UMNO perlu bertindak dengan lebih efisien di dalam mendidik rakyat supaya tidak terus mempercayai bulat-bulat maklumat yang disebarkan terutamanya menerusi media sosial.
Selain itu, menurut wakil UMNO Pulau Pinang, Datuk Ir Dr Shaik Hussein Mydin, parti itu juga perlu lebih pantas memberikan respon kepada rakyat apabila timbul sesuatu isu. "Kita perlu 'educate' (mendidik) dan kita perlu cepat.
Apabila ada isu kita perlu cepat respon dan kita perlu educate rakyat jangan terus percaya apa yang keluar di media sosial," katanya.
Di dalam ucapannya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO yang ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, beliau turut mengingatkan anggota UMNO supaya tidak terlalu selesa di negeri yang masih dikuasai.
Usaha katanya perlu digerakkan bagi memastikan negeri-negeri tersebut tidak menerima nasib yang sama seperti Pulau Pinang di mana kerajaan negeri pimpinan DAP itu langsung tidak mempedulikan hak rakyat.
"Untuk negeri yang masih kita pegang selesa, jangan syok sangat. Benda dah jadi di Pulau Pinang apabila DAP memerintah.
"Jangan lagi bagi terlepas pada mereka nanti rakyat akan susah.
"Pasal orang Melayu di Pulau Pinang sudah berasa betapa susahnya kita apabila diperintah oleh DAP. "Jadi orang Melayu
tidak ada pilihan lain. Yang memperjuangkannya hanyalah UMNO. Jadi kita fokuskan UMNO," katanya.
org susah di negeri umno pun banyak......