..

..

KONSPIRASI TERANCANG VIDEO MUHYIDDIN YASSIN DIMANIPULASI DIDEDAHKAN !!

on Thursday, May 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments







Ramai penyokong Pembangkang serta pentaksub Tun Mahathir bersorak gembira hari ini apabila satu video klip yang didakwa "pemberontakan" Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyidin Yassin bersama para pemimpin UMNO didedahkan oleh media.

Didalam video berkenaan, TS Muhyidin dikatakan mahu semua yang terlibat dengan 1MDB dipecat serta merta dan disiasat oleh pihak berkuasa. Muhyidin juga dikatakan tidak bersetuju dengan Perdana Menteri serta mahu beliau menjawab segala isu berkenaan 1MDB.

Video tersebut disebarkan dengan matlamat mahu menunjukkan seolah-olah ada perpecahan diantara barisan kepimpinan kerajaan BN dan juga kepimpinan UMNO. Tukang muatnaik video berkenaan juga sudah tentunya mahu orang ramai beranggapan bahawa Muhyiddin kini sudah tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak.

Malangnya, tukang muatnaik video berkenaan lupa bahawa kenyataan Muhyidin didalam video berkenaan dibuat sebelum Pilihanraya kecil Rompin dan juga Permatang Pauh iaitu pada sekitar pertengahan bulan April 2015.

Muhyidin juga sekali lagi mengulangi pendirian beliau pada 6 Mac 2015, iaitu sejurus selepas lawatan beliau ke Milan, Itali berkenaan kebimbangan mengenai isu 1MDB yang dimanipulasi oleh pihak pembangkang dan juga Mahathir untuk memburukkan kerajaan.

Bagaimanapun, segala kemelut persoalan mengenai 1MDB telahpun dijelaskan oleh Perdana Menteri kepada seluruh barisan kepimpinan Umno didalam Mesyuarat Majlis Tertinggi yang berlangsung pada 11 Mei 2015.

Ini bermakna, segala persepsi dan juga fitnah yang cuba dilemparkan oleh tukang muatnaik video serta portal pembangkang terhadap perpecahan diantara Perdana Menteri dan juga Muhyiddin adalah TIDAK BENAR! 

Sebab itulah ketika didalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Timbalan Perdana Menteri menyatakan beliau tidak menentang kepimpinan Presiden Umno dan juga Perdana Menteri. Beliau hanya berkongsi pandangan-pandangan dengan pemimpin-pemimpin politik serta rakan-rakan didalam kepimpinan Umno supaya mereka lebih memahami.

Jadi kesimpulannya, video lama Muhyiddin yang muatnaikkan tersebut hanyalah satu agenda jahat dari orang-orang yang mahu menggulingkan kerajaan sedia ada. Mereka-mereka ini semakin terdesak untuk membuat kacau didalam negara dengan menghasut rakyat melalui berita yang tidak benar.

Diharap pihak UMNO dapat segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengambil video secara curi-curi seperti ini kerana ianya jelas program tertutup dimana sebarang rakaman adalah tidak dibenarkan. - Utaranews.com


9 Responses

  1. Anonymous says:

    Betul kan muhidin cakap.... ambil isi die...

  2. Anonymous says:

    Ooo bagus lah camtu. Saya ingat ada perpecahan tadi. Hehehe

  3. Anonymous says:

    Blogger pro najib ni tak hsbis2 nak menipu....vidro lamalah...blah...blah.

    Be real bro!

  4. Anonymous says:

    Konspirasi kepala puki hang laaa..
    Benda x betul.. TS Muhyidib tegur
    Jgn semua org bangang mcm Najib.
    Bukan semua kaki jikat peliaq mcm Speaker Sabah.... zaharin penang pelaq... tunku talibarut komunis..

    Benda salah.. x semua org akan setuju !!!!

    Pelaq sungguh puak2 ni

  5. Anonymous says:

    Konspirasi kepala puki hang laaa..
    Benda x betul.. TS Muhyidib tegur
    Jgn semua org bangang mcm Najib.
    Bukan semua kaki jikat peliaq mcm Speaker Sabah.... zaharin penang pelaq... tunku talibarut komunis..

    Benda salah.. x semua org akan setuju !!!!

    Pelaq sungguh puak2 ni

  6. apa yg mengarut ni..sekurang2nya TSMY mengaku dan pertahankn apa yg di ckp..no u-turn!!

    #jibbyLetakjawatan

  7. Anonymous says:

    elok penulis blog ni bersara je

  8. Anonymous says:

    Inilah hakikat bila tak bersatu... akan ade yg tak puas hati .. laga melaga!

  9. Anonymous says:

    Admin ni ingat pembaca begitu bangang nak menilai video tu video lama ke baru ?Kalau video tu video lama camana TSM boleh ssentuh pasal Bilion Malaysia Yg baru beberapa minggu lalu he? Kalu nak menjilat pun pada pada la

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.