..

..

RAKYAT AKAN TERIMA GST JIKA HASILNYA DIMANFAATKAN DENGAN BETUL @KhairyKJ @NajibRazak

on Sunday, May 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin percaya bahawa rakyat akan menerima pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas melihat manfaatnya dan yakin kerajaan menggunakan hasil cukai itu dengan betul.

Ketika berucap pada majlis Dialog Meja Kupi di sini hari ini, katanya tahap kemarahan rakyat juga akan reda jika kerajaan menunjukkan peruntukan tambahan hasil pelaksanaan GST.

"Apa yang rakyat ingin tahu ialah jika kerajaan mendapat hasil daripada GST, adakah (kerajaan) membelanjakannya dengan betul? Inilah yang rakyat mahu tahu.

"Jadi kerajaan perlu menunjukkan bahawa kita mesti menggunakan hasilnya sebagai contoh untuk membina sekolah, hospital dan jalan raya di kawasan luar bandar di Sabah. Kita mesti menunjukkannya. Barulah saya rasa rakyat akan memahami cukai ini memberi manfaat," kata beliau.

Khairy menjawab soalan dari seorang daripada hadirin mengenai kerelevenan pelaksanaan GST kerana banyak isu berkaitan sistem percukaian itu telah dibangkitkan dalam media sosial.





Khairy berkata ia memerlukan masa untuk mendapat penerimaan sepenuhnya daripada seluruh rakyat terhadap pelaksanaan sistem cukai baharu negara yang diperkenalkan pada 1 April lepas.

"Kita tidak boleh mengharapkan bahawa apabila kita melaksanakan GST semua orang akan sokong, tiada siapa sokong apabila kita memperkenalkan cukai baharu itu tetapi selagi kita dapat membuktikan bahawa cukai itu digunakan dengan betul, rakyat akan menerimanya kemudian," kata beliau.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno, berkata Akta Hasutan perlu dilaksanakan secara adil dalam semua aspek supaya generasi muda dapat menerima akta tersebut.

"Jika kita mahu rakyat menerima undang-undang atau penerimaan Akta Hasutan menjadi lebih baik, kita perlu memastikan pelaksanaan akta tidak dilakukan secara terpilih," katanya.

Menurutnya Malaysia masih memerlukan Akta Hasutan sebagai pencegahan serta menghalang konflik agama dan kaum, termasuk sebarang percubaan untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Persekutuan kerana, "kami percaya bahawa perpaduan di peringkat Persekutuan adalah paling penting."

Dialog Meja Kupi bertajuk 'Selfie, Like and Tweet: The Rise of Social Media and the Birth of Neopolitics' dianjurkan oleh Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Dasar, Univeristi Teknologi Mara (UiTM) Sabah dengan kerjasama Persatuan Pemerkasaan dan Pembangunan Ekonomi Sabah serta Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (Pimpin). -Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.