan laut.. huh lebihlah manusia yang berada di bumi malaysia ni pada satu-satu masa.. tapi itulah. jabatan perangkaan bukannya malaikat nak tahu setiap manusia yang ada di bumi malaysia ni berapa orang setepat-tepatnya.. yang takdak dokumen pengenalan diri.. yang menghilangkan diri.. yang bertukar identiti.. yang mati.. yang lahir.. entah main sebut je malaysia ada 30 juta orang.. macam tu gak bilangan tentera.. agak-agak je.. campur tolak tentera yang jadi spy.. yang pergi oversea untuk apa-apa misi ketenteraan.. yang sukarela pun ada.. mm who cares malaysia ada 70 ribu tentera.. habis negara lain ada berapa juta tentera?? so malaysia ni dah tak selamat ke apa?? hah banyak sangat bersangka buruk.. hidup ni bukannya forever pun.. ingat dunia ni takkan ada kesudahan pun.. elok buat amal ibadat, ada gak pahala untuk dikumpul untuk hari akhirat.. ini untuk muslim lah.. untuk bukan muslim pun jaga moral.. moral yang baik ni universal.

  2. Anonymous says:

    bukan ada beza pun, bukan boleh halau china dr perairan bintulu. kapal x cukup yg ada dah tua, fighter jet dah berapa kali tertunda pembelian......

  3. Anonymous says:

    Inilah menteri najib..semua bijak pandai..klu penulis teks tulis..ko semaklah dulu sblm berucap..ngok

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.