Nurul Izzah sah bertanding , PKR kini parti anak beranak Anwar

on Friday, September 24, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akhirnya mengesahkan akan bertanding jawatan naib presiden PKR pada pemilihan November ini.

Nurul Izzah berkata, beliau membuat keputusan itu selepas melihat pencalonan yang menggalakkan yang diterimanya minggu lalu walaupun tidak aktif berkempen. Setakat ini beliau telah menerima lapan pencalonan.

Beliau bagaimanapun tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon kerana semua cabang PKR bebas membuat pencalonan dan bagi menghormati pilihan ahli.
"Saya juga ingin menjelaskan yang saya tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon kerana mereka bebas untuk membuat pencalonan dan saya juga bertanggungjawab untuk menghormati pilihan mereka. "Saya berterima kasih atas pencalonan dan suara akar umbi akan menjadi suara saya sendiri dan saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk berkhidmat.



PKR memang parti anak beranak keluarga Anwar dan kroni-kroninya . Azmin kroni paling kanan Anwar akan bertanding Timb Presiden PKR manakala Nurul Izzah pula bertanding Naib Presiden PKR . Wan Azizah sekarang nampaknya akan terus pertahankan jawatan Presiden manakala Anwar terus jadi Penasihat tetapi sebanarnya paling berkuasa !

Walau apapun alasan Nurul Izzah jelaskan kepada media mengenai keputusannya untuk bertanding , tetapi ramai orang akan melihat kedudukannya sebagai anak Presiden parti dan Anwar Ibrahim memudahkan laluannya untuk merebut jawatan dalam parti .

Pemilihan PKR kali ini nampaknya bukan lagi dilihat sebagai wadah untuk perkasakan dan menguatkan parti tetapi sebenarnya merebut kuasa dengan cara apa sekalipun .


PKR = PARTI KELUARGA ANWAR



4 Responses

  1. Anonymous says:

    Alahai isu lapuk..UMNO dari dulu hingga sekarang pon PARTI anak cucu cicit...

  2. isu lapuk? kalau dah takder modal nak jawap, mengaku ajalah. kalau umno dari dulu hingga sekarang parti anak cucu cicit kenapa kamu ikut? konon kata against cronyism.. ni apa kalau bukan cronyism at its height? memang umno, sebab dah lama exist, banyak cacat celanya yg perlu diperbaiki. kamu yang setahun jagung tu apa excuse yg ada? ikut tu maknanya stujulahkan? kalau nak komen pun, biarlah bernas..

    Kama<<< tak perlu bersembunyi dibelakang "ANONYMOUS"

  3. Anonymous says:

    betul tu, tu baru nak jadi naib presiden..penulis blog ni dah melompat-lompat, yg UMNO tu bapak & anak jadi PM malaysia senyap la pulak.

  4. Dulu hang pa cakap UMNO kroni la , nepotisme la ..

    sekarang PKR lagi 40 kali teruk .. Bapa penasihat , Mak Presiden , anak nak pulak nak jadi Naib Presiden .. hahaha

    Masa bapa dia Tun Razak jadi PM dan Presiden UMNO , di mana Najib ketika itu ??? Masih belajar di London lagi ...

    ini Anwar Ibrahim masih lagi hidup jd Penasihat PKR , Azizah jadi Presiden ..terbaru anak pula gila nak jadi Naib Presiden ..hahaha

    nepotisme gila PKR ini ...

    PKR = Parti Keluarga Anwar ..haha

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.