..

..

ISTERI KENA RABA SALAHKAN PM & MENTERI SEPERTI TINDAKAN ORANG HILANG AKAL

on Thursday, February 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




ISTERI diraba warga Nepal. Tindakan drastik, belasah Nepal tersebut hingga berdarah. Muatnaik gambar Nepal tertiarap tanpa melihatkan wajah yang jelas. Kemudian sambung berbusking, menghiburkan orang ramai. Kira-kira 4 jam kemudian, baru buat laporan polis. Dalam masa sama salahkan Perdana Menteri dan Menteri.
Manusia diberikan akal dan otak untuk berfikir. Haiwan pula walau diberikan otak, ia tidak berakal. Bezanya manusia dengan haiwan ialah akal. Kerana itulah haiwan senang seperti lembu senang dicucuk hidung dan hanya mengikut kehendak tuannya yang memberinya makan rumput setiap hari.
Malangnya di akhir zaman ini, manusia dikatakan semakin hilang akal. Akal yang menghasilkan budaya dan ketamadunan seakan-akan gagal digunakan dengan sempurna. Budaya murni bertukar menjadi budaya mental ‘tak cukup akal’. Hasilnya, terbitlah kedangkalan manusia itu.
Baru-baru ini, seorang busker mengamuk di media sosial mendakwa isterinya dicabul Nepal. Akalnya memilih untuk bertindak sendiri, membelasah Nepal berkenaan hingga tertiarap. Dimuat naik pula gambar mangsa tanpa menunjukkan wajah jelas yang dikatakan bersalah pada isterinya itu.
Paling menjengkelkan, tiba-tiba saja busker itu mengaitkan kejadian itu dengan nama Menteri dan Perdana Menteri. Menteri dan Perdana Menteri dipersalahkan dalam insiden tersebut. Dia menggunakan rasional isu bawa masuk pekerja asing Bangladesh seramai 1.5 juta yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Melalui laman Facebooknya, busker itu juga mengakui selepas membelasah Nepal itu, dia terus sambung berbusking dan hanya membuat report pada jam lebih kurang 2.00 pagi. Sedangkan kejadian diraba itu berlaku kira-kira jam 9 malam?
Jika benar busker itu ingin menuntut keadilan, mengapa tidak terus sahaja dia bawa Nepal itu ke balai polis berdekatan dan selesaikan ketika itu juga? Mengapa perlu sambung berbusking dan melewat-lewatkan waktu?
Soalnya, waraskah akal yang menggunakan rasional tersebut untuk menyalahkan Menteri serta Perdana Menteri atas kejadian tersebut?
Jika dirujuk pada perbuatan meraba, perbuatan itu dilakukan oleh Nepal berkenaan, bukan Menteri atau Perdana Menteri yang meraba isterinya. Wajarkah akal menyalahkan mereka yang tidak membuat perbuatan meraba itu?
Perbuatan mengimport masuk Nepal itu ke Malaysia adalah perbuatan majikan Nepal berkenaan. Tapi yang dimaki ialah Menteri dan Perdana Menteri. Majikan yang membawa masuk bangla yang tidak bermoral itu tidak ‘disentuh’. Waraskah akal itu?
Mungkin kerana akal busker itu menyimpul dan mengatakan kononnya mengimport masuk bangla berdasarkan polisi kerajaan yang dibuat oleh kementerian yang diketuai oleh Menteri dan kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Itu kaitannya untuk menghalalkan busker itu memaki hamun dan menyalahkan Menteri dan Perdana Menteri? Maksudnya, kerana polisi yang dibuat kerajaan, maka setiap dosa jenayah atau kesalahan itu harus diletakkan di bahu pemerintah?
Sekiranya itulah logik akalnya, maka sudah tentulah Rasulullah SAW akan dipersalahkan juga jika berlaku jenayah dan insiden sumbang di zaman pemerintahan baginda di Madinah dulu. Di zaman Rasulullah, berlaku dosa zina dan sebagainya walaupun ajaran Islam yang baginda sampaikan menegah keras perbuatan tersebut.
Soalnya, apakah wajar dan tergamak akal kita untuk menuding jari pada Rasulullah atas dosa umat Islam yang berlaku di zaman baginda?
Ketika zaman itu, ekoran Madinah menjadi tumpuan pedagang dan umat seluruh dunia, pelbagai kaum wujud dan tinggal di kota Islam berkenaan. Ada yang datang dari Habsyi, Mesir, Iraq dan sebagainya. Polisi Madinah ketika itu adalah terbuka sempadan politiknya dan sesiapa saja diterima masuk dan dibenarkan bermastautin di situ.
Namun, sekiranya berlaku apa-apa kejadian jenayah oleh mana-mana pendatang luar yang menetap dan bekerja di kota itu, apakah kesalahan itu mewajarkan Rasulullah SAW dan para sahabat yang membantu baginda dimaki hamun.
Bukan mahu membela warga asing. Tapi jika difikirkan secara rasional, apabila kita berada dalam keadaan yang marah kerana isteri diraba, apa tindakan yang akan kita lakukan? Sambung menyanyi atau membuat laporan polis terlebih dahulu? Tepuk dada, tanya iman.

sumber : KLxpress


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Semakin kronik sakit mental rakyat malaysia.. hasil dari ketidka sediaan menghadapi ledakan maklumat akibat peralatan gadjet, mereka menjadi gila..gila mcm2.

    Semoga Tuhan selamatkan kita dr termasuk golongan gila ini. zaman dulu2 lebih baik manusia ada akak dan kasih syg berbanding zaman penuh teknologi tp jiwa manusia macam HAIWAN. Yg mereka suka ialah kepuasan. Fitnah atau cacian tidak ada kisah lagi.

  2. Itulah kesan pemimpin yg tiada itegriti dlm jawatannyer...salah siapa...?

  3. Anonymous says:

    Busker???
    Kalau akal cerdik tak la pula jadi Busker..Konpom jadi pegawai besar.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.