..

..

BILA PRESIDEN PAN CAKAP KERAJAAN DAP PALING BAIK JAGA KEBAJIKAN MELAYU P.PINANG

on Tuesday, January 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Memang meliar dan meleset kata-kata Presiden AMANAH Mohamad Sabu apabila mengatakan kerajaan DAP menjaga kebajikan orang Melayu di Pulau Pinang paling baik daripada kerajaan negeri lain pada masa kini.

Kalau anda sebagai orang Melayu di Pulau Pinang, adakah anda boleh menerima kenyataan ini? Nampak sangat Mohamad Sabu atau Mat Sabu ini terlalu mengangkat DAP terlebih-lebih sangat tingginya.

Penulis dalam satu tinjauan di Pulau Pinang, sendiri mendengar hampir lima orang yang ditemui kesemuanya orang Melayu semuanya ada maki hamun khas kepada kerajaan DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Kalau dikira dan diingat semula, sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, sudah hampir lapan tahun DAP menguasai pentadbiran di negeri itu.

Mat Sabu sendiri bukanlah orang asing di Pulau Pinang kerana beliah lahir di Tasik Gelugor, Seberang Perai tetapi boleh ‘kelabu mata’ dek jasa DAP yang banyak ‘membantu’ dalam menubuhkan AMANAH.

Mungkin orang Pulau Pinang akan mengkritik pula Mat Sabu kerana mengampu Guan Eng sampai begitu sekali.

“Tidakkah pimpinan DAP Pulau Pinang jaga orang Melayu di sana.Saya rasa dia jaga orang Melayu lebih baik dari negeri-negeri lain,” kata Mat Sabu dalam majlis menandatangani perjanjian Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.

Beliau berkata sebegitu rupa sebagai reaksi kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Johor, Zulkefly Ahmad yang meminta DAP tidak meletakkan calon Melayu bertanding di negeri yang ada majoriti orang Melayu itu.

Zulkefly bimbang langkah DAP itu akan menjejaskan peluang Pakatan Harapan menang kerusi kerana masih sukar nak yakinkan pengundi Melayu bahawa DAP bukan anti-Melayu dan anti-Islam.

Hampir lapan tahun berlalu,apakah kadar penguasaan ekonomi orang Melayu Pulau Pinang sudah berlipat kali ganda berbanding zaman dibawah Gerakan/BN dulu.Begitu juga dalam isu perumahan dan sebagainya.

Nyatanya orang Melayu sebenarnya semakin terpinggir. Apatah lagi kisah Kampung Mutiara di Batu Feringghi yang semakin hari semakin tidak pasti masa depan mereka di kampung berkenaan terus berlarutan.

Dari mana asas kata-kata Mat Sabu itu tidak pula diketahui. Inilah sifat yang dinyatakan oleh para penganalisis politik yang bakal membunuh AMANAH serta menjejaskan misi Pakatan Harapan untuk berjaya dalam misi penubuhannya.

– PRU14.tv


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Hidup Mat Sabu.. Betul DAP yang membela nasib orang melayu di pulau pinang.

  2. Anonymous says:

    MEMANG BETUI DIA KATA KERAJAAN DAP PALING BAIK JAGA KEBAJIKAN MELAYU YANG BONGOK MACAM MAT SABU BARUA DAP DAN PENGKHIANAT MELAYU, SEMOGA HANG MAT SABU MAMPUS DALAM KEADAN HINA.

  3. Anonymous says:

    berani ke org org melayu di penang bersatu dan secara terang terangan bersolat hajat di masjid masjid mohon Allah jatuhkan kerajaan kafirun laknatullah ni setiap solat jumaat setiap minggu sampai PRU akan datang..??

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.