Malaysia terus dihina , Jalur Gemilang dibakar lagi di Indonesia

on Friday, August 27, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


JAKARTA 26 Ogos – Penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, 13 Ogos lepas.

Demonstrasi bermula kira-kira pukul 1 petang itu berakhir kira-kira dua jam kemudian dan tunjuk perasaan kali ini disertai oleh anggota Forum Kebangsaan Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Benteng) dan Forum Betawi Rempug.

Tunjuk perasaan menjadi kecoh apabila polis menangkap dua orang penunjuk perasaan yang membakar Jalur Gemilang, menyebabkan para penunjuk perasaan bertempiaran lari dan ada juga melempar buluh serta kasut ke arah polis.

Cuaca yang terlalu panas menyebabkan para penunjuk perasaan keletihan dan berkumpul di bawah pokok untuk berteduh dan pada masa yang sama ketua-ketua mereka juga seolah-olah telah kehilangan suara untuk berucap menggunakan alat pembesar suara.

Tunjuk perasaan pada mulanya mengecam penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia dekat perairan Johor, tempoh hari, akhirnya bertukar kepada tunjuk perasaan mengecam kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Tunjuk perasaan bertema ‘Panggung Merah Putih-Tegakkan Harga Diri Bangsa’ itu mendesak Malaysia supaya meminta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia kerana perbuatan menghina kedaulatan Indonesia.

Mereka juga mahu Malaysia menghormati hak asasi manusia serta memberi perlindungan undang-undang kepada seluruh rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Penunjuk perasaan juga mendesak kerajaan Indonesia supaya bertindak tegas dan berani dalam menyelesaikan persoalan dengan Malaysia.

Mereka juga mahu kerajaan Indonesia mengambil alih semua ladang kelapa sawit milik syarikat Malaysia di seluruh Indonesia.

Pada Isnin lalu, 37 anggota Bendera mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia turut membawa bersama lima bungkus najis manusia.

Salah seorang daripada mereka sempat melemparkan bungkusan itu ke dalam pagar kedutaan manakala yang lainnya meletakkan najis tersebut di atas Jalur Gemilang dan memijaknya. – UTUSAN


One Response

  1. Anonymous says:

    ni betol dasar indon x sedar diri..panas betol hati aku psal indon ni..dtg negara org cari rezeki lumayan, pastu x sedar diri..kat malaysia ni, punya la ramai penyamon, penjenayah yg dtg dari indon...aku betol anti ar dgn indon ni//langkah pertama aku cadangkan, drama2 indon sinetron2 yang ada kt malaysia ni, tolong la ban..nk support indon buat ape, depa dok lanyak kita, jgn jadi baik sgt sampai org brani pijak kepala kita!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.