default

64 tahun UMNO berjasa kepada negara

on Tuesday, May 11, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Tanggal 11 Mei 2010, genap 64 tahun parti keramat UMNO dilahirkan. Parti yang telah banyak menabur jasa. Melahirkan pejuang-pejuang tulen yang berkorban jiwa dan raga, keringat dan air mata demi mempertahankan maruah dan martabat agama, bangsa dan tanahair.

Semangat perjuangan memartabatkan maruah orang Melayu bersemarak apabila British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946. Tindakan biadap dan tidak menghormati perasaan orang Melayu oleh British mencetuskan segala-galanya.

Gagasan Malayan Union harus ditentang habis-habisan. Orang Melayu tidak rela melihat Tanah Melayu menjadi tanah jajahan takluk British.

Kesabaran orang Melayu jangan diambil mudah. Jangan dijolok sarang tebuan!

Kuasa raja-raja Melayu perlu dipertahan. Malayan Union mahu menghapuskan kuasa raja-raja Melayu. Malayan Union mahu memberi rakyat asing hak sama rata dengan rakyat tempatan. Kemarahan orang-orang Melayu memuncak dan membara.

Ledakan daripada semangat itu, satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mengumpulkan kekuatan Melayu mencabar British yang begitu tidak sensitif mengemukakan Gagasan Malayan Union. British harus diajar. Mereka perlu tahu orang Melayu, pantang dicabar. Jangan diusik!

Kongres itu dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres itu juga dicadangkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu.

Susulan itu, dalam bulan yang sama, dua lagi kongres diadakan iaitu pada 30 dan 31 Mac 1946 di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan di Rumah Persatuan Penang Peranakan, Batu Road, Kuala Lumpur.

Tiga bulan selepas kongres pertama di Kelab Sultan Sulaiman, orang-orang Melayu membuktikan komitmen untuk bersatu padu menentang Malayan Union.

Sejarah tercatat. 64 tahun yang lalu, di Istana Besar Johor, di Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946, parti keramat UMNO secara rasmi ditubuhkan. UMNO menyatupadukan orang Melayu yang bertekad untuk menentang Malayan Union.

Pada mulanya UMNO dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar dengan nama “ Pertubuhan Melayu Bersatu” atau “ United Malays Organisation’. Bagaimanapun Tuan Za’aba mencadangkan ditambah perkataan “kebangsaan’ atau “national’ selepas perkataan “Pertubuhan’. Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu’ (PEKEMBAR) atau “United Malays National Organisation’ (UMNO).

Setelah penubuhan UMNO, orang Melayu menunjukkan semangat perpaduan yang amat memberangsangkan. Mereka bergerak dalam satu nada melawan Malayan Union. Perjuangan menentang Malayan Union mendapatkan sokongan paling padu.

Dalam tempoh dua tahun Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.

Perjuangan UMNO tidak terhenti di situ. Sandiwara British perlu ditamatkan. Walaupun Persekutuan Tanah Melayu telah dikembalikan kuasa di di negeri masing-masing kepada Raja-raja Melayu, tetapi British masih menjajah.

Mereka masih berkuasa dalam pentadbiran dan mengaut segala hasil kekayaan sumber asli. Orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan. UMNO tidak rela melihat martabat bangsanya diperkotak-katikkan. Perjuangan membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah British harus digerakkan seperti mana menentang Malayan Union.

UMNO harus mempelopori pula perjuangan memerdekakan Tanah Melayu. Orang Melayu tidak mahu lagi dijajah. Cukuplah penderitaan dan penghinaan yang diterima sejak mula dijajah seawal 1511.

Pada 24 dan 25 Mac 1951, Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu’ diganti dengan “ Merdeka’.

Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang DiPertua UMNO sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan:

“ Lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan ”Malayan Union’, maka sekarang ini kita akan robohkan pula “Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita.”

Kerajaan British, apabila menyedari UMNO sudah mula bergerak dan bersatu ke arah memperjuangkan agenda menuntut kemerdekaan, mensyaratkan kemerdekaan tidak akan diberi sekiranya negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak ada kerjasama dan persefahaman antara kaum.

UMNO bijak mengatur strategi. UMNO bersungguh-sungguh mahukan negara ini bebas merdeka. Apa sahaja halangan akan dirempuh. Bumi tercinta ini perlu Merdeka!

Dengan kerjasama MCA, serta kejayaan besar UMNO/Perikatan dalam pilihanraya 1955, British akhirnya terpaksa akur di atas tuntutan UMNO.

Akhirnya tarikh keramat kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dipersetujui pada 31 Ogos 1957.

Perjuangan dan jasa UMNO tidak terhenti setakat menentang Malayan Union dan memerdekakan Tanah Melayu. Selepas menikmati kemerdekaan, UMNO sebagai tonggak parti perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional menumpukan perjuangan untuk mengisi kemerdekaan dan mempertahankan serta meninggikan martabat bangsa, agama dan tanah air.

Ladang-ladang getah dan kelapa sawit dibuka untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Pelbagai program pembangunan dalam ekonomi, pendidikan, agama, dan sebagainya dirancang secara sistematik dan strategik.

Institusi yang berkait rapat dengan pembangunan rakyat seperti RISDA, FELDA, FELCRA, MARA dan sebagainya diwujudkan.

Mengimbau penubuhan UMNO 64 tahun yang lalu, pastinya tidak ada sesiapa yang dapat menolak hakikat betapa besar jasa dan pengorbanan yang parti itu telah lakukan untuk menjadikan Malaysia negara yang bermaruah dan rakyatnya memiliki jati diri unggul.

Ahli-ahli UMNO kini melebihi tiga juta. Sebuah parti politik tertua dan terunggul di dunia, tidak ada sebuah parti politik di dunia yang dapat menandingi rekod pencapaian UMNO. Mendapat kepercayaan rakyat untuk terus menerus memerintah dalam kesemua 12 pilihan raya umum.

UMNO harus terus dipertahankan. UMNO tetap terus relevan. UMNO mesti terus menjadi parti peneraju.

Semoga Allah sentiasa memberi laluan yang mudah, mengurniakan rahmat, memberkati dan memelihara serta memberi kekuatan kepada UMNO, parti yang begitu banyak berjasa memartabatkan maruah bangsa, agama dan tanahair

default

PKR menuju kehancuran , 1700 ahli PKR Pdg Serai keluar parti

on Monday, May 10, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

panglima PKR kesayangan Anwar kini ditolak ahli PKR Pdg Serai


gobala sibuk bela Anwar saja bukannya rakyat di kawasannya sendiri

KULIM 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,700 ahlinya di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu malam tadi mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan mereka khususnya Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K. Letchumanan, mereka menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah di Paya Besar, Lunas, dekat sini.

Hadir sama pada majlis ialah setiausaha BN Kedah Datuk Paduka Rodzai Sufian, Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew, setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad dan pengerusi MIC Kedah S. Ananthan.

Letchumanan, pengusaha bas ekspres berkata mereka mengambil keputusan keluar parti kerana bosan dengan janji kosong pemimpin PKR terutama anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang disifatkan "cakap tak serupa bikin."

Katanya mereka yang keluar parti itu ialah dari 10 cawangan iaitu Jalan Kuta Raja (Paya Besar), Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara (Sungai Kob), Taman Sungai Kob, Taman Ria, Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai dan cawangan Padang Buluh dan Dublin Pusat di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

Ahmad Bashah mendakwa ramai lagi penyokong dan anggota PKR dan PAS di Kedah dijangka keluar parti untuk menyertai BN tidak lama lagi.

Ananthan yang juga Ketua MIC Kulim/Bandar Baharu berkata perkembangan itu menunjukkan masyarakat India di Kedah telah sedar kesilapan mereka menyokong pakatan pembangkang.

Katanya Pusat Khidmat Masyarakat MIC DUN Lunas di Taman Cekur Manis telah menyelesaikan lebih 2,000 masalah yang dihadapi penduduk.



Komen PB

Pastinya PKR akan menyatakan tindakan mereka yang keluar ini tidak menjejaskan parti PKR di kawasan itu . haha ini ayat longkang yang selalu dimainkan PKR bila ada ja ahli mereka yang keluar parti.

Lihat lah bagaimana tindakan ahli mereka yang keluar di Hulu Selangor seperti Dr Halili sehinggakan Zaid Ibrahim tumbang kepada Kamalanathan . Cakap cakap besar sangat Parti kelentong rakyat .. rakyat kini sudah sedar PKR tidak membela nasib rakyat pun tetapi hanya la untuk kepentingan politik dan Anwar Ibrahim .

default

Wira PERKASA pertahan Sultan Selangor menentang pengkhianat PKR di Tropicana

on Friday, May 7, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Zaid akhirnya akur dengan PERKASA mohon maaf kepada Sultan Selangor


Perkasa mendakwa anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim telah memohon ampun kepada Sultan Selangor berhubung kenyataannya tentang isu masjid digunakan untuk berpolitik.

Oleh itu, Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata, pihaknya memutuskan untuk membatalkan demonstrasi susulan hari ini selepas difahamkan Zaid (gambar) telah memohon maaf.

“Kami sepatutnya mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat PKR petang ini tetapi apabila saya dimaklumkan bahawa Datuk Zaid sudah mohon ampun, maka kami pun memutuskan untuk tidak meneruskan demonstrasi,” katanya.

Zaid dijadual mengadakan sidang media di rumahnya di sini pagi esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pula berkata Zaid tidak meminta maaf kepada Sultan Sultan Sharafuddin.

“Jadual untuk menghadap Sultan pun tidak ada,” katanya ketika dihubungi.

Arman Azha berkata, selepas demonstrasi di hadapan ibu pejabat PKR semalam, Zaid telah meminta maaf kepada Sultan Selangor tidak sampai 24 jam.

“Semalam kami (Perkasa) membuat desakan, tidak sampai 24 jam, Zaid sudah memohon ampun dari Tuanku.

“Ini menunjukkan PKR takut desakan, takut desakan daripada Perkasa.

“Kami adalah orang pertama yang membuat protes di PKR dengan sokongan NGO lain.

“Mereka takut dengan Perkasa dan menunjukkan mereka tidak menghormati Sultan Selangor,” kata Arman Azha.

Wira Perkasa mengadakan demonstrasi di pekarangan ibu pejabat PKR semalam dan hari ini bersama Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) yang terdiri daripada Persatuan Kebajikan Islam Selangor, Gabungan Graduan Melayu Muda, Pertubuhan Anak-Anak Bugis dan Persatuan Pembela Perlembagaan Persekutuan.

Kira-kira 2.30 petang tadi seramai 30 ahli Pemuda Umno Selangor dan Perkasa telah mengadakan perhimpunan aman tanda protes terhadap kenyataan Zaid di hadapan Masjid Negeri Selangor di sini.

Semalam mereka mendesak Zaid memohon maaf ekoran tulisan dalam blognya seolah-olah memperlekehkan dan mempersendakan titah perintah Sultan Selangor serta tidak menghormati institusi Kesultanan Melayu.

Mereka mendakwa kenyataan Zaid bersifat menghasut rakyat supaya tidak menghormati titah perintah Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam.

Dalam pada itu, Umno dan Perkasa hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Datuk Suhaimi Ghazali berkata polis perlu menyiasat kenyataan Zaid yang kelihatan menghina Sultan Selangor kerana ia berbaur hasutan dan boleh mempengaruhi minda masyarakat.

Menurutnya, Zaid perlu dikenakan tindakan setimpal kerana mengingkari titah Sultan Selangor yang sebelum ini bertitah supaya sebarang ceramah politik tidak dilakukan di dalam masjid di negeri ini.

“Saya dimaklumkan pagi tadi (semalam) Datuk Zaid sudah minta maaf, tapi salah tetap salah.

“Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pun sudah membuat kenyataan bahawa sesiapa yang ingkari titah Sultan Selangor boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara,” katanya semalam.

default

Mafrel akui ditaja oleh CIA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

NED ditaja CIA

Oleh Aspirasi Bangsa

Ini adalah keratan berita mengenai pengakuan Mafrel [baca sini].

Mengulas mengenai dana yang diterima, Syed Ibrahim berkata, badan itu sanggup menerima risiko kehilangan sumber kewangan daripada penaja mereka sekiranya pihak terbabit tidak bersetuju dengan laporan yang bersifat telus dan adil yang dikeluarkan oleh Mafrel.

Syed Ibrahim berkata, pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12), Mac 2008 yang lalu Mafrel telah menerima dana sebanyak US$50,000 (RM170,000) bagi menampung kos kajian dan penyelidikan pada ketika itu.





Siapakah IRI.. lihat dibawah ini [rujuk sini]:

CIA pernah menaja beberapa yayasan Kristian Jerman seperti Friedrich Ebert Foundation (FEF) dan Konrad Adeneur Foundation (KAF) untuk melaksanakan misi yang sama.

Namun pada tahun 1980-an, CIA menukar taktik dengan menaja sepenuhnya 'yayasan demokrasi' apabila Amerika Syarikat menubuhkan NED (National Endowment foe Democracy) pada tahun 1983. Klik di sini

Penggubal undang-undang NED, Allen Weinstein, turut mengesahkan NED adalah nama lain kepada CIA.

"Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu", Kata Allen Weinstein dalam Washington Post, 22 September 1991.Klik di sini

NED mempunyai empat cabang penting iaitu IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute for International Affairs), CIPE (Chamber of Commerce's Center for Private Enterprise) dan ACILS (American Center for International Labor Solidarity), di mana pengkhususan kepada pilihanraya di sesebuah negara terletak di bawah bidang kuasa IRI.

Komen PB

Inikah badan yang dikatakan bebas seperti MAFREL ?? Rupanya songlap Duit daripada YAHUDI !! Jika kita kaji semua orang di dalam MAFREL ini semua adalah aktivis yang terdiri daripada penyokong2 Anwar.

Malah sebelum ini, setiausaha MAFREL adalah Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah), sekarang ini menjadi orang kuat AMK .

IRI merupakan antara penaja Anwar di luar negara dan hari ini Syed Ibrahim akui IRI penaja MAFREL di Malaysia ?. Bukankah ini bermaksud 'tangan' Anwar berada di belakang MAFREL?


Nampaknya kini rahsia2 proksi di dalam negara dan luar negara Anwar telah terbongkar dan bagaimana mereka boleh hidup dengan berbekalkan fund daripada Yahudi dan CIA di US .

default

Disebalik kenyataan biadab Zaid Daniel terhadap Sultan Selangor

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Zaid Daniel terus kurang ajar & biadab !! Demi pertahanakab wali selipar, Zaid Daniel mahu membalas jasa orang tua itu ketika membantu kempen di HS dengan membuat tuduhan kurang ajar kepada Sultan Selangor .

baca kenyataan dari mykmu.net


Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyifatkan tindakan Zaid Ibrahim mengecam Tuanku Sultan Selangor merupakan satu tindakan biadap, kurang ajar dan mungkin sebahagian agenda Pakatan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Republik.

Dalam entri terbaru blognya, beliau menyatakan kuasa agama Islam negeri adalah kuasa Tuanku Sultan yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri dan tidak sepatutnya dipertikaikan.


1. Tindakan Datuk Zaid Ibrahim menganggap titah Tuanku Sultan Selangor agar masjid tidak dijadikan tempat berpolitik sebagai pandangan peribadi bukannya arahan yang perlu dipatuhi merupakan satu penghinaan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi kesultanan Selangor.

2. Walau apapun hujahan undang-undang, tindakan mempertikaikan titah Tuanku secara terbuka merupakan satu tindakan biadap. Mungkin perkataan yang lebih tepat ialah kurang ajar kerana Zaid bukan pun anak negeri Selangor. Sebagai rakyat Malaysia yang bukan anak negeri Selangor, Zaid sepatutnya lebih menghormati Sultan Selangor, negeri yang beliau duduki hari ini. Inilah negeri tempat beliau mendapat kemewahan dan juga hampir diberi peluang menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya kecil lalu. Apakah madu yang diberi oleh Selangor, tuba yang dibalas Zaid?

3. Apa pun prosedur yang dipertikaikan oleh Zaid, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor secara jelas menyatakan Tuanku Sultan ialah Ketua Agama Islam Negeri yang berhak membuat sebarang titah (arahan) yang wajar dipatuhi.

4. Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Fasal XLVIII.(1)

The Head of the religion of the state shall be His Royal Highness dan His Royal Highness may cause laws to be enacted for the purpose of regulating religious affairs and for the Constitution of a Majlis Agama Islam, to be called in English "Council of Religion of Islam", to aid and advise His Royal Highness in all matters relating to the religion of the State.


5. Titah Tuanku hanya menjadi nasihat jika ia sesuatu di luar bidang kuasa baginda. Itu pun perlu diberi pertimbangan yang serius oleh kerajaan negeri kerana Tuanku masih merupakan Ketua Negeri yang memberi kuasa pemerintahan Eksekutifnya kepada Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

6. Sebaliknya dalam hal ehwal agama Islam, titah Tuanku adalah arahan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). MAIS hanya bertanggungjawab menasihati dan menjalankan titah Tuanku.

klik di sini selanjutnya


Sementara itu, EXCO Pemuda UMNO, Hishamuddin Yahya menyifatkan Zaid adalah alat DAP untuk mencabar kedudukan agama Islam, raja-raja Melayu dan kedudukan bumiputera di negara ini.

"Jika dahulu Nizar mencabar Sultan Perak sehingga mengatakan beliau "Sembah Derhaka", hari ini Zaid Ibrahim pula memperlekehkan titah Tuanku Sultan Selangor membabitkan isu agama Islam. Mereka ini merupakan Melayu yang menjadi alat kepada DAP sahaja, "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.