Apa yang kecoh sangat tentang kajian Merdeka Centre ini hingga jadi isu besar sekarang ini. Kerana turun 6 % saja populariti Najib melalui kajian telah buatkan ramai Pak Menteri mula bercakap .
Jangan mudah gelabah dengan propaganda Merdeka Centre ini kerana diketahui umum mereka adalah alat pembangkang . Kadang-kadang GPB lihat silap media kita juga yang mana bila kajian seramai 1000 lebih respoden saja oleh Merdeka Centre dulu yang cakap populariti Najib naik sehingga 73 % , ia diperbesarkan . Masa itu pak2 menteri ini syok la membodek PM dan gah bercakap kononnya sebagai isyarat rakyat kembali sokong kerajaan .
Tetapi bila ianya merosot , mula lah bising sana sini. GPB setuju dengan pandangan TPM bahawa bancian populariti PM sebenarnya tidak mencerminkan pun situasi sebenar . Berapa kerat responden dan siapa mereka temui ini kita boleh pertikaikan .
Cuma di sini silap pihak kerajaan & media kita dulu kerana terlalu percaya kajian mereka ketika peratusan populariti meningkat . Tak mustahil selepas ini kajian Merdeka Centre akan terus menunjukkan graf penurunan populariti PM agar ia menguntung Anwar dan konco-konconya.
Sebabnya mudah ialah mahu
1) melengahkan Najib dari membuat keputusan bubar Parlimen & isytihar PRU 13
2) Memberi keuntungan kepada politik Anwar & Pakatan untuk gambarkan rakyat mahu kerajaan baru
3) Isu harga barang naik & kos sara hidup tinggi akan terus dimainkan pembangkang
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa berkata bancian populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijalankan Merdeka Centre tidak mencerminkan situasi sebenar.
Beliau berkata laporan terbaru organisasi itu "tidak semestinya benar" kerana ia bergantung kepada bagaimana responden dipilih.
"Kita tidak mengambil serius laporan itu kerana tanggapan orang ramai boleh berubah dari semasa ke semasa. Apa yang penting sekarang ialah apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi isu berbangkit bagi memastikan Perdana Menteri terus mendapat sokongan teguh," katanya kepada pemberita, di Putrajaya Selasa.
Bernama mlaporkan Muhyiddin yang ditemui di Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sempena Aidilfitri di Seri Perdana, juga berkata kerajaan bekerja keras untuk mengatasi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.
"Kami sedang mengatasi isu itu. Kenaikan harga barang adalah isu global. Bagaimanapun kerajaan mengambil langkah untuk menanganinya," kata beliau.
Kajian membabitkan 1,027 responden itu menunjukkan rating Najib jatuh enam peratus daripada 65 peratus pada Mei lepas kepada 59 peratus pada Ogos.
Kajian itu menyifatkan kemerosotan tersebut berpunca daripada kebimbangan rakyat mengenai peningkatan kos sara hidup yang mula dirasai pengguna akibat kenaikan harga minyak dan tarif elektrik baru-baru ini. – 30/8/2011