LAGI AL KISAH MINYAK SUBSIDI RON95 YANG PERLU RAKYAT MALAYSIA BACA

on Friday, October 3, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




RON95

(Baca sampai habis sebelum komen)

1. Saya rasa berserabut membaca polemik mengenai pengurangan subsidi RON95 sebanyak 20 sen. Orang bertanya serabut, orang yang menjawab pun lagilah berserabut. Akhirnya kita lupa beberapa perkara asas dalam polemik ini.

2. Pengurangan subsidi ini adalah sebahagian langkah rasionalisasi yang diumumkan sekian lama. Harga minyak RON97 diapungkan mengikut harga pasaran, sementara subsidi RON95 akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Itu strategi yang kerajaan umumkan sebelum ini.



3. Strategi ini diperkenalkan kerana satu saja alasan iaitu untuk membolehkan subsidi disasarkan kepada kelompok yang betul. Apabila kerajaan memberikan subsidi yang tinggi kepada RON95, golongan berada dan mempunyai banyak kereta mendapat subsidi yang lebih berbanding golongan miskin (contoh: mereka yang menggunakan sebuah motorsikal di kampung), yang menjadi sasaran subsidi ini.

4. Apabila kerajaan kurangkan subsidi RON95, wang itu diberikan kepada kumpulan sasar melalui BR1M. Wang BR1M itu sepatutnya digunakan oleh 7 juta penerima untuk bayar subsidi minyak sendiri. Setiap kali letak minyak motorsikal, niatkan subsidi 20 sen yang diterima itu. Kalau BR1M digunakan untuk beli beg tangan, pergi Danok atau kahwin satu lagi, bak kata Nabil, "lu pikirlah sendiri!"

5. Pengurusan subsidi RON95 tidak ada kena mengena dengan kenaikan atau penurunan harga minyak dunia, atau harga minyak kita lebih rendah berbanding di negara-negara jiran. Ia juga tidak ada kena mengena sama ada rakyat patut bersyukur atau pun tidak. Alasannya hanyalah satu iaitu mensasarkan subsidi kepada kelompok yang betul. Selain itu, kesemuanya alasan mengarut.

6. Orang kita faham semua itu. Takkanlah dah ada PhD, Sarjana atau Ijazah dengan CGPA 4.0 tak boleh faham isu semudah itu?

7. Saya perhatikan, apa yang rakyat marah ialah dua perkara. Pertama, kenaikan dibuat secara mengejut. Tiba-tiba harga minyak naik. Maka, adalah yang paranoid beratur panjang di stesyen minyak. Satu tangki kereta, boleh isi 40 liter. Kalau minyak sudah ada separuh, bolehlah jimat RM4 selepas beratur panjang. Sebenarnya banyak cara lagi nak jimat RM4. Berhenti merokok adalah salah satu caranya. Begitu juga dengan berhenti minum teh tarik, roti canai atau nasi lemak; jimat kos penjagaan kesihatan akibat kencing manis dan darah tinggi. Apabila tua nanti jangan menyesal dapat pelbagai penyakit yang kita cipta sendiri!

8. Kedua, rakyat bimbang kenaikan harga barang. Orang Melayu terutamanya adalah golongan makan gaji. Berapalah sangat gaji orang Melayu. "Median" pendapatan rakyat Malaysia ialah RM3,262. Sekiranya tak faham median, mean dan mode, sila google. Penyakit peniaga kita ialah minyak naik 20 sen/liter, dia naikkan teh tarik yang menjadi punca penyakit kencing manis itu pun 20 sen jugak!

9. Melihat perkara ini, saya rasa kerajaan boleh lakukan dua perkara. Satu, oleh kerana proses pengurangan subsidi adalah sesuatu yang akan dilakukan secara berterusan sehingga sampai ke satu tahap yang sesuai, maka elok kerajaan sediakan jadual dan maklumkan kepada awam awal-awal. Contoh: pengurangan 20 sen subsidi pada setiap 1 Jun. Jadi, peniaga dan pengguna tahu awal-awal. Tak adalah orang yang naik minyak apabila harga minyak naik 20 sen.

10. Kedua, oleh kerana peniaga kita dihinggapi penyakit "barang naik" (dulu saya ingatkan "barang tak naik" itu penyakit!), maka eloklah kerajaan mantapkan mekanisme penguatkuasaan atau apa saja langkah bagi membanteras kenaikan harga melampau.

11. Kalau perlu buat pindaan undang-undang, silakan. Kalau perlu tambah pegawai penguatkuasa, silakan. Malah kalau perlu wujudkan sukarelawan (seperti yang dilakukan oleh askar wataniah atau polis bantuan) untuk bantu penguatkuasa sepenuh masa (saya difahamkan pegawai penguatkuasa tak cukup), maka silalah lakukan. Kalau perlu tembak hidup-hidup di tengah padang lapang untuk jadi pengajaran kepada peniaga curang lain, buatlah. Buatlah apa pun untuk kekang kenaikan harga barang.

12. Satu lagi ialah rakyat ingin melihat sebarang penjimatan dari rasionalisasi ini disalurkan kepada perkara-perkara yang menguntungkan rakyat dari segi jangka panjang. Pada tahun ini, kerajaan peruntukan bajet sektor pendidikan RM54.6 bilion, iaitu sektor yang menerima bajet terbesar. Pendidikan telah menjadikan kita semua keluar dari kemiskinan. Malah, MRSM yang melahirkan ramai cendikiawan dan teknokrat Bumiputera hari ini mendapat lebih separuh bajet yang diperuntukkan kepada MARA, sekitar RM6 bilion.

13. Disebabkan pendidikan yang kita dapat dengan subsidi yang cukup besar itulah, maka hari ini kita boleh upload gambar minum di Coffee Beans, gambar handphone baru, gambar makan di Tony's Romas dan gambar kereta baru dalam Facebook. Itu belum lagi kira gambar tiket kapal terbang, siap dengan "seat number." Opps!

14. Sekiranya penjimatan ini disalurkan kepada pendidikan atau bagi membantu kelompok "bottom 40," saya akan sokong sepenuhnya rasionalisasi tersebut.

15. Nah, saya sudah cakap apa yang saya nak cakap mengenai pengurangan subsidi minyak RON95. Nak tembak saya, silakan!





KISAH MINYAK BERSUBSIDI DI MALAYSIA.
(Coretan siri 2 oleh Ahmad b Maslan, 3/10/14)


1. Purata subsidi seliter Ron95 yg diberi oleh Kjaan BN kpd rakyat ialah 0.74 sen utk tahun 2013 & 0.76 sen utk diesel. Jika guna 100 liter maka rakyat diberi rm74, 1000 liter rm740 & 10 ribu liter rm7400 !!. Siapakah yg guna 10 ribu liter atau lebih Ron95 utk setahun? Tentunya mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi yg memiliki beberapa buah kenderaan.

2. Isian penuh minyak Ron95 utk sebuah motorsikal ialah sekitar 7.5 liter, kereta kecil sekitar 40 liter, kereta besar sekitar 75 liter. Jika 74 sen subsidi seliter, pemilik motorsikal isi penuh dapat rm5.55 subsidi, kereta kecil rm29.60 subsidi tapi kereta besar dapat rm55.50 setiap kali mengisi penuh Ron 95.

3. Pada bulan Februari 2013, harga pasaran Ron95 ialah 2.94 seliter tapi Kjaan BN beri 1.04 subsidi jadikan Ron95 bersubsidi yg dibeli rakyat cuma 1.90. Diesel dlm tarikh yg sama harga pasaran 2.85, subsidi 0.95 dan harga utk rakyat 1.90.

4. Pada Februari 2014, harga pasaran Ron95 ialah 2.83 seliter tapi Kjaan BN beri subsidi 0.73 jadikan Ron95 bersubsidi yg dibeli rakyat 2.10. Diesel dlm tarikh yg sama  berharga subsidi 2.10 & jumlah subsidi 0.73 yg kebetulan sama dgn Ron95.

5. Pada Februari 2013 harga minyak dunia ialah usd122.47 setong dan Februari 2014 pula usd114.41. Pada 26 Sept 2014 minyak dunia usd102.06. Harga pasaran minyak dunia turun dan naik tapi kekal tinggi sekitar usd92-usd122. Harga pasaran minyak di Msia juga turun bila harga minyak dunia turun. Hari ini Ron95 adalah 2.58 & diesel pula 2.52.

6. Tapi rakyat Msia hingga 2/10/14 masih mendapat harga minyak yg kurang drpd harga pasaran iaitu ron95 bersubsidi 2.30 dan diesel bersubsidi 2.20. Subsidi Kjaan BN hari ini utk ron 95 masih ada iaitu 0.28 seliter dan diesel 0.32 seliter. Subsidi ini turun naik bergantung kpd pasaran minyak dunia & dasar Kjaan terhadap subsidi tersasar kpd bersasar.

7. Jumlah subsidi minyak Kjaan BN utk rakyat adalah banyak iaitu 2009 rm6.2b (minyak usd62), 2010 rm9.6b (minyak usd80), 2011 rm20.4b (minyak usd111), 2012 rm24.7b (minyak usd112), 2013 rm24.8b (minyak usd110) dan 2014 subsidi sekitar rm21billion. Semua angka2 subsidi ini sangat besar yg sepatutnya diguna utk pembangunan rakyat dgn lebih bersasar.

8. Ramai yg sudah jelas bahawa subsidi minyak Msia adalah tersasar sbb rakyat berpendapatan rendah dapat subsidi yg sedikit keran mengguna  motorsikal atau sebuah kereta kecil tapi rakyat berpendapatan tinggi dapat subsidi yg lebih besar sbb mengguna kereta besar & jumlahnya pula beberapa buah.

9. Sepatutnya subsidi diberi lebih kpd rakyat berpendapatan rendah & kurang kpd yg berpendapatan tinggi. Di Msia subsidi minyak jadi terbalik. Ini perlu dibetulkan dgn diberi pelbagai bentuk bantuan kpd rakyat yg berpendapatan rendah.

10. Negara2 jiran pula tidak ada atau tidak banyak beri subsidi minyak, maka sebab itu harga minyak mereka tinggi dan berlaku penyeludupan yg merugikan rakyat & negara Msia. Tentunya agensi2 penguatkuasaan sedang melakukan tanggung jawab masing2 dlm satu team besar pelbagai Kementerian.

11. Kesan harga minyak kpd kenaikan harga barang pula mesti ditangani dgn sepadu. Memerangi org tengah, banyakkan Pasar Tani, Pasar Borong, Pasar Ikan, pelbagai pasar lain, jadikan pasaraya sbg penanda aras harga, buku panduan harga barang, senarai harga dlm akhbar, kuasa pengguna utk memilih, kedai harga patut, Kedai Rakyat 1Msia, Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan/Profiteering, kawalan harga waktu perayaan, banyakkan program jualan2 murah, pemantauan harga oleh penguatkuasa, perniagaan jangan dimonopoli oleh kaum2 tertentu adalah antara kaedah2nya.

12. Rumusan ttg hal subsidi minyak ialah keperluan kpd pembetulan struktur subsidi dgn kaedah pembaikan kpd subsidi yg terbalik yang tidak rasional. Inilah antara sbb mengapa subsidi minyak dikurangkan 20 sen selain utk lebih 20 ribu juta/billion ringgit subsidi itu diguna bagi menafaat pembangunan rakyat dan negara dgn lebih adil serta bersasar. Tkasih



5 Responses

  1. Anonymous says:

    Lu seeembang ....potong subsidi bagi BR1M...dapat BR1M habis di mesin slot, rokok dan nombor ekor

    Ketirisan akibat penyeludupan....kalau potong semua subsidi agak2 ada penyeludupan minyak tak ????...Wa confirm TETAP ADA....minyak kat Singapura ??...Thailand ???...Indonesia ???

    So, pemimpin UMNO/BN kurangkan berpolitik atau terikut2 dgn rentak politik Pakatan Haramjadah....buat kerja betul2, jangan cantas2, lawat kawasan....dulu2 heboh kena taget ISO....sekarang kena buat dan jalankan SOP tertinggi pada setiap level pentadbiran dan pelaksanaan kerajaan

    Sekarang terlalu banyak pembaziran kewangan, kadang2 berkait dgn emosi terikut2 sampai berbulan2 contoh MH17...yg berlaku dah pun berlaku tapi fokus kpd tragedi ni mcm Malysia dah nak runtuh....tu tah berapa banyak belanja...tak mengapa tapi berpada2.....bak kata Pak Cik Suman...orang mati jatuh kapalterbang dapat Badal Haji....abang Ngah kau mati sape nak buat Badal Haji....kadang2 meraih sesuatu impak terhadap situasi memakan korban kewangan yg bukan sedikit !!!






  2. Joe Rizal Praha2 says:

    Wassalam . Syabas saudaro telah memberi ulasan yang mantap. Jangan ingat oran adoPhD Masters dan sbgnyo pandai. Itu hanyo paper qualification jo. Otak tak jalan yob.Oran yang mengunokan otak dio tak cakap macam tu dio fikir dulu. Ramai yg punyo PhD dan sgnyo tu pornah tinggal diEngland,USA Australia dan lain lain. Tapi dio tak pun bising maso disano? Ngapo? Takut? Hypokrik.

  3. Anonymous says:

    Baru naik 8% sahaja. Kalau minyak sebulan RM 200 baru RM 16 sahaja

  4. Anonymous says:

    Pasal bajet ni..tiap2 tahun ada bajet untuk sektor masing2 malah ada peningkatan tiap kali bajet tapi tiap2 tahun juga sama je masaalah sampai sekarang nasib petani nelayan penduduk luar bandar sama je..mana pergi wang bajet tiap2 tahun yang diperuntukan kalau dikira dari RMK entah dah billion2..tapi nasib rakyat sama je..betul ka wang bajet disalurkan.

  5. Anonymous says:

    Oleh kerana orang kaya tak guna ron97..kerajaan akan hapuskan subsidi ron95 kerana orang kaya pun guna ron95 bila isi petrol kat stesen minyak persoalannya kenapa ada perbezaan antara orang kaya dan miskin bila nak isi minyak petrol..tapi aku malas nak ulas kat sini antara kaya dan miskin.. kan lebih baik guna satu petrol je yang terbaik untuk rakyat kalau ron97 berkualiti dan tentukan harga yang sesuai untuk semua rakyat malaysia tanpa mengira pangkat kaya dan miskin bila mengisi petrol..Malaysia pengeluar minyak sepatutnya semua rakyat menikmati hasil anugerah bumi ini sama rata tanpa mengira darjat..urus dengan betul ambil kira pengorbanan rakyat untuk negara

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.