Terkini dari PRK Galas & Batu Sapi

on Thursday, November 4, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



- 3.00 pm : Peratusan keluar mengundi di Galas setakat ini 63% , semua peti undi dikawasan pendalaman sudah ditutup.

- Puteri UMNO yang dipukul oleh kayu bendera pagi tadi kini berada dalam wad ICU, Hospital Gua Musang. Beliau sedang dirawat di Wad Intensive Care Unit, (ICU)Hospital Gua Musang, Kelantan. Penyokong Pasrael nampaknya kini sudah hilang pedoman sehingga sanggup pukul seorang wanita dan yangh melakukannya ini adalah muslimah PAS!!


-Berita yang baru PB terima daripada rakan2 di Galas ,sekarang ini kebanyakan jentera-jentera PAS sudah bungkuih beg untuk balik. Pagi tadi bukan main gah lagi jerit dan melakukan pelbagai provokasi di tempat mengundi . Tindakan mereka ini mungkin disebabkan mereka sudah dapat tahu undi pengundi di Galas banyak sudah swing ke BN .


-SANDAKAN - Seramai 11,876 pengundi atau 46.42 peratus daripada pemilih berdaftar telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di sini hari ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya. Bilangan itu meningkat daripada 9,261 orang pada tengah hari tadi.

- Empat pusat pengundian di pendalaman DUN Galas iaitu Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar sudah ditutup pada 1 tengah hari tadi. Di tutup awal supaya peti-peti undi boleh di bawa dari kawasan pendalaman itu. Peti undi akan di hantar di Dewan Sivik Gua Musang di sini. Khidmat helikopter digunakan untuk menghantar peti undi itu.

- Seramai 4,589 pengundi atau 39.72 peratus telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas setakat 12 tengah hari tadi.

Sementara itu menurut Suruhanjaya Pilihan Raya di Batu Sapi, 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi bagi Parlimen Batu Sapi setakat 12 tengah hari ini. - Bernama











Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.