default

Raja Putar Belit Guan Eng sebenarnya menekan PERDA

on Thursday, November 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




GEORGETOWN - Kerajaan Negeri didakwa sengaja memberikan pelbagai tekanan ke atas Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) untuk menggagalkan projek pembangunan yang dirancang di Sungai Batu dan Teluk Bahang.

Pengerusinya, Datuk Azhar Ibrahim berkata, projek perumahan di Sungai Batu pada asalnya mempunyai 56 unit kos rendah (LC) dan 81 unit kos sederhana rendah (LMC) iaitu kira-kira 33 peratus daripada keseluruhan pembangunan yang dirancang.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri mengenakan syarat tambahan dan memaksa Perda menambah bilangan LMC kepada 210 unit atau 64 peratus daripada projek yang dibangunkan kelak.

“Kita mengikut semua syarat itu yang dikenakan tetapi permohonan itu masih belum diluluskan walaupun hampir dua tahun dikemukakan kepada Kerajaan Negeri dengan lebih 10 kali pindaan dan tambahan syarat dilakukan. “Walaupun Kerajaan Negeri mengenakan pelbagai syarat tambahan untuk ‘mencekik’ Perda, kita masih memenuhi tuntutan itu. Saya tidak nampak kalau ada pemaju lain yang sanggup memenuhi syarat seperti ini, terutama swasta. Kita lakukan semua ini untuk membantu rakyat di kawasan luar bandar memiliki rumah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

ADUN Penaga itu mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menyebut Perda masih mementingkan orang kaya sehingga Kerajaan Negeri terpaksa mengenakan syarat agar agensi itu membina lebih banyak LMC di tapak berkenaan.

Azhar berkata, sebagai agensi Kerajaan Persekutuan, Perda sentiasa mementingkan kebajikan dan nasib penduduk luar bandar serta akan memastikan semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan walaupun terpaksa menanggung kerugian.

“Perda sudah membina 42 unit rumah kos rendah secara percuma kepada penduduk di Kampung 20 Penaga, Indera Timbalan (60) dan Kampung Tok Alang (50). Rumah dua dan tiga bilik tidur itu berharga kira-kira RM40,000. “Saya ingin bertanya sama ada Kerajaan Negeri di bawah Guan Eng ada membina rumah untuk rakyat Pulau Pinang sama ada untuk jualan atau diberi percuma. Kalau belum ada perancangan, duduk diam-diam dan jangan ganggu agensi Persekutuan yang mahu membantu menyediakan rumah kepada penduduk Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Negeri melengah-lengahkan kelulusan projek Perda, terutama di Sungai Batu berniat jahat dan ingin menganiayai agensi itu melaksanakan program penyediaan perumahan mampu milik kepada rakyat di kawasan berkenaan.

“Saya nampak Guan Eng mahu melengah-lengahkan projek itu agar dapat dijadikan umpan untuk berunding atau meminta sesuatu dengan Kerajaan Persekutuan. “Tidak logik sesuatu permohonan disimpan sehingga dua tahun tanpa sebarang tindakan atau kelulusan. Permohonan Perda memang ‘dibekukan’ dan apabila kita buat bising, baru beliau menggerakkannya,” katanya.

Sungguhpun begitu, beliau menyambut baik kenyataan Guan Eng yang bersetuju pada dasarnya dengan cadangan Perda tetapi ingin kepastian, bila ia akan diluluskan.

“Kita nak tunggu sampai bila Guan Eng nak perap permohonan ini. Kita nak tengok apa lagi permainannya selepas ini sebab kebiasaannya, ia boleh diluluskan dalam tempoh singkat jika Kerajaan Negeri sudah bersetuju,” katanya.

default

Anwar, ICG terlibat dalam operasi CIA ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Anwar Ibrahim terlibat aktif dalam ICG (International Crisis Group). Tetapi siapakah pengasas ICG dan benarkah operasi ICG adalah warisan operasi CIA ?

Dua tulang belakang pengasas ICG adalah Zbigniew Brzezinski dan Morton I Abramowitz. Siapakah mereka ? Benarkah mereka merupakan pegawai CIA yang pernah terlibat dalam pelbagai krisis untuk kepentingan Amerika Syarikat ?

Brzezinski dan Abramowitz kedua-dua berbangsa Yahudi. Bekas pentadbir Amerika Syarikat semasa zaman Presiden Carter dan Reagan.

Pada tahun 1970-an, polisi luar Amerika Syarikat dipengaruhi oleh 'The Bernard Lewis Plan', idea dari Profesor Emeritus Bernard Lewis yang mengkaji Timur Tengah dan Empayar Uthmaniyah di Universiti Princeton, Amerika Syarikat.

Bernard Lewis adalah profesor pemikir Yahudi yang kemudiannya dikenali sebagai neoconservative.

The Bernard Lewis Plan berasaskan idea 'Arc of Crisis' (Lengkok Krisis), iaitu memperalatkan golongan radikal Islam untuk menentang komunis dengan matlamat untuk menjatuhkan Empayar Rusia. Kaedah ini diaplikasikan di Afganistan, apabila CIA memberi bantuan senjata besar-besaran kepada kumpulan Mujahidin untuk menentang tentera Rusia. Klik di sini

Morton I. Abramowitz, seorang pegawai CIA yang terlibat dalam operasi membantu kumpulan pemberontakan mujahideen Afghanistan dan Albania Kosovo. Pada tahun 1986, Abramowitz dilantik sebagai Penolong Setiausaha Negara untuk perisikan dan penyelidikan (bertanggungjawab menjaga CIA) dalam pentadbiran Reagan, khusus untuk membantu penghantaran senjata-senjata Stinger. Klik di sini

Pada tahun 1980-an, CIA telah membekalkan hampir 1,500 -2000 senjata Stingers kepada Mujahideen di Afghanistan semasa 'Operation Cyclone', perang pihak pemberontak Muslim melawan Rusia di Afghanistan.

Sebenarnya 'Operation Cyclone' dimulakan sejak zaman Presiden Carter lagi. Idea itu dihasilkan oleh Brzezinski, penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat. Klik di sini

'Operation Cyclone' adalah singkatan kepada Pusat Agensi Perisikan Amerika Syarikat yang dijalankan oleh CIA secara 'covert' (tersembunyi) . Operasi ini bercorak bantuan ketenteraan (senjata) khusus membantu kumpulan Mujahidin di Afghanistan, melawan Russia, pada tahun 1979-1989. Untuk menjayakan operasi ini, CIA telah membelanjakan $20–30 million setiap tahun pada 1980 dan meningkat kepada $630 million setiap tahun pada tahun 1987.

Operasi CIA yang bertujuan memusnahkan elemen komunisme di Afghanistan ini telah mendapat kerjasama ISI (Pakistani Inter-Services Intelligence) , badan perisikan utama Presiden Muhamad Zia-Ul-Haq (Presiden Pakistan). Dana CIA disalurkan kepada ISI Pakistan dan diseterusnya disalurkan kepada kumpulan Mujahidin Afganistan, pimpinan Osama ben Laden dan Gulbuddin Hekmatyar.

Bermakna 'Operation Cyclone' adalah operasi CIA-Brzezinski membantu kumpulan Mujahidin-Osama Ben Laden. Klik di sini



Foto Brzezinski (kiri) dengan Osama Ben Laden(kanan)


Wikipedia 'Operation Cyclone' melaporkan Gulbuddin Hekmatyar, sahabat rapat Osama Ben Laden menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya dengan polisi CIA yang menyalurkan dana melalui Pakistan yang menyebabkan agihan dana itu tidak dibahagikan secara adil. Presiden Pakistan, Zia Ul Haq memberi amaran kepada kepada Hekmatyar agar berhenti daripada mengkritik dan terus berkerjasama sekiranya mahu tentera Rusia dikalahkan. Klik di sini

Operasi CIA ini diteruskan lagi semasa zaman Presiden Reagan dan ketika ini Morton I. Abramowitz pula memainkan peranan yang pernah dimainkan Brzezinski.

Adakah semua ini berkait dengan Anwar Ibrahim ?

Ketika peperangan tentera Mujahidin menentang Rusia pada tahun 1979, Anwar masih lagi menjadi Presiden ABIM.

Jika anda berpeluang membaca buku riwayat hidup Anwar Ibrahim (Anwar Ibrahim, Cekal dan Tabah, arenabuku sdn. bhd 1984) yang ditulis oleh penulis Barat, J. Victor Morais anda akan lebih memahami perkaitan ini.

J Victor Morais menulis;

Dalam bulan Januari 1980, ABIM (Anwar, Presiden ABIM) telah mengadakan suatu perhimpunan di Masjid Kampung Baru membantah pencerobohan tentera-tentera Soviet ke atas umat Islam di negara Afghanistan. Seramai kira-kira 4,000 orang telah hadir di perhimpunan itu di mana satu keputusan diambil untuk menghantar satu utusan ke kedutaan Rusia untuk menyampaikan surat bantahan.

Anwar hantar memorandum di kedutaan Rusia by you.
Anwar menghantar memorandum di kedutaan Rusia pada tahun 1980


Keesokan harinya serombongan lima orang diketuai oleh Anwar telah menghantar surat bantahan kepada Duta Rusia itu, Dr BT Koulik. Ketika itu juga lebih kurang seratus orang ahli ABIM telah mengadakan tunjuk perasaan siap dengan spanduk-spanduk. Satu daripadanya dalam Bahasa Melayu bertulis. "Soviet, kamu tidak perlu di sini" Tidak lama selepas itu, Anwar telah mengunjungi sempadan Afghanistan untuk mendapatkan penerangan selanjutnya dan menyerahkan $50,000 kepada pemberontak Afghan. Setibanya kembali ke Malaysia pada 26 Februari 1980, beliau telah memberitahu bahawa kerajaan Rusia telah memulakan pengunduran tentera Muslimnya dari Afghanistan. Anwar menambah bahawa beliau telah menemui dua orang pemimpin nasionalis Afghanistan di sempadan. Mereka ialah Gulbuddin Hekmatyar dan Prof. Burhanuddin Rabani. Beliau berkata tentera nasionalis itu yakin yang mereka boleh berjuang bersendirian tetapi mereka menyambut baik sokongan yang lebih konkrit yang berupa senjata dan wang.
"Apa yang diperlukan oleh pemberontak- pemberontak ini sekarang adalah senjata-senjata" , Kata Anwar Ibrahim [J. Victor Morais, Anwar Ibrahim, Cekal dan Tabah,halaman 17-19]

Persoalan :

1. Dari mana Anwar mendapat dana sebanyak $ 50,000 yang disumbangkan kepada pemberontak- pemberontak Afghan ?

2. Bukankah dua Mujahidin yang ditemui oleh Anwar iaitu Gulbuddin Hekmatyar dan Prof. Burhanuddin Rabani juga merupakan rangkaian Osama Ben Laden yang dibantu oleh CIA melalui Brzezinski dan Abramowit ?

3. Sama ada kebetulan atau perancangan, Anwar telah menerima "Medal Ulama Iqbal 100 tahun" daripada Presiden Pakistan, Zia Ul-Haq. Presiden Zia Ul Haq merupakan tali barut CIA, sebagai orang perantaraan penyaluran dana Amerika ke Afghanistan, manakala Iqbal (Muhamad Iqbal) pula merupakan tokoh Islam Liberal, Pakistan. Klik di sini

sumber : AIDC

default

Melayu PP diperbodohkan lagi oleh Guan Eng

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Nampaknya Melayu Pulau Pinang berterusan ditipu oleh Khalifah Cina Melaka ini dan nampak semakin ketara sekarang. Hal ini kerana pemimpin Melayu dalam Pakatan spt Mansor, Malik Itik ,Salleh man ini terus menyokong segala apa dibuat oleh khalifah mereka . Tahniah diucapkan kepada anda berjaya menjalankan tugas anda.

Kali ini Khalifah yang diangungkan oleh PAS terus perbodohkan mereka dengan menyalurkan bantuan sebanyak RM 75 ribu kepada sekolah tahfiz . Perkara ini PB sudah lama tahu kerana semasa PRK Prmtg Pasir , Mansor Othman beritahu semua ini ketika ceramah mereka. Kononnya mereka banyak saving duit kerajaan negeri dan lebih ini disalurkan kepada rakyat iaitu sekolah agama tahfiz . Maka apabila RM 75 ribu ini diberi , maka melompat seronoklah Melayu Pakatan ini dengan pemberian gula-gula oleh Khalifah Agung mereka ini .

Tetapi bila bantuan kepada sekolah Cina , bezanya cukup besar iaitu RM 10 juta . Nah harga Melayu diperbodohkan iaitu RM 75 ribu saja ..klik di sini untuk baca cerita penuh

link

lagi cerita mengenai 75 ribu untuk sekolah tahfiz

default

Apabila orang Melayu sendiri lupa sejarah negara sendiri

on Wednesday, November 25, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


SEBELUM ANDA MENYOKONG KOMUNIS, ADALAH LEBIH BAIK MENILAI DAHULU GAMBAR-GAMBAR PEJUANG YANG MELAWAN KOMUNIS


Dan kini, saya bawa kepada anda petikan drpd salah seorang blogger BARUA CHIN PENG untuk penilaian anda sendiri

Dipetik daripada BLOG haram jadah

http://mindaahad.wordpress.com/2009/11/23/terima-kasih-chin-peng/

Terima Kasih Chin Peng


Saya bersetuju dengan Mohamad Sabu seperti yang dilaporkan dalam Merdeka Review. Memang kita patut berterima kasih kepada Chin Peng (Ong Boon Hua). Secara tak langsung, Chin Peng telah berjasa kepada negara ini dan juga umat Islam. (sapa nak marah, marahlah).

Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut dikenali sebagai Bintang Tiga bertanggungjawab atas pembunuhan Henry Gurney di Bukit Fraser. Sungguh sial dan malang nasib askar Melayu yang bodoh pergi menyokong Henry Gurney dan penjajah British tanpa mengetahui bahawa Henry Gurney itulah yang bertanggungjawab membawa masuk orang Yahudi Zionis secara haram ke Palestin pada 1948. Dia membuka penempatan baru orang Yahudi Zionis di Palestin dan menghalau orang-orang Arab. Kerana jasa Henry Gurney itu, dia dipindahkan ke Tanah Melayu.

Kerana terbunuhnya Henry Gurney itu (musuh umat Islam), Bintang Tiga dan Ong Boon Hua layak diberikan merit. Lebih baik menyokong sebuah pergerakan yang diketuai oleh penduduk Tanah Melayu daripada menyokong orang-orang Melayu bodoh yang menjadi barua British. Barua seperti Leftenan Adnan dan Sarjan Hasan pula diberi pujian, bahkan dibuat filem lagi! Apa mulianya berkerja kepada penjajah? Kenapa menjadi hamba kepada penjajah British? Saya sesekali tak pernah hormat mana-mana askar Melayu di bawah British. Taraf mereka disisi penjajah British tak lebih dari sekadar anjing suruhan.

Sejarah mengenai Bintang Tiga harus diterangkan, jangan biarkan generasi akan datang menganggap mereka ini pengganas. Sejarah mereka bersama Rejimen Ke-10 telah digelapkan. Jasa mereka tidak dipandang, bahkan mereka pula dianggap pengganas. Yang sepatutnya dilabelkan sebagai pengganas ialah UMNO. UMNO ini jahat, lebih teruk daripada komunis Kuomintang.



KOMEN:

Nampaknya penulis blog di atas sudah semakin hilang akal agaknya demi mempertahankan keparat Chin Peng yang telah membunuh ribuan manusia di bumi Malaya dan Malaysia. Mungkin saya boleh katakan penulis tersebut seorang BUDAK yang seumur hidup beliau tidak pernah terlibat dengan keganasan Komunis di Malaysia ini. Hujah yang sebarangan, tidak bersandar kepada fakta semata-mata dibuat untuk menghalalkan dan menyembunyikan keganasan Chin Peng. Chin Peng HARAM JADAH diangkat sebagai pejuang kemerdekaan, manakala UMNO pula diangkat sebagai talibarut penjajah. Komunis diangkat dan UMNO diminta mengenang jasa mereka.


Kononnya UMNO lebih zalim drpd Komunis.. Wah hebat sungguh pemikiran barua Chin Peng ni. Agaknya dia akan berkata demikiankah jika keluarganya dahulu disembelih oleh rejim Komunis? Sungguh busuk hati pencacai PAS, PKR, DAP ini. Kebencian mereka kepada UMNO sehingga menghalalkan dasar mengenang Komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Secara spesifik, PAS memang sudah jauh terpesong akibat drpd bersekongkol dengan SYAITAN.

Jika benar sebelum merdeka KOMUNIS adalah pejuang kemerdekaan, apa pula istilah untuk mereka setelah negara MERDEKA? Di mana sumpah dan taat setia kepada RAJA dan pemimpin negara? Kenapa diteruskan penentangan mereka terhadap kerajaan yang telah Merdeka? Kalau bukan kerana hendak meneruskan doktrin Komunis, kenapakah Chin Peng tidak meletak senjata secara aman? Apa kena mengena peperangan di antara Komunis dan Askar2 Diraja Malaysia dengan penjajah British? Mangkuk, Lesung, Cawan sungguh pemikiran BUDAK PENCACAI Chin Peng tersebut.


Kalau tidak kerana jasa-jasa pahlawan negara termasuklah bapa saya yang berkhidmat dengan 11 RAMD dahulu, sudah pasti BUDAK PENCACAI itu, mahupun PAS masih lagi diburu ketakutan sehingga kini. Jasa para tentera dan polis sangat bermakna kepada kemajuan dan keamanan Malaysia kini. Jangan disebabkan oleh 2, 3 ekor beruk-beruk, babi-babi peliharaan Chin Peng seperti Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Ngeh, Nga, Karpal, Lim Kit Siang, manusia-manusia yang tidak mengenal sejarah ini ingin menjadi pembela kepada manusia yang di dalam lipatan sejarahnya sudah terkenal sebagai PENYEMBELIH NO 1 di negara ini.


Bagi saya, PAS, PKR, DAP sudah gila dan bolehlah DS Najib pertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam ISA kerana tindak tanduk mereka kini sudah sampai ke satu tahap yang membahayakan pemikiran rakyat dengan cuba untuk menghidupkan kembali DOKTRIN KOMUNIS. Buat BUDAK PENCACAI CHIN PENG, rajin-rajinlah menonton Darah Satria, Prebet lapok.

sumber : anti hipokrit

default

Nizar Anwar !! : Peguam Anwar gagal kemukakan hujah konkrit

on Tuesday, November 24, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Sebaik sahaja selesai penghujahan pihak peguambela Anwar dan pasukan pendakwa dari pagi hingga ke petang untuk menggugurkan kes, Anwar keluar dari bilik mahkamah dengan perasaan tidak gembira. Begitu juga dengan Wan Azizah, nampak riak kerisauan di kedua-dua wajah pasangan suami isteri itu.

Ini berbeza dengan kehadiran Anwar-Azizah semasa perbicaraan mendapatkan dokumen, Anwar keluar dengan penuh keyakinan dan bersemangat ketika memberikan kenyataan media di luar mahkamah.

Kenapa Anwar sudah kerisauan ? Adakah Anwar dan Azizah mendengar sendiri hujah-hujah pasukan peguamnya dan hujah-hujah balas pasukan pendakwa ?


Hujah peguam Anwar separuh masak

Peguam Anwar yang diketuai oleh Sivarasa Rasiah berhujah semasa memohon kes digugurkan dengan fakta utama iaitu pertama laporan doktor didakwa membuktikan tiada kesan penetrasi, iaitu kesan objek tumpul Anwar ke dalam lubang dubur Saiful. Peguam Anwar berhujah menggunakan laporan doktor Pusrawi dan doktor Hospital Kuala Lumpur.

Kedua, peguam Anwar mempertikaikan 'campur tangan' peguam negara, Abdul Ghani Patail yang didakwa berniat jahat mahu menghukum Anwar dalam tuduhan meliwat.

Selain dua hujah ini, tiada lagi hujah-hujah lain yang lebih konkrit. Peguam Anwar tidak menggunakan hujah alibi (saksi yang boleh mengesahkan Anwar tiada di tempat kejadian pada tarikh dan masa didakwa).

Kenapa Anwar tidak menggunakan hujah alibi, sedangkan sebelum ini Anwar, Nurul Izzah, termasuk peguamnya Edmund Bon menggunakan hujah ini sebagai hujah utama.

Peguam Edmund Bon semasa berhujah memohon semua dokumen daripada pihak pendakwa mengaku mereka mempunyai alibi, yang membuktikan Anwar tidak ada di tempat kejadian. Sebab itu mereka memerlukan semua dokumen untuk membandingkan hujah alibi dengan hujah-hujah pihak pendakwa. Klik di sini

Tetapi peliknya, hari ini ketika kemuncak permohonan Anwar untuk menggugurkan kes, peguam Anwar tidak pun memasukkan hujah alibi di dalam penghujahan mereka.

Kenapa peguam Anwar tidak menggunakan hujah alibi sebagai hujah paling utama ? Kenapa peguam Anwar hanya berhujah dengan hujah laporan doktor dan peguam negara ?

Maksudnya apa ? Maksudnya jika Anwar tidak menggunakan hujah alibi, bermakna secara langsung Anwar tidak dapat menafikan pada tarikh (26 Jun 2008), tempat (Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur) dan masa (antara 3.01 petang dan 4.30 petang), Anwar dan Saiful berada di tempat kejadian. Anwar dan barisan peguamnya tidak dapat menyangkal hujah ini.

Ingat kes ini, berlaku dalam masa selang dua hari. Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008, dan Saiful pula membuat laporan polis pada 28 Jun 2008. Bermakna sama ada Saiful atau Anwar pada masa itu masih ingat kejadian itu satu persatu, kalau tidak masakan Anwar terkincit-kincit lari ke kedutaan asing sebaik sahaja, bekas pembantu peribadinya membuat laporan polis.

Sampai sekarang rakyat Malaysia masih tertanya-tanya, kenapa Anwar melarikan diri ke kedutaan asing sebaik sahaja laporan polis dibuat ? Anwar takut kepada siapa dan kerana apa ?

Hanya orang yang bersalah sahaja merasakan dirinya ketakutan, tetapi kalau orang tidak bersalah, tiada ketakutan pun bermain di mindanya. Berani kerana benar, takut kerana salah!

Hujah Pertama : Laporan Doktor

Sivarasa berhujah hari ini; "Berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal, katanya, sambil menambah perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku"

Hujah Hospital Pusrawi adalah hujah yang amat lemah. Dr Novandri Hassan Basri,dari Pulau Pinang mematahkan hujah ini dari sudut pandangan doktor. Pertama doktor Hospital Pusrawi hanya doktor biasa dan tidak pakar dalam bidang liwat. Doktor itu tidak membuat diagnosis yang tepat dan mencadangkan Saiful ke hospital kerajaan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kedua menurut Dr Novandri, jika doktor Pusrawi hanya doktor biasa, bekerja di hospital swasta, sepatutnya cukup dengan hanya mendapatkan informasi daripada pesakit dan tidak meneruskan diagnosis di luar daripada kepakarannya. Doktor tersebut sepatutnya telah faham yang beliau tidak berkelayakan untuk meneruskan sebarang pemeriksaan fizikal terutamanya di bahagian-bahagian badan yang paling disyaki seperti dubur (anal).Klik di sini

Perkara yang sama turut diperkukuhkan dengan hujah daripada Pengarah Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmod Wan Yaakub mengesahkan doktor yang memeriksa Saiful hanyalah doktor biasa yang bertugas di bahagian kecemasan dan kemalangan dan bukannya doktor pakar serta pemeriksaan dilakukannya tidak berkaitan dengan liwat.



Hujah Sivarasa mereka mempunyai bukti sokongan daripada Hospital kerajaan (HKL) juga boleh dipertikaikan. Bagaimana barisan peguam Anwar mempunyai mempunyai semua salinan laporan doktor HKL, jika permohonan mereka untuk mendapatkan salinan itu tidak diizinkan oleh pihak mahkamah ?

Adakah barisan peguam Anwar 'mencuri' dokumen sulit dari hospital kerajaan, sebagaimana yang mereka lakukan ke atas hospital swasta ?

Sebarang bukti dan dokumen pesakit adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum, tanpa keizinan daripada pesakit, itulah amalan dan etika kedoktoran yang diamalkan di hospital kerajaan. Jadi dari mana peguam Anwar mendapat bukti sokongan itu yang didakwa dari hospital kerajaan ?

Kalau hanya bergantung kepada cebisan salinan yang dibekalkan oleh pihak pendakwa kepada pihak peguambela Anwar, adakah itu cukup kuat untuk Anwar berhujah, sedangkan pasukan pendakwa mempunyai laporan terperinci yang belum didedahkan kepada umum ?

Sebab itu, pasukan pendakwa berhujah, masuk bicara dahulu, pasukan pendakwa akan memberi kesemua dokumen-dokumen dari hospital kerajaan dan cabar di mahkamah adakah relevan atau tidak ? Kenapa Anwar dan pasukan pendakwanya takut memasuki fasa itu (dibicarakan)?

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan hari ini membuat kesimpulan bahawa laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia benar-benar diliwat oleh Anwar.

Tiada kesan penetrasi, bukan bererti tidak diliwat, kerana Anwar boleh menggunakan pelincir (KY Jelly) semasa melakukan aktiviti sodomi itu sehingga tidak meninggalkan kesan. Tetapi bagaimana dengan kesan air mani Anwar yang terdapat di dalam lubang dubur Saiful hasil daripada ujian DNA, hospital kerajaan ?

Hujah kedua : Kes Peguam Negara, Abd. Ghani Patail

Sebenarnya hujah ini paling lemah dan bukan hujah pun. Sepatutnya peguam Anwar tidak memasukkan hujah ini dalam rumusan hujah utama mereka.

Kes Peguam Negara, Abd. Ghani Patail sebenarnya telah dibahaskan sebelum ini, semasa keputusan untuk memindahkan kes liwat dari Mahkamah Seksyen ke Mahkamah Tinggi. Pada 5 Mac 2009, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah berkata sijil pemindahan kes yang dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah sah, dan menolak bantahan yang dibangkitkan oleh peguam pembela. Klik di sini dan di sini

Keputusan Hakim Mohamad Zabidin Md Diah itu tidak begitu disenangi oleh Anwar, kemudian dia merayu di Mahkamah Rayuan. Pada 2 Julai 2009, tiga hakim yang bersidang mendengar rayuan Anwar juga menolak permohonan Anwar.

Keputusan sebulat suara itu dimuktamadkan oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdull Hamid Embong. Beliau bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Mahkamah Rayuan memberi jaminan bahawa kuasa Eksekutif termasuk Perdana Menteri tidak berhak mencampuri urusan pendakwaan kes jenayah di negara ini kerana tindakan itu melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif bukan merupakan autoriti yang layak berbuat demikian kerana Perkara 145(3) dan Perkara 145(3A) Perlembagaan Persekutuan hanya memberi kuasa kepada pendakwa raya untuk bertindak terhadap pendakwaan jenayah.

Mahkamah Rayuan turut berpendapat, pendakwa raya yang juga Peguam Negara hanya perlu menjawab dalam perkara berkaitan pentadbiran kepada Perdana Menteri bukannya mengenai urusan pendakwaan.Klik di sini

Jadi di manakah relevankan peguam Anwar menggunakan hujah 'peguam negara' sedangkan perkara itu telah diputuskan oleh dua mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang melibatkan empat hakim yang sebulat suara menolak hujah tersebut ?

Sebab itu, peguam-peguam veteran (termasuk Raja Aziz Addruse, 73, Karpal Singh,69, Datuk Param Cumaraswamy, 68, dan Datuk CV Prabakharan 65) enggan membawa usul ini di mahkamah kerana mereka sudah tahu kelemahan hujah tersebut. Sebab itu juga Sulaiman Abdullah, bekas ketua pasukan peguambela Anwar, yang arif dalam kes liwat Anwar 1998, juga turut menarik diri daripada kes ini, kerana tidak mahu ikut telunjuk Anwar, mengarahkan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan tidak berlandaskan fakta.

Sebab itu, Anwar hanya menggunakan peguam junior yang tidak berpengalaman dalam kes liwat 1998 untuk mengetuai barisan peguam bela Anwar hari ini. Sivarasa Rasiah adalah peguam junior yang tidak setanding dengan Karpal Singh, dia hanya 'peguam politik' yang berhujah mengikut kemahuan Anwar, mengikut resipi politik.

Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR; Lateffa Koya, Ketua Penerangan PKR dan Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR. Akhirnya hujah-hujah mereka diselubungi dengan hujah-hujah politik, bukannya fakta mahkamah. Akhirnya, Anwar sekuncang sekali lagi seperti tahun 1998. Sulaiman Abdullah sudah nampak perkara ini, sebab itu dia tarik diri awal-awal...


sumber : House PK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.