TIRAM : Projek Pakatan Rakyat balun duit rakyat

on Sunday, August 8, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Belum pun memerintah negara, pakatan rakyat sudah ‘pulun’ sebanyak diketikan mereka berkuasa di beberapa buah negeri seperti contoh kaut projek pasir, cukai rumah urut dan menindas rakyat dengan meroboh gerai rakyat serta mula merancang memansuh pelbagai hak Bumiputera dan Melayu.

Terbaru penyokong taksub Pakatan dan rakyat cuba diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin yang sekarang sudah kaya raya setelah berkuasa melancarkan tabung mengumpul derma iaitu Tabung Impian Rakyat (TIRAM) bernilai RM20 juta sebagai usaha mencapai cita-cita memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelak.

Tidak cukup lagi duit yang mereka kaut setelah berkuasa , mereka memohon’ ihsan rakyat biasa yang tidak berduit ini, sama-sama mengeluarkan ‘duit poket’ mereka, untuk menanggung dan menampung kewangan parti Pas, PKR dan Dap dalam PRU-13 .

Mengapa menubuhkan TIRAM yang jelas untuk tujuan utama adalah mendapatkan kuasa ??

Dengan slogan ‘kuasa rakyat @ people power ’ – nampaknya rakyat marhaen ini juga yang akhirnya dipaksa oleh rejim Pakatan untuk menanggung segala perbelanjaan pilihan raya untuk parti mereka .

Oleh itu , rakyat jangan terpedaya dengan propaganda puak pakatan bangsat ini yang terang-terang mahu perbodohkan rakyat. Mereka cakap duit ini untuk perjuangan mereka menunjukkan kuasa rakyat tetapi sebenarnya adalah untuk mengangkat mereka berkuasa !!





One Response

  1. Anonymous says:

    elok tukar kepada TILAM (aauuuuuw,tabung lesap rakyat malaysia)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.