BN MUNGKIN TIDAK BERGERAK SOLO PRU15 , TOK MAT TAK MAHU SILAP LANGKAH LAGI ..

on Sunday, July 24, 2022 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kenyataan  Pengarah Pilihanraya UMNO Tok Mat Hassan hari ini di Alor Setar bahawa mungkin BN tidak bergerak solo dalam PRU15 tidak mengejutkan . Selama ini  BN bertanding pun dalam khemah besar bersama komponen dari Sabah dan Sarawak bagi membentuk kerajaan .

Kata Tok Mat ia bergantung kepada situasi dan kecenderungan untuk menang .

Saya yakin  Tok Mat juga mengetahui lebih detail laporan  kemampuan  lokaliti Parlimen   dan negeri itu sendiri  untuk menang jika bergerak solo .  

Mungkin kah hasil congakan dan formula  untuk menang BN di beberapa Parlimen dan negeri masih  memerlukan  kerjasama  MN ?

Contoh di  Kedah sendiri kita tahu kekuatan PAS walaupun ada MB yang gedebe dan popular ..

Pulau Pinang pulak ramai undi  Melayu berpecah kepada PH , PAS dan BN ... 

hanya kerjasama MN dilihat mampu melakar kejutan di P.Pinang   sekurang kuranya menambah kerusi ADUN pembangkang . 

Selangor juga berdepan senario yang sama di P.Pinang .

Menurut sumber sahabat saya ,  Tok Mat ini hang pa tak boleh kencing cakap boleh menang dengan kajian ini semua .. dia pun ada data ..






ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan keputusan untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan berubah mengikut situasi semasa dan kecenderungan untuk menang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata keadaan itu boleh berlaku berikutan dinamik politik sering berubah-ubah.

Bagaimanapun, katanya, pendirian BN untuk bersendirian menghadapi PRU-15 setakat hari ini masih kekal.

"Pada ketika ini parti sudah buat keputusan BN akan bergerak solo. Itu setakat hari inilah sebab politik ini kadang-kadang ia tidak statik. Jadi ini belum kita putuskan lagi.

"Boleh jadi esok, ada pula pandangan kita macam lain dan kita akan ubah suai mengikut situasi, yang pentingnya kita nak menang. Bagaimana nak menang? Menerusi strategi dan taktikal kita," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya dan pimpinan Bahagian UMNO Kedah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan, UMNO kini sedang membuat penilaian kedudukan parti di setiap negeri bagi memantau tahap persediaan jentera BN menerusi siri jelajah sehingga pertengahan bulan depan.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan dalam parti terlebih dulu sebelum kajian kedudukan setiap negeri diperhalusi.

"Apa yang perlu kita buat di setiap negeri dan pendekatan berbeza-beza sebab politik sekarang tak boleh macam dulu lagi. Contohnya di Kedah, sekejap PAS menang, sekejap BN menang, susah nak cakap.

"Namun daripada pengamatan saya, jentera dan gerak kerja parti kemukakan strategi yang meyakinkan, namun kita perlu berhati-hatilah elak tersilap langkah," katanya.

Mohamad berkata, laporan setiap UMNO Bahagian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri untuk memastikan sama ada UMNO sudah bersedia atau sebaliknya untuk menghadapi PRU-15.

"Ramai orang kata mahu adakan PRU-15, tetapi adakah parti sudah bersedia. Inilah laporan yang akan menyatakan kesediaan parti, supaya kita jangan tersalah langkah.

Pemilihan calon belum kita bincang lagi," katanya.

Beliau berkata, selepas Perlis dan Kedah, siri jelajah akan diteruskan ke Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak sehingga selesai semua negeri.

sumber : Berita Harian 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.