default

Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali

on Tuesday, March 31, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali

SUNGAI PETANI: Kenderaan milik petugas dan penyokong Barisan Nasional (BN) kini menjadi sasaran penyokong parti pembangkang yang bertindak mengetuk dan mencalarkan badan kenderaan terbabit.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, ketika mendedahkan perkara itu, berkata kenderaan beliau sendiri menjadi mangsa serangan penyokong pembangkang yang bertindak liar selepas diapi-apikan melalui ceramah dan kenyataan provokasi pemimpin mereka.

"Berlaku adillah kepada Pemuda Umno dan Pemuda BN. Dulu kita selalu nampak kenderaan dengan lambang dan bendera BN, hari ini kita akan nampak pembangkang lebih banyak guna kaedah itu kerana kereta BN diserang dan kereta mereka tak diserang.

"Beritahu saya kereta mana yang membawa lambang pembangkang diserang? Kereta dengan bendera BN sering kali diserang dan dicalarkan, cuma kita tak buat laporan saja, kalau nak buat laporan memang banyak.

"Kita nak beri tahu kepada parti pembangkang terutama pemimpin mereka, bertanggungjawablah dalam membuat kenyataan dan memberi ceramah kerana jiwa muda ini mudah dibakar," katanya pada sidang media di Pusat Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di sini, petang tadi.


Turut menjadi mangsa ialah Proton Perdana milik Penolong Setiausaha Pemuda Umno/BN Kedah, Haris Che Mat, yang dicalarkan dan ditoreh perkataan kesat.

Komen PB

Ini lah kaki kacau dan kepala tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim .Perkara ini lumrah setiap pilihanraya kecil dan Pemuda BN tidak harus lemah semangat .Kita harus terus berjuang sehingga hari pembuangan undi . Sedia Gempur Pemuda BN !!!

default

Berilah saya peluang - KJ

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments







Biarpun kejayaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memenangi jawatan Ketua Pemuda dilakukan melalui proses demokrasi yang menyaksikan beliau memperolehi 304 undi menewaskan dua calon lain iaitu Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo tetapi kemenangan beliau seolah-olah tidak dialu-alukan oleh ahli-ahli UMNO.

Akibatnya, ketika sesi perbahasan ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, beliau diejek setiap kali namanya disebut. Namun bagi Khairy, beliau tidak berasa kecewa dengan apa yang berlaku sebaliknya dalam pertemuan dengan wartawan Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar dan Hafizahril Hamid, beliau berkali-kali merayu agak semua pihak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan kemampuan. Pandangan yang sama juga turut diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Khairy menjadi sasaran kerana beliau dilihat tidak bersih apabila Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah kerana melanggar tata etika parti ketika berkempen dan diberi amaran. Keputusan itu mencetuskan kontroversi kerana calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding biarpun melakukan kesalahan yang sama.

Justeru dalam pertemuan berkenaan, Khairy menjelaskan secara terperinci apa sebenarnya kesalahan yang beliau lakukan dan harapan beliau kepada semua pihak agar memberikan kesempatan untuk membuktikan kemampuannya memimpin Pergerakan Pemuda UMNO.

UTUSAN: Apabila YB memenangi jawatan Ketua Pemuda, ia telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan hasilnya, setiap kali nama YB disebut dalam Dewan Merdeka, YB diejek, apa perasaan YB?

KHAIRY: Bagi saya, sebenarnya saya bukannya merasa kecewa tetapi memahami perasaan segelintir daripada penyokong-penyokong calon-calon yang lain, sebab kempen yang dijalankan bukannya satu kempen biasa, ia berjalan selama enam bulan dan merupakan satu kempen yang paling panjang dalam sejarah pemilihan UMNO. Saya berpendapat, ia merupakan saingan yang paling sengit dalam sejarah pemilihan Ketua Pemuda UMNO dan melibatkan personaliti terkenal seperti Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan saya sendiri.

Oleh itu bila sudah kempen berjalan lama dan saingan sengit sudah tentu apabila keputusan itu keluar, ada yang tidak puas hati dan dalam keadaan pada hari itu juga kita terpaksa tunggu sehingga pukul 11 malam, perasaan sudah tentulah menjadi tegang dan dalam keadaan itu, kita harus memahami bahawa pasti ada yang tidak berpuas hati dan meluahkan perasaan secara emosi.

Walaupun saya kesal apa yang berlaku namun saya memahaminya. Saya tidak berasa marah kepada mana-mana pihak cuma saya berharap selepas ini setelah kita sudah meluahkan perasaan, semua tidak kira yang menyokong saya, Khir atau pun Mukhriz dapat merapatkan barisan. Itulah sebenarnya agenda yang utama bagi saya, adalah untuk merapatkan barisan.

Soal tanggapan negatif dan terhadap apa yang berlaku dalam Dewan Merdeka itu soal kedua, sekarang ini bagaimana kita hendak merapatkan barisan Pemuda dahulu dan seterusnya barulah kita melihat kepada persepsi-persepsi lain sama ada umum atau pemimpin dewasa. Sebab suka tidak suka, semua melalui proses pemilihan yang sama. Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berkata hendak memperluaskan demokrasi dalam UMNO. Saya setuju tetapi untuk kali ini hanya 793 perwakilan Pemuda sahaja yang membuat penentuan dan daripada jumlah itu saya pun tidak mendapat majoriti tetapi mendapat jumlah undi paling banyak.

Saya berharap semua pihak boleh menerima keputusan dan bekerjasama.

Tetapi ramai membuat tafsiran hanya disebabkan oleh nama ‘KJ’, ia mencalarkan sedikit imej barisan Majlis Tertinggi UMNO yang dipilih pada Khamis, apa komen YB?

Saya tidak tahu bagaimana kerana masalah persepsi ia mengambil masa untuk menghilangkannya tetapi saya rasa kita masih lagi dalam saat-saat perasaan puas hati itu masih lagi ada, jadi kita nampak ia diterjemahkan dalam blog, protes dan macam-macam.

Saya tidak boleh buat apa-apa kerana saya sudah diberikan mandat dan amanah, justeru saya harus memikul amanah ini dengan terbaik dan saya berharap soal persepsi ini lama kelamaan akan hilang, persepsi itu masih lagi wujud kerana isu lama seperti menantu Perdana Menteri dan segala perkara yang berkait dengan itu terbawa-bawa tetapi akhirnya ia akan hilang.

Saya berharap ahli-ahli UMNO akan menerima inilah keputusan yang dibuat oleh perwakilan.

Mungkin mereka melihat bagaimana YB boleh menang sedangkan YB sudah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana mengamalkan politik wang?

Bagi saya itu adalah peraturan parti. Kalau dalam Perlembagaan parti ia ada sebut satu persatu hukuman seperti diberi amaran, tidak bertanding, gantung atau disingkirkan daripada parti. Daripada empat itu, saya diberikan salah satu hukuman yang ada dalam Perlembagaan bukannya hukuman yang tidak ada dalam perlembagaan seperti mereka hukuman baru hanya untuk saya bagi membolehkan saya bertanding.

Dalam hal ini walaupun saya didapati bersalah tetapi hukuman itu sendiri yang datang daripada Lembaga Disiplin membenarkan saya bertanding. Maksudnya Lembaga Disiplin berkata, walaupun kita rasa dia ni bersalah tetapi kesalahannya tidaklah seberat untuk menidakkan dia bertanding.

Kalau Lembaga Disiplin yang buat keputusan ini merasakan moral saya sudah tercalar sehingga sampai ke satu tahap saya tidak boleh mewakili parti atau menjadi seorang calon sudah tentu dia akan melarang saya untuk bertanding.

Saya tidak tahu apa pertimbangan Lembaga Disiplin tetapi mungkin mereka rasa bahawa kesalahan itu susah hendak ditunjukkan kesahihannya tetapi mereka berasa saya bersalah, mungkin itulah yang berlaku. Semasa saya jumpa tribunal, mereka kata ini bukan mahkamah, kalau mahkamah mesti buktikan tanpa ragu-ragu anda melakukan kesalahan yang dinyatakan tetapi ini bukan mahkamah, justeru ia berasaskan kepada kemungkinan saya melakukan kesalahan, kalau mereka berasa saya kemungkinan membuat kesalahan itu, maka mereka akan mendapati saya bersalah dalam dakwaan tersebut.

Jadi dalam hal itu, ia tidak kukuh seperti mana keputusan mahkamah ataupun keputusan hakim. Dia lebih kepada kencenderungan lembaga merasakan saya mungkin buat kesalahan itu dan saya sampai hari inipun saya tegaskan saya tidak bersalah. Saya mempertahankan pendirian itu, tetapi saya sebagai orang parti saya terima keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin.

Untuk mengelakkan kekeliruan, apa sebenarnya kesalahan YB, apa benar ia berkaitan dengan amalan politik wang?

Kesalahan saya adalah dibawah Seksyen 10.1 tata etika parti iaitu kesalahan yang berkaitan dengan orang ketiga, maksudnya saya tidak buat kesalahan tersebut tetapi orang lain membuat kesalahan berkenaan tetapi kerana orang itu dikaitkan dengan saya sama ada beliau adalah ejen atau wakil yang mewakili saya maka saya dikaitkan dengan kesalahan tersebut.

Dalam hal ini saya sudah menegaskan bahawa, pertama saya tidak pernah amanahkan orang itu sebagai ejen saya. Saya pun tak tahu apa dia buat. Yang kedua, perkara yang dituduh dilakukan itu dibuat sebelum saya mengumumkan keputusan untuk bertanding jawatan ketua pemuda iaitu pada bulan Jun 2008, saya hanya mengumumkan bertanding pada September 2008.

Oleh itu pertama, saya tidak tahu, kedua tidak pernah mewakilkan atau mengamanahkan dia dengan kuasa dan ketiga perkara itu berlaku sebelum saya mengumumkan bertanding, itu hujah yang saya guna kepada Lembaga Disiplin.

Kalau itu hujah YB, adakah ini bermaksud tindakan yang diambil sekadar untuk mencalar imej YB sahaja?

Saya tidak mahu membuat spekulasi kerana adalah tidak adil saya berbuat demikian. Saya harap dan yakin Lembaga Disiplin membuat keputusan berdasarkan penilaian mereka secara professional walaupun saya tegaskan saya tidak buat benda itu ataupun saya, tidak salah falam hal itu tetapi bagi saya, Lembaga Disiplin ada penilaiannya sendiri jadi saya tidak mahu menimbulkan buruk sangka kepada mana-mana pihak.

Dari segi perolehan undi adalah jelas YB tidak mendapat undi majoriti bagaimana YB hendak menyatukan semula Pemuda?

Perkara ini pernah berlaku dalam Pemuda ketika zaman Datuk Zahid Hamidi bertanding menentang tiga calon lain. Kalau tiga empat penjuru bukan senang hendak mendapat majoriti apatah lagi kalau calon-calon itu hebat-hebat seperti Khir dan Mukhriz.

Pada awalnya saya tidak yakin bahawa saya boleh menang cuma pada hari pemilihan sahaja saya fikir ada peluang menang tetapi tidak dapat majoriti, Alhamdulillah saya dapat 50 undi majoriti. Ada sedikit keselesaan tetapi masih lagi belum majoriti. Tugas utama saya ialah untuk mencantumkan semua kumpulan-kumpulan dalam Pemuda yang dahulu sokong Khir, Mukhriz dan saya, sebagai barisan yang mantap.

Berdasarkan penilaian, terdapat dua kategori perwakilan. Pertama perwakilan yang cenderung menyokong Mukhriz atau Khir tetapi tidak ada masalah dengan saya, ramai diantara mereka yang saya jumpa mereka kata KJ dulu saya sokong Mukhriz tetapi kini KJ adalah ketua saya, oleh itu kita bekerjasama, kategori kedua penyokong tegar yang mana mungkin undi cenderung kepada calon lain tetapi menolak saya, kelompok ini akan saya dekati dengan berjumpa dan bercakap dengan mereka, bercakap hati ke hati dan merayu untuk memberikan kerjasama.

Saya akan beritahu kepada mereka bahawa ini bukan soal berpolitik lagi kerana kita sudah cukup berpolitik selama satu tahun. Inilah masa untuk kita bekerja untuk rakyat dan Pemuda. Jadi saya merayu kepada mereka selepas ini, untuk bagi kerjasama. Kalau tidak suka saya pun tidak apa tetapi sekurang-kurangnya menghormati institusi Pemuda dan Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sama-sama kita jaga. Saya beritahu dalam ucapan penggulungan saya kata, jawatan ini bukan untuk saya tetapi untuk kita semua, kita pegang satu amanah yang cukup berat daripada ahli kita.

Selama ini Pemuda UMNO sudah cukup dilihat bersikat elit dan kini YB pula mengetuai, tidakkah ini akan menambah lagi pandangan sedemikian?

Saya rasa perwakilan pada awalnya pun mempunyai pandangan yang sama, sebab itulah isu ada seorang calon datang daripada kampung dan anak petani manakala calon lain datang daripada keluarga yang berlatarbelakangkan agak selesa termasuk saya tetapi bagi saya, soal akses atau jurang antara pemimpin dengan akar umbi tidak bolehlah kita terjemahkan mengikut latar belakang seseorang itu.

Seseorang itu mungkin datang daripada kampung tetapi mungkin dalam keghairahan memperolehi kejayaan, dia sudah menjauhi diri daripada rakyat, pada masa yang sama seseorang itu mungkin datang daripada latar belakang berada ataupun selesa tetapi oleh kerana ada kejujuran untuk berkhidmat dia mendekati diri dengan akar umbi dan dalam hal ini saya nampak 304 perwakilan yang mengundi saya dan sebahagian besar tidak undi saya tetapi tidak ada masalah dengan saya.

Mungkin mereka nampak benda yang orang lain tidak nampak bahawa saya tidak ada protokol, boleh turun bersama mereka dan ada pemikiran cara orang muda. Kalau pun tidak cara orang kampung tetapi sekurang-kurangnya mempunyai pemikirian orang muda yang memahami trend dan kesukaan orang muda dan mungkin disitu saya rasa pendekatan itu telah memecah dan telah menembus satu persepsi yang saya ini daripada golongan atasan, elit dan jauh dari bawah.

Apabila mereka nampak saya turun dari rumah ke rumah, saya pergi hampir 50 peratus rumah perwakilan, main bola dengan mereka, mengenali latar belakang keluarga mereka, jadi mereka nampak dia ni tidaklah seperti mana yang dianggap dahulu. Sebab itu bila umum bertanding saya fikir panjang, apa slogan saya hendak pakai.

Saya mencari slogan yang boleh melekat di hati perwakilan jadi saya pilih setiakawan. Saya hendak tunjukkan bahawa saya ini bukanlah seperti mana yang digembar-gemburkan bahawa saya seorang yang sombong dan elit yang tidak pijak bumi nyata, tak tahu mendampingi orang biasa dan akhirnya mereka mendapat gambaran yang berbeza, jadi saya kena guna pendekatan yang sama untuk masyarakat yang lebih umum lagi supaya mereka kenali bahawa si KJ sebenarnya macam ini bukan macam itu.

Adakah perancangan dan idea yang dimiliki oleh Mukhriz dan Khir turut akan diserap dalam YB mengendalikan Pemuda?

Sudah tentu kerana dalam ucapan penangguhan, saya sudah kata produk Pemuda yang hendak saya hasilkan dalam kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah Pemuda yang berani seperti mana kata Khir kita mesti desak, Pemuda yang boleh bawa perubahan itu yang Mukhriz ketengahkan, ia bermaksud Mukhriz tidak berpuas hati dengan keadaan hari ini. Jadi saya pun hendak membawa perubahan tersebut. Kalau Pemuda tidah boleh berbuat demikian seperti yang digariskan oleh Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Najib, kita tidak akan berjaya. Saya juga mencantumkan semangat berpasukan jadi dengan mencantumkan ketiga-tiga ideologi ini dengan beberapa cadangan yang konkrit daripada semua pihak, saya fikir kita boleh menghasilkan satu produk yang terbaik. Dalam pemilihan ini, saya kata jangan kita pilih mengikut keburukan KJ, kelemahan Mukhriz dan keburukan Khir, Sebaliknya kita memilih berdasarkan kebaikan dan kekuatan seseorang calon. Jadi, kalau kita dapat membawa benda yang sama kepada ideologi Pemuda, kita cantumkan semua yang baik daripada ketiga-tiga calon ini, produk Pemuda pasti cukup luar biasa.

Apabila Mukhriz tewas, orang semakin memandang negatif kepada YB dan masalahnya YB juga dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengkritik YB, apa yang YB hendak katakan?

Saya berharap dan merayu kepada Tun Dr. Mahathir untuk memberikan saya peluang sebagai Ketua Pemuda untuk berkhidmat demi parti. Saya harap beliau akan dapat memberikan nasihat dan juga dapat memberikan tunjuk ajar kepada saya dan seluruh barisan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia bagi mengukuhkan parti.

Ini masa yang perlu setiap daripada pemimpin-pemimpin terdahulu bantu kita termasuklah Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah, Mereka perlu menjadi tempat rujukan bagi kita sebagai orang muda dan keadaan Pemuda yang begitu mencabar pada hari ini untuk mendapat aspirasi dan nasihat.

Mengenai keanggotaan dalam Kabinet, bagaimana?

Saya sudah tegaskan bahawa soal pelantikan Kabinet adalah hak multak Perdana Menteri yang baru. Saya rasa tidak ada sesiapa yang perlu, patut dan boleh mendesak kepada beliau tentang pelantikan Kabinet. Biarlah Datuk Seri Najib pilih barisan yang beliau sendiri rasa terbaik, tanpa beliau rasa tertekan hendak lantik orang itu atau ini. Bagi saya, kalau kita hendak berani berubah kita berubah dengan memberi satu kebebasan penuh untuk Najib memilih anggota pentadbirannya.

Bukankah sebalum ini YB kata, Pemuda perly diberi tempat kerana ia mewakili suara generasi muda dalam Kabinet?

Suara generasi muda saya rasa perlu dibawa ke dalam Kabinet tetapu kalau tidak saya pun tidak apa kerana kita ada Menteri Belia dan Sukan. Kita ada menteri-menteri yang muda termasuklah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sudah menyatakan bahawa dia hendak menjadi jambatan antara Pemuda dan parti induk. Saya nampak tidak ada ketandusan daripada segi suara orang muda ataupun individu yang boleh bawa suara Pemuda. Jadi kalau ditakdirkan saya tidak dapat, saya rasa bukanlah satu kerugian kerana yang lain pun boleh bawa juga suara orang muda.

Apa pandangan YB berhubung pemilihan UMNO induk?

Saya nampak ia adalah satu gabungan yang baik bagi Datuk Seri Najib, saya istilah ia sebagai satu barisan muka baru sebab kebanyakan anggota-anggota MT ini muka baru.Saya nampak bahawa perwakilan betul-betul menuntut dan membawa satu perubahan berisan naib-naib persiden, ada satu gelombang pembaharuan yang diterjemahkan.

Saya rasa ia memenuhi impian Datuk Seri Najib untuk memiliki sebuah saf yang padu dan nampaknya beliau mempunyai satu saf yang mantap.

Apa harapan dan rayuan YB sama ada kepada pemimpin dan ahli UMNO serta rakyat keseluruhannya?

Rayuan saya berilah saya peluang untuk memimpin Pemuda dan untuk membawa pembaharuan seperti mana yang dituntut bukan hanya oleh golongan generasi muda Melayu tetapi juga seluruh generasi muda Malaysia yang berbilang kaum.

Berilah saya ruang dan peluang untuk membuktikan bahawa saya jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan saya merayu janganlah memalukan penilaian saya dengan sikap perjudis. Saya merayu mereka yang mengkritik saya sebelum ini berpandangan terbuka terhadap saya dalam masa cukup kritikan ini.

Apa yang penting kita hendak kukuhkan UMNO. Kembalikan keyakinan sokongang orang muda terhadap UMNO dan BN serta kita hendak membawa satu budaya politik baru yang berdasarkan kepada nilai, makna, keintelektual idea dan kejujuran.

(Sumber: Utusan Online)

LINK

Bersatu dalam Barisan Perjuangan

default

Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik pengundi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Pemuda BN akan menggunakan pendekatan berdialog dan ceramah untuk mendekati golongan muda agar menyokong parti itu dalam tiga pilihan raya kecil yang diadakan serentak pada 7 April ini.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim berkata, pendekatan itu berbeza dengan yang dijalankan sebelum ini di mana pihaknya memilih menggunakan ceramah-ceramah besar untuk mendekatkan diri dengan pengundi muda. Penggunaan ceramah-ceramah besar tanpa dialog tidak memuaskan hati golongan muda kerana mereka tidak berkesempatan meluahkan perasaan.

''Pengalaman lalu menunjukkan kaedah berdialog melalui ceramah sangat memberangsangkan maklum balasnya di mana mereka dapat meluahkan hati dan perasaan terhadap isu-isu yang terbelenggu. Pemuda BN juga diamanahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menjalankan kajian mengenai sikap pengundi muda yang ditemui dan membuat profil mengenai mereka," ujarnya kepada wakil media ketika ditemui selepas melawat Bilik Gerakan Induk Pemuda BN Parlimen Bukit Gantang semalam.

Beliau berkata, kajian sikap dan profil ini bukan hanya dibuat dalam tempoh pilihan raya tetapi berterusan selepas itu bagi memudahkan Pemuda BN mendekati golongan terbabit, mengenal pasti masalah mereka dan membantu menyelesaikan masalah tersebut.

''Saya rasa pendekatan baru yang diperkenalkan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Presiden menunjukkan kesungguhan bahawa kita tidak boleh lagi leka dan memandang ringan soal modal insan sebagai satu elemen penting dalam membentuk kerajaan. Ini kerana kita menyedari bahawa 90 peratus daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang dilahirkan selepas merdeka," katanya.

Mengenai Parlimen Bukit Gantang, Razali berkata, pihaknya mengenal pasti terdapat beberapa keperluan perlu disediakan kepada golongan ini iaitu kemudahan sukan dan peluang ekonomi terutama masalah pengangguran akibat krisis ekonomi dunia dialami ketika ini.

''Jadi, kita akan pastikan seluruh jentera kita dapat mengenal pasti kumpulan-kumpulan ini dan bertanya bagaimana kita dapat membantu dan menyediakan apa keperluan mereka. Kita mahu mendekati mereka secara tersusun bukan seperti pembangkang atau parti-parti lain yang gunakan pilihan raya untuk berpolitik kerana BN memikirkan tentang mutu kerja semasa pilihan raya dan selepasnya," katanya.

default

Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ

on Friday, March 27, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 22 Comments


Dalam 2 hari selepas kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO , saya round blog2 dari pembangkang dan juga blog2 penyokong Tun yang menjadikan KJ sebagai musuh No 1 mereka.

http://parpukari.blogspot.com blog ini memang penyokong kuat Tun dan dia mengulas mengenai KJ di BOO dan sebilangan perwakilan Pemuda dan UMNO bagi menggambarkan kemenangan KJ tidak diterima oleh UMNO . Saya masih tidak faham mengapa semua perwakilan tidak dapat menerima kemenangan calon yang menang sedangkan perwakilan sendiri yang memilih calon itu .

Keputusan pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri sebenarnya memeranjatkan orang-orang Mahathir didalam Umno. Khairy Jamaluddin menang Ketua Pemuda manakala Shahrizat Jalil (Penasihat Pak Lah ) merupakan Ketua Wanita Umno yang baru. Rosnah Abdul Rashid pula menewaskan lima lagi pencabarnya untuk diangkat menjadi Ketua Puteri yang baru.

Blog terkenal tetapi bila muncul di TV tidak sehebat mana pun Bigdogdot.com menyalahkan 304 undi perwakilan Pemuda Umno yang memilih KJ jika Umno dikuburkan pada PRU 13 dan tidak faham mengapa Wanita Umno memilih seorang ketua yang kalah dalam pilihanraya. Begitu marah betul blogger ini dan ini menunjukkan beliau cukup emosi menulis dan hantam terus perwakilan Pemuda yang mengundi KJ. Perwakilan yang menang antara 20 Exco Pemuda itu pun bukan semua penyokong KJ tetapi ada juga orang muhkriz dan khir juga .Memetik kata-kata Khairy

‘‘Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Saya dapat 304 undi daripada 793 perwakilan yang ini bukan satu majoriti. Ini hanya majoriti calon tiga penjuru.

Kita tahu kemenangan KJ kebanyakannya tidak dapat diterima oleh para penyokong Mukhriz. Mereka mempertikaikan tentang Khairy yang dikenakan amaran setelah bersalah terlibat dengan politik wang. Penyokong Mukhriz mencerca dan melaung KJ rasuah di luar dewan seperti orang gila dan tidak boleh menerima kekalahan .

KJ hanya mendapat 304 undi ini bermakna 486 tidak menyokong beliau. Menurut maklumat dari blog mso

"Ada sedikit analisa mengenai pertandingan pemuda semalam. Mulanya Khir Toyo berada dalam keadaan selesa. Khir telah meraih sokongan lebih 350 undi. Mukhriz hanya kira-kira 135 perwakilan sahaja, manakala Khairy sekitar 300 undi. Undi Khairy ini adalah undi semula jadi. Sejak awal itulah jumlah undi Khairy... ia tidak bertambah dan tidak berkurang.

Perpindahan undi (undi pecah) yang disifat Khairy sebagai pemuda berani itu berlaku setelah pemuda arif menghayati ucapan dan mesej yang disampaikan oleh Najib Razak dan juga Hishamuddin Hussein. Faktor lain juga mungkin disebabkan Pemuda terikut dengan rentak cakap-cakap mengatakan regim Mahathir akan kembali menguasai Umno"



Apa yang penting ,kita rapatkan semula barisan Pemuda demi menguatkan semula parti UMNO .Jangan hanya pentingkan seorang pemimpin shj akibat beliau kalah dalam pemilihan .Sepatutnya kita mencontohi Ali Rustam yang tidak menentang parti tetapi lebih pentingkan parti daripada segala-galanya .

Video Penyokong KJ meraikan Kemenangan KJ

default

TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO

on Thursday, March 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments





Ucapan tanpa teks oleh KJ yang memukau semua yang mendengar

Khairy Jamaluddin (304undi)diumumkan sebagai Ketua Pemuda yang baru tewaskan Khir Toyo menerima, 254 undi, manakala Mukhriz pula 232 undi.

manakala Naib Ketua Pemuda pula dimenangi oleh Datuk Razali Ibrahim (417undi).

Terima kasih kepada semua Perwakilan Pemuda akhirnya membuat keputusan yang bijak, matang dan berani . Cabaran yang besar untuk Khairy Jamaluddin memikul jawatan Ketua Pemuda UMNO itu , tetapi saya yang juga ahli Pemuda UMNO yakin dengan kepimpinan beliau yang semakin matang dalam pelbagai isu ,persepsi dan fitnah yang cuba dilemparkan oleh pemimpin pembangkang.

Dalam ucapan penggulungan perhimpunan Agung Pemuda, Khairy berazam mewujudkan barisan Pemuda yang berani menuntut perubahan dan semangat setiakawan.
Beliau menekankan aspek itu dengan mengambilkira slogan kempen ketiga-tiga calon berkenaan.

Keputusan itu sekaligus Khairy meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno.



Arahan pertama Khairy pastikan bekas bos memang

Ketua Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar minta perwakilan pemuda beri undi kepada bekas boss merek, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

“Saya ada hutang yang belum selesai. Arahan pertama saya pada semua (perwakilan pemuda), esok pagi masuk Dewan Merdeka, kita kena pastikan dia menang. Saya tak boleh terima kalau dia kalah atau kurang undi,” katanya.

Katanya, amanah atau tugas yang diserahkan bekas Ketua Pemuda itu cukup berat.

“Besar tanggungjawab ini. Kalau silap, wajib tegur saya dan yang lain. Kita bukan pemimpin atau manusia terbaik. Pada bila-bila masa, kita perlu sedia ditegur,” tegasnya.

Beliau bagaimanapun mengakui kemenangannya bukan majoriti dan itu jelas tanda barisan dalam Pemuda perlu dirapatkan antara setiakawan, pemuda berani dan berani berubah.

“Dalam barisan baru ini perlu ada pemuda yang berani untuk sama-sama masuk ke kubu lawan, perlu ada yang berani berubah untuk membawa perubahan kepada UMNO atau parti akan rebah,” ujarnya.

Dalam persaingan tiga penjuru itu, Khairy memperolehi 304 undi manakala Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebanyak 254 undi dan Datuk Mukhriz Mahathir, 232 undi.

Katanya, kemenangan ini catat sejarah kerana pertandingan tersebut menunjukkan semangat demokrasi yang cukup tinggi dan matang oleh semua perwakilan.- 25/3/2009



Pemuda Berazam Kikis Dakwaan Negatif UMNO Lupa Rakyat

Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berazam mahu mengikis dakwaan negatif bahawa UMNO sudah lupa pada rakyat biasa terutama generasi.

Justeru tegasnya Pemuda UMNO akan melaksanakan pendekatan pro aktif untuk mendekati rakyat sama ada di desa mahupun di kota.

"Kita kena kembalikan program mesra rakyat seperti pemuda masuk kampung, gubal program-program baru seperti pemuda masuk kampus bagi mendampingi pelajar dan juga masuk ke kawasan miskin di bandar.

"Pemuda akan pastikan kita sentiasa berada bersama rakyat. Ini untuk mengikis pandangan negatif mereka kepada kita khususnya UMNO", katanya.

Pada masa yang sama beliau turut mengulangi janjinya untuk menyatukan dua penyokong calon yang bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

"Ini penting kerana kita perlu bersatu dalam berdepan cabaran. Saya mahu pastikan di bawah kepimpinan saya tiada mana-mana pihak yang dipinggirkan", ujarnya.

Barisan Pemuda UMNO

Pengerusi Tetap: Datuk Abdul Fattah Abdullah 460 undi

Timbalan Pengerusi Tetap : Muhammad Yadzan Mohammad 202 undi

Ketua : Khairy Jamaluddin Abu Bakar 304 undi

Naib Ketua : Datuk Razali Ibrahim 417 undi

Exco Pemuda UMNO :

1. Mohamed Suffian Awang 653 undi
2. Shafiqurrahman Shamsuddin 569 undi
3. Sohaimi Shahadan 541 undi
4. Gasing Saling 534 undi
5. Mohd Afandi Yusoff 503 undi
6. Jamawi Jaafar 471 undi
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak 471 undi
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin 455 undi
9. Ahmad Darus 446 undi
10. Ahmad Zaki Zahid 446 undi
11. Ali Mazat Salleh 437 undi
12. Megat Zulkarnain 436 undi
13. Zubir Zabidi 419 undi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin 419 undi
15. Lokman Noor Adam 406 undi
16. Syahrin Md Jamaluddin 404 undi
17. Tun Faisal Ismail Aziz 402 undi
18. Muhammad Khairun Aseh 389 undi
19. Mohd Hisamudin Yahaya 388 undi
20. Mohamad Iruan Zulkefli 387 undi

Komen PB

Syabas dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin kerana berjaya mendapatkan kepercayaan dari majoriti perwakilan Pemuda yang hadir dan akhirnya dinobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi tahun 2008/2011. Dengan kemenangan ini maka Khairy sekaligus berjaya menutup mulut segelintir pihak yang sebelum ini mendakwa Khairy tidak layak menjadi pemimpin UMNO, karier Khairy akan berakhir seiring dengan pengunduran pak Lah dan ada juga yang mengatakan kononnya Khairy hanyalah liabiliti kepada Pemuda dan UMNO.

Khairy juga berjaya membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa dia merupakan aset penting dalam UMNO dalam menentukan hala tuju Pemuda dan beliau juga membuktikan bahawa beliau masih relevan dan masih diperlukan oleh UMNO dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan golongan muda agar kembali kepada perjuangan UMNO yang sebenar.

Pemuda hanya untuk Pemuda !! itu la kata-kata keramat untuk pemuda UMNO yang diketuai oleh anak muda seperti Khairy kerana Dr. Khir dan Mukhriz sudah melebihi umur 40 tahun. Khairy ialah orang muda yang tahu aspirasi orang muda.

Semoga beliau dapat menegur UMNO demik kebaikan untuk perubahan dan membawa jugA pemuda UMNO ke tahap yang lebih cemerlang seperti di zaman Datuk Harun Idris dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,dan Datuk Seri Najib .Saya melihat kejayaan beliau memang tepat pada masanya di saat UMNO perlukan perubahan . Di saat ini juga UMNO dan Pemuda memerlukan dan amat dahagakan seorang pemimpin yang berani, kuat dan berkeyakinan untuk membawa semula generasi muda yang mana sekarang ini dilihat semakin menjauhi dari UMNO.

Oleh itu ,perwakilan telah membuat keputusan matang ,tepat dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak dengan memilih Khairy yang datang dari kalangan orang muda juga, yang berdarah perjuangan dan bersemangat waja, menjadi simbol dan idola golongan muda,intelektual , berkarisma , mempunyai cambahan idea yang bernas dan berwawasan dan mampu membawa dan menggerak generasi muda menjadi satu kumpulan di bawah nama semangat setiakawan..



link
Rapat semula barisan Pemuda UMNO
Lagi Ulasan Kemenangan Khairy
Khairy Wajar Terajui Pemuda UMNO?
Khairy
What’ s next - KJ
Kembali rapatkan barisan Pemuda – Khairy
Rapatkan Barisan, Kembalikan Sokongan Rakyat – Azimi

Perjuangan belum selesai -Muhkriz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.