Archive for 05/29/11

default

Rahsia kehebatan Pemuda UMNO Bagan telah terjawab ...

on Sunday, May 29, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Sebelum ini kalau sebut nama  Pemuda UMNO Bagan , orang pun tak  kenal siapa Ketua Pemuda bahagian itu . Tetapi selepas Ketua Pemudanya Ir Shaik Hussein Bin Mydin yang juga Ketua Pemuda UMNO P.Pinang telah  memalukan Ketua Menteri DAP  Lim Guan Eng di Taman Bagan tempoh hari, nama beliau terus meletup dan popular . 

Di mana hebatnya  Pemuda Bagan ini ? di  Kerisnya ka ...  Semalam PB dijemput ke Persidangan Perwakilan Pemuda Bagan dan ia dirasmikan oleh Exco Pemuda Lokman Noor Adam dan akhirnya telah menemui jawapannya .

Rahsianya ialah Sdr Shaik Hussein yang baru dilantik sebagai KP Negeri yang baru ada telor dan telah  tunjukkan bahawa inilah sebenarnya Pemuda Berani !

Beliau berkata semalam di dalam ucapannya yang mana beliau  sanggup pergi mana-mana PC Ketua Menteri jika diberi kebenaran bagi mendengar tuduhan dan fitnah Guan Eng kepada UMNO dan akan menjawabnya semasa itu juga . 

Ini yang kita mahu Pemuda harus berani bukannya berani di dalam majlis kelompok UMNO atau sidang media di PWTC sahaja . Sdr Shaik Hussien juga pernah ke Speaker Corner di Padang Kota dan berani  bertikam lidah dengan juak-juak kafir penyokong DAP .

Kalau ada 10 orang macam Shaik ini di P.Pinang , pakai demam juga la Guan Eng lidah biawak ini .....
























default

Cerita Cherok Tok Kun & semangat baru Pemuda UMNO Bukit Mertajam

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Permatang Pauh & Bkt Mertajam ini  tidak dapat dipisahkan kalau bicara tentang Anwar Ibrahim  . Anwar Ibrahim sebenarnya bukan anak Prmtg Pauh tetapi adalah anak  Bukit Mertajam iaitu kampungnya  di Cherok Tok Kun .

Bila PB dijemput ke Persidangan Perwakilan Pemuda Bkt Mertajam di  Hotel Summit   dan kebetulan free masa itu , memang best la orang kampung Anwar sendiri buka cerita tentang nasib mereka yang tidak dibela langsung oleh PKR dan kerajaan DAP . Mesyuarat depa ini dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Datuk Razali Ibrahim  .

Punya la tak buat kerja Adun PKR Tan Hock Leong ini sehinggakan  UMNO Bukit Mertajam telah baiki rumah penduduk sebanyak 13 buah rumah tetapi PKR baru baiki sebuah rumah . Itu belum kira jalan berlubang di kampung di Bkt Mertajam  termasuk Cherok Tok Kun sendiri  yang terletaknya Galeri Pejuang PKR .

Tok Musa yang juga Ketua Bahagian Bkt Mertajam semasa memberi ucapan bukan main lagi bakar semangat   semua perwakilan Pemuda  supaya  lebih  berani dan jangan takut kepada Pakatan Rakyat .

Semangat  baru Pemuda Bukit Mertajam juga semakin mendapat tempat dari golongan muda dan tidak lagi seperti dahulu.

Teruskan perjuangan Pemuda Bkt Mertajam !















default

PANAS ! Ostat Nor Azli Musa PAS sudah jadi orang fasik - kata Mufti Perak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments




Selepas panas isu Ostat totok PAS Nor Azli Musa yang gelarkan Mufti Perak sebagai Haramsani  kerana makan duit haram yang disebarkan secara meluas di You Tube , Tok Mufti Perak telah memberi komen beliau dan menyifatkan tingkah laku ostat PAS ini serupa orang FASIK ! Orang Fasik ini kalau cakap semuanya bohong dan sukar untuk kita percayai .

Memang elok pun gelaran orang fasik diberikan kepada Ostat PAS ini kerana mulut dia mencaci orang lain memang cukup memalukan .

 Kalau dia cakap Harussani sebagai Haramsani ,  beliau pulak sebenarnya  adalah Haramjadah ! Dasar pencacai DAP !


IPOH 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menyifatkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyerupai orang fasik kerana setiap kata-katanya sukar untuk dipercayai.


Katanya, orang seperti itu tidak wajar dipercayai kerana perbuatan memburukkan orang lain jelas bertentangan dengan ajaran Islam.


"Saya nak tanya dia, semasa dia bekerja makan gaji dulu, dari mana sumber duit gaji yang diterimanya?


"Semasa zaman Rasulullah dahulu pun, duit yang dibayar gaji juga diperoleh daripada cukai arak dan judi, semua itu tidak pernah dipertikaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Harussani berkata demikian sebagai mengulas kebiadapan Nor Azli yang sanggup menggelarnya sebagai 'Haramsani' kerana menerima wang yang didakwa daripada sumber haram.


Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.


Harussani berkata, tidak salah menggunakan duit tersebut kerana perkara seperti itu tidak pernah dipertikaikan pada zaman pemerintahan Islam dahulu lagi

default

Bila Najib ajak belia pertahan Putrajaya dari Pakatan...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Patut lah juak-juak pembangkang marah sangat Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya yang bermula Jumaat dan akan berakhir hari ini .  Himpunan ni telah menghimpunkan satu jumlah yang cukup besar bagi golongan muda malah melebihi himpunan Pemuda PAS dan PKR sendiri . 


Yang lebih mereka bengang lagi bila Najib menggunakan kesempatan di himpunan ini mengajak semua beliau pertahankan Putrajaya dari Pakatan !  


“Kalau di Mesir, sejuta belia berhimpun untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi di Malaysia, sejuta belia berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya. Pembangkang kata nak lelong Putrajaya. Tetapi Putrajaya tidak boleh dilelong sebab hari ini ada sejuta belia bersama-sama dengan kerajaan mempertahankannya.

“Kalau belia terus bersama-sama dengan kerajaan, negara kita akan jadi aman dan pembangunan dapat diteruskan. Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia bahawa negara kita aman dan stabil dan menjelang 2020 kita akan jadi negara maju.

“Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.Negara kita, milik kita dan belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan plan transformasi negara," katanya.









Anwar dan Pakatan amat  mengharapkan sokongan luar biasa pengundi muda  kepada mereka pada PRU akan datang  bagi memudahkan mererka  masuk   ke  Putrajaya tetapi nampaknya Najib lebih bijak untuk menyekatnya dengan mengajak semua belia pertahankan Putrajaya dari Pakatan . 


Ungkapan Najib ini jelas cukup mendalam sekali dan memberi tamparan hebat kepada  Pakatan  kerana lebih 1 juta golongan belia telah  hadir ke Putrajaya .  Tenyatan kini golongan muda bukan lagi golongan yang dipinggirkan kerajaan tetapi merupakan share partnet  kepada kerajaan  ! 



Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.