Inilah bahana FITNAH Akhir Zaman ... kerana DENDAM perbuatan fitnah pegawai KASTAM telah menjatuhkan sebuah kerajaan melalui isu cincin RM24 juta. Yang sebut ini adalah bekas boss SPRM Datuk Seri Abu Kassim dengan mendakwa pegawai terbabit membocorkan dokuman ' borang Kastan 1 yang menunjukkan barang yang yang masuk dalam negara tetapi tidak mendedahkan Borang Kastam 2 iaitu untuk barang keluar daripada negara. ( makna cincin tak dibeli) Yang kuat menabur fitnah isu cincin dari pembangkang ketika waktu itu ialah Rafizi hingga menyatakan ia hanya gurauan di mahkamah . https://www.malaysiakini.com/news/420820
Bila Datin Seri Rosmah menafikan , ramai tidak percaya dan hari kebenaran itu muncul dengan video bekas KP SPRM mendedahkan isu Cincin hanyalah sabotaj pegawai KASTAM yang khianat untuk memburukan pemimpin negara.
KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan tiada wang atau dana ‘dirompak’ kerana kutipan wang hasil Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semuanya dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan.
Menurutnya, sebagaimana kutipan cukai dan pendapatan lain, kesemua kutipan GST dibayar terus ke dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan kerajaan.
“Dari situ, dana dibayar ke dalam akaun amanah tuntutan GST setiap bulan bagi memenuhi keperluan pembayaran tuntutan secara berterusan. Ini dibenarkan oleh undang-undang dan memenuhi peruntukan Akta GST 2014, yang dibentangkan di Parlimen di mana pemimpin Pakatan Harapan (PH) juga hadir termasuk Guan Eng sendiri, maka sudah tentu beliau tahu.
“Tuduhan Lim Guan Eng kononnya Barisan Nasional (BN) merompak RM18 bilion daripada wang tuntutan GST adalah tidak berasas sama sekali.
“Sekali lagi ia adalah kenyataan politik yang tidak benar, sama seperti bagaimana Guan Eng membisu dan tidak berani memberi jawapan kepada syarikat paip gas milik kerajaan China yang membuat kenyataan global bahawa Guan Eng dan Tony Pua menipu dan cuba memfitnah mereka dengan mendakwa syarikat itu berpakat dengan kerajaan BN dalam ‘penggubahan wang haram’,” tegasnya dalam catatan di dalam facebooknya, di sini hari ini.
Jelasnya, di bawah sistem GST, pemilik perniagaan boleh menuntut cukai input GST mereka apabila mereka membuat jualan, mengutip GST daripada pengguna akhir dan membayar GST yang dikutip kepada kerajaan.
“Apa yang mungkin terjadi ialah, apabila kerajaan PH mensifarkan GST pada 1 Jun 2018, perniagaan boleh menuntut kesemua cukai input GST mereka serta merta menyebabkan semua peniaga-peniaga meluru untuk membuat tuntutan cukai input GST, sama ada mereka membuat jualan atau sebaliknya.
“Oleh kerana kerajaan PH kehilangan pendapatan bagi tiga bulan apabila GST disifarkan dan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) belum lagi dilaksanakan, kerajaan PH mungkin sudah membelanjakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan yang sepatutnya digunakan untuk disalurkan kepada akaun amanah tuntutan GST bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.
“Akibatnya, kerajaan PH mengalami kesukaran untuk membayar tuntutan-tuntutan GST yang begitu banyak dan dibuat sekaligus dan memerlukan seseorang untuk dipersalahkan. Sebagaimana biasa, kesalahan itu dituding ke arah kerajaan BN walaupun ia adalah kesilapan kerajaan PH sendiri,” ujarnya.
Terangnya, dakwaan kononnya BN ‘merompak’ RM18 bilion wang GST mungkin dapat dimasukkan sekali dengan ‘hutang negara RM1 trilion’ yang digunakan sebagai alasan PH untuk tidak melaksanakan janji manifesto mereka, membatalkan atau mengurangkan bantuan kepada rakyat atau membayar tuntutan GST kepada pemilik perniagaan.
“Memandangkan laporan polis dan SPRM sudah dibuat dan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) menyatakan akan membuat siasatan terhadap dakwaan ‘rompakan’ RM18 bilion ini, saya bersedia memberi kerjasama sepenuhnya sebagai bekas Menteri Kewangan agar kebenaran dapat didedahkan.
“Jika dakwaan ini didapati tidak benar, maka Lim Guan Eng telah memperdaya Parlimen ketika beliau membuat tuduhan serius itu. Apabila itu berlaku, saya amat berharap Speaker Dewan Rakyat tidak lagi melindungi Lim Guan Eng kerana dewan yang mulia itu bukanlah tempat atau ruang bagi membuat dakwaan tidak berasas dan tuduhan yang bermotifkan politik,” tegasnya. – Media UMNO.
Syabas YB Khairy Jamaluddin yang nampak sudah Checkmate kepada Menteri Kewangan punya tuduhan untuk memburukkan kerajaan BN terdahulu. Ayat MEROMPAK oleh semasa dalam pembangkang mungkin tidak dihiraukan tetapi bila seorang bergelar Menteri Kewangan membuat tuduhan jelas cukup berat .
Sepatutnya kalau benarnya wang itu dirompak ia wajar dibuat laporan Polis oleh MOF tetapi sebaliknya menggunakan pentas Parlimen untuk membuat tuduhan jahat membabi buta .
Samada Menteri Kewangan faham prosedur kewangan atau tersalah kira selepas tuduhan ini dinafikan oleh Bekas KSU Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah , ia sudah dilaporkan kepada POLIS dan esok pulak di pejabat SPRM . Malah jika tidak benar tidak benar tuduhan ini , Menteri Kewangan boleh dikenakan tindakan dengan usul bagi dirujuk Jawatankuasa Hak Kebebasan Parlimen .
TIADA KEHILANGAN WANG BAYARAN BALIK KUTIPAN GST
PUTRAJAYA, 9 Ogos – Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini menafikan dakwaan berlakunya kehilangan wang kira-kira RM18 bilion untuk tuntutan balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Beliau menjelaskan semua hasil kutipan GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan sebelum disalurkan kepada tabung amanah untuk membayar tuntutan balik GST berdasarkan permintaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Menurutnya, prosedur tersebut termaktub di bawah Akta Prosedur Kewangan 1957 di mana maklumat itu boleh didapati daripada Jabatan Akauntan Negara dan Bahagian Fiskal, Kementerian Kewangan.
“Dalam mesyuarat bulanan pengurusan aliran tunai kerajaan pusat, pihak Kastam akan membentangkan keperluan dana untuk membuat bayaran balik dan jumlah tertunggak yang perlu dibayar.
“Berdasarkan keperluan mereka (Kastam) dan kedudukan hasil kerajaan, mesyuarat akan membuat keputusan berapa jumlah peruntukan kepada tabung amanah itu perlu dibuat,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam mendedahkan terdapat sejumlah RM19.4 billion dalam tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak pelaksanaannya pada April 2015 sehingga 31 Mei lalu.
Katanya rekod JKDM mengesahkan daripada jumlah tunggakan tersebut, sebanyak RM9.2 billion atau 47 peratus adalah pada tahun ini; RM6.8 billion (35 peratus) pada 2017; RM2.8 billion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (3 peratus) pada 2015.
Bagaimanapun, Lim mendakwa baki sedia ada dalam tabung bayaran balik GST hanyalah sekitar RM1.49 bilion sahaja, menandakan terdapat kekurangan kira-kira RM18 bilion.
Memberikan contoh bayaran tuntutan balik GST pada tahun lepas, Mohd Irwan Serigar berkata pihak Kastam telah membayar tuntutan berjumlah RM23 bilion iaitu 34 peratus daripada jumlah pungutan GST.
Menurutnya, difahamkan sebanyak RM15 bilion lagi tuntutan tertunggak pada tahun lepas masih memerlukan verifikasi, siasatan dan proses pengauditan bagi memastikan tiada fraud atau tuntutan palsu.
“Setiap sen dikira. Ia wang rakyat. Sebab itulah betapa pentingnya wang ini dikredit ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
“Apabila diperlukan, wang itu itu akan dikeluarkan (daripada Kumpulan Wang Disatukan),” katanya.
Mohd Irwan Serigar berkata jika tuntutan balik adalah jelas, pihak Kastam akan membuat bayaran dalam masa 14 hari, namun sekiranya terdapat keraguan dan kes tuntutan palsu yang memerlukan siasatan dan pengauditan lanjut, ia akan memakan masa yang lebih lama.
“Secara kesimpulannya tiada berlaku kehilangan dana,” katanya, sambil menambah beliau sedia memberi kerjasama sekiranya pihak kerajaan memerlukan maklumat berkenaan perkara itu.
Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis berkenaan kenyataan Lim yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan kehilangan dana itu, Mohd Irwan Serigar berkata beliau tiada perancangan untuk berbuat demikian setakat ini.
NGO berpengaruh USA Sudah buat pengakuan masuk campur hal ehwal negara Malaysia dgn membiayai parti dlm PH! Sah mereka telah mencabuli negara merdeka Malaysia!
Apa kata Perdana Menteri ??? Tak tahu ke ??
KENYATAAN MEDIA
1. Pasti pihak kerajaan dan yang berkaitan dengannya akan menafikan perkara ini. Namun Pendedahan Daniel Twining, anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS), amat serius yang akhirnya mendedahkan kegiatan khianat Kerajaan PH terutama DAP dan konco-konco mereka selama ini terhadap kerajaan terdahulu.
2. Semua pihak mesti matang berpolitik, dan menghormati sistem demokrasi dalam negara ini, bagaimanapun menjemput dan melibatkan pihak luar untuk campur tangan adalah tidak wajar semasa sekali.
3. Pendedahan Daniel Twining, anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS), akhirnya membongkar kegiatan khianat DAP dan konco-konco mereka selama ini.
4. Sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad terbabit atau tidak, itu tidak boleh disahkan, namun CSIS yang beroperasi di Malaysia sejak tahun 2002, cukup bangga selepas berjaya berkomplot dengan pembangkang bagi menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU14.
3. UMNO mencabar Lim Kit Siang menafikan perkara ini secara terbuka, dan bersumpah kepada rakyat Malaysia bahawa apa yang dikatakan oleh Twining itu adalah bohong.
4. Dr Mahathir juga perlu menjelaskan bahawa 'crocodile tears' ketika mengumumkan mahu meletak jawatan pada Perhimpunan Agung Umno 2003, sebenarnya adalah sandiwara kerana niat memusnahkan parti sudah wujud sejak kerjasamanya dengan CSIS.
5. Gerakan yang menjual maruah negara ini sungguh menyedihkan kerana apa-apa hasil kerjasama dengan agensi asing ini turut mencerminkan betapa Malaysia 'mudah dibeli' atas nama demokrasi. Dan mereka yang melakukannya sangat tidak bertanggungjawab serta membelakangkan kedaulatan negara.
6. Menerusi bantuan dana kepada DAP oleh National Endowment for Democracy di bawah Jabatan Negara Amerika selama ini, jelas menelanjangkan siapa sebenarnya DAP, Lim Kit Siang dan rakan-rakan 'demokratiknya'.
7. Ini juga mengesahkan dakwaan ejen-ejen media sosial mereka selama ini digerakkan dengan mewah menggunakan dana negara asing yang mahu melihat BN dan UMNO disingkir dari tampuk pemerintahan.
8. Sungguh kotor dan keji perbuatan ini dan pada hari ini, mereka tetap akan menafikan dakwaan ini. Malah secara berterusan berusaha memesongkan perhatian rakyat dengan mengatakan ekonomi negara sedang meleset dan kerajaan terdahulu kejam dan zalim. Semua ini tidak benar sama sekali.
9. Dr Mahathir sendiri menuduh BN sedemikian di Pulau Pinang semalam, seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu daripada rakyat.
10. Akhirnya ia terbongkar jua apabila video CSIS ini tersebar luas di Internet. Apa lagi yang mahu dikatakan oleh Kit Siang dan 'gengnya'? Berapa ratus juta diperuntukkan kepada Red Bean Armynya? Malah mereka menuduh orang lain menerima sumbangan luar.
11. Kita ingin tahu berapa jumlah dana asing yang diterimanya secara rahsia sejak 2002. Mungkin melebihi RM2.6 bilion yang dijadikan peluru untuk meracun fikiran rakyat mengenai 1MDB?
12. Selama ini juga, Dr Mahathir menuduh BN ingin menjual negara kepada China, walhal ketika menjadi pembangkang, mereka sudah pun menggadai maruah Malaysia kepada orang asing.
13. Maka, tidak hairanlah Dr Mahathir dikunjungi beberapa orang duta Barat, termasuk tokoh dari Amerika Syarikat, selepas mengangkat sumpah jawatan Mei lalu.
14. Betapa pembohongan mereka selama ini turut didalangi dan dibantu oleh ejen asing yang mahu melihat Malaysia kucar-kacir.
15. Ini pakatan jahat yang perlu disiasat oleh pihak berkecuali. Memandangkan pihak kehakiman dan pihak penguatkuasa lain sudah berada di bawah genggaman mereka, satu badan khas harus dibentuk untuk kes ini supaya siasatan yang adil dapat dilaksanakan.
16. Tidak ada gunanya lagi mereka mengambil pendekatan 'one-way street' iaitu menyiasat orang lain tetapi tidak mahu dirinya disiasat. Rakyat Malaysia perlu bangkit segera agar negara tidak tergadai terus.
17. Dengan ini, kami menggesa Majlis Raja-Raja agar mengambil pendirian di dalam perkara ini secepat mungkin, dan bertindak bagi menyelamatkan rakyat dan negara daripada menjadi sebuah lagi negara Islam seperti Yemen, Libya, Iraq dan Syria! Dan lebih utama membenarkan campurtangan asing terhadap negara ini.
YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Kuala Lumpur 6 Ogos 2018
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.