Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2011-01-30

default

Guan Eng sebenarnya ludah ke langit ! Kenyataan penuh YB Farid Saad mesti dibaca !

on Monday, February 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Ikuti penjelasan oleh YB Farid mengenai kenyataan Guan Eng yang menuduh beliau rasis & meludah ke langit berkenaanb isu risalah My Balik Pulau .


KENYATAAN AKHBAR YB Sr. MUHAMAD FARID SAAD, ADUN PULAU BETONG BERKAITAN ISU RISALAH My BALIK PULAU

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakan wartawan dan seluruh rakyat Pulau Pinang yang berbangsa Tionghua yang merayakan sambutan penuh bermakna ini.

Saya nak jelaskan disini, bahawa saya membesar dan bersekolah di Balik Pulau. Guru-guru saya, majoriti nya adalah guru-guru China dan saya amat menghargai jasa mereka. Rakan-rakan persekolahan saya adalah dari kaum Cina dan India.

Saya amat memahami hati budi kaum lain. Malahan, dua orang anak saya juga bersekolah disekolah Jenis Kebangsaan Cina. Masyarakat Balik Pulau adalah masyarakat saya dan InsyaAllah, saya juga akan bersara di Balik Pulau ini.

Saya lebih mengetahui Balik Pulau lebih dari Lim Guan Eng dari Melaka. Maka, adalah jauh sekali untuk saya memainkan isu perkauman di Balik Pulau dan di mana-mana saja dan jauh sekali melahirkan rasa benci sesama kami di Balik Pulau telah telah hidup dalam keadaan aman dan bahagia serta harmoni di Balik Pulau.

ISU-ISU

1. Risalah myBalik Pulau adalah sebuah risalah yang di terbitkan oleh arts-ED, sebuah Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang. Ianya ditaja oleh Penang Education Council (PEC) dan Pejabat Kementerian Pelancungan Malaysia Pulau Pinang dan di bantu oleh beberapa individu dan organisasi lain.

2. Ianya diterbitkan pada tahun 2010 (seperti tercetak dimuka depan risalah), saya kira dipenghujung 2010, dan diedarkan kepada masyarakat di Balik Pulau sekitar bulan Januari 2011. Edaran tersebut dibuat dibeberapa tempat, antaranya Pusat Internet Desa, tempat orang ramai dan termasuklah disekolah-sekolah.

3. Saya telah mendapat aduan serta pertanyaan daripada ibubapa kepada pelajar sekolah tentang kebenaran fakta yang dinyatakan dalam risalah tersebut. Setelah membacanya, saya mendapati beberapa fakta sejarah adalah tidak tepat.

4. Saya telah menghubungi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan dimaklumkan bahawa pihak PPD tidak pernah memberi sebarang kebenaran pengedaran risalah tersebut dikalangan para pelajar; dan Guru-Guru besar memaklumkan bahawa risalah tersebut telah ditinggalkan disekolah tanpa ada sepucuk surat makluman ataupun pertemuan dengan pihak sekolah.

5. Setelah membaca dan meneliti risalah berkenaan. Saya mendapati bahawa fakta sejarah sebenar pembukaan kawasan Balik Pulau oleh Lebai Tampak dan rombongannya tidak langsung disebut dalam risalah tersebut.

Nama Lebai Tampak yang membuka Balik Pulau adalah berdasarkan kepada kajian sejarah awal Pulau Pinang oleh Dr. Mahani, seorang pakar sejarah di USM. Yang dinyatakan didalam risalah myBalik Pulau, adalah bahawa Balik Pulau dibuka oleh ‘pelarian’ politik dari Thailand, Negeri-Negeri Melayu dibahagian Utara dan Indonesia.

Sebagai seorang terpelajar dan pensyarah di USM, Janet Pillai selaku ketua projek ini, sepatutnya dengan mudah boleh merujuk kepada rakan-rakan sejarahwan yang berada di USM, seperti Dr. Mahani dan Prof Mohamad Salleh.

Apakah negeri-negeri dibahagian utara? Kedah? Perlis?. Bukankah Pulau Pinang dulu adalah sebahagian daripada Kedah. Perlukah mereka menjadi pelarian dinegeri sendiri? Beberapa orang Melayu marah apabila disebut sebagai ‘pelarian’ kerana seolah-oleh mereka adalah keturunan pelarian.

6. Didalam penulisan juga disebut bahawa “kaum melayu juga menggadaikan tanah mereka untuk mendapatkan wang tunai untuk membiayai upacara besar-besaran seperti majlis perkahwinan”. Selain tulisan, ianya juga digambarkan dalam bentuk gambar.

Dalam gambar disebut “ saya (orang Melayu) perlukan duit untuk kenduri kahwin anak saya”. Jadi, orang Melayu digambarkan sebagai kaum yang meminjam duit dari Chettiar dan bergolok gadai hanya untuk kenduri perkahwinan. Orang Melayu menganggap ayat tersebut juga merupakan satu penghinaan kepada nenek moyang mereka.

Perkara-perkara inilah yang mahu dan telah saya tegur. Penerbit harus sedar bahawa risalah tersebut adalah risalah bercetak dan diedarkan kepada orang ramai. Ianya dibaca oleh anak-anak sekolah. Apa sahaja yang dihidang kepada para pelajar akan kekal bersama mereka.

Apakah dengan menegur perkara sebegini dan membetulkan fakta sejarah menyebabkan saya rasis sepertimana yang dituduh oleh Lim Guan Eng?. Dan saya diminta untuk meminta maaf kepada Kerajaan Negeri? Saya tidak akan minta maaf.

Saya ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Lim Guan Eng, secara khusus merujuk kepada akhbar Sinar :

1. Para kedua Akhbar Sinar “Guan Eng berkata, risalah yang dicetak dalam tiga bahasa itu tidak dikeluarkan atau ditaja oleh kerajaan Negeri seperti dakwaan Farid sebaliknya dipercayai dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu.”

Muka belakang di cetak dengan jelas

1. Penerbit = arts-ed (Persatuan Pendidikan Seni)
2. Tajaan = Penang Education Council (PEC) dan Berlogo Kerajaan Negeri
3. Pejabat Kementerian Pelancungan Malaysia Pulau Pinang dan berlogo Kerajaan Persekutuan
4. DIGI

Perkataan ‘TAJAAN’ menunjukkan bahawa naskah my Balik Pulau dibiayai oleh sebuah Majlis dibawah Kerajaan Negeri dan juga sebuah agensi dibawah Kementerian Pelancungan. Itu jelas. Saya sedar tentang keterlibatan kedua-dua agensi ini sejak dari awal lagi. (dan ianya juga turut disebutkan dalam tulisan akhbar Utusan).

Daripada YAB KM melenting, lebih baik beliau menyiasat, kenapa logo Kerajaan Negeri digunakan tanpa kebenaran beliau. Bahkan dalam beberapa sidang dewan yang lepas, kita pernah membangkit isu tentang pengunaan logo kerajaan negeri yang harus mendapat kebenaran Kerajaan Negeri.

Tetapi untuk menuduh bahawa naskah tersebut dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu adalah sesuatu yang sangat mengecewakan. Risalah itu dicetak pada tahun 2010, itu jelas dicetak diatas naskah itu. Semua orang boleh jawap pada tahun sudah (2010) siapa yang perintah Pulau Pinang!

Yang pasti bukan Barisan Nasional! Sebagai bukti tambahan, Pejabat Kemeterian Pelancungan Malaysia Pulau Pinang juga ditubuhkan pada pertengahan tahun 2010. Jadi ianya bukan dikeluarkan oleh kerajaan BN terdahulu.

2. Para 9 : “Guan Eng berkata Kerajaan Negeri selama ini banyak bersabar dengan sikap rasis yang diamalkan oleh Farid, namun tindakannya kali ini sudah melampau kerana kerajaan negeri tiada kena mengena dengan risalah itu.”

Saya cukup tidak suka dengan perkataan ‘rasis’. Sebab itu saya tidak mengunakan perkataan ‘rasis’ kepada sesiapa. YAB KM pula suka sangat menuduh orang ‘rasis’.

Dalam para 5 juga disebut bahawa ….”ADUN UMNO in sengaja mahu membangkitkan sentiment perkauman dan perasaan benci antara kaum, terutamanya di Balik Pulau”. Amat mudah bagi beliau untuk menuduh saya sebagai ‘rasis’.

Saya telah menonton rakaman PC yang dibuat oleh KM Lim Guan Eng. Dia bermula dengan terus menuduh saya rasis, dan berulang kali mengatakan saya rasis. Adakah dia merujuk kepada risalah myBalik Pulau dan meneliti penulisan yang dibuat. Langsung tidak.

Saya nak tegaskan bahawa saya amat menghargai toleransi dan semangat muhibah sesama rakyat Malaysia dari dahulu hingga sekarang. Pembangunan dan kejayaan yang telah kita capai dan nikmati hari ini adalah hasil dari kerjasama semua rakyat Malaysia.

3. Lim Guan Eng mengatakan ….. “kerana kerajaan negeri tiada kena mengena dengan risalah itu.”

Mungkin benar mungkin tidak! , kerajaan negeri tiada kena mengena dengan risalah itu. Sdra/I wartawan boleh fikir sendiri.

Siapakah itu arts-ED? Art-ED adalah sebuah NGO yang diketuai oleh Janet Pillai. Janet Pillai adalah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Seni, USM.

Walaubagaimanapun sebagai NGO, arts-ED adalah sebuah agensi yang mempunyai kaitan langsung dengan SERI. Dalam laman sesawang (web-site) arts-ED, dijelaskan bahawa organisasinya adalah “ we are led by executive committee under the secretariat of Sosio-Economic & Environmental Research (SERI) Penang”.

Apakah pula kaitannnya dengan kerajaan negeri? Daripada laman sesawang SERI – Think Tank For the State of Penang, Team Member (updated 4 February 2010) Board of Directors antaranya adalah YB DCM II Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy, YB Liew Chin Tong dan lain-lain.

Akhir sekali, saya tetap dengan padangan saya, hasil dari bacaan saya, bahawa Balik Pulau adalah dibuka oleh Lebai Tampak dan rombongannya, melainkan saya dibuktikan oleh para sejarahwan sebaliknya dan bukannya seperti yang dituliskan dalam risalah berkaitan.

Saya juga berpandangan bahawa ada ayat-ayat yang digunakan dalam risalah myBalik Pulau boleh dianggap menghina orang Melayu diBalik Pulau. Tidak sesekali saya berniat untuk menimbul rasa benci, melainkan membetulkan pernyataan/makluman yang tidak tepat.

SEMOGA PENJELASAN DIATAS DAPAT MEMBERIKAN GAMBARAN SEBENAR KEPADA ISU BERKAITAN.

YBF : 6 Jan, 2011.


default

Panas !! Melayu dipanggil pelarian dalam My Balik Pulau !

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Satu penghinaan oleh risalah My Balik Pulau yang menggelarkan asal usul  orang Melayu di Balik Pulau adalah pelarian politik dari Siam yang lari di kawasan lalu membuka perkampungan .  Dalam artikel Di Balik Sana Pulau, orang Melayu yang dikatakan  datang ke Balik Pulau terdiri daripada pelarian politik dari Thailand, negeri-negeri Melayu di bahagian utara dan Indonesia.

Memang kurang ajar betul bangsa Melayu dianggap pelarian di dalam alam nusantara kepulauan Melayu sendiri .  Jelas sekali mereka yang mengaku sebagai penyelidik ini adalah  buta sejarah !


Lihat sini sikap double standard penyelidik haprak ini yang menceritakan kaum Cina yang sepatutnya dianggap pendatang ke Balik Pulau ini ditulis pulak adalah dijemput oleh British untuk membuka estet2 getah dan rempah ratus .

Bangsa Melayu yang juga  penduduk asal Tanah Melayu dianggap sebagai pelarian manakala pendatang pulak dianggap seperti dijemput pulak oleh penjajah .  Memang kurang ajar betul !

Blog PB pernah mendedahkan sejarah mengenai penduduk asal PP yang di tulis oleh Prof Dr Ahamad Murad Merican iaitu seorang pensyarah dari Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas, yang telah mengkaji sejarah pembukaan Pulau Pinang sejak akhir tahun 1990-an lagi,

Beliau berkata seawal abad ke-18 beberapa kawasan di Pulau Pinang, termasuk Batu Uban dan Gelugor sudah diduduki orang Melayu. Katanya, pada awal 1700, Batu Uban dibuka sekumpulan orang Melayu berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera diketuai Mohamad Salleh atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Intan, manakala di Gelugor pula kawasan seluas kira-kira 40 hektar diterokai Dato’ Jenatun ibni Raja Labu serta pengikutnya yang juga berasal dari Pagar Ruyong sejak tahun 1749.

Beliau berkata, tanah seluas kira-kira 40 hektar yang diterokai Dato’ Janatun di Gelugor itu adalah pemberian Sultan Kedah ketika itu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah ll. Bagi menghargai kurniaan Sultan Kedah itu, Dato’ Janatun menghadiahkan pula kepada baginda 10 buah naskah al-Quran bertulisan tangan yang dibawa dari Pagar Ruyong. KLIK DI SINI SELANJUTNYA

default

Ops Piramid : Pelajar Malaysia di Mesir selamat tiba di tanahair

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments








Akhirnya kumpulan pertama 778 orang warga Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir melalui Ops Piramid, selamat tiba di tanah air hari inid KLIA

Rakyat Malaysia itu termasuk penuntut di Mesir, menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Jeddah.  . Lebih menarik ketibaan kumpulan itu disambut   Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Seramai 459 orang adalah penumpang MAS manakala 319 lagi penumpang AirAsia.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir, berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.

"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia.

”...dan misi ini sebagai misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali... tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar yang segera,” katanya.

Semua pelajar yang dapat pulang ini berterima kasih tidak terhingga kepada PM dan kerajaan Malaysia yang sanggup membawa mereka pulang selamat ke tanah air . Pelbagai rintangan dan halangan terpaksa ditempuhi kerajaan bagi membawa mereka pulang bukan sahaja masalah di Mesir tetapi juga fitnah  juak2 pembangkang di negara ini yang cuba sabotaj Ops Piramid  .  Sehinggakan ada yang menyebarkan fitnah bahawa kos penerbangan dari Jeddah ke KL  ditanggung sendiri pelajar .

Terima kasih PM & Kerajaan Malaysia ... Rakyat Didahulukan !


 Terima Kasih PM ...gambar ini pasti membuatkan puak2 PAS bengang sekali  ...haha



default

Panas ! Guan Eng sudah kena ludahnya sendiri dari langit !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Guan Eng pada minggu lepas  telah menafikan risalah My Balik Pulau adalah  daripada kerajaan negeri DAP PP tetapi sebenarnya itu semua hanyalah  satu pembohongan . Bukan main berlagak dan angkuh apek dari Melaka ini memperlekehkan YB Farid Saad yang juga  anak jati Balik Pulau dengan menuduh beliau bersikap  rasis dan melakukan fitnah terhadap kerajaan negeri . Siap lagi mengata YB  Farid ini yang meludah ke langit dan perlu minta maaf secara terbuka.

Kelmarin YB Farid Saad telah mengeluarkan kenyataan medianya mengenai isu dan tidak akan memohon maaf terhadap Guan Eng . KLIK DI SINI

 Guan Eng cakap risalah ini dikeluarkan kerajaan Persekutuan  kerana  berpandukan logo rasmi  Pejabat Kementerian Pelancongan P.Pinang  . Tetapi dikhabarkan pihak terbabit menafikan menaja risalah berkenaan . Malah mereka juga kesal  risalah ini menggunakan logo rasmi itu tanpa kebenaran .

Di sini PB akan bongkarkan siapa disebalik tabir Art ED @ Persatuan Pendidikan Seni PP ini  iaitu penerbit risalah ini ? Sebelum itu kita kenal dahulu penyelidik bangang yang kurang ajar ini dan gambarnya pun  sudah tersebar di laman facebook . KLIK DI SINI

Namanya  Janet Pillay iaitu  pensyarah Pusat Seni USM.  Pelik kan orang seni yang aktif teater & drama  tetapi buat penyelidikan tentang sejarah Balik Pulau  . hahaha .. Patut la haprak punya kajian sehinggakan ia  berbaur perkauman & menghina bangsa Melayu je. Ini..dia punya profile http://web.usm.my/art/html/fcl_janet.htm

 macam inikah gaya  seorang intelektual & pendidik ? 

boleh tengok sendiri nama orang yang bikin itu .tak tahu la orang DAP ini 
kenal tak Jannet Pillai . Kalau kenal pun depa akan cakap tak kenal 


Apa itu Arts Ed ini ?  Apa keja depa buat ? Siapa yang fund depa duit disebalik tabirnya  ? Senang saja terus saja masuk ke laman web mereka ini . KLIK DI SINI



Inilah kerja depa dok buat selain bikin risalah My Balik Pulau . Nampak hebat betul lawan web ini malah  setanding dengan laman web jabatan kerajaan .Mesti la banyak peruntukan disalurkan !  

Tengok kepada apa yang tertera dalam bulatan merah itu . Itu lah Secretariat Socio Economic @ Environmental Reseacrh Institute ( SERI ) .  Nampak jelas  Arts Ed ini mempunyai  kaitan kuat  dengan SERI ini . Tak mustahil sumber peruntukan risalah ini adalah daripada mereka

" We are lead by an Executive Committeee under the Secretariat Socio Economic @ Environmental Reseacrh Institute ( SERI ) Penang . "

Apa itu SERI , Penang ? Adakah ia mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri ditadbir DAP ? Jawapannya adalah YA !   Boleh lihat sendiri gambar di bawah ini ...

Siapa yang jadi Board Of Director SERI ? Kebanyakkannya adalah pemimpin Pakatan ..






Persoalannya di sini , mengapa Guan Eng berbohong dengan media dan menafikan langsung pembabitan kerajaan negeri ?  Sepatutnya kalau Guan Eng cakap tidak tahu langsung mengenai risalah ini serta mengamalkan pemerintahan cekap & telus  , beliau hendaklah siasat terlebih  dahulu  risalah berbaur perkauman ini bukannya menuduh terus orang Balik Pulau seperti YB Farid  yang membangkitkan tentang penyebaran risalah ini . 

Selain itu , melalui maklumat2  di atas   kita dapat lihat dengan jelas sekali   kaitan antara Arts Ed iaitu penerbit risalah ini dengan SERI Penang  iaitu sebuah Think Thank Kerajaan Negeri PP . 

Sekarang siapa sebenarnya  yang meludah ke langit ??  Akhirnya ludah itu semua terpalit semula ke mukanya .  Tuduhan Guan Eng yang menuduh risalah ini dari kerajaan persekutuan hanya berdasarkan logo rasmi tidak boleh diterima pakai  .  Jadi, kita tunggu la pulak  apa pulak cakap SERI Penang ? 

default

Panas ! Risalah My Balik Pulau memang rasis & kurang ajar !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Kali ini PB ingin mengajak pembaca , dan rakyat menilai gambar2  yang  terkandung di dalam risalah ini yang dikatakan bukan sahaja menyeleweng fakta sejarah tetapi menghina bangsa Melayu .

Bangsa Melayu di Balik Pulau  digambarkan miskin dengan berpakaian koyak rabak baju serta berkopiah sedang meminjam wang cari Ceti untuk perkahwinan anak mereka .

Adakah orang Melayu begitu hina sehingga memakai pakaian sedemikian rupa & sanggup lagi gadai tanah untuk pinjam Ceti untuk kenduri anak ?  Penerbit risalah jelas sekali berniat buruk memperlekehkan bangsa Melayu seperti pengemis & peminta sedekah .

Kalau lah kaum India marah digelar Pariah dalam novel Interlok , yang ada dalam My Balik Pulau ini adalah 40 kali lebih  teruk daripada apa yang ada dalam novel itu .  Mana perginya NGO Melayu ? Pertahankan maruah kita yang hari ini semakin dihina oleh pihak2 tertentu yang mempunyai agenda.

Gambar2 di sini jelas sekali mempunyai maksud tersirat ..Bangsa Melayu digambar suka lepak dan menarik manakala kaum lain pulak diletakkan gambar berniaga & menimba ilmu di sekolah .Ini gambar sebenarnya bertujuan menunjukkan orang Melayu satu bangsa yang malas  dan suka kepada hiburan .

Pakcik dalam gambar tak tahu apa pun ..tiba2 gambar beliau dirakamkan
bersama rakannya serta ditemuramah oleh mereka .

Akhirnya beliau yang juga anak jati Balik Pulau kesal namanya diperalatkan 
oleh risalah rasis ini


Komen PB 

Nantikan artikel  PB seterusnya yang akan membuatkan ludah UMNO & Putrajaya tidak ke langit tetapi ke muka Guan Eng sendiri

default

Risalah My Balik Pulau , siapa yang bakal meludah ke langit ?

on Sunday, February 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


 Ini lah risalah My Balik Pulau yang penuh kontroversi kerana jelas menghina bangsa Melayu & menyeleweng dari fakta sejarah yang sebenar .

Risalah ini dihantar ke sekolah2 di sekitar Balik Pulau tanpa  kebenaran pihak sekolah yang bertujuan mempengaruhi pelajar2 sejarah tempat asal mereka . Guan Eng meroyan betul pasal risalah ini dan tuduh YB Farid rasis kerana menuduh kerajaan negeri .Malah apek DAP ini menafikan risalah ini adalah dari  kerajaan negeri . 


 Penerbit risalah adalah Arts-ED @ Persatuan Pendidikan Seni P.Pinang ...
nama-nama penyelidik pun sudah tertera sekali di situ yang jelas buta
sejarah dan membuat kajian seperti mempunyai agenda . Kita akan 
bongkar apa itu Arts - ED ? 

PB juga mendapat khabar bahawa Pejabat Kementerian Pelancongan PP 
tidak menaja pun risalah My Balik Pulau malah tindakan penerbit 
ini menggunakan logo rasmi cukup tidak beretika .


Apa kejadahnya ini ? Penyelidik kalau dah  kangkung & perangai macam ini
..patut la kajian pun haprak !

default

Nantikan ludah UMNO & Putrajaya ke muka Guan Eng !

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments









Lu banyak cakap ya ... tuduh UMNO &  Putrajaya ludah ke langit dan minta sembah minta maaf balik ya pasal itu My Balik Pulau ... 

Nampaknya lu mahu cakap lidah biawak balik ya ...macam lu tuduh itu SDO Nik Ali .. sendiri cakap lidah biawak tapi tak nak mengaku .

Nantikan artikel PB   yang akan menyebabkan ludah UMNO & Putrajaya tak pergi langit pun tetapi sebenarnya semboq ke muka celaka ini !!!

default

Panas !! Kit Siang meroyan pertahan Shuhaimi , samakan berlaku di Mesir !

on Saturday, February 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Ini apa kejadah apek tua rasis DAP ini meroyan di Tahun Baru Cina ini ..  lu gila  ka samakan apa yang berlaku di Mesir dengan situasi di Malaysia ini iaitu pendakwaan terhadap penderhaka Adun Sri Muda Shuhaimi .

Pendakwaan terhadap penderhaka ini dibuat ikut prosedur undang2 dan rakyat sendiri yang membuat lebih 80 laporan polis terhadap malaun ini .

Apa hak lu mahu ugut sama kita punya PM DS Najib suruh tarik balik pendakwaan ini terhadap penderhaka ini  ?  Bukan Najib buat report polis atau terus pi tangkap  mangkuk itu ...

Sekarang lu banyak pandai ...mentang2 la Najib mengutamakan rakyat ... lepas tu lu pandai pusing cerita  la minta sama tidak mengenai tuduhan hasutan pulak . GILA LU APEK !

Kalau Najib lepas ini penderhaka ,  lepas ini semua penjenayah boleh la beratur panjang di Pejabat PM di Putrajaya  minta dilepaskan ..kerana lu cakap Najib mengutamakan kepentingan rakyat ..

Lu dengan lu punya  Guan Eng celaka  pulak  bersama Al Juburi makin seronok la main isu rasis hasut sama kaum Cina benci kerajaan dan UMNO ... 

CELAKA PUNYA DAP !!


Datuk Seri Najib Razak sewajarnya tidak mengenakan tuduhan hasutan ke atas ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie Isnin ini jika pentadbirannya benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat dan belajar daripada krisis Mesir, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberikan rakyat Malaysia jaminan bahawa pentadbirannya akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu, dengan merujuk kepada perkembangan di Mesir sebagai pengajaran.

Katanya, Najib yang juga presiden Umno dan Menteri Kewangan seharusnya membuktikan pentadbirannya cukup berupaya untuk belajar daripada krisis Mesir dengan mengetepikan penindasan politik di negara ini.

“... ini boleh dilakukan dengan menarik balik tuduhan hasutan ke atas Shuhaimi, yang akan dikenakan dakwaan Isnin ini,” kata beliau lagi.

Katanya, tindakan ke atas Shuhaimi adalah gambaran terbaru Jabatan Peguam Negara terus bertindak sebagai alat politik Putrajaya, bukannya demi kepentingan jangka panjang rakyat Malaysia.

default

Duit rakyat terpaksa dihabiskan untuk biayai kos guaman penderhaka

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Sudah la menderhaka kepada Sultan Selangor ...kini nak membazir  pulak guna duit rakyat untuk biayai kos perundangan untuk membela di penderhaka Adun Sri Muda ini .

Shuhaimi ini menulis di blognya sendiri & berbentuk peribadi  . Bukannya beliau menulis di portal kerajaan dan sebagainya . Jadi mengapa pulak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sanggup menggunakan duit rakyat untuk biayai kos guaman ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie?

Sudah la hari itu  bazir duit pasal kes TBH , ini pulak nak bazir duit rakyat kepada penderhaka Sultan !

Rakyat Selangor  perlu  sedaq bahawa sekarang ini  puak-puak  rejim Pakatan sedang bermaharajalela  dan menganggap bahawa wang Negeri Selangor seperti mereka sendiri !

Pihak SPRM perlu bertindak jika ia benar-benar menyeleweng  wang rakyat negeri Selangor  kerana digunakan untuk kos guaman Suahaimi yang ditahan dan akan didakwa atas kapasiti pribadinya, bukan sebagai ADUN.



Kenyataan Pejabat Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh kepada Suhaimi dalam menghadapi kes tersebut.

“Dalam kes Shuhaimi, kerajaan negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini.

“Kerajaan negeri akan membantu beliau dengan membiayai kos perundangan dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan,” katanya lagi.

default

Pelajar Malaysia Mesir bersyukur dapat balik , budak PAS pulak seronok berdemo !

by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

 Pelajar2 Malaysia yang tinggal di negara Mesir yang bergolak & huru hara itu bersyukur berjaya selamat pulang ke negara sendiri .Tetapi ada juga puak
- puak kopiah putih sini seronok sini seronok tiru demo yang buat untuk
jatuhkan Mubarak di sana

 Budak2 macam ini la mudah diperbodohkan ...sokong membuta tuli ..nak sokong rakyat Mesir tetapi menyusahkan rakyat, polis di  negara ini ...


 Negara lain buat demo ..negara kita pun ada puak2 gila kuasa nak 
meniru ..




Ini PB saja petik dari komen penyokong tegar parti cap bulan ke blog ini  ..marah betul dia kepada artikel PB pasal demo depa tu ...  yang kelakarnya dia komen orang PAS semua ada silat  ...brader2 polis semua boleh muntah darah tu ...
kah kah kah ...

klw ikutkan org2 PAS ade yg reti silat...ade yg reti jurus2 dalaman....tp diorg taknak gunekan...
sebab klw da gune,muntah darah bro sume polis2 tu....klw sume budak2 silat join,aq rase polis sume lari..

ko ckp suh g mesir klw nak demo,abes dulu UMNO demo pasal denmark tu,apsal tak g denmark utk wat demo????bodoh tu jgn la ditnjuk2 bro!!!

default

Mubarak dakwa dikhianati Barat , kesian PAS kena kencing direct oleh Yahudi & AS ,

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

PAS hari ini bukan main syok betul berdemo ...selain di KL , di bawah ini adalah sebahagian gambar penyokong2 bangang PAS menyokong gerakan rakyat Mesir mendesak Hosni Mubarak letak jawatan.

menariknya di sini puak-puak kopiah putih PAS menuduh Mubarak adalah proksi kepada Yahudi & AS . Lihat la gambar2 banner mereka yang cantik betul dibuat ... tetapi sayang depa ini tak tau apa pun situasi sebenar  konflik di negara Firaun itu .


negara Tunis ?? Kat mana tu woii puak2 PAS ..tak ada dalam peta pun


Konflik di Mesir ini PB lihat didalangi oleh oleh negara Barat  melalui campur tangan mereka dalam peralihan kuasa di negara itu .  Itu yang Mubarak dakwa Barat telah mengkhianati negara Mesir ..


Parti Demokratik Nasional (NDP) Mesir, yang diketuai Presiden Hosni Mubarak, mendakwa Barat yang diletakkan kepercayaan selama ini telah mengkhianati negara itu, antara sekutu rapat Amerika Syarikat (AS).

Hosni, 82, kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang masuk hari ke-11 hari ini dan juga tekanan pentadbiran Obama dan beberapa negara lain supaya berundur segera.

Beribu-ribu penunjuk perasaan anti-Hosni sedang berhimpun di Dataran Tahrir di sini pada perhimpunan yang dikenali sebagai “Jumaat, Hari Berundur”.Dalam temu bual dengan BBC sebentar tadi, Setiausaha NDP Dr. Mohamed Kamal berkata, kuasa Barat telah mengkhianati negara 80 juta penduduk itu.

“Ya, Barat telah mengkhianati Mesir,” kata beliau dalam temu bual bersama BBC hari ini menjawab soalan tekanan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barat supaya meletakkan jawatan dengan segera.


Persoalannya , jika betul Mubarak adalah proksi AS & Barat ... mengapa beliau dakwa dikhianati ? Adakah AS & Israel sebagai dalang semua gerakan ini untuk menjatuhkan Mubarak ?

Jadi di sini ... jika AS & Israel terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Mubarak ini , bermakna  parti PAS yang menyokong gerakan rakyat  menjatuhkan Mubarak itu bersekongkol la  bersama Yahudi & AS.

Nasihat aku kepada puak2 kopiah putih PAS ...kalau tak tahu apa yang berlaku di Mesir ,,jangan dok buat pandai ! 

default

Aksi budak PAS yang meniru demontrasi Mesir , dibuat di Malaysia !

on Friday, February 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 38 Comments


Tak perlu kita pergi negara Firaun ini untuk amik gambar demo .Ini kerana budak Melayu PAS iaitu GAMIS   sudah pun pandai meniru aksi orang Mesir  & bikin demo  haram di KL hari ini . Kira macam trial demo la  ..mula kita minta Hosni Mubarak resign ...lepas itu advance sikit minta Najib - Rosmah pulak ...


 Mak Bapak hantar  pi Universiti suruh berlajar bawa segulung ijazah bantu keluarga ..GAMIS a.k.a Hamis  pulak buat taik  hasut budak2 ini pergi demo minta pemimpin negara orang lain letak jawatan . GILA !

Awat hang pa ingat  Hosni Mubarak itu akan takut kot dengan hang pa punya desakan ... tarak akai punya budak !  Mengaji saja tinggi-tinggi ...tapi otak letak kat lutut !


 Tak menyusahkan orang ka dok buat pi buat demo ini .. jalan jammed habis ..negara orang lain  buat demo pun hang nak masuk campur dan ikut sekali ... bodoh punya PAS !  Daripada hang dok buat huru hara kat negara aku ini , aku cabar hang pa ni pi Mesir la  kalau berani sangat nak sokong sangat rakyat Mesir.


 Dengar cerita .. budak2 PAS ini marah betul denga FRU Malaysia kerana  bersekongkol dengan  diktator Hosni Mubarak halang demontrasi mereka  .Hang ni nak marah apa ?? ini negara Malaysia ..bukan negara Firaun , Mesir !!!


 seronok sangat la tu berdemo macam beruk !


 water cannon terpaksa digunakan FRU untuk menyurai penunjuk perasaan yang gila !


Ini lah padahnya ! Nak tiru negara orang ..sekarang sudah kena tangkap !
PADAN MUKA !

default

PAS sabotaj ! Hasut pelajar di Mesir jangan naik pesawat kerajaan BN

by Pejuang Bangsa
 - 13 Comments




Selepas kerajaan BN menghantar misi bantuan ke Mesir bagi menyelamatkan ribuan pelajar & rakyat Malaysia di sana ,  talibarut2 PAS di Cairo tidak duduk senang sekali begitu juga pemimpin2 mereka di sini .

Ini blog Krisis Mesir Nasib Rakyat Kita yang bersumberkam PMRAM yang kononnya memberikan maklumat terus kepada rakyat Malaysia mengenai situasi di Mesir .  Blog ini cakap perjalanan Jeddah ke KL ditanggung sendiri . betul ka ? 




Terbaru berita dari Cairo yang dimaklumkan oleh blog Medan Info Kita.,tersebar pula berita menerusi sms palsu... "jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Msia kamu kena tanggung sendiri tambangnya.."

Kalau rakan blogger  yang berada di sana sendiri melaporkan  kerja  khawarij PAS..  memang sah la parti  ini dengki  dan mahu  sabotaj usaha murni kerajaan dengan menghasut pelajar2 Malaysia agar jangan naik kapal terbang kerajaan BN ini . Sebab kita boleh lihat sendiri  sumber dari blog di atas ini  lebih kurang sama saja dengan sms palsu ini .

Tetapi hakikat sebenarnya di sana tidak seperti apa yang disebarkan sms palsu ini . Pihak delegasi seperti Dato Seri Jamil Khir , Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Azeez dan Timbalan Menteri Luar, Kohilan Pillay terpaksa  berusaha  pulak yakinkan pelajar pelajar kita bahawa semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuklah bayaran airport tax.

Kerajaan nak pi selamatkan mereka tetapi tak sangka pulak tambah kerja untuk memujuk mereka pulak untuk naik kapal terbang.  Ini semua kerja puak-puak kopiah putih cap bulan la yang hasut budak2 totok PAS di sana agar jangan terima bantuan kerajaan BN .

Kalau depa ini semua tak mahu naik kapal terbang cap BN ..tak pa la ..lantak pi la kerana depa,,mungkin  budak2 ini  nak berlajar sangat kat rakyat Mesir bagaimana nak jatuhkan kerajaan melalui demontrasi .  Dasar tak kenang budi !

default

The Mummy Mesir suruh Mahfuz tanya soalan bodoh ini kepada Najib !

by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Bila baca kenyataan Mr Mahfuz Bean ini ,dalam kepala PB dok pikiaq la ... bila masa pulak PM aku ini kena jaga soal rakyat Mesir pulak ..kena dahulukan masalah  rakyat Mesir pulak .. Itu negara orang ..lantak pi la kat dia nak jadi apa pun  .. bukan masalah bagi  Najib ..

Malu betul Pokok Sena miliki Yang Berhormat yang akal pendek dan cakapnya standard seroang pelawak . Lawak Bodoh  & Lawak Gila Babi semua ada dalam otak dia ..

Selepas ini .. minta ASTRO tolong la short list kan Mr Mahfuz Bean ini sebagai juri dalam show RAJA LAWAK akan datang . Beri la peluang sama kepada pemimpin politik seperti Mahfuz  yang  mempunyai  bakat & pengalaman  mereka dalam ilmu berlawak ini .

Selain itu , PB nak persoal pulak kepada juak-juak PAS ini seperti  Mahfuz, apa yang telah PAS bantu untuk selamatkan rakyat Malaysia dari Mesir? Ramai pelajar2 di sana telah ditarbiyahkan Isle PAS  dan mengapa PAS di sini  tak bantu ?  Hantar la briged Unit Amal PAS ke sana ..bawa bekalan makanan ke .. tak kan dok jaga jalan di ceramah2 tiap2 malam saja ..

Selain itu , ketika kerajaan BN sedang berusaha menyelamatkan rakyat Malaysia di sana , PAS di sini pulak semakin menggila mengapi-apikan semangat dan menghasut rakyat terutama waris pelajar ini supaya benci kerajaan kerana lambat bertindak . Malah nak bikin demo lagi bagi mendesak Hosni itu letak jawatan . hahaha ... apa itu Hosni Mubarak kenal dan takut dengan PAS ?




Jika benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap mendahulukan rakyat, beliau hendaklah menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat Mesir menuntut presiden mereka berundur,

"Jangan cakap sahaja mendahulukan kepentingan rakyat, tetapi bersikap buta dan pekak kepada aspirasi dan tuntutan rakyat seperti yang dicerminkan oleh rakyat Mesir yang bangkit beramai-ramai itu.kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.


Krisis di Mesir ini juga bagi PB telah menunjukkan bahawa  kerajaan BN dalam misi  menyelamatkan ribuan pelajar & rakyat Malaysia di sana tidak pernah memilih bulu untuk diselamatkan . Walaupun ada portal & blog pembangkang dok mainkan kerajaan hanya selamat pelajar tajaan JPA & Mara , tetapi itu semua satu pembohongan .

Biarpun pelajar tersebut anak orang PAS, anak orang PKR atau anak orang UMNO, semuanya diselamatkan kerana mereka adalah rakyat Malaysia. Ini bertepatan dengan slogan kerajaan iaitu  mendahulukan rakyat.

default

Live dari Cairo : Blogger Pro BN laporkan kumpulan pertama sedia berlepas ke Jeddah

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


 
Syabas dan tahniah kepada usaha kerajaan Malaysia.

Ketua Delegasi, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom yang turun padang bersama sama dengan Presiden Kelab Putera 1 Malaysia berjaya melancarkan lagi proses membawa pulang pelajar pelajar Malaysia.


Keadaan di Cairo International Airport walaupun agak sesak dengan ratusan anak anak kita diperantauan, insya allah segala galanya akan dilaksanakan dengan baik.


Penghargaan juga kepada Datuk Kamaruddin dari Air Asia yang sama sama bersusah payah menyelesaikan banyak masalah landing permission dengan kerajaan Mesir. Tidak lupa juga kepada Datuk Ismee yang menyediakan penginapan pelajar pelajar yang sedang dibawa ke Jeddah...

Blogmaster mohon disampaikan berita kepada rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa keluarga pelajar pelajar disini jangan risau kerana janji Datuk Azeez dalam ucapannya tadi, 

"kami akan pastikan semua pelajar dibawa pulang, tidak ada seorang pun akan tinggal... Kami tidak akan pulang selagi masih pelajar yang tidak dapat dibawa pulang..

" Ini sejajar dengan arahan YAB Perdana Menteri mahu MISI Khas ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang gangguan!

Talian internet agak sukar, Blogmaster kemaskini dengan meminjam broadband Etisalat Egypt... KLIK DI SINI SELANJUTNYA

default

Jentera Penerangan UMNO + Bloggers bersedia hadapi PRK Merlimau

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


 Jentera Penerangan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan dilancarkan di Dewan Masyarakat Air Merbau, Merlimau, Sabtu ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia sebagai persediaan awal membantu UMNO negeri dan UMNO Bahagian Jasin memastikan Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi DUN Merlimau pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.

Menurutnya, jentera penerangan itu akan digerakkan di setiap peringkat untuk turun padang dan menjelaskan kepada rakyat berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

"Jentera kita akan disertai oleh penceramah, penulis dan bloggers yang akan menjawab setiap isu seperti kenaikan harga barangan dan beberapa isu nasional.

"Penceramah termasuk mereka yang terlibat akan dibekalkan dengan segala maklumat terkini yang mampu menjawab sebarang isu yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang kepada penduduk di Merlimau," katanya.

default

Kerajaan UMNO/BN nak buat solat Hajat doakan keselamatan , PAS pulak mahu demo !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kerajaan UMNO /BN sentiasa prihatin dengan nasib yang dialami rakyat Malaysia di Mesir . Walaupun telah dihantar misi menyelamat ribuan rakyat kita di sana , semalam  kerajaan menyeru pulak diadakan solat Hajat memohon keselamatan pelajar & rakyat Malaysia di sana .

Bukan seperti PAS yang sibuk hendak ajak rakyat berdemo saja & menyalak sana sini salahkan kerajaan .  Kerajaan BN tidak pernah memilih bulu seperti PAS  dalam menyelamatkan rakyat kita di sana . Tidak kira la pelajar itu anak PAS, anak PKR ka .. semua kita selamatkan kerana mereka rakyat Malaysia .


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta masjid di seluruh negara supaya mengadakan solat hajat pada malam ini dan selepas solat Jumaat esok untuk mendoakan keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia lainnya di Mesir.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, ia juga diharap dapat membantu meredakan konflik yang sedang berlaku di negara itu.

Rakyat Mesir kini bangun memberontak supaya Presiden, Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kita berharap lebih 11,000 penuntut Malaysia di Mesir selamat serta ketegangan di Mesir akan berakhir dengan aman,” katanya. - Bernama

default

DAP mahu perbodohkan Melayu PP supaya buta sejarah !

on Thursday, February 3, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Kerajaan DAPig di Pulau Pinang diketuai  Guan Eng chauvinis bukan setakat menindas peniaga2 , penduduk2 kampung Melayu  tetapi juga mahu Melayu ini jadi bodoh dan lupa asal usul .

Terbaru  kerajaan DAP mengedarkan Risalah My Balik Pulau ke sekolah-sekolah yang mengandungi fakta sejarah tidak tepat dan diragui kesahihannya di sekitar Balik Pulau sejak sebulan lalu. Isu ini dedahkan oleh Adun BN Pulau Betong , YB Farid Saad yang meragui fakta sejarah di dalamnya serta ilustrasi  yang boleh dianggap menghina orang  Melayu .

Nampaknya   DAP  diketuai Guan Eng cuba mengubah fakta sejarah dan memperbodohkan orang Melayu terutama generasi muda di Balik Pulau supaya percaya bahawa kawasan itu bukan dibuka oleh bangsa Melayu .

Malah pengedaran risalah ini boleh dianggap merbahaya mengandungi fakta sejarah tidak tepat disifatkan &  boleh mengundang perbalahan kaum. Kalau kaum India sensitif  dan marah penggunaan perkataan  Pariah dalam novel Interlok , bangsa Melayu juga begitu jika fakta2 sejarah berkaitan orang Melayu cuba diselewengkan .

Presiden Alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang, Abdul Said Hussain berkata, perbuatan tersebut seperti cuba menaikkan sentimen masyarakat Cina bahawa nenek moyang mereka yang mula-mula meneroka Balik Pulau, bukannya orang Melayu.

Menurutnya, sejarah sendiri telah menyatakan bahawa orang Melayu merupakan peneroka di situ dan fakta tersebut seharusnya tidak diubah.

"Saya nampak ada usaha pihak tertentu cuba mencerminkan seolah-olah orang Cina sudah bertapak lama di Balik Pulau sebelum kedatangan orang Melayu.

"Sejarah tetap sejarah, ia tidak boleh diubah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari i

default

Krisis di Mesir : PAS hanya pandai menjerit & meroyan , sampai minta Komando ke sana !

by Pejuang Bangsa
 - 7 Comments





Dalam keadaan semua jentera sudah digerakkan oleh kerajaan untuk memindahkan segera lebih 11,000 pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir...pihak pembangkang pula kini sibuk ‘mencari nama’ dan membuat dakwaan-dakwaan ‘pakai air liur’ saja untuk mencetuskan kemarahan.

Agendadaily menerima sebilangan SMS dan panggilan dari pembaca yang mempersoalkan sikap ini sedangkan pada waktu yang kalut begini semua patut bersatu mendokong misi yang rumit ini.

Ini bukan satu misi di negara sendiri sebaliknya di rantau orang yang perlu melalui berbagai-bagai peraturan dan kebenaran lebih-lebih lagi dalam keadaan di Mesir yang sistem pentabirannya hampir lumpuh akibat demonstrasi raksaksa anti Presiden Hosni Mubarak.

Untuk membuat orang marah, Harakahdaily.net misalnya melaporkan dakwaan dalam keadaan kalut di Kaherah,para pegawai kedutaan asyik sibuk melayan Timbalan Menteri Luar Kohilan Pillay yang dihantar kerajaan untuk mengatur persiapan misi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Ia memetik kononnya seorang bapa pelajar yang menghubungi Harakahdaily marah dengan sikap para pegawai Malaysia di Mesir sekarang ini.

Dakwanya"dari sumber di Kaherah melalui telefon yang sekejap dapat sekejap terputus, dimaklumkan oleh anak saya di Kaherah bahawa pegawai-pegawai dari MKN dan Konsul Jeneral di Jeddah yang tiba pagi tadi sibuk melayan Kohillan Pillay dan siap mengarahkan kakitangan kedutaan pergi mencari makanan masakan Malaysia seperti Nasi Lemak, Beehoon goreng dan sebagainya.


"Mereka berkumpul di rumah duta datang untuk makan masakan Malaysia BUKAN DENGAN TUJUAN MEMBANTU MASALAH PELAJAR MALAYSIA yang sudah kehabisan makanan, tidak tentu tempat tinggal dan dalam keadaan terancam keselamatan.”

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali pula misalnya dipetik seolah beliaulah ‘dewa penyelamat’ yang mengadakan pertemuan dengan Wisma Putra Rabu untuk mendesak misi penyelamat disegerakan.

Katanya tiga kapal terbang Tentera Udara akan berlepas ke Mesir membawa keperluan harian seperti makanan dan membawa pelajar yang berada di Mesir ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di Bangunan Tabung Haji.

Sedangkan pada awal pagi Rabu lagi berita mengenai pesawat pengangkut C-130 akan berlepas sudah tersebar di media manakala pada lewat malam Selasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib sudah membuat pengumuman kerajaan bawa balik semua pelajar dari Mesir guna kapal TLDM, MAS dan AirAsia.

Sementara itu dalam pertemuan sebilangan ibubapa pelajar Mesir,laman Malaysiakini memetik Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Ahmad Syukri Abdul Razab memberi gambaran yang buruk mengenai misi penyelamat yang akan dijalankan.

Antaranya mendakwa kononnya ada pilih kasih di mana para pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat akan dihantar pulang terlebih dahulu.

Ia juga melaporkan ada keluarga yang mendakwa kononnya kerajaan terlalu ambil berat pasal pilihanraya kecil Tenang baru-baru ini hingga tidak fikirkan nasib para pelajar di Mesir.

Malah ada keluarga yang buat saranan minta komando Malaysia masuk ke Mesir untuk iring pelajar keluar.

Salah seorang pembaca kata semua mereka yang ada anak dan saudara di sana bimbang tetapi janganlah buat saranan tidak masuk akal sampai suruh komando Malaysia masuk Mesir begitu.

“Ini bukan soal nak pergi membeli belah...ini soal nak masuk negara orang.Bolehkah tentera negara lain masuk Malaysia begitu saja. Adakah masuk akal cakap begitu,”katanya.

Katanya semua orang yang waras tahu sesuatu misi untuk keluarkan lebih 11,000 orang dari sebuah negara luar yang dalam krisis bukan sesuatu yang boleh dibuat sekelip mata.Ia memerlukan perancangan yang teliti.

Misalnya soal mendapat hak pendaratan pesawat TUDM atau MAS atau untuk kapal TLDM berlabuh,pengangkutan pelajar dan macam-macam lagi.

“Pesawat atau kapal tidak boleh merempuh begitu saja....cakap memang senang,”katanya.

Katanya lojistik untuk mengumpul dan mengatur para pelajar Malaysia yang bertaburan merata tempat juga amat rumit dalam keadaan yang kelam kabut ini.

Seorang pembaca lain kata kalau nak cari nama pun carilah isu lain dan bukan sesuatu isu di negara orang yang di luar kawalan kerajaan.

“Ini krisis di Mesir bukan di Permatang Pauh atau di Marang...kerajaan sudah gerakkan usaha...apa lagi nak bising. Kapal terbang TUDM pun sudah berlepas...kapal TLDM di Teluk Eden pun sudah berlayar,” katanya.

Pembaca ini yang mempunyai seorang saudara yang berlajar di Kaherah berkata sepatutnya semuanya bersyukur misi penyelamat sudah digerakkan.

Katanya dakwaan sesetengah pihak kerajaan agak lambat bertindak adalah sesuatu hal yang subjektif.

Ini katanya kerajaan perlu membuat penilian yang teliti mengenai situasi di sana.

Dia bertanya apa jadi misalnya dalam masa beberapa hari lagi tiba-tiba keadaan di Mesir reda.

“Bayangkan beribu yang balik tu...bukan semuanya orang berada. Ada yang pulang bersama keluarga.Tentu susah mereka nak bayar tambang penerbangan balik ke Mesir nanti.”

Dalam pada itu pengajian mereka tersangkut dan berbagai-bagai masalah sampingan yang mungkin tidak terfikir lagi.Katanya mungkin atas sebab ini kerajaan perlu teliti.

Seorang pembaca lain yang geram kata pembangkang tak usah nak cakap banyaklah.

“Orang sedang bersusah payah nak bantu dan selesaikan masalah mereka pula cuba memekak...saya sendiri tak nampak apa-apa usaha pembangkang untuk membantu kecuali cakap kosong,” katanya.

Dia berkata lagi urusan untuk pindah lebih 11,000 orang bukan satu kerja ‘makan angin’.

“Kalau nak bawa 100 orang melancong...itu kerja mudah...ini nak pindah beribu orang dalam keadaan krisis...cakap perlu guna akal,jangan main sedap mulut,” ujarnya.- 2/2/2011

sumber : agenda daily ...

default

Krisis di Mesir , Anwar & pembangkang memang pakar auta !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Anwar memang manusia cakap tak serupa bikin !  Di dalam laman portal pembangkang Tranungkite , satu artikel yang memetik kenyataan dari Anwar Ibrahim yang menggesa kerajaan membawa pulang segera rakyat Malaysia di Mesir kerana keadaan tidak lagi selamat.

Kah kah kah ... rakyat Malaysia perlu flashback balik ini lah malaun bernama Anwar Ibrahim yang membuat kacau di negara kita ketika  Reformasi 1998  . Masa itu PB masih ingat lagi habis satu Kuala Lumpur menjadi huru - hara dan tidak tenteram akibat daripada perbuatan penyokong2 reformasi Anwar inilah .


Sekarang ini Anwar hendak bercakap tentang soal keselamatan rakyat Malaysia pulak di Mesir .. krisis di Mesir lebih kurang sama saja semasa Reformasi Anwar iaitu menjatuh kerajaan sediada melalui demontrasi & bantahan oleh rakyat .  Mengapa ketika 1998 itu dulu Anwar tidak fikir keselamatan rakyat, harta benda awam , peniagaan terjejas ini semua ...

Di ketika kerajaan Malaysia telah  menghantar misi menyelamatkan rakyat Malaysia di sana , pembangkang dan blog2 mereka terus memainkan sentimen bagi membangkitkan kemarahan waris pelajar kononnya keadaan di sana semakin teruk dan kerajaan bertindak lambat .

Tetapi kita boleh sendiri apa yang dilakukan oleh mereka ... satu apa pun mereka  tak buat.. hanya dok salahkan orang sahaja dan sebarkan berita palsu kononnya ada pelajar Malaysia telah dirogol di sana .

default

Habis la Sam Ketot , kempunan untuk jadi Calon di PRK Merlimau

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

banner sapa punya ini ? orang Merlimau mahu anak tempatan


Hasrat Ketua AMK Sam Ketot untuk menjadi calon untuk kali ini di PRK Dun Merlimau nampaknya penuh berliku . PAS meroyan tahap gaban punya bila PKR mahu kerusi Merlimau ditandingi calon mereka iaitu Shamsul Iskandar.

Tetapi yang bangang pun adalah PAS juga kerana tak ada dalam undang2 pun kerusi itu milik parti itu sahaja untuk bertanding . PAS pun baru sahaja kalah di DUN Galas dan Tenang dan ditolak terus pengundi Melayu  ..

Jadi  beri lah peluang kepada Sam Ketot dari AMK pulak tunjuk taring . Dia pun bukan calang2 orang juga tu ...hahaha ..tambah2 lagi itu negeri kelahiran Sam ..

Walaubagaimanpun ... PB & geng blogger Nyamuk pro  BN  yang lain tidak heran sapa pun calon samada dari PKR @ PAS yang nak bertanding ..  nama naik saja calon depan ..,bersedia la untuk terima kekalahan seperti mana Cikgu Mala di Tenang .

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps