PAGES FB BANTAH PESTA ARAK AKAN ADAKAN BANTAHAN TERBUKA

on Sunday, October 12, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 -  Facebook 'Sejuta Rakyat Malaysia Bantah Pesta Arak', ia sudah mendapat luar biasa apabila memperolehi lebih 19,000 like dalam tempoh seminggu.

Pengendali akaun berkenaan, Najmuddin Yusof berkata, penubuhan gerakan itu sebagai reaksi balas terhadap pesta arak 'Oktoberfest' yang kini dipolitikkan untuk kepentingan pihak tertentu.

Ujar Najmuddin, beliau mahu gerakan itu lebih senang dilihat berkecuali dalam memberi kesedaran tentang bahayanya arak kepada kesihatan tanpa mengira kaum dan agama.

"Kita adalah sekumpulan anak-anak muda yang sudah bosan dengan polemik politik, sejak pesta arak dipolitikkan, kita mahu jadi suara yang bebas, tidak berpolitik.

"Kami menyuarakan isu-isu yang kita nampak pasal arak, kita faham arak ini bukan dari sudut agama sahaja bahkan ia tidak elok untuk kesihatan.

"Jadi kita hendak berkempen supaya orang ramai menjauhi arak, tidak mengira bangsa dan agama," katanya memetik laporan Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut, pihaknya tidak menolak untuk berdaftar sebagai NGO bagi memastikan kempen kesedaran menolak minuman yang memabukkan itu mencapai sasarannya.

"Saya rasa kita kena fikir, kalau kita mahu membantah secepat mungkin, mungkin kami terpaksa bergerak membentuk NGO dulu.

"Kita tidak menolak kemungkinan itu, mungkin lepas ini jadi NGO, baru ada suara sikit untuk jumpa PBT dan agensi kerajaan lain," ujarnya.

Menurut Najmuddin, pihaknya akan memperhebatkan lagi usaha mereka termasuk mengadakan dialog dan mengadakan bantahan terbuka di premis pihak penganjur pesta arak itu.

"Kita akan berkempen lagi, kemudian cetak t-shirt, jangka panjang mungkin buat dialog," jelasnya.

Page berkenaan yang menggunakan logo botol arak pecah menjadi simbolik kepada kempen 'Tak Nak Arak' terpampang di laman berkenaan.

Ditanya tentang sasaran sejuta Like, beliau berkata ia hanyalah gimik dan lebih penting lagi katanya pendidikan tentang bahayanya arak perlu diterapkan dalam masyarakat khususnya generasi muda.

"Sebenarnya satu cabaran untuk dapatkan sejuta page Like itu dan kami gunakan angka itu sebagai gimik.

"Kita pentingkan kualiti, tidak semestinya kita letakkan sejuta, kita perlukan sejuta orang," katanya lagi. 


One Response

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.