..

..

#1MDB : KONSPIRASI GULING NAJIB SEMAKIN TERDEDAH , WHASAPP, PERBUALAN & EMAIL DIPEROLEH

on Sunday, July 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kisah hendak menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendakwa beliau penjenayah dan 'makan' duit firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) nampaknya bertukar sebaliknya.
Kumpulan yang berkomplot hendak 'mengenakan' Najib kini terdedah selepas dua minggu polis Thailand menyiasat bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo dalam lokap paling ketat di negara Gajah Putih itu.
Pada Jumaat, tatkala umat Islam di Asia Tenggara menyambut Aidilfitri, atau Hari Kemenangan, ada berita baik untuk Datuk Seri Najib.
Komplot mengulingkan beliau terbongkar... londeh habis.
Pertama polis Thailand mengesahkan bahawa sebuah organisasi berita berpangkalan di London telah memalsukan dokumen membabitkan 1MDB.

Jurucakap polis Thailand Lt Gen Prawut Thavornsiri berkata kepada akhbar Singapura The Straits Times (ST) bahawa organisasi berita yang mengubahsuai dokumen sulit PetroSaudi International itu milik seorang wanita warga Malaysia yang tinggal di Britain.
Thavornsiri berkata bahawa wanita itu sebahagian daripada sekumpulan orang yang berminat untuk membeli dokumen-dokumen sulit itu daripada Xavier Andre Justo.
"Sebahagian anggota kumpulan itu, termasuk seorang wanita, telah bertemu dengan Justo tiga kali di Thailand untuk menentukan sama ada maklumat yang terkandung di dalam dokumen itu ada sebarang kegunaan kepada mereka.
"Maklumat yang terkandung dalam dokumen yang diterbitkan dalam web kelihatan berbeza daripada salinan digital asal diambil dari komputer peribadi Justo," kata Thavonsiri.
Kumpulan itu bertemu Justo beberapa kali dan dipercayai telah mengadakan pertemuan di Singapura sekurang-kurangnya sekali.
"Kami mempunyai bukti kukuh untuk menyokong dakwaan pertemuan dan kita boleh mengesahkan di kedua-dua negara," katanya sambil menambah kumpulan itu termasuk kakitangan utama daripada pembangkang, kerajaan dan media Malaysia.
"Mereka berkomunikasi (sesama mereka) menerusi e-mel, WhatsApp. Kami mempunyai semua dokumen...setiap perbualan," katanya.
Kedua beliau turut membangkitkan kemungkinan kumpulan ini yang membeli salinan dokumen asal kemudian telah mengubahsuainya berikutan wujud perbezaan maklumat berbanding maklumat asal dalam e-mel yang dicuri oleh Justo.
Katanya Justo telah membuat pengakuan dan ini telah banyak membantu siasatan kes dan dia juga membantu kami menjalinkan hubungan dengan orang lain yang dia hubungi berdasarkan maklumat seperti tarikh dan masa temu janji dan lokasi pertemuan.
"Apabila kami meneliti dengan apa yang dia sebut, kami dapati ia adalah betul. Misalnya, temu janji di hotel, tarikh ketibaan dan pelepasan individu yang menyertai kumpulan itu. Kami juga mendapat maklumat perjalanan di Thailand dan negara-negara asing," katanya.
Menurutnya polis Thailand mendapat semua maklumat daripada Justo untuk membolehkan mereka melakukan siasatan dengan lebih lanjut.
Sementara itu, Ketua polis Thailand, Pol Gen Somyot Pumpanmuang berkata kes itu melibatkan pelbagai bidang kuasa kerana walaupun kesalahan berlaku di Thailand, perniagaan syarikat ini (PetroSaudi) melibatkan banyak negara.
"Ini adalah isu yang amat sensitif yang menjejaskan politik sebuah negara jiran, katanya, sambil menambah Justo menyalurkan maklumat kepada seseorang untuk digunakan bagi menjejaskan keadaan politik di sebuah negara jiran.-sumber -


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.