default

DETIK HITAM LEGASI TUN RAZAK DIAIBKAN CUKUP HINA OLEH REGIM MAHATHIR

on Tuesday, July 3, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Bila kita tengok filem Tanda Putera ,  GPB cukup  terharu dengan kegigihan negarawan  Arwahyarham  Tun Razak  dalam keadaan sakit memikul amanah  & tanggungjawab   memimpin negara ketika zaman Ayah ,ibu dan Datuk , Nenek kita hidup waktu  itu .  


Tapi hari ini kita juga   tidak menjangka anak sulungnya bekas Perdana Menteri ke 6 Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak diaibkan begitu hina oleh regim Pakatan Harapan  yang menangkap beliau seperti penjenayah  bagi  dimasukkan ke lokap dengan zalim !!







Politik dendam  kepada keluarga Tun Razak & Tun Rahah   cukup mengaibkan sekali. 

Ia seperti tiada langsung jasa dan budi keluarga ini kepada  rakyat dan negara ini . 






Apakah  tindakan zalim ini juga satu lagi langkah menghapuskan sejarah sumbangan    keluarga seorang negarawan yang dihormati  Tun Razak  dalam sejarah negara melalui tindakan mahu menyumbat Najib ke penjara ?? 

Semoga Datuk Seri Najib tabah dan diberi kekuatan menghadapi dugaan dan ujian ini dan doa orang dianiaya akan dimakbulkan . 



Seperti kata Najib kepada semua rakyat Malaysia , jika terbukti kesalahan dakwa tetapi jangan aniaya beliau dan keluarganya sepertimana yang pernah Tun Mahathir lakukan kepada kepada DS Anwar Ibrahim . 



pic oleh Muhammad Azri 






default

SPRM: BERI KEADILAN KEPADA DS NAJIB DAN JANGAN BENARKAN “TRIAL BY MEDIA”.

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





SPRM: BERI KEADILAN KEPADA DS NAJEB DAN JANGAN BENARKAN “TRIAL BY MEDIA”.

Mohd Puad Zarkashi
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

3.7.2018

Tindakan SPRM menahan DS Najib di rumahnya pada hari lini diharap bukan atas tekanan mana mana pihak untuk tujuan membalas dendam terhadap beliau dan UMNO.

Saya yakin DS Najib telah memberikan kerjasama sepenuhnya semasa di soal siasat oleh SPRM sebelum ini. Dan saya yakin dia akan memberikan kerjasama supaya proses undang undang dijalankan dengan adil. Ini telah beliau buktikan apabila membenarkan PAC membuat siasatan termasuk audit forensik oleh Pejabat Audit Negara terhadap 1MDB semasa dia menjadi Perdana Menteri.

Apa yang diharapkan, tindakan SPRM ini mestilah profesional dan tidak membenarkan perbicaraan media dan persepsi berlaku sehingga tidak memberikan keadilan kepada Datuk Seri Najib.

Ini kerana, sebelum ini terdapat unsur unsur yang memalukan beliau kerana cara rumah dan rumah milik anaknya digelidah telah disensasikan sehingga menimbulkan berbagai persepsi buruk. Tindakan pihak Polis mendedahkan jenis dan jumlah nilai barang yang dirampas juga menimbulkan persepsi bahawa ia adalah barangan yang dibeli menggunakan wang curi daripada 1MDB.

Sedangkan DS Najib menjelaskan barang barang yang dirampas itu kebanyakannya adalah hadiah daripada pemimpin pemimpin dunia selama berpuluh tahun dia dalam kerajaan.

Justeru SPRM diminta menjaga hak Datuk Seri Najib dengan hanya membuat tuduhan di Mahkamah semasa perbicaraan dan tidak memberi ruang kepada perbicaraan di media berlaku sehingga menafikan hak keadilan  kepada Datuk Seri Najib yang tidak boleh dinafikan banyak jasanya kepada negara.

default

KENYATAAN PEMUDA UMNO KOTA RAJA TENTANG PENAHANAN NAJIB

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





*Penahanan Najib Razak*

1.Mendapat maklum berkenaan penahanan YB Dato Sri Najib Razak di kediaman beliau jam 3 petang tadi oleh SPRM.

2.Pemuda UMNO Kota Raja menghormati prosedur tangkapan asalkan ianya mengikut "Rule of Law".

3.Cuma yang menjadi pelik dan menghairankan rakyat dimomokkan dengan siasatan berkenaan 1MDB dan derma dari Keluarga Diraja Saudi akan tetapi pendakwaan esok ialah berkenaan SRC Sdn Bhd.

4.Saya menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pendakwaan esok agar menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan tidak ditekan oleh mana-mana pihak.

5.Saya berharap YB Dato Sri Najib Razak akan mengunakan peluang ini untuk membersihkan nama beliau dengan membariskan barisan peguam terbaik InsyaAllah.

*Sheikh Weshal Sheikh Ahmad*
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja

3 Julai 2018

default

TANGGUH SURCAJ ,PERBERHENTIAN REBAT ELAK KENAIKAN HARGA BARANG - PEMUDA UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







KENYATAAN MEDIA*

*TANGGUH SURCAJ DAN PEMBERHENTIAN REBAT UNTUK ELAK KENAIKAN KOS BERGANDA KEPADA RAKYAT*

1) Pengumuman mengenai pelarasan Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) akan menyebabkan kenaikan kadar tarif efektif elektrik bagi rakyat.

2) Pelarasan ICPT ini akan menyaksikan pengguna bukan domestik (bukan isi rumah, iaitu lazimnya komersil) dikenakan surcaj sebanyak 1.35 sen bagi setiap kWj.

3) Lebih daripada itu, semua penggunaan (tak kira kediaman atau komersil) melebihi 300 kWj sebulan tidak lagi akan menerima rebat yang diberi bawah Kerajaan BN sebelum ini.

4) Rebat ICPT telah dinikmati oleh semua segmen pengguna untuk tempoh lebih 3 tahun di bawah kerajaan Barisan Nasional sebelum ini semenjak pelarasan ICPT ini diperkenalkan pada tahun 2015.

5) Namun, kerajaan Pakatan Harapan yang baru berusia kurang 2 bulan telah mengambil tindakan untuk bukan sahaja menamatkan pemberian rebat malah telah mengenakan pula surcaj menerusi pelarasan ini.

6) Ini mempunyai pelbagai kesan. Pertama, 2.5 juta atau lebih kurang 36 peratus pengguna domestik (isi rumah/rakyat biasa) yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj sebulan *tidak lagi akan menerima rebat* dan kini terpaksa membayar tarif elektrik pada kadar asas sepenuhnya. Dalam bahasa mudah, bil elektrik naik.

7) Jika ada memandang bahawa 36% ini bukan majoriti isi rumah, perlu diingat bahawa pemberhentian rebat diganti dengan impak surcaj 1.35 sen setiap kWj ke atas pengguna bukan domestik seperti kilang, kedai dan premis perniagaan bakal meningkatkan kos operasi dan pengeluaran lantas menyaksikan *peniaga terpaksa menaikkan harga jualan dan perkhidmatan mereka.*

8) Tak cukup dengan soal rebat dan surcaj elektrik, baru-baru ini juga, GAS Malaysia telah mengumumkan *kenaikan tarif asas gas asli* sebanyak 77 sen bagi sektor bukan tenaga, memberi kesan kepada semua segmen pengguna tidak kira kediaman atau komersil. Kenaikan tarif gas asas gas asli dan kenaikan tarif elektrik ini akan mewujudkan kesan berganda terhadap kos operasi perniagaan, dan kepada isi rumah.

9) Kesan daripada *kenaikan berganda* ini akhirnya akan menyebabkan kos sara hidup rakyat kian bertambah.

10) Segala perkembangan ini berlaku tatkala penurunan kadar GST kepada 0% tidak terbukti berjaya menurunkan harga barang malah terdapat banyak rungutan mengenai kenaikan harga barang selepas keputusan tersebut dibuat. Barangkali setelah pengenalan semula SST kelak, satu lagi tamparan inflasi bakal menanti rakyat Malaysia.

11) Persoalan pokoknya, *di manakah pelaksanaan manifesto kerajaan Pakatan Harapan ketika PRU-14 lalu berjanji untuk meringankan beban hidup rakyat?* Rakyat masih menantikan.

12) Maka Pemuda UMNO Malaysia ingin mendesak agar Kerajaan *menangguhkan pelepasan surcaj kepada rakyat dan pemberhentian rebat ini bagi mengelakkan kenaikan kos berganda* kepada rakyat yang semuanya tampak berlaku dalam suatu tempoh yang pendek.

*Shahril Hamdan*
_Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia_

default

NIK NAZMI YANG DIPINGGIRKAN

on Monday, July 2, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





SEJUJURNYA abam merasakan orang paling layak untuk menggantikan KJ sebagai Menteri, Belia dan Sukan ini sebenarnya adalah Nik Nazmi Nik Ahmad. Umurnya 36 tahun.

Walaupun masih muda, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda PKR telah melalui sepak terajang politik lebih lama, jauh lebih berpengalaman daripada Syed Saddiq.

Dalam usia seawal 26 tahun, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim ini telah terpilih menjadi wakil rakyat di DUN Sri Setia. Selepas dua penggal di sana, dilantik pula Timb. Speaker DUN Selangor.

Terbaru, dia yang dipindahkan dari DUN ke Parlimen Setiawangsa, berjaya pula menewaskan 'gergasi' BN yang juga bekas duta dan menteri, Tan Sri Zulhasnan Rafique dengan majoriti 14,372 undi!

Kalau nak tengok dari segi akademik pula, bekas pendebat handalan MCKK ini lulusan King’s College London dalam bidang undang-undang. Beliau aktif dalam pelbagai persatuan mahasiswa termasuk United Kingdom and Eire Executive Council for Malaysian Students (UKEC), King’s College London Labour Students dan Federation of Students Islamic Societies UK and Eire (FOSIS).

Abam tak tahu kenapa anak muda seperti Nik Nazmi ini diketepikan terus sedangkan orang sepertinyalah adalah aset yang cukup berharga buat kerajaan PH.

Sebab itu abam cukup faham kenapa penyokong PKR cukup marah bila sekutu mereka dari Bersatu, Syed Saddiq yang belum teruji sepenuhnya diberi takhta nombor satu dan menjadi Menteri di Kementerian Belia dan Sukan walaupun baru pertama kali jadi wakil rakyat, berbanding Nik Nazmi yang dah tiga penggal bertarung dalam PRU!

Nik Nazmi tidaklah sekacak Syed Saddiq, tidak seglamour Syed Saddiq yang keluar masuk media dan majalah, tetapi mengenepikan beliau adalah satu benda yang cukup merugikan. Serius.

Yang pasti, kem dan 'orang-orang' Anwar semakin hilang penguasaan dalam kerajaan baru ini...ermm....satu percaturan politik yang SEMAKIN MUDAH untuk dibaca...

Shahril Kadir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.