Komuter KTMB baru sudah tiba dari China , hasil inisiatif NKRA Kerajaan

on Tuesday, September 27, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments








Ada class dan moden  !  Itu yang GPB boleh gambarkan selepas melihat gambar baru tren Komuter KTMB dari China yang baru sahaja tiba di Malaysia baru-baru ini .  Buat masa ini 1 set  Komuter  yang mempunyai 6 gerabak  sahaja baru  tiba di Malaysia yang akan bermula operasi tidak lama lagi.

Menurut maklumat , sebanyak 38 set komuter  ini ditempah dari negara China  bagi menampung keperluan 1 juta pengguna komuter setiap hari .  Ada sumber menyatakan 1 set komuter ini boleh menampung hingga 900 orang pengguna !

Jika dilihat  design gerabaknya , ia seakan-akan seperti  ETS . Pada tahun 2012 disasarkan kekerapan 7.5 minit pada masa puncak.

GPB yakin dengan adanya gerabak komuter baru ini yang dibeli kerajaan untuk NKRA Menambah Baik Pengangkutan Awam   , sekurang-kurangnya ia  dapat menyelesaikan masalah kelewatan dan kesesakan  jutaan pengguna yang mengguna  pengangkutan awam utama di Lembah Klang ini .



6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana


• Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.


• Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012.






















2 Responses

  1. Anonymous says:

    Tak payah tambah tambah. bior le kitorang berasak asak naik komuter yang ada tu. seronok kena raba kena kepit kepit kena gesel dek mat bangla dan mat indon. oh betapa semerbaknya aroma badan mat bangla dan pewangi kretek mat indon, sampai meleleh ayor licin ehemm ehemmm... kalo tambah tak sesak le, tak sonok le lagi ktmb oi. zubaidahzubaidi@yahoo.com

  2. Anonymous says:

    oi zubaidahzubaidi@yahoo.com yang kau suka sangat bersesak-sesak masuk koc lelaki tu wat per ah? kan ktmb dah sediakan koc khas wanita. ko tu memang gatai nye pompuan. jeles aku tau. kalau kau gesel-gesel ngan aku tak per le...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.