default

LELAKI MENGAMUK DI PEJABAT JPJ AKAN DIDAKWA DI MAHKAMAH

on Thursday, December 31, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Lelaki yang menimbulkan kekecohan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Batu Uban, di sini yang rakaman video insiden itu menjadi viral semalam, akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kertas siasatan berhubung rakaman video itu telah dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) dan pihaknya telah mendapat arahan untuk mendakwa peniaga berusia 45 tahun itu.

"DPP telah meneliti kertas siasatan kes berkenaan dan mengeluarkan arahan mendakwa lelaki itu di mahkamah esok mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya di sini hari ini.
    
Akhbar hari ini melaporkan rakaman video seorang lelaki yang berang menimbulkan kekecohan di pejabat JPJ itu menjadi viral selepas dikongsi semula di beberapa laman sosial antaranya Facebook semalam.
   
Video berdurasi empat minit menerusi akaun dipercayai milik peribadi lelaki atas nama Amin Beyond itu memaparkan dia sedang naik angin selepas mendakwa tidak boleh memperbaharui cukai jalan keretanya.

Mior Faridalatrash berkata berdasarkan siasatan polis, kejadian dalam rakaman video yang tersebar sejak semalam itu berlaku kira-kira pukul 4.45 petang 26 Nov lepas dan lelaki yang merupakan peniaga itu datang ke pejabat JPJ Batu Uban untuk memperbaharui cukai jalan kenderaannya.    
"Bagaimanapun dia menimbulkan kekecohan dan bertindak memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai JPJ di situ selepas gagal berbuat demikian kerana kenderaannya disenarai hitam ekoran terdapat beberapa saman yang belum dijelaskan.
   
"Ekoran kejadian itu, pegawai JPJ yang terlibat membuat laporan polis pada hari yang sama," katanya.
    
Menurut beliau polis turut menerima satu laporan polis daripada lelaki itu semalam yang mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa oleh JPJ berhubung kes memperbaharui cukai jalan keretanya.
  
"Berhubung laporan polis yang dibuat lelaki itu, kami merujuk ia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang untuk tindakan lanjut," katanya.

default

CUKUPLAH BELI LOW YAT & KOTA RAYA , PERGI MARA DIGITAL - EXCO PEMUDA UMNO

on Wednesday, December 23, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah meminta orang ramai supaya tidak lagi membeli barangan digital di Plaza Low Yat dan Kompleks Kota Raya berikutan pergaduhan yang berlaku Sabtu lalu.
Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya orang ramai pergi ke pusat teknologi maklumat (IT) yang baru dibuka iaitu Mara Digital.
"Kepada pengguna-pengguna, cukup-cukuplah kita ke Low Yat dan Kota Raya untuk membeli barangan digital.
"Saya cadangkan adalah baik ke Mara Digital, ia lebih baik dan selamat bagi pengguna. Insya-Allah," kata Armand di dalam Facebooknya hari ini.
Selain itu, Armand juga berkata, beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan pihak polis yang menahan Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju di bawah Akta Hasutan ekoran kejadian di Kompleks Kota Raya.
Katanya, pihak polis sepatutnya mengambil keutamaan terhadap kejadian penipuan peniaga terhadap pengguna yang menggunakan kekerasan di kompleks berkenaan.
"Pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan tegas bukan sahaja pada pekerja malah pada syarikat pengendali telefon serta pengurusan pihak Kota Raya tersebut kerana membenarkan cara ala-ala gangster dalam perniagaan," katanya lagi.

default

AKIBAT TERPENGARUH BENCI KENDERAAN VVIP, DITAHAN KERANA TUNJUK ISYARAT LUCAH KEPADA SULTAN JOHOR

on Tuesday, December 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana dipercayai menunjukkan isyarat lucah sewaktu konvoi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melalui Kilometer 95, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Yong Peng, pagi semalam.

 Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang mengesahkannya berkata pada kejadian kira-kira 11.20 pagi itu, suspek yang menaiki kereta Perodua Viva dipercayai menunjukkan isyarat berkenaan ketika Sultan Johor berangkat pulang daripada lawatan baginda di Muar.

 "Suspek kini dalam tahanan polis dan akan disiasat mengikut Seksyen 506 dan 509 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di Johor Baru, petang tadi.

 Wan Najmuddin berkata suspek kini direman empat hari untuk siasatan. – Bernama

default

ALAHAI USTAZ ISMA , KALAU TAK YAKIN JANGAN TUDUH MARA DIGITAL PROKSI LOW YATT

on Monday, December 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments



Tersebar meluas kenyataan seorang Ustaz bergelar Haji  dari parti ISMA memuatkan kenyataan di facebook beliau bahawa MARA Digital adalah proksi kepada Lowyatt dan projek Menteri jual nama MARA.

Cukup dikesalkan  status dan sumber dimuatkan pun beliau tidak sahkan malah meminta rakan facebooknya mengesahkan . 


1 ) STATUS ayat dari sumber boleh dipercayai..(bermakna sahih & benar).
2) Tuduhan Pertama(1) - MARA Digital adalah proxy kepada Low Yatt.
3) Tuduhan Kedua(2) - Menteri pergunakan nama MARA untuk bisnes.

GPB harap Ustaz Haji ini muhasabah diri itu ..buangkan sifat hasad dengki dalam diri kerana itulah punca anda menyebar berita fitnah ini  yang belum disahkan kesahihannya . 






Ada suara-suara yang mengaitkan penubuhan Digital Mall dengan isu perkauman..jadi penjelasan saya mudah.
1) Pertama, mereka perlu faham bahawa MARA diwujudkan khas untuk MELAYU & BUMIPUTERA.
2) Peluang TIDAK DIBERI kepada usahawan Melayu & Bumiputera untuk menyewa di IT Mall yang lain-lain. Jadi kami mahu membantu & membuka peluang kepada usahawan Melayu & Bumiputera untuk turut menceburi bidang yang semakin berkembang ini.
Buat pengetahuan semua juga, pembekal/ suppliers di Mara Digital dapat bekalan terus dari negara sumber bagi memastikan harga adalah kompetitif dengan tempat lain.

default

GADUH KOTARAYA KERANA DITIPU , ORANG MELAYU WAJAR BELI DI MARA DIGITAL

on Sunday, December 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Lagi kes gaduh akibat kerana ditipu peniaga handphone kaum Cina  dan hari ini berlaku di Kota Raya . Selepas insiden Lowyat , nampaknya orang Melayu masih lagi tidak serik dan terus membeli daripada peniaga Cina . 
Apabila ditipu , baru rasa menyesal . Sepatutnya orang Melayu sekarang perlu boikot terus membeli di plaza2 seperti KotaRaya dan Lowyat ini dan pergi membeli kepada peniaga Bumiputra di Mara Digital Mall yang berpatutan .  


Sekumpulan lelaki bertindak menyerang peniaga di Plaza Kota Raya apabila mendakwa peniaga tersebut menipu pembeli.
Kekecohan bermula kira-kira jam 5 petang apabila kumpulan lelaki tersebut bertindak memukul enam peniaga menggunakan kerusi dan peralatan keras.
Kumpulan tersebut bersama tujuh mangsa yang dipercayai ditipu peniaga di sana datang untuk menuntut kembali wang daripada pemilik premis berkenaan bernilai hampir RM10, 000.
Menurut ketua kumpulan itu, Roslan Ismail atau lebih dikenali sebagai Lan XCassanova berkata pihaknya tidak mempunyai niat untuk menyerang peniaga sebaliknya datang untuk menuntut kembali wang setelah tujuh mangsa tesebut dikatakan ditipu.
Namun kejadian bertukar kecoh apabila, peniaga kawasan berkenaan memulakan provokasi dan keadaan menjadi tidak terkawal.
“Baju Pink (peniaga) yang mula cetuskan provokasi. Kita datang sini bukan untuk cetuskan provokasi perkauman, tetapi menegakkan kebenaran mengenai penipuan yang berleluasa berlaku di kompleks ini.
“Dari awal, baju pink cetus provokasi apabila memaki hamun secara biadap dan bertekak dengan orang ramai seolah-olah kita di pihak yang salah.
“Kita datang secara aman sebelum orang ramai datang bagi memberikan sokongan dan menunjukkan bukti betapa ramainya yang telah ditipu ketika berurusan dengan peniaga di Kompleks Kota Raya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Plaza pada Ahad.
Sementara itu, menurut, Ketua Polis Dang Wangi Zainuddin Ahmad, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.