PENJELASAN SEBARAN VIRAL KUSAINI KASSIM ANGGOTA POLIS

on Tuesday, October 11, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KENYATAAN MEDIA

KETUA POLIS DAERAH SABAK BERNAM

PENJELASAN MENGENAI SEBARAN VIRAL ‘KUSAINI KASSIM ANGGOTA PDRM SERTAI BERSIH’  YANG VIRAL DI MEDIA SOSIAL.

1. Pihak Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa seorang lelaki Melayu yang bernama Yusaini bin Kassim telah membuat satu laporan polis pada 08.10.2016 bahawa beliau merupakan seorang peserta Konvoi Bersih 5.0, yang mana ketika melalui simpang lampu isyarat di Sepintas, Sabak Bernam telah ditendang dan dipukul oleh beberapa orang penyokong Baju Merah.

2. Beliau adalah merupakan seorang kakitangan di sebuah agensi kerajaan yang bertugas sebagai Pembantu Am Rendah, Gred N1 dan *bukannya seorang anggota PDRM* sepertimana yang telah diviralkan.

3. Pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap mana – mana pihak yang menyebarkan (viral) perkara ini kerana perbuatan tersebut sengaja dilakukan dengan maksud untuk memburuk-burukkan imej PDRM.

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh :

Supt. Nor Azmi bin Haji Isa
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam

Bertarikh : 11/10/2016


2 Responses

  1. Anonymous says:

    kakitangan agensi kerajaan?... ehmm

  2. Anonymous says:

    N1 pakai motor besar tuh...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.