..

..

NGA KOR MING DIDESAK MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM - @razlanrafii

on Tuesday, July 12, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



300 Pemuda UMNO dan NGO pro Bumiputera menghantar memorandum bantahan kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri. Perhimpunan di depan Ibu Pejabat DAP Malaysia itu diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayan Persekutuan Mohd Razlan Rafii dan Ketua Pemuda UMNO Selangor Zainuri Zakaria.




 "Kami mendesak Nga Kor Ming memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini,"kata Razlan. Menurutnya mereka memberi tempoh sehingga habis sambutan hari raya Aidilfitri. Untuk rekod, akhir Syawal adalah pada 3 Ogos depan.

 Sementara itu, Zainuri memberitahu perhimpunan pada Selasa itu hanya melibatkan sebahagian kecil Pemuda UMNO. "Penghinaan Nga Kor Ming itu memang mengguris hati umat Islam kerana ini (pemberian duit raya) merupakan tradisi yang kita amalkan sejak kecil lagi.

 "Jangan hendak membezakan angpau orang Cina dan duit raya orang Melayu, kita tak pernah sentuh tradisi kaum lain... Nga Kor Ming ini bermain dengan api. "Kita tidak boleh bertolak ansur, jangan rasa beliau kebal tindakan undang-undang... kesabaran kita ada batasnya," ujar beliau. Zainuri meminta polis cepat bertindak terhadap sesiapa saja yang 'bermain dengan api'.

 Pengerusi DAP Perak itu sebelum ini memuat naik karikatur menghina Aidilfitri itu memaparkan dua orang kanak-kanak yang meminta derma dari seorang lelaki bagi menggantikan amalan pemberian duit raya.

Malah, seorang lagi watak kanak-kanak didalam karikatur berkenaan digambarkan "meminta dedak" berbanding mahu duit raya ataupun derma di hari raya. Bukan itu saja, Kor Ming juga sehari sebelum Aidilfitri turut memuat naik gambar ucapan Aidilfitrinya di akaun Facebook yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat.

 Gambar ucapan itu dimuat naik pada pukul 11.30 malam raya dengan tulisan: In God We Trust, video Aidilfitri: We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. Selamat Hari Raya!

 Bagaimanapun fanpage beliau kemudiannya 'hilang' di alam maya dipercayai dinyahaktif oleh beliau sendiri. Sehingga kini beliau masih enggan memohon maaf terhadap perbuatan tersebut.-12/7/20


One Response

  1. Anonymous says:

    Ape pon Sabo. .Sabo. .jangan Korang bako rumah dia dah Le. .nnt duduk bawah pokok pisang pulak

Leave a Reply

Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.