
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menempelak sikap pembangkang yang tidak mahu menerima 'penghukuman' rakyat di atas kekalahan mereka di Galas dan Batu Sapi, apabila menuduh Barisan Nasional (BN) menggunakan agensi kerajaan untuk meraih kemenangan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya BN memperalat agensi kerajaan hanyalah bertujuan menidakkan kesedaran rakyat terhadap penyelewengan mereka, terutamanya selepas diberi kuasa memerintah pada 2008.
"Di negara lain, apabila agensi kerajaan digunakan, parti pemerintah akan menang sehingga 99 peratus tetapi di Malaysia, parti lawan boleh menang pada setiap kali pilihan raya, jika disokong oleh rakyat pembangkang tetap akan menang tetapi kita dapati mereka sudah menyeleweng.
"Pas terutamanya, dulu sesiapa yang berbaik dengan bukan Islam dikafirkan, sekarang mereka pula lebih baik dengan bukan Islam sehingga sanggup menolak tawaran orang Islam untuk bersatu," katanya selepas majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.
Mengulas mengenai kemenangan itu, Dr. Mahathir berkata, orang Melayu kini berasa semakin lega dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terutamanya selepas beliau menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
"Saya fikir ucapan Najib mempengaruhi orang Melayu, saya fikir rakyat sekarang berasa lega dan pada masa sama, rakyat bukan Melayu juga selesa kerana tidak ada kecelaruan dalam pemikiran berhubung dasar negara," jelasnya.
Bagaimanapun beliau menegaskan, kemenangan itu bukan tiket untuk BN dan UMNO 'tidur', sebaliknya, parti tersebut perlu bekerja lebih keras jika mahu mencatat keputusan yang lebih baik pada pilihan umum akan datang.
Ditanya sama ada beliau semakin yakin dengan kepimpinan sekarang ekoran kemenangan bergaya itu, Dr. Mahathir berkata, Najib seorang Perdana Menteri yang baik kerana dapat memulihkan semula pemerintahan negara.
Komen PB
PAS seperti biasa lah apabila mereka kalah , akan menyalahkan semua pihak termasuk SPR ,polis dan sebagainya . Tetapi kalau mereka menang , cakap inilah kehendak rakyat ... poorah !
Memang sial dan bodoh puak taksub PAS ini ... Sebenarnya kekalahan di Galas terutamanya adalah kerana rakyat sudah meluat kepada Wali Selipar !!

PAS tidak boleh terima penghukuman oleh rakyat

Video Ustaz Mohd Nor Idris VS Nik Aziz
Lihat lah sendiri siapa yang kurang ajar . Walaupun pembangkang menuduh Ustaz Mohd Nor Idris ini kurang ajar dengan Tok Guru mereka , PB tidak terkejut pun dengan kata-kata yang keluar dari Nik Aziz dalam video inbi yang pernah cakap celako , celako , celako !
Video ini banyak membuka mata kita sifat sebenar pemimpin yang bertopengkan Tok Guru ..
Pertemuan secara kebetulan bekas 'rakan satu parti' antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris telah meledakkan segala kemarahan yang sekian lama terpendam.
Malah, 'kisah menarik' itu juga mendapat liputan dalam pelbagai laman blog sama ada propembangkang atau prokerajaan seperti theunspinners.blogspot.com dan ia turut cuba 'dijernihkan' oleh www.harakahdaily.net.
Berikut ialah sebahagian daripada sedutan rakaman video itu:
Sambil menunjukkan jari ke muka masing-masing
Mohd. Nor: Mu (kamu) la berkawan dengan DAP.
Nik Aziz: Oh, selagi UMNO berkawan dengan MCA... selagi UMNO berkawan dengan MCA.
Mohd. Nor: Yahudi nak berkawan dengan Nabi Muhammad masa di Madinah dulu.
Budak mencelah sambil menjerit suruh kedua-dua berhenti bertengkar: "Jangan gaduh!"
Mohd. Nor: Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini, siapa dia ahzab, siapa dia?
Mohd. Amar (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) meminta kedua-duanya bersalam.
Nik Aziz: Tak payah salam.
Mohd. Nor: Aku pun tok sir (tak mahu) salam dengan mu (kamu).
Nik Aziz: Aku tok sir (tak mahu).
Mohd. Nor: Kalu (kalau) masuk UMNO, aku dakap (peluk) denganmu.
Mohd. Amar minta Mohd. Nor bersabar kerana mereka datang bukan hendak berbahas.
Mohd. Nor: Sama dengan ambo (saya) pun.
Mohd. Amar: Kita bukan hendak berbahas, kita mari (datang) nak ziarah, kalau nak berbahas dengan ambo pun tak apa.
Nik Aziz pada ketika ini dilihat duduk atas kerusi tetapi Mohd. Nor kembali berdiri.
Mohd. Nor: Kalu (kalau) Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-generasi kita jadi anjing suruhan DAP.
Mohd. Amar: Kita bahas semula (kemudian).
Mohd. Nor: Semula tak semula pun, biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia.
Nik Aziz: Mu dulu (taubat), dulu mu orang Pas.
Mohd. Nor: Mu orang Pas juga, aku taubat dah hari-hari (setiap hari).
Nik Aziz mencelah lagi menyuruh Mohd. Nor bertaubat dulu.
Mohd. Nor: Hey, mu nak kafir (kafirkan) dengan ayat Wa'tasimu bihablillah hijamiia' wala tafaraqqu (surah Ali-Imron, ayat 103).
Mohd. Amar: Dengar dulu ambo nak ghoyat (cakap), duduklah.
Tetamu dalam rumah itu turut meminta Mohd. Nor duduk.
Mohd. Amar: Ustaz dengar ambo ghoyat, kita sama-sama di rumah orang, bukan rumah kita, malu ko (kepada) tuan rumah...mari (datang) dengan izin tuan rumah.
Mohd. Nor: Saya duk (datang) sini doh (dah), tuan rumah izin doh.
Mohd. Amar: Tak pe sebab itu kita tanya khabar lagu mana (macam mana), sama-sama tetamu kita buat adat sebagai tetamu.
Mohd. Nor: Adat Nabi Muhammad kalau nak kafir, lagu mana? Kalau nak munafik lagu mana?
Mohd. Amar: Lepas ini, lepas ini!
Mohd. Nor: Lepas ini, tunggu bila? Tunggu kafir (DAP) perintah Malaysia dulu...ahzab-ahzab ini, siapa ahzab Malaysia ini...panggil Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), panggil Ustaz Nik Aziz, bincang sesama Islam, jangan kembali kepada DAP dan PKR.

Rakyat terima 1 Malaysia , Middle Malaysia ditolak
DAP mengakui bahawa kempen 1Malaysia oleh Barisan Nasional (BN) berjaya membantu BN merampas DUN Galas dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.
Pengarah Pilihanraya DAP, Thomas Su berkata pilihan raya kecil hari ini juga menyaksikan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat.
Menurutnya, DAP mengendalikan tiga kawasan dalam kempen di Galas, iaitu Pulai, Kampung Baru dan Bandar Lama.
Hanya dua kawasan yang bermajoriti pengundi Cina - Pulai (83.86%) ddan Kampung Baru (52.6%). Manakala Bandar Lama merupakan kawasan campuran Melayu-Cina (30.54%).
Menurut Thomas lagi, Pakatan memperolehi 1,784 undi di tiga kawasan tersebut pada 2008, tetapi merosot 206 undi atau 4.92 peratus secara keseluruhannya dalam pilihan raya kecil hari ini.
"Dari angka-angka ini, kami menganggarkan undi pengundi Cina merosot 2 hingga 3.5 peratus," katanya.
"Kami mengakui bahawa undi pengundi Cina merosot, tetapi ia tidak serius, drastik atau membimbangkan," tambahnya.
Menurut analisanya, terdapat dua faktor yang menjadi punca Pakatan hilang undi pengundi Cina, iaitu kempen 1Malaysia dan peratus pengundian yang tinggi.
Katanya, BN tidak pernah menggunakan parti politik Cina untuk berkempen, tetapi sebaliknya ia dilakukan menerusi apa yang dikenali sebagai "NGO 1Malaysia" untuk menarik pengundi Cina.
"Kempen ini benar-benar berbeza berbanding dalam pilihan raya kecil yang lalu. BN tidak menggunakan parti politik (Cina) untuk kempen, semuanya datang dari kumpulan 1Malaysia, yang disokong oleh pemimpin MCA.
"Setiap kali kita mengadakan ceramah besar, kumpulan itu akan mengadakan makan malam besar, ini tidak seperti trend kempen biasa pilihan raya BN."
Oleh itu, kata Thomas, peratusan pengundian yang tinggi memberi lebih banyak undi pengundi Cina kepada BN.
Dengan mengambil contoh di Pulai, beliau berkata, walaupun Pakatan berjaya menambah sembilan undi, tetapi BN menambah lebih banyak undi daripada Pakatan dan menang di kawasan majoriti Cina.
Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pemilihan umum.
Thomas berkata, Pakatan perlu mengkaji secara terperinci untuk berdepan dengan strategi baru kempen BN di kawasan pengundi Cina.
Beliau bagaimanapun mengucap terima kasih kepada semua pengundi dan ahli yang membantu DAP dalam kempen di Galas.
Dalam pilihan raya kecil DUN Galas hari ini, calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperolehi 4,134 undi. BN menang engan majoriti 1,190 undi.
Pada 2008, calon PAS, Che Hashim Che Sulaima memperolehi 4,399 undi untuk menang dengan majoriti 646 undi.

Kemenangan bukti rakyat yakin perubahan dilakukan kerajaan - Najib
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi hari ini sebagai keyakinan rakyat terhadap hala tuju yang hendak dibawa oleh kerajaan.
"Ini khususnya dalam konteks transformasi yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan BN dengan pembentangan perancangan yang begitu terperinci dan rapi sekali," kata Perdana Menteri kepada Bernama menerusi panggilan telefon di sini malam ini.
Najib yang sedang bercuti sakit kerana demam cacar berkata, beliau amat gembira dengan kemenangan tersebut dan menyifatkannya sebagai kemenangan rakyat dan pengundi di kedua-dua kerusi terbabit.
"Mereka telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada BN bagi membawa kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di Batu Sapi dan Galas."
"Saya beri jaminan janji-janji BN di Galas dan Batu Sapi akan ditunaikan," katanya mengulas kejayaan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi dengan majoriti lebih besar dan memenangi semula kerusi Galas daripada Pas.
Najib yang juga Pengerusi BN berharap kemenangan itu satu petanda baru bahawa proses pemulihan BN mencapai tahap yang begitu bermakna.
"Kita tidak akan anggap proses ini sudah berakhir. "Proses ini sebagai satu perjalanan bagi memberi keyakinan yang BN mempunyai landasan yang betul bagi mengorak langkah yang lebih positif lagi," katanya.
Beliau berkata, dengan membuat perubahan secara berterusan, BN akan menjadi parti yang mendapat sokongan begitu kukuh dan padu.
Najib turut berterima kasih kepada jentera BN yang dipimpin timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Mereka telah bekerja dengan penuh semangat dan menunjukkan komitmen yang begitu kental sehingga mencapai kejayaan di luar jangkaan sama sekali."
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang kerana menjadi pengarah jentera pilihan raya BN di Galas selain Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang mengetuai jentera pilihan raya BN di Batu Sapi.
Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang masing-masing turut bertungkus-lumus membantu di Galas dan Batu Sapi.
"Semua telah menunjukkan semangat sepasukan yang tinggi untuk mencapai kejayaan walau menghadapi saingan begitu sengit sekali," katanya.

2 -0 : BN rampas Dun Galas dan pertahankan Parlimen Batu Sapi
Parlimen Batu Sapi
Linda Tsen (BN-PBS) - 9773
Yong Teck Lee (SAPP) - 2,031
Ansari Abdullah (PKR) - 3414
Majority - 6359
Dun Galas
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) - 5324
Majority - 1190
Kampung Pulai - BN Menang - 44 Majoriti
Bandar Lama Gua Musang - BN Menang 37 Majoriti
Kampung Batu Papan - BN Menang - 108 Majoriti
Kampung Baru - BN Menang - 41 Majoriti
Pos Brooke - BN Menang - 346 Majoriti
Sungai Ber - BN Menang - 160 Majoriti
Belatim - BN Menang 108
Sungai Terah - PAS Menang - 258 Majoriti
Balar - BN Menang - 112 Majoriti
Bihai - BN Menang - 228 Majoriti
Hau - BN Menang - 49 Majoriti
Bandar Baru Gua Musang - BN Menang 16 Majoriti
Lepan Tupai - BN Menang - 80 Majoriti
** Terima kasih pengundi di Galas dan Batu Sapi . Anda telah membuat pilihan yang tepat .

Puteri UMNO diserang Muslimat PAS !!

Kejadian tersebut berlaku jam 11.30 pagi itu apabila Suzaini Adlina, 37, diserang dari arah belakang oleh wanita itu yang menggunakan batang bendera PAS menyebabkan beliau cedera di dahi dan hidung.
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA) TERSEBUT KERANA KELAKUAN PENYOKONGNYA MASIH DI PERINGKAT MAZMUMAH DAN DIKUASAI OLEH NAFSU AMARAH.


Terkini dari PRK Galas & Batu Sapi



- 3.00 pm : Peratusan keluar mengundi di Galas setakat ini 63% , semua peti undi dikawasan pendalaman sudah ditutup.
- Puteri UMNO yang dipukul oleh kayu bendera pagi tadi kini berada dalam wad ICU, Hospital Gua Musang. Beliau sedang dirawat di Wad Intensive Care Unit, (ICU)Hospital Gua Musang, Kelantan. Penyokong Pasrael nampaknya kini sudah hilang pedoman sehingga sanggup pukul seorang wanita dan yangh melakukannya ini adalah muslimah PAS!!
-Berita yang baru PB terima daripada rakan2 di Galas ,sekarang ini kebanyakan jentera-jentera PAS sudah bungkuih beg untuk balik. Pagi tadi bukan main gah lagi jerit dan melakukan pelbagai provokasi di tempat mengundi . Tindakan mereka ini mungkin disebabkan mereka sudah dapat tahu undi pengundi di Galas banyak sudah swing ke BN .
-SANDAKAN - Seramai 11,876 pengundi atau 46.42 peratus daripada pemilih berdaftar telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di sini hari ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya. Bilangan itu meningkat daripada 9,261 orang pada tengah hari tadi.
- Empat pusat pengundian di pendalaman DUN Galas iaitu Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar sudah ditutup pada 1 tengah hari tadi. Di tutup awal supaya peti-peti undi boleh di bawa dari kawasan pendalaman itu. Peti undi akan di hantar di Dewan Sivik Gua Musang di sini. Khidmat helikopter digunakan untuk menghantar peti undi itu.
- Seramai 4,589 pengundi atau 39.72 peratus telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas setakat 12 tengah hari tadi.
Sementara itu menurut Suruhanjaya Pilihan Raya di Batu Sapi, 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi bagi Parlimen Batu Sapi setakat 12 tengah hari ini. - Bernama





Fatwa Songsang terbaru PAS . ini jawapan PB !!
politik dengan keluarkan fatwa songsang terbaru
Fatwa itu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang di sini hari ini.
Tegasnya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.
Menurutnya, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
“Bantuan yang diberikan kepada rakyat pada hari ini datangnya daripada sebuah kerajaan yang adil.“ Jika bantuan diberikan, maka adalah wajar rakyat menyokong kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya umum nanti.
“Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO,” katanya di sini.
Komen PB
Kepada pakcik dan makcik tak perlu risau dengan fatwa songsang PAS ini . Kalau belum pi jumpa ustaz @ ulama lagi untuk bertanya akan hal ini , elok pakai petua dari PB untuk lawan2 puak2 PAS ini . Kita guna ayat penyokong puak PAS guna selama ini iaitu kalau kerajaan Pusat / BN beri bantuan kepada rakyat , depa kata memang kerja/tugas kerajaan bagi kerana kita bayar cukai .
Jadi , kita guna ayat depa balik bahawa segala bantuan daripada kerajaan negeri Pakatan di Selangor kerana itu sudah menjadi tanggungjawab mereka kerana mereka gunakan duit cukai yang dikutip dari kita . Wasallam.

PRK Galas : Dulu UMNO .... sekarang PAS pulak

PRK Galas : Muslimah hardcore PAS sertai UMNO !!
PAS terima berita buruk lagi di Galas !! Hari ini bertempat di Taman Wangi, Gua Musang . Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menerusi Ketua Penerangan Wanita UMNO Dato Hamidah menerima permohonan keahlian 18 bekas Muslimah hardcore PAS dari kawasan Taman Wangi di Gua Musang. Sebab daripada mereka keluar PAS ini adalah kerana kecewa dengan kegagalan PAS menjaga kebajikan rakyat di Galas dan tidak menunaikan janji mereka dahulu .
Syabas kepada Wanita UMNO menerusi skuad Sayang yang berjaya tarik sokongan wanita dari PAS untuk menyokong UMNO .

PRK Galas : Bila kafir harbi ada hak tuduh umat Islam lain kafir

Pemuda UMNO Putrajaya hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menuduh ahli UMNO kafir ketika berceramah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian ini, Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat Kit Siang mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 4A(1) iaitu mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.
Menurutnya, perbuatan Kit Siang itu jelas menunjukkan sikapnya yang tidak menghormati perasaan orang Melayu beragama Islam yang merupakan ahli-ahli UMNO.
“Sebagai seorang pemimpin politik berpengalaman dan sering membangkitkan soal keharmonian, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata seperti itu sehingga mencetuskan rasa tidak senang di kalangan ahli UMNO,” katanya .
Hisamudin menambah, kenyataan Kit Siang dilihat begitu melampau dan seolah-olah mendapat restu daripada pihak lain di dalam pakatan pembangkang.
“Tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab kerana sengaja menimbulkan provokasi dan membelakangkan Perlembagaan yang termaktub bahawa bangsa lain tidak boleh mencampuri urusan pegangan agama bangsa lain,” katanya.
Pendedahan mengenai perkara itu dibuat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mendakwa perbuatan Kit Siang itu berlaku di hadapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang.

PRK Galas : Jangan tertipu dengan istilah Islam oleh PAS

GUA MUSANG 02 Nov – Hanya menggunakan istilah Islam Kelantan bagi memastikan mereka terus memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri sejak 20 tahun lalu., Pas berjaya memperdayakan rakyat
Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad berkata istilah yang digunakan itu berjaya mengabui mata rakyat Kelantan menyebabkan negeri itu terus ketinggalan berbanding negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional.
“Rakyat Kelantan terutamanya di Galas perlu sedar mereka ini telah ditipu oleh Pas hanya dengan perkataan Islam, sedangkan mereka sendiri (Pas) tidak mengamalkan mengikut apa dikatakan oleh mereka.
“Perkataan Islam itu hanya untuk perjuangan politik mereka, mereka tak pernah fikir masalah yang dihadapi oleh rakyat, mereka hanya pentingkan politik mereka sahaja, apa yang telah mereka lakukan sejak perintah Kelantan lebih 20 tahun,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Wangi, di sini.
Menurutnya, rakyat Kelantan perlu membuat perubahan dengan menolak kepimpinan Pas di Kelantan jika ingin menikmati pembangunan dan peningkatan taraf hidup yang lebih baik seperti dinikmati rakyat di negeri lain yang ditabir BN.
“Pengundi di Galas perlu memberi petunjuk kepada Pas bahawa rakyat Kelantan inginkan perubahan dan tidak mahu lagi hidup di bawah Pas yang selama ini hanya pandai bercakap sahaja sedangkan nasib rakyat terus terbiar.
“Pas tidak harus mendabik dada pembangunan yang ada ini dibuat oleh mereka, semua projek yang ada di Kelantan ini adalah dari kerajaan pusat, sebab kita ada wakil di Parlimen, mereka inilah yang berusaha membantu rakyat Kelantan,” katanya.
Isa berkata, walaupun banyak pembangunan ingin dilaksanakan oleh kerajaan pusat di Kelantan namun perkara itu sukar dilakukan kerana mendapat banyak tentangan dari kerajaan Pas.
“Nak buat pembangunan di Kelantan pun susah, mereka halang apa yang nak kita buat, kita kena minta kebenaran dengan mereka terlebih dahulu sebab negeri ini dikuasai oleh mereka, jadi jangan salah kerajaan pusat,” katanya. MediaUMNO

Demo rakyat PP bangkit menentang kezaliman Guan Eng





Semalam di depan Bangunan DUN PP , kira-kira 100 orang rakyat PP termasuk peniaga di Komtar , penduduk Kampung Genting dan ahli Parti Cinta Malaysia mengadakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.
Antara isu yang dibantah itu termasuk kenaikan tarif air, isu pengambilan tanah di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah universiti swasta, serta ahli Dewan Perniagaan Komtar (KMA), yang tidak dibenarkan berniaga di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.Laungan “pengecut” dan “Allahu Akbar” bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan.
Rakyat di PP kini tertekan di bawah pemerintahan Ketua Menteri berlidah biawak dek kerana kezaliman dilakukan kerajaannya yang menindas rakyat . Bantahan ini pastinya akan dipolitikkan oleh Guan Eng dan beliau akan menyatakan ini semua kerja jahat pihak yang mahu mencetuskan isu perkauman .
Ini bukan isu perkauman tetapi isu mengenai hak dan kepentingan rakyat PP !! Penduduk Kg Genting bukan sahaja bangsa Melayu tetapi ada juga kaum Cina dan mereka merasakan tindakan Guan Eng adalah tidak adil dan merampas tanah mereka . . Malah peniaga di Komtar juga rata-ratanya terdiri daripada peniaga berbilang kaum juga tidak berpuas hati kerana hilang sumber rezeki apabila ditutup peniagaan mereka .
Jadi , kehadiran mereka berdemo dan menyerahkan memorandum semalam merupakan isyarat dan kemarahan kepada kerajaan Pakatan dari suara akar umbi rakyat PP yang berasa nasib dan hak mereka ditindas oleh Ketua Menter berlidah biawak ini .

PRK Galas : Ini rasuah ke sedekah Nik Aziz ??
Gambar ini dibawah ini menunjukkan Nik Aziz telah kantoi rasuah atau dalam istilah parti PAS ialah sedekah. Ia dilakukan di kawasan perkampung orang Asli di Sandrop, Lojing, Gua Musang. Syabas kepada jurukamera minaq jinggo yang mengambil gambar yang akan bikin kontroversi panas ini .
PAS kini semakin terdesak di Galas, demi pertahankan Dun ini , duit pun mereka akan taburkan walaupun mereka selalu menuduh UMNO yanbg merasuah pengundi . Kini nampaknya PAS lebih advance dan beri rasuah depan2 lagi .

Ini lah namanya parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik !!

PRK Galas : Samseng DAP sudah buat onar di Galas
Galas menyaksikan DAP sebagai abang besar dalam pakatan telah memainkan peranan untuk membela kekekasih gelapnya khawarij PAS.
Melihat kepada sentimen pengundi cina yang kini condong kearah BN,DAP telah merancang untuk menimbulkan kekacauan dalam mana mana program membabitkan MCA dan pengundi kaum cina.
Ketua Kumpulan "Malaysians For Beng Hock" iaitu abang ipar kepada Teoh Beng Hock menjadi ketua provokator dan dikhabarkan Anthony Loke Ketua Pemuda DAP bertindak sebagai dalang di belakang tabir untuk mencetuskan kekacauan.
Untuk meraih simpati Kumpulan ini telah membuat provokasi selepas satu majlis yang dianjurkan oleh MCA yang dihadiri oleh Ahli jawatankuasa MCA Pusat, Senator Heng Saie Kie .
Menurut sumber,Kumpulan tersebut telah menyerbu Senator Heng Saie Kie dihadapan hadirin ketika meninggalkan majlis , kononya mahu menyerahkan memorandom,walhal mereka ada cara yang lebih baik selain daripada menyerbu,akibat dari tindakan tersebut,ahli MCA terpaksa menolak salah seorang ahli kumpulan tersebut bertujuan untuk melindungi Senator Heng.
Ramai menyaksikan kumpulan ini sengaja menimbulkan ketakutan kepada hadirin dan apabila ada pihak yang mempertahankan Senator Heng dengan sengaja merebahkan diri walhal cuma ditolak perlahan kononnya menunjukkan mereka diperlakukan dengan kejam.
Provokasi sebegini semata mata mahu meraih simpati,lakonan sebegini dilakukan seolah olah mereka dianaiya.
sumber : pisau.net

Sidang DUN PP : Arif Shah balun Adun DAP yang jahil tetapi berlagak tahu hukum Islam
Bila orang bukan Islam cuba nak cakap pandai tentang agama Islam , inilah yang terjadi di Sidang Dun PP semalam apabila wakil rakyat DAP chauvinis ini dibidas kerana tidak tahu tentang agama Islam dengan menuduh UMNO mewujudkan perasaan was-was di kalangan penerima wang ihsan RM100 sehingga menyebabkan mereka bertindak memulangkan semula duit tersebut.
DAP sekarang sudah besar kepala selepas dihalalkan oleh PAS dan mereka meneruskan tindakan agresif mereka cuba mencampuri hal ehwal Islam dan bercakap pandai tentang perkara ini . Kalau DAP agresif dan gatal untuk bercakap mengenai agama kita, UMNO PP kini dilihat sudah bangkit dengan berani untuk mempertahankannya .
Ini dibuktikan bila Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) menempelak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN DAP ) Sungai Puyu, Phee Boon Poh kerana menimbulkan isu berkenaan sedangkan perasaan was-was itu wujud selepas kenyataan yang dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilaporkan akhbar.
''Bukankah Ketua Menteri sendiri mengaku bahawa duit itu diterima daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang dan disebabkan itulah penerima wang was-was dan bertindak memulangkan semula duit tersebut," tegasnya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 di sini hari ini.
Boon Poh yang tidak berpuas hati bangkit dan mempertahankan kenyataan sama.
Arif Shah yang nyata berang dengan perkara tersebut sekali lagi bangkit dan cuba mencelah namun Boon Poh yang sedang memberi penjelasan berhubung isu tersebut enggan memberi laluan lalu menyebabkan Arif Shah berkata:
''You boleh terus jawab sebab you memang jahil."
Free saja konco-konco Khalifah LGE kena balun dan smash dengan Arif Shah yang memang terkenal seorang yang lantang di zaman beliau menjadi Ketua Pemuda . Mengapa Exco2 Melayu yang menjadi boneka Guan Eng seperti Malik Itik dan Mansor tidak berani bercakap tentang perkara ini ?? Mengapa DAP pulak cuba jadi hero untuk cakap mengenai hukum dalam Islam ?

PRK Galas & Batu Sapi : Tun M yakin BN mempunyai peluang cerah

Menjelang kurang daripada 48 jam tempoh berkempen , petanda baik untuk moral Barisan Nasional (BN) menjelang hari pengundian pada 4 November ini ialah negarawan ulung negara Tun Mahathir yakin BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Galas dan kawasan Parlimen Batu Sapi berikutan masalah dalaman yang dihadapi pembangkang.
"Saya fikir BN mempunyai peluang cerah kerana prestasi pembangkang tidak berapa baik sangat. Kini mereka berkelahi sesama sendiri dan sebagainya.
Jika mereka menang dan menjadi kerajaan, ia akan menjadi bencana kepada negara,” katanya kepada pemberita di Persidangan Sedunia mengenai Riba di sini hari ini.

Bila Dr Asri balun saudagar mimpi supaya bersara dari politik !
Pastinya ramai pemimpin2 Pakatan terasa dan melenting dengan kata-kata Dr Asri ini kerana jika Anwar bersara , maka angan-angan mereka untuk berkuasa dan menjadi menteri tidak akan tercapai . Hanya Anwar sebagai jalan mereka untuk menuju Putrajaya. ikuti petikan kritikan pedas kepada saudagar mimpi dari Cherok Tok Kun ...
"Saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama.
"Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.
"Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.
"Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.
"Namun, mereka kena ingat banyak pandangan saya yang tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik,"

PRK Galas : Ustaz Mohd Nor Idris kata PAS - DAP adalah Ahzab Malaysia

Sabtu lalu , Menteri Besar yang dipuja oleh totok PAS telah dimalukan oleh Ustaz Mohd Nor Idris sewaktu berkunjung ke rumah bekas Adun Galas Hj Omar Mohamad . Haprak daily kelmarin telah spin bahawa bekas orang kanan Nik Aziz dan juga AJK Pas Pusat telah kurang ajar kepada Nik Aziz .
Syabas kepada rakan blogger Darul Ehsan Today yang telah menemuramah Ustaz Mohd Nor Idris ini bagi mendapat gambaran sebenar keadaan ketika di sana di mana beliau seorang sahaja tetapi berdepan orang PAS .

PRK Galas : Bukti penipuan & pembohongan PAS kepada penduduk miskin
Inilah geran tanah yang diberi kepada rakyat disahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat. Siap pakej 10 hektar tanah ladang dan sebuah rumah. Geran ini diberikan kepada 300 orang penduduk yang menginap di DUN Galas.
Bukti pembohongan PAS kepada rakyat di Galas !!Dengan disertakan bukti sijil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan , Rozali Rodin adalah antara insan yang tertipu dengan jubah labuh dan serban puak2 PAS yang datang menabur janji kepada mereka .Harapannya untuk memiliki ladang dan sebuah rumah akhirnya hanya tinggal janji dan sijil ini sahaja .
''Sungguh tidak sangka kerajaan Pas sanggup melakukan perkara ini kepada rakyat yang miskin seperti saya. Saya benar-benar rasa tertipu. Cuba lihat keadaan diri saya, isteri, anak dan ahli keluarga saya yang lain.
''Saya akui apabila saya diberitahu terpilih sebagai peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi pada 2007 hati saya cukup gembira tetapi itu dulu. Harapan saya benar-benar musnah," katanya kepada Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.
Menurutnya , projek ini dijanjikan siap dalam tempoh setahun. Kini sudah masuk tiga tahun tetapi tiada langsung nampak rumah dan tanah ladang yang akan diberikan . Pendedahan pembohongan dan penganiayaan PAS ini merupakan bukti jelas kepincangan kerajaan Pas Kelantan dalam mentadbir negeri ini.
Dengan bertopengkan serban dan jubah depan orang , mereka ini sanggup menindas dan menipu penduduk miskin seperti keluarga Rozali ini . Parti seperti ini jelas lebih zalim dan PB harap ia dapat membuka mata rakyat siapa sebenarnya PAS .

PRK Galas : PAS fitnah Ku Li khianat Orang Asli satu pembohongan

PAS kini semakin terdesak untuk mempertahankan Galas. Kini mereka mula serang dan fitnah Tengku Razaleigh Hamzah kononnya mengkhianati Orang Asli di negeri ini. Selepas merekatidak boleh menjawab isu ladang rakyat yang menindas Orang Asli , nampaknya mereka cuba mengalihkan perhatian itu dengan menuduh Ku Li .
Ini jawapan Ku Li terhadap tuduhan fitnah PAS ini ...
Tengku Razaleigh berkata, dakwaan bahawa beliau melarikan fail-fail mengandungi permohonan tanah golongan itu semasa membawa Semangat 46 keluar dari Angkatan Perpaduan Umah dan menyertai UMNO adalah tidak benar sama sekali dan fail yang dikatakan itu juga sebenarnya tidak wujud.
"Benda ni tak betul... saya pun hairan mengapa orang yang mewakili parti Islam membuat pembohongan semacam itu,”
Beliau berkata, ketika itu, terdapat ramai Orang Asli di Gua Musang dan beliau dipertanggungjawab untuk menjaga kebajikan masyarakat itu oleh Angkatan Perpaduan Ummah yang ketika itu disertai Pas dan Semangat 46.
Bagaimanapun katanya, soal kebajikan Orang Asli termasuk soal pemberian tanah tidak pernah dibincangkan oleh jawatankuasa tertinggi gabungan parti itu yang turut disertai beliau dan Presiden Pas ketika itu Datuk Fadzil Noor.
Blogger Penang
-
-
Kes gadis Melaka Guan Eng dipenjarakan itu13 minutes ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebuah Dokumentari Hebat!!4 days ago
-
-
-
Kepincangan Pakatan4 weeks ago
-
-
-
-
-
Salam Maal Hijrah 1433H2 months ago
-
-
Pejuang Maya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Syurga Dadah Di Selangor???2 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tiada Logo 1Malaysia, Tiada Subsidi?11 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
IMF on Malaysia1 day ago
-
-
-
-
-
-
-
PAS Kedah bunuh parasit3 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Azwan Ali - Ummi Hafilda Ali sudah berdamai3 weeks ago
-
-
-
-
RM19K sebulan.....2 months ago
-
-
-
-
-
-
Pejuang yang salah dan kalah4 months ago
-
-
-
KEMBALI : REVO MOHON MAAF PADA SEMUA !!7 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog Pilihan GPB
-
-
-
-
-
TIME-4-ABAI1 day ago
-
-
BAJET PERTAHANAN 20121 day ago
-
-
-
Politik warna angpau yang menjijikkan3 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BRC Conference 2012 Brunei2 months ago
-
-
-
-
-
-
IDEOLOGY1 year ago
-
Alter Terahsia Bangsa Melayu
- Alter Terahsia Bangsa Melau XIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu III
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IV
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IX
- Alter Terahsia Bangsa Melayu V
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu X
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XX
- Dilema Melayu dan Siam
- Misteri Antara bangsa & Bahasa
- Piramid berasal dari Nusantara
- Sejata-senjata kerajaan Melayu disembunyikan
- Teknologi Kapal Melayu merempuh badai
Laman Ilmu
- Dilema Dunia Islam
- Arkib perbicaraan Anwar Ibrahim
- Aqidatul Tanzilah
- Bacaan Ayat Al Quran
- Jabatan Wakaf,zakat dan haji JPM
- Khairaummah
- Blog Layar Bahtera
- English Club.com
- Pernah terfikir untuk berubah?
- Rahsia lelaki Melayu
- Loco driver
- Goenawan Mohamad
- wikipedia melayu
- Dunia Penyair Melayu
- Puisi Melayu
- Melayu World
























