NAJIB SEKOLAHKAN GUAN ENG TENTANG STANDARD PERAKAUAN KERAJAAAN & PROSES BAYAR BALIK CUKAI

on Saturday, September 1, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





1 SEPT: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak memahami mengenai akaun berhubung isu pembayaran balik cukai.
Ini susulan pendedahan Guan Eng bahawa Tabungan Bayaran Balik Cukai (TBBC) hanya memiliki RM1.486 bilion berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara.
“Guan Eng telah membuat kesimpulan salah mengenai dakwaan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membayar balik cukai terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion.

“Nampaknya Menteri Kewangan kita tidak memahami bahawa kerajaan menggunakan standard perakaunan tunai terubah (modified cash accounting) dan bukannya standard perakaunan Akruan (accruals accounting standard) sebagaimana digunakan di sektor swasta.
“Di bawah pentadbiran kerajaan, bagi standard perakaunan tunai, kesemua transaksi kewangan dihitung dan direkodkan apabila ada kemasukan atau pengeluaran tunai bagi tempoh kewangan dilaporkan,” kata Najib dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Sabtu.

Tambah Najib di bawah amalan itu, aset-aset tidak dijadikan modal dan liabiliti tidak dilaporkan dalam laporan kewangan.

“Sebab itu Guan Eng membuat kesimpulan yang salah kononnya kerajaan BN terdahulu telah tersalah lapor cukai yang belum dikembalikan sebagai pendapatan dan menuduh kerajaan BN sebagai memalsukan akaun,” katanya.
Najib turut menyindir sebagaimana ‘kekeliruan’ terhadap titik perpuluhan yang dibuat pihak Guan Eng, salah pengertian antara perakaunan tunai dan akruan juga adalah satu kesilapan mudah yang lazim dilakukan sesiapa.


“Bagaimanapun, di bawah inisiatif transformasi sektor awam ketika pentadbiran saya, kerajaan pada masa itu sedang melalui peralihan kepada perakauan akruan pada tahun tahun mendatang.
Sebelum ini, Guan Eng mendakwa sehingga 31 Mei, TBBC hanya memiliki RM1.486 bilion berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara, iaitu kurang sebanyak RM14.56 bilion.
Menurutnya sebanyak 1.6 juta pembayar cukai tidak mendapat bayaran balik yang terdiri daripada individu, syarikat, persatuan dan yayasan sejak lebih enam tahun lalu.
Guan Eng turut mendakwa Nekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah tidak mengendahkan permohonan LHDN yang meminta supaya memindahkan peruntukan mencukupi kepada TBBC.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.