WARGA EMAS SOUND RAMKARPAL PASAL ADUAN TAK DIPEDULIKAN KERAJAAN DAP

on Thursday, May 15, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


GEORGETOWN 14 Mei - Kempen pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor mungkin merupakan yang paling membosankan selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 berikutan ketiadaan Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan empat penjuru itu.
Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor ini kurang mengujakan.


“Ini (pilihan raya kecil Bukit Gelugor) mungkin merupakan pilihan raya paling membosankan selepas berlangsungnya pilihan raya umum memandangkan kita tidak nampak sebarang pertarungan antara dua parti politik utama.


seorang warga emas meluahkan rasa tidak puas hati berikutan aduan yang diajukan penduduk tempatan tidak dipedulikan kerajaan negeri kepada Ramkarpal Singh semasa berkempen di Jalan Delima, Georgetown, Pulau Pinang, semalam

“Tanpa BN selaku parti yang dikenali umum, kita tidak melihat kempen yang sengit dari segi jentera dan sumber manusia berbanding calon bebas," katanya di sini hari ini.

Dr. Sivamurugan berkata, senario pilihan raya kecil Bukit Gelugor hampir sama dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei, 2009 apabila BN tidak bertanding.

Pilihan raya kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei ini berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh daripada DAP akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Kampar, Perak, pada 17 April.

Mendiang Karpal Singh yang juga bekas Pengerusi DAP, memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi, mengalahkan calon BN Teh Beng Yeam, yang meraih 13,597 undi.

Ditanya sama ada DAP akan memperoleh undi simpati, Dr. Sivamurugan berkata, undi simpati mungkin diberi kepada calon DAP, Ramkarpal Singh yang juga anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh.

“Sudah tentulah ada undi simpati sebagai tanda menghormati sumbangan mendiang Karpal Singh," katanya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    BESOK SI RAM KAPALSINK NI PULAK MAMPOS DI LANGGAR LORI!!

    MUDAH2AN...............

  2. Anonymous says:

    dia org sound pun dia org tetap undi ....biarkan aje... x der kudis kat depa ..mmg dah mcm tu ada masalah ..main isu salahkan kerajaan ..bila susah ..cari kerajaan ..sebab depa tahu kerajaan mesti tolong punya..kan kan kan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.