Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2010-11-28

default

Terima kasih Bambang Pamungkas , Malaysia ke Separuh Akhir Piala Suzuki 2010

on Tuesday, December 7, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Gol Bambang Pamungkas membawa Malaysia ke Separuh Akhir Piala Suzuki 2010




SYABAS MALAYSIA !! Skuad bola sepak negara layak ke Separuh Akhir Piala Suzuki 2010 apabila berjaya mengalahkan Laos 5 -1 .

Kejayaaan skuad negara membelasah Laos ini tidak bermakna jika tidak kerana 2 gol jaringan bekas penyerang Selangor yang juga Kapten Indonesia Bambang Pamungkas yang membenam Thailand dengan keputusan 2 -1 .

Terima kasih kepada Bapak Bambang Pamungkas dan rakan2 yang membantu Malaysia ke Separuh Akhir Piala Suzuki ini . 1 MALAYSIA !

default

Hari jadiku didahulukan , perasmian majlis TYT Gabenor diperlekehkan

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Adakah penting sambut harijadi daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri ? Itu lah yang terjadi di negeri Ketua Menteri berlidah biawak apabila beliau tidak menghadiri majlis perasmian Pesta Pulau Pinang kerana mengadakan majlis harijadinya secara tertutup . Sememangnya setiap hujung tahun akan diadakan pesta ini oleh kerajaan negeri yang sememangnya mendapat sambutan daripada rakyat serta pelancong .

Sebagai Ketua Menteri , sewajarnya Guan Eng perlu mengutamakan tugasnya sebagai CM daripada perkara peribadi seperti sambut birthday ini . Ini tidak beliau lebih utamakan hari jadinya yang jatuh pada 8 Disember jika mengikut kepada biodatanya . klik di sini


Blogger Penang tersohor , PISAU.NET mempunyai butiran lebih lanjut seperti di bawah..







Sudah menjadi keutamaan Ketua Menteri mengiringi TYT Gabenor pada setiap majlis rasmi dan acara kerajaan negeri.Tetapi sebaliknya Ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri,sebagai seorang DAP beliau melihat majlis merasmikan Pesta Pulau Pinang bukan menjadi keutamaan beliau kerana tidak perlu menghormati seorang ketua negeri hatta Sultan sekali pun.


Perasmian yang diadakan di dewan terbuka tapak pesta Pulau Pinang hanya dihadiri oleh Yb Danny Law yang hanya membacakan teks ucapan Ketua Menteri. Sebenarnya ketidak hadiran Guan Eng adalah kerana menyambut majlis hari jadinya yang dibuat secara tertutup.Seluruh Exco dan Adun DAP menghadiri majlis hari jadi tanpa menghiraukan majlis perasmian yang sepatutnya bersama TYT Tun Rahman Abas .


Tindakan angkuh chauvanist ultra kiasu rasis DAP ini jelas memperlihatkan mereka tidak menghormati sesiapa pun melainkan Guan Eng khalifah sosialis kesayangan khawarij PAS yang semua orang tahu pembohong dan pembelit.


Dalam pada itu sehari sebelum perasmian di tapak pesta Guan Eng lebih mengutamakan menyambut majlis hari jadi Raja Thai,adakah Guan Eng Ketua Menteri Phuket?Majlis diadakan 3hb Desember di The G Hotel.





Sehari selepas tidak menghadiri perasmian bersama TYT Tun Rahman Abas pada 4 hb Desember,beliau boleh pula menghadirkan diri dalam perasmian Festival Indonesia pada 5 hb Desember.Adakah Guan Eng Ketua Menteri Jajahan Jawa Timur?

Beliau mengutamakan festival dan majlis dari luar negara daripada bersama sama mengiringi TYT Tun Rahman Abas merasmikan Pesta Pulau Pinang 2010. Inilah jadinya apabila Ketua menteri adalah orang luar dan bukan anak jati Pulau Pinang.Sudahlah tidak menghormati Gabenor beliau juga mengajak keseluruhan Exco dan Adun DAP agar menyertai beliau dalam majlis hari jadinya yang dibuat secara tertutup .

default

Pendakwaan Khir bukti SPRM tidak pilih bulu , peluang bersihkan dirinya dari fitnah pembangkang

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Semalam berita memuatkan bekas MB Selangor , Datuk Seri Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan untuk saya dan isteri suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

PB melihat pendakwaan rasuah terhadap pemimpin BN ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap telus dan tidak 'pilih bulu' dalam menjalankan tugas. Ini bercanggah dengan tuduhan Pakatan Rakyat yang dalam ceramah-ceramah mereka bahawa bila SPRM menangkap pemimpin mereka berhubung rasuah , terus akan dituduh SPRM pilih bulu dan tidak telus .

Reaksi Dr Khir juga bagi PB menunjukkan keyakinan terhadap dirinya yang boleh dikatakan bersedia untuk menghadapi pendakwaan ini . Selain itu , pendakwaan ini juga menurutnya boleh memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan sepenuhnya isu ini di Mahkamah serta peluang membersihkan dirinya .

Ini kerana sebelum ini wakil rakyat kerajaan negeri Selangor menerusi Adun Sekinchan Ng Suee Lim menuduh rumah yang dibelinya sekarang itu berharga RM 24 juta. Jadi , jika mahkamah mendapati beliau tidak bersalah , ternyata tuduhan Adun DAP selama ini adalah fitnah dan pembohongan .

default

Peneroka Felda jangan mudah terpengaruh hasutan pihak berkepentingan

on Monday, December 6, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR 1 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan seluruh peneroka Felda supaya jangan membiarkan diri mereka dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda politik sempit.

Timbalan Perdana Menteri berkata, para peneroka sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka, bukannya terpengaruh dengan hasutan serta tohmahan liar pihak berkenaan.

Sambil menyifatkan tindakan segelintir peneroka menyaman Felda sebagai 'menang jadi arang, kalah jadi abu', beliau berkata, peneroka yang membenarkan diri dipergunakan hanya merosak nama baik mereka sendiri.

Pada masa yang sama, beliau turut menggelarkan pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mempengaruhi peneroka Felda sebagai "tidak beretika" kerana mahu mengeliru dan memecahbelahkan perpaduan rakyat.

"Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan liar pihak-pihak tertentu yang berniat untuk mengambil kesempatan ke atas peneroka. Golongan ini mengambil kesempatan dengan dua tujuan iaitu kepentingan politik dan perniagaan.

"Tujuan mereka adalah untuk mengeliru dan memecahbelahkan perpaduan rakyat. Pihak tindak bertanggungjawab ini mempunyai agenda politik sempit dan bertujuan menjatuhkan imej kerajaan," katanya.

default

Anwar meroyan Pakatan digelarkan " Anti National "

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Hari ini Anwar Ibrahim meroyan dan marah kerana Najib gelarkan Pakatan Rakyat adalah Anti Nasional dalam Konvensyen BN . Najib ketika berucap menyifatkan pembangkang sebagai anti nasional dan sanggup melakukan apa saja termasuk memburuk-burukkan nama Malaysia di luarnegara bagi mencapai matlamat mereka.

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak appeared to kick off Barisan Nasional’s (BN) next election campaign today by delivering his hardest-hitting punches yet on his Pakatan Rakyat (PR) foes by calling them “anti-national” and “evil”, intensifying speculation that snap polls are around the corner.While blaring the call to arms to Barisan Nasional (BN) component parties, the ruling coalition chairman thundered in a lengthy speech steeped in sarcasm that the opposition were merely “traders of dreams” while the ruling coalition were “merchants of realities”.

“Be wary all, beware all, they are very dangerous. They are willing to sell just about anything, including discrediting Malaysia’s name abroad.

“I would like to explain here that they are anti-national. We must fight them to the end and make sure that this country will not be destroyed by their evil activities,”




Tetapi seperti biasa lah , Anwar Ibrahim selaku Sivaji The Bos Porrah bersama Mr Bean & Ketua Menteri Lidah biawak di sidang media menafikan Pakatan adalah Anti Nasional . Selepas itu spin pulak cerita dengan menyatakan golongan yang menentang kerajaan bukan Anti Nasional . Kononnya mereka ini hanya menentang penyelewengan, jenayah dan rasuah yang berlaku.


Apabila duduk bersama seorang kaki putar alam , raja lawak dan seorang lagi berlidah biawak , maka hebat lah mereka berbohong dan spin . Sudah terang lagi jelas memang Anwar Ibrahim memburukkan negara di mata dunia luar dan sebagai rakyat negara ini sudah dianggap mengkhianati negara .

Tak payah la dok putar belit cakap Pakatan bukan anti nasional tetapi menentang rasuah dan penyelewengan . Di negeri Pakatan sendiri terutama di Selangor sudah ada 30 penyelewengan didedahkan oleh GAPS kepada rakyat tetapi mengapa tiada sebarang tindakan diambil olek kerajaan Pakatan .

CAKAP TAK SERUPA BIKIN !

default

DAP parti anak beranak - Najib

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Datuk Seri Najib Tun Razak melabelkan DAP sebagai parti anak-beranak sendirian berhad walaupun mereka berkokok dan menjerit kononnya keahlian mereka adalah berbilang kaum.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, sedangkan apabila dikaji senarai kepimpinan pusat parti itu, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir 67 peratus rakyat hanya mempunyai dua wakil sahaja manakala Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili.


“Sebab itu saya berpendapat parti ini seharusnya mengamalkan apa yang mereka khutbahkan.


“Di sini saya ingin katakan kepada mereka, mengakulah, bersikap teluslah kerana jika didedahkan statistik kepimpinan serta keahlian sebenar parti mereka mengikut kaum, maka sangat terang lagi bersuluh bahawa merekalah parti satu kaum yang menjadikan cauvinisme sebagai falsafah perjuangan dari dahulu sampai sekarang,” katanya sewaktu menyampaikan amanat dasar sempena Konvensyen BN 2010, di sini hari ini.

Pas, pula, kata Najib sebuah parti yang pelik apabila diamati kerana mendakwa memperjuangkan Islam tetapi boleh bekerjasama dengan pembohong besar.

Pas juga dilihat bekerjasama dengan pemalsu dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara.

“Adalah elok Pas bertindak lebih bijak dari itu dan menyedari hal tersebut serta eloklah sahaja terus berpegang kepada apa yang kononnya menjadi prinsip mereka selama ini,” katanya.

default

Majlis Fatwa mahu bukan Islam henti permainkan ayat Al Quran

,
on Sunday, December 5, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Syabas kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang sebulat suara mahu perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat.

Kesucian Al Quran dan agama Islam perlu dipertahankan oleh umat Islam walaupun parti khawarij PAS membenarkan . Satu tamparan hebat kepada juak-juak kopiah putih PAS dan PKR ini yang dilihat hari ini sewenang-wenangnya merelakan orang bukan Islam memperalatkan ayat Al Quran .




Dalam satu muzakarah khas, jawatankuasa tersebut memberikan nasihat dan teguran kepada seluruh masyarakat termasuk bukan Islam bahawa teks suci al-Quran tidak boleh digunakan untuk kepentingan tertentu termasuk bagi tujuan peribadi dan politik.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, meskipun ulama tidak melarang orang bukan Islam membaca al-Quran, namun situasi semasa membabitkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam parti pembangkang menghuraikan teks kitab suci itu telah menimbulkan kekeliruan dan merenggangkan hubungan di kalangan umat Islam sendiri.

''Semua mufti melahirkan rasa tidak setuju dengan situasi yang berlaku sekarang dan perkara yang berlaku sejak 2009 termasuk isu orang bukan Islam memasuki rumah ibadat orang Islam dan terbaru tindakan Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang, S. Kesavan membaca terjemahan petikan ayat al-Quran secara salah.

''Justeru kita mengambil langkah menggunakan kaedah 'sad zaraik' iaitu mencegah atau mengelakkan keraguan, maka kita rasa elok elakkan menggunakan teks al-Quran di atas pentas politik dengan kepentingan tertentu apatah lagi membaca maksud al-Quran secara tidak tepat.

''Mentafsirkan al-Quran tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau spontan di atas pentas ceramah tetapi perlu ada kaedah tertentu yang mesti difahami daripada awal," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas mempengerusi muzakarah khas tersebut di Hotel Pan Pacific Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.

Sebanyak 10 ahli panel muzakarah tersebut hadir termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid.Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang juga Setiausaha Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.





Muzakarah khas yang berlangsung selama empat jam itu juga meneliti semua rakaman siri ucapan pemimpin bukan Islam yang membaca dan menghuraikan terjemahan teks al- Quran selain reaksi daripada umat Islam tentang perkara itu.

Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan yang salah membabitkan ayat 190 dan 191 dari Surah Ali-Imran ketika sesi perbahasan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2010 baru-baru ini.





Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming juga dilaporkan membaca petikan ayat suci al-Quran ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak tahun lalu

default

Ayuh rakyat Malaysia bencikan Pakatan Rakyat , sertai GAPS esok !

on Saturday, December 4, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Esok , Penyerahan memorandum 30 perkara penyelewengan kerajaan pakatan haram selangor kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong, 5/12/2010 ( Ahad ) oleh GAPS . Para penyokong GAPS diminta berkumpul di Stadium Merdeka jam 11 pagi.

SEMUA DI YANG PERIHATIN DI JEMPUT HADIR.

PERTAHANKAN KETUANAN MELAYU

default

Rakyat didahulukan tetapi RON 95 , Gula , Gas & Diesel naik !

by Pejuang Bangsa
 - 14 Comments



Harga petrol RON95 naik kepada RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg mulai Sabtu hari ini

Kenaikan harga ini berikutan langkah kerajaan mengurangkan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.Pengumuman berkenaan dibuat melalui kenyataan bersama
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri .


Satu lagi tindakan bodoh oleh kerajaan yang menaikkan harga petrol RON 95 , Diesel dan Gas yang agak mengejutkan semalam . Selain itu , siap lagi dengan pakej GULA pun sama dinaikkan menjadi RM 2.10 sekilo . Kalau sapa nak marah dengan artikel ini , silakan kerana ia memang betul2 tindakan bodoh la diketika rakyat berdepan pelbagai masalah kos sara hidup yang tinggi serta kadar inflasi .

PB ingin tanya KPDNKK dan PEMANDU , mengapa perlu minyak RON 95 dan Diesel dinaikkan ?? Kalau nak kurangkan subsidi kononnya mengurangkan perbelanjaan kerajaaan , ini bukan satu langkah yang bijak diambil . Banyak lagi mekanisme untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan bukannya setiap beberapa bulan potong subsidi .Menurut Idris Jala semalam ,rasionalisasi subsidi yang diumumkan semalam akan membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan kira-kira RM1.18 bilion.

Senang betul kerja pengarah-pengarah yang cerdik pandai dalam PEMANDU ini nak archieve target mereka lalu potong terus subsidi setiap beberapa bulan ,klik di sini ..... Jangan dok sembang la tentang GTP dan NKRA yang mana kerajaan memberi keutamaan terhadap kebajikan rakyat miskin , pengurangan subsidi ini pun sebenarnya sudah cukup menyusahkan lagi golongan ini .

Selain itu , KPDNKK diketuai Menteri , Datuk Ismail Sabri ini pun memang Flip Flopp la dan cakap tak serupa bikin ! Kalau tak berani jamin harga RON 95 tidak naik sehingga hujung tahun ini , jangan nak jadi hero la . Ini tidak pi cakap harga RON 95 tidak naik seperti di bawah sebulan yang lalu . Buat MALU saja !!




Tambahan lagi ,
apa pulak kena mengena kenaikan harga minyak & gas ini dengan GULA ?? Jangan dok minta lah Pak Menteri Kesihatan @ KP Kementerian pulak backup cakap bahawa rakyat Malaysia makan gula paling banyak dan selepas itu perlu kurangkan pengambilan gula dalam TV dan akhbar .

PEMANDU yang ditubuhkan kerajaan memang satu kesilapan dan membazir duit kerajaan saja jutaan ringgit .
Bos dalam PEMANDU seperti Idris Jala serta pengarah2 di dalamnya bukan tahu kesusahan rakyat di bawah kerana mereka ini orang kaya dan senang kerana dulu latar belakang mereka dari sektor korporat . Makmal-makmal itu semua karut dan idea otak puak-puak ini lebih sesuai dalam korporat bukannya kerajaan ! Kerajaan berkhidmat untuk rakyat bukan seperti syarikat yang tekan orang bawah untuk dapat profit kenyangkan orang atas ! Bonus depa lah dapat paling banyak siap dengan saham free lagi .

Sudah banyak kali PB lihat idea2 PEMANDU ini banyak memberi imej buruk kepada kerajaan. Contohnya , mereka pernah cakap Malaysia akan bangkrap dan cadangkan supaya meningkatkan hub hiburan malam di negara ini bagi menarik pelancong . Terbaru pulak , idea mereka kurangkan lagi subsidi RON 95 ,diesel , gas dan gula .

Kalau macam inilah keputusan yang dibuat kerajaan dengan dengar nasihat cakap orang cerdik tapi bodoh dalam PEMANDU ini , harapan cerah untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri bersama TPM nya Kit Siang pada PRU 13 akan datang . Orang Melayu pulak akan lupa terus isu ketuanan Melayu yang mahu dihapuskan Anwar sebaliknya marah lagi kenaikan harga minyak , gas dan gula ini .






default

Hartanah di negeri Guan Eng paling mahal !!

on Friday, December 3, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Muka hadapan hari ini dalam akhbar Utusan memaparkan harga semasa rumah di negeri pemerintahan DAP ini iaitu Pulau Pinang merupakan paling termahal di negara ini dengan purata seunit mencecah hingga RM540,000 tahun lalu iaitu hampir lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah penduduk Malaysia setahun.

Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr. Michael Lim Mah Hui ketika mendedahkan perkara itu berkata, kajian yang dilakukan pihaknya juga menunjukkan harga rumah di negeri berkenaan turut melebihi purata harga rumah di Kuala Lumpur iaitu RM390,000 seunit.

Kajian daripada Dr Michael ini menunjukkan trend harga rumah yang terlalu tinggi di negeri itu bukan saja menyebabkan golongan bawahan tidak mampu langsung untuk memiliki rumah, malah golongan pertengahan juga turut mengalami nasib sama.

‘‘Amat jelas sekali harga yang ditawarkan amat jauh daripada jangkauan. Jika golongan pertengahan tidak mampu untuk membeli rumah atau pangsapuri yang dijual, apa lagi golongan bawahan.

‘‘Pada masa ini, penawaran dan permintaan untuk rumah tidak sepadan. Majoriti rakyat Malaysia mahukan rumah yang mampu dimiliki, namun pemaju lebih cenderung membina rumah mahal untuk mengaut keuntungan,’’ klik di sini selanjutnya


Dahulu PB pernah menulis dalam artikel sebelum ini bahawa Pulau Pinang bakal menjadi orang kaya sahaja yang akan menghuninya kerana harga rumahnya terlampau mahal dan tidak mampu rakyat golongan pertengahan dan berpendapatan rendah membelinya .

Selain itu, sikap kerajaaan sosialis DAP yang kononnya kerajaan berjiwa rakyat tetapi sebenarnya tidak ambil berat pun masalah rakyat . Amat malang bagi rakyat negeri ini khususnya diperintah oleh Kerajaan DAP diketuai Guan Eng yang hanya tahu beri RM 100 sahaja kepada rakyat dan bab lain tidak tahu dah . Hal ini kerana mereka lebih mementingkan kepada kerajaan populis seperti beri duit RM 100 daripada memikirkan masalah utama rakyat PP iaitu memiliki rumah sendiri .

Sepatutnya kerajaan negeri perlu memperbanyakkan rumah mampu milik dan mengawal pembinaan rumah mewah terutama di bahagian pulau. Ini lah stail kerajaan sosialis DAP memerintah ......

default

GAPS serah Memo : Malaysiakini - 200 orang , blog PAS - 80 orang ..lihat sendiri gambar ini

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Gambar perarakan serah Memo kepada Sultan Selangor telah di spin oleh Malaysiakini hanya seramai 200 orang manakala blog totok PAS seramai 80 orang . Nak bohong pun agak-agak , biar lah logik sikit . malaysiakini ini memang portal bohong ,sudah lah bohong masa forum anti ISA di Komtar , kini bual hal lagi pulak spin cerita perarakan GAPS . Lihat lah sendiri gambar di bawah ini yang diambil oleh rakan blogger PAPA GOMO








Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu berarak ke Istana Bukit Kayangan bagi menyerahkan memorandum bagi membantah isu menggadaikan dan menghapuskan perkataan Melayu.

Seramai 100 anggota polis berkawal di pintu istana bagi mengawal pergerakan kumpulan tersebut. Memorandum diserahkan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi .Perarakan secara aman itu kemudian bersurai kira-kira pukul 3.30 petang.

default

Anugerah Tuhan nak rasmi Seminar Maal Hijrah PP

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Banner dan risalah seminar Maal Hijrah ini sudah tersebar di merata-rata pelusuk negeri PP . Menariknya yang akan menyampaikan ucaptama seminar ini bukan ulama2 tetapi lebih tinggi lagi iaitu Anugerah Tuhan yang diberikan oleh isterinya Wan Azizah semasa Kongres PKR .

Orang yang hina dan bakul sampahkan ketuanan Melayu diangkat untuk memberi ucapan sempena Maal Hijrah dan akan bercakap mengenai Wasatiyyah @ berimbang ( sederhana) . Konsep wasatiyyah ini kalau kita perhatikan selalu disebut Perdana Menteri dan amat bertepatan dengan gagasan 1 Malaysia yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan .

Agak pelik orang yang nak mempejuangkan konsep sama rata kepada semua kaum di negara ini bersama DAP nak bercakap tentang wasatiyyah . Di bawah adalah pandangan Dr Ridhuan Tee yang menjelaskan konsep wasatiyyah :

Tuntutan wasatiyyah mahukan kita menjadi umat yang terbaik. Boleh menjadi kaya-kaya tetapi jangan sampai hilang pedoman sehingga lupa tanggungjawab kepada Maha Pencipta and makhluk yang dicipta. Boleh membangun, jangan sampai pembangunan itu merosakkan akal budi manusia dan alam sekeliling.

Pada saya, konsep ini juga selari dengan tuntutan semua agama, tidak hanya kepada agama Islam. Lawan kepada wasatiyyah adalah ultra atau ekstrim, termasuk kumpulan ultra kiasu. Kita tidak boleh terlalu mengejar dunia sehingga mengabaikan akhirat. Begitu juga sebaliknya, terlalu mengejar akhirat, sehingga melupakan dunia. Apapun, kena berimbang.



Jika Anwar nanti mahu bercakap tentang " Wasatiyyah tonggak kecemerlangan Ummah " , nampak sangat tak kena kerana pemimpin yang beliau akan nobatkan menjadi TPM nanti adalah lawan kepada wasatiyyah iaitu golongan Ultra Kiasu !

default

Guan Eng tak sedaq dia pun orang luar tapi jadi Ketua Menteri PP

on Thursday, December 2, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Guan Eng sosialis memang cukup terkenal dengan cakap putar belit dan bohongnya . Terbaru ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dari MCA sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Teluk Ewa) berkuat kuasa 15 Nov lepas.


The Edge 1 December 2010

“I am surprised that someone outside Penang has been appointed,” said Lim. He expressed disappointment with the performance of the previous PPC chairmen, all of whom were from the Penang MCA.


“Even the Penang MCA chairman is Datuk Seri Ng Yen Yen, who is not from Penang.
“The previous PPC chairman, though from Penang, was unable to resolve the problems that the port faced and I hope Chua will be more capable in handing these matters and will spend more time on PPC,” said Lim at a press conference after witnessing the swearing in of state financial officer Datuk Farizan Darus at the Seberang Perai Municipal Council (MPSP) building.


Hahaha ... woi Guan Eng , adakah hang sedaq apa yang hang cakap tu ? Porrah terkejut konon .. Menuduh orang lain orang luar tetapi diri sendiri pun orang luar buangan dari Melaka tetapi menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang .

Ketua Menteri PP sebelum ini semuanya berasal dari Pulau Pinang tetapi hang seekor saja orang luar . Jadi ,
tak payah la pertikaikan jawatan Chua Soi Lek sebagai orang luar ,sedangkan diri sendiri pun mai dari Melaka .



default

Fitnah penyokong Pakatan ke atas Najib kembali !

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


gambar : anak seberang


Ini dia hasil kerja juak2 penyokong Pakatan yang setiap hari membuat fitnah terhadap Najib dan Rosmah . Gambar di atas sekali yang menunjukkan muka Najib adalah hasil gambar super impose dan di bawah adalah gambar sebenar .

Lihat lah nurkilan kaki fitnah Tajul Ariffin

" Apa kata mufti ? Apa kata majlis agama ? Apa kata penyokong ? ..kerana yang terlibat adalah orang berpengaruh ... mata jadi buta , telinga jadi pekak , mulut jadi bisu ...





Memang kurang ajar betul mulut mangkuk ini ! Soalan bodoh !! Siapa sebenarnya yang buta ?? tengok sendiri la dulu Tajul sebelum nak menuduh Najib .... !!

Kalau buta photoshop , ramai kawan aku boleh ajar ... kalau cermin mata tu rosak , pergi belilah cermin mata tebal2 yang baru ...

HAPRAK betul penyokong TOTOK Pakatan ini ...

default

Nik Aziz pilih Kit Siang , ketepikan Hadi untuk jawatan TPM

,
by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia menerima pelantikan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan rakyat menerajui kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun berkata pelantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat-syarat yang termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam.

"Bagi kami, kita anggap ini negara demokrasi. Jadi kita tidak boleh melihat pada satu-satu bangsa. "Apa yang penting kita mesti lihat dasar (parti yang memerintah negara),”





Tahniah Wali Selipar !! Pemilihan wali teragung PAS ini memang tepat kerana memilih seorang chauvinis yang terlibat dalam 13 Mei 1969 serta penentang utama artikel 153 sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan menang pada PRU 13 .

Satu gandingan yang mantap antara PKR ( Anwar ) dan DAP ( Kit Siang ) mengemudi negara dan PAS pulak akan terus menjadi boneka dan balaci kasta paling rendah dalam Pakatan . Wahyu dari Nik Aziz yang menyokong cadangan Anwar menunjukkan pemimpin dari PAS sendiri pun tidak layak untuk jawatan tersebut malah beliau juga menyokong 100 % ketuanan Anwar Ibrahim .

Dengan menendang terus Hj Hadi Awang dari PAS sendiri dari jawatan TPM , nyata terang dan jelas DAP adalah anak murid kesayangan Nik Aziz . Di Pulau Pinang , anaknya Guan Eng komunis jadi Ketua Menteri , lepas ini bapak dia pulak bakal menjadi TPM . Hebat plan Kit Siang dan Guan Eng celaka ini untuk menguasai kuasa politik negara ini .

default

Ketuanan Anwar mahu hapus ketuanan Melayu

on Wednesday, December 1, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Dua bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memulangkan darjah kebesaran serta ganjaran yang diperoleh hasil keistimewaan orang Melayu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang membuat cabaran itu berkata, beliau berasa pelik dengan tindakan Anwar yang menolak ketuanan Melayu kerana beliau merupakan pejuang utama konsep itu sewaktu menjadi Ketua Pemuda sehingga ke Timbalan Presiden UMNO.

"Mereka (Anwar dan Azizah) tidak layak menerima darjah kebesaran itu. Anwar begitu hipokrit kerana beliaulah yang mewujudkan konsep ketuanan Melayu sewaktu bersama UMNO dahulu.

"Tetapi kini, dia menolak ketuanan Melayu. Adakah Anwar berasa kesal kerana tidak lagi berkuasa dan mahu menghapuskan konsep tersebut?" katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas rasa dukacita Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap segelintir pihak yang berhijrah ke negeri itu, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, sama ada institusi raja Melayu masih relevan dan juga peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya Ahad lalu berikrar untuk tidak meneruskan konsep ketuanan Melayu.

Anwar dalam ucapan penggulungan di hari terakhir kongres PKR itu memperlekehkan konsep ketuanan Melayu serta usaha-usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera.





Zahrain berkata, sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dahulu, ramai kroninya mendapat layanan istimewa atas dasar Melayu termasuk anak emasnya yang kini Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
"Masa dia (Anwar) berkuasa dahulu banyak kawan dia yang mendapat keistimewaan atas dasar orang Melayu. Tetapi kini bila tidak lagi berkuasa konsep yang diperjuangkan olehnya itu ditentang. Ini pemimpin yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin turut mencabar Anwar menyerahkan kembali darjah kebesaran yang diterimanya daripada raja-raja Melayu.

"Dulu ketuanan Melayu cukup kuat dipertahankan, tetapi hari ini Anwar mempertikaikan konsep itu. Ini satu politik cakap tidak serupa bikin.

"Kenapa sekarang nak pertikai selepas memperkayakan diri, keluarga, kawan-kawan dan kroni-kroninya melalui konsep tersebut. Kalau Anwar ada maruah dia harus serah balik semua anugerah dan darjah kebesaran yang diterimanya," katanya.

Beliau berkata, Anwar juga tidak layak untuk menerima anugerah dan darjah kebesaran kerana Penasihat PKR itu merupakan bekas banduan.

"Dia (Anwar) sendiri sudah tidak layak kerana merupakan bekas banduan. Saya ingat masa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dipenjarakan, Anwar antara orang yang kuat mendesak supaya ditarik balik darjah kebesaran diterima Rahim kerana dipenjarakan," katanya.

default

GAPS dedah 30 penyelewengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

by Pejuang Bangsa
 - No Comments







Syabas kepada Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang ditubuhkan menentang penyelewengan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor . Mereka akan menyerahkan memorandum bantahan mengenai 30 penyelewengan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat dan Ahad ini.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin memaklumkan GAPS yang ditubuhkan dua bulan yang lepas, merupakan gabungan 50 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor, Gerakan Belia 4B Selangor, GPMS Selangor, Kesatuaan Pelajar Melayu Selangor termasuk persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu


Memorandum ini menyenaraikan 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Selangor termasuk isu pembaziran wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation, merampas tanah hak rakyat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), salah guna wang oleh Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air di negeri itu.

default

Kisah Bloggger Mesra Kerajaan dalam Utusan

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Terima kasih kepada sdr Zaini Hassan yang mengiktiraf peranan bloggger mesra kerajaan seperti PB dan rakan2 yang lain yang siang dan malam menentang Pakatan Rakyat . Jarang sekali hasil kerja bloggger ini dipandang oleh banyak pihak malah ada Ketua Pemuda UMNO negeri itu kata blog ini orang dah tak baca , semua orang la ni dok layan facebook . Facebooker mana ada create isu , semua bahan diambil dari blog juga ..

Ikuti rencana menarik pandangan dari kolumnis terkenal Utusan ini .



MALAM Rabu minggu lalu saya berpeluang menemui para blogger mesra-kerajaan yang hebat-hebat dalam satu forum di Petaling Jaya. Mereka merupakan blogger yang berhempas-pulas siang dan malam menyajikan pelbagai maklumat bagi membantu kerajaan, UMNO, BN dan orang Melayu.

Bahan-bahan dalam blog mereka cukup kuat. Siap dengan gambar, grafik dan fakta-fakta yang cukup mengkagumkan, yang media arus perdana – akhbar-akhbar, radio dan televisyen – gagal melakukannya (lagi).

Sebagai wartawan akhbar yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan konvensional melebihi 20 tahun, saya melihat revolusi para blogger pasca reformasi 1997/98 ini berupaya memporak-perandakan subjek mereka. Dalam dunia propaganda dan perang psikologi media di Malaysia, mereka ini cukup bernilai.

Bagi saya, yang menjadi ahli panel forum malam itu, mereka sebenarnya ialah penggerak utama (the prime-movers) dalam peperangan siber di negara ini. Diakui pada sebelum, ketika dan selepas reformasi itu dulu, kemunculan mereka ini cukup memudaratkan kerajaan memerintah.

‘‘Saya sebagai penggerak laman web Mahazalim serta Mahafiraun ketika itu berjaya memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap Mahathir,” kata Anuar Md. Nor, blogger yang kini menggerakkan blog UMNO Reform atau pembaharuan UMNO yang mesra-kerajaan.

Malah, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah mengakui kekuatan media baru itu. Pemikiran rakyat ketika itu -- sama ada faktanya sahih atau tidak – telah dibentuk oleh media tersebut.

Persepsi rakyat terhadap kerajaan, para pemimpin parti, UMNO dan BN ketika itu, dicorak oleh mereka. Bagi yang tidak boleh mencapai siber, bahan-bahan daripadanya dicetak dan diedarkan ke seluruh pelosok bandar dan kampung.

Revolusi wartawan siber ini telah diwujudkan dengan begitu cepat dan amat menarik sekali. Mereka berupaya merunsingkan semua pihak.

Namun sebagai pemimpin bijak, Dr. Mahathir ketika itu tidak kalut. Malah beliau mewujudkan koridor raya multimedia bagi memberi ruang yang lebih luas bagi medium baru ini berkembang.

Hari ini peranan blog kewartawanan baru itu menjadi satu fenomena. Ia amat penting dalam perang propaganda politik dan sosial di negara ini. Dr. Mahathir sendiri melalui chedet.com berkecimpung menulis melalui laman siber itu. Blognya adalah blog paling popular di negara ini.

Tapi siapa prime-movers yang dimaksudkan itu? Mereka boleh ditentukan dalam beberapa kategori. Jika diikut format blog Rocky‘s Bru (yang dianggap oleh para bloggers mesra-kerajaan sebagai penghulu mereka), ia terbahagi kepada yang utama; Journo-Bloggers, Socio-Political (So-Po), So-Po Anonymous (penulisnya tidak dikenali), Politicians (Ahli-ahli Politik), Blog Gambar dan lain-lain.

Journo-Bloggers sendiri terdiri daripada wartawan dan bekas wartawan media konvensional yang menulis blog di atas kapasiti peribadi. So-Po pula terdiri daripada pelbagai pihak termasuk para profesional dan bergerak aktif meluahkan perasaan dan mendedahkan fakta-fakta yang cukup mengancam. Antaranya Zakhir Mohd atau Big Dog melalui blognya Thirteen Million Plus Ringgit, Syed Azidi AlBukhary melalui blognya yang cukup anti pemerintah dulu, Sheih Kickdefella.

Begitu juga dengan Syed Akbar Ali melalui blog OutSyed The Box – yang analisis terbarunya cukup analitikal dan tidak termampu ditulis oleh wartawan akhbar arus perdana (sekarang).

Beliau menggarap corak pemilihan DAP secara cukup menarik. Bagaimana Teresa Kok dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor – walaupun corot di tempat kelima ke bawah. Sayang sekali tulisan seperti itu tidak dapat dilakukan oleh wartawan akhbar dengan cepat. Syed Akbar – seorang bekas ahli bank, lulusan luar negara dan kini berniaga kedai emas – berjaya membuat analisis mengalahkan wartawan Utusan Malaysia sendiri!

So-Po Anonymous (yang tidak berselindung lagi dan mulai dikenali) seperti Parpu Kari melalui House PK merupakan blogger terhebat memainkan peranan mempertahankan kerajaan semasa daripada pihak pembangkang. Parpu Kari kini berada di tempat ke-3 paling popular mengikut ranking Alexa untuk blog dan portal politik sehingga 28 November ini.

Begitu juga Ruang Bicara Faisal atau rbf online (ranking ke-10), cukup berbisa dengan berita dan analisis sempoi warna-warni politik semasa.

The Unspinners (ke-6), yang kononnya merupakan sekumpulan bloggers yang tidak dikenali juga memainkan peranannya yang tersendiri. Juga Jebat Must Die yang baru-baru ini menggarap secara bersiri dengan begitu detail dan akademik peristiwa di sebalik Tragedi 13 Mei.

Tabik juga kepada Husin Lempoyang, seorang blogger yang cukup kritis pemikirannya. Juga blogger Apanama serta Lydia USM (Lawyer Garang) yang cukup garang dengan coretannya.




Blog GAP atau Gerakan Anti-PKR yang diasaskan oleh seorang bekas hardcore ahli PKR yang taksub kepada Anwar Ibrahim dan kini berpatah arang 360 darjah. Ia kini berkedudukan ranking ke-5 paling popular.

Tidak ketinggalan blogger foto Minaq Jinggo yang berjaya merakamkan gambar bersejarah Nik Aziz membahagi-bahagikan wang kepada pengundi di Galas. Gambarnya dipetik oleh Utusan Malaysia dan menjadi panas selama kempen itu berlangsung. Pas akhirnya kalah di situ.

Itu hanyalah sekadar yang tersebut. Banyaklah lagi yang tidak tersebut. Banyak yang akan berkecil hati kerana nama-nama blog mereka tidak tersebut. Yang nyata mereka ini terlalu hebat. Bahan-bahan berserta analisis mereka cukup membantu kerajaan daripada tekanan dan serangan pihak pembangkang, yang juga mempunyai jentera siber yang cukup konsisten, terancang dan sistematik.

Dalam forum itu saya membangkitkan satu persoalan: ‘‘Bayangkan sekiranya anda semua yang berada dalam dewan ini swing atau berpatah balik ke sebelah sana (pembangkang), apa akan jadi kepada kerajaan, UMNO, BN, PM...?”

Apa akan jadi jika Anuar, Parpu Kari, GAP, RBF, Kickdefella atau Syed Akbar, Big Dog (yang terlalu kuat UMNOnya) berpatah mengasak kerajaan...???

Semua dalam dewan itu terdiam. Penganjurnya dari pihak kerajaan juga turut terdiam. Para bloggers sebenarnya amat pasrah. Mereka yang saya panggil sebagai penggerak utama propaganda itu sebenarnya amat berkecil hati. Mereka mengadu tiada siapa yang mengambil berat terhadap mereka. Tiada siapa yang mengkoordinasi mereka.

Semasa berdialog mereka merungut. Mereka memberontak. Ada yang diam kerana memikirkan perjuangan menentang sebelah sana amat mustahak sekali. Tapi sampai bila mereka boleh bertahan?

Peranan mereka dipandang sepikah? Bukan semua mereka bekerja tetap, profesional atau berniaga emas seperti Syed Akbar. Yang gagal bertahan akan tutup kedai.

Blog AIDC yang hebat menghentam pembangkang hampir-hampir mati (sudah mati pun) kerana tiada bantuan. Kos untuk mengekalkan jentera pelayarnya sahaja sekitar RM26,000 sebulan. Siapakah yang menjaga mereka?

Apakah pihak-pihak tertentu sedar perkara ini?

Bukan tujuan saya untuk mendapatkan atau mencari jawapannya. Kita sedar pihak tertinggi ada bertemu mereka. Tapi mana susulan (follow-up)? Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan perlu makan.

Cuba bayangkan jika esok mereka beralih kiblat?

default

Tutup saja ANAK , Mazlan Aliman pun minta tolong BAPAK

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menyerahkan 20 kes pertama kepada Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak), yang ditubuhkan baru-baru ini oleh pertubuhan bukan kerajaan yang pro-Barisan Nasional (BN).Ia diserahkan oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, yang bertanggungjawab ke atas Felda, di bangunan Parlimen petang ini.

Ketika ditemui kemudian, Mazlan mahu kesemua aduan peneroka yang diserahkan itu diselesaikan segera seperti dijanji timbalan menteri itu sebelum ini kerana kesemua kes tersebut sudah lama berlaku.

“Sebanyak 20 aduan ini hanya sebahagian kecil dari aduan yang banyak kita terima yang berkait langsung dengan dasar Felda.
Kita harap mampu dikendalikan oleh Bapak,” kata Mazlan yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.




Apabila ANAK derhaka kembali minta tolong kepada BAPAK , tanda bahawa ANAK ini buat salah . Syabas kepada BAPAK yang diusahakan oleh Datuk Ahmad Maslan dan TS Rozali yang nampak sudah mula mendapat perhatian semua warga peneroka di seluruh negara bagi mengajukan permasalahan

Selain itu , Datuk Ahmad Maslan juga memaklumkan bahawa semenjak BAPAK ditubuhkan pada 8 November lalu, ia mendapat sambutan menggalakkan dan sebanyak 658 aduan telah diterima daripada peneroka dari seluruh negara

Jadi , kalau setakat 20 aduan sahaja yang Mazlan Aliman dok riuh seluruh negara sambil menjaja istilah Felda zalim , Felda bangkrap , Felda tipu peneroka , nampak jelas mereka tiada isu besar yang hendak mereka gunakan untuk hantam FELDA.

Kalau kita analisis dari segi angka , BAPAK telah menerima angka 658 aduan direct dari peneroka dari seluruh negara manakala ANAK pimpinan Mazlan Aliman yang dikatakan hero yang kononnya pejuang peneroka ini rupa-rupanya tidak lah hebat sangat setakat 20 aduan sahaja yang mereka dok tak puas hati . Kalau setakat 20 aduan yang mereka banggakan , PB syorkan tutup saja ANAK kerana sudah ada BAPAK yang lebih baik yang ditubuhkan oleh Felda.

Syabas PB ucapkan kepada BAPAK yang kini telah menengelamkan populariti ANAK dikalangan warga Felda. Akhirnya ada suatu tempat khas ( centre) untuk peneroka mengadukan aduan dan masalah mereka . Ini dikatakan bertepatan dengan slogan Rakyat Didahulukan cetusan Perdana Menteri .




Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps