default

BILA ANAK SULTAN BRUNEI BAYAR RM4.9 JUTA MARIAH CAREY MENYANYI SAMBUT BIRTHDAY ?

on Monday, January 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





LONDON - UNITED KINGDOM. Penyanyi Amerika Syarikat, Mariah Carey dilaporkan dibayar sekitar RM4.9 juta bagi meraikan majlis sambutan hari jadi anak Sultan Brunei, Putera Azim pada malam tahun baru, Jumaat lalu.

 Memetik laporan Daily Mail, Carey dijemput oleh Putera Azim itu ke parti hari jadi peribadinya di hotel lima bintang di Dorchester.

 Dalam pada itu, wakil Carey berkata, penyanyi itu telah mempersembahkan nyanyiannya kepada Putera Azim, namun tidak mengesahkan berapa bayaran yang diterima penyanyi berkenaan. "Ini adalah parti 'private' jadi kami tidak membincangkan yurannya.

Carey telah lama kenal dengan Putera Azim sejak beberapa tahun lalu. "Mereka adalah kawan dan banyak melakukan kerja amal bersama," katanya dipetik Daily Mail.


**  Apakah ayat ini sesuai  " iman itu tak dapat diwarisi "  ?? 

     Bapa nak laksana hudud tapi anak seperti ini ?.........................


default

SUSPEK BAWA BOM BUATAN SENDIRI AMBANG TAHUN BARU DITANGKAP DI AMPANG !

on Tuesday, December 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 - Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama-sama sebutir bom buatan sendiri di Taman Halaman, Ampang, Ahad lepas, yang dipercayai hendak diletupkan pada sambutan ambang tahun baharu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, bom berupa paip PVC dirampas dari suspek berumur 46 tahun ketika beliau sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi di sekitar lampu isyarat Taman Permai, Ampang.

"Suspek melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditahan polis apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar sebuah kenderaan di Taman Halaman, Ampang.

"Pemeriksaan yang dibuat ke atas beg silang suspek, polis menjumpai sebutir bom buatan sendiri berupa paip PVC yang mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan.

"Siasatan mendapati suspek yang dalam keadaan khayal ketika ditahan memberitahu beliau belajar membuat bom menerusi Internet," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Abd. Rahim berkata, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja di sebuah kedai peralatan sembahyang di Serdang hendak meletupkan bom itu pada sambutan ambang tahun baharu dan polis masih siasat sasaran tempat bom itu hendak diletupkan.

Beliau berkata, pihaknya turut menyiasat kemungkinan sama ada bom itu akan digunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

"Polis bimbang dengan isi kandungan bom itu yang dimampatkan dengan belerang, paku dan kaca yang boleh mendatangkan kecederaan serius dan berkemungkinan kematian apabila diletupkan," katanya.

Abd. Rahim berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk kes dadah dan samun.
Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - BERNAMA

default

Dalang hasut guling kerajaan di facebook telah ditangkap Polis

on Thursday, December 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Polis hari ini menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi di Saratok, Sarawak.

"Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," katanya dalam catatan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia.Hadi Ho berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. - Bernama

default

RBA kantoi Fitnah PERKASA sokong kenaikan harga barang !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Awas RBA kini mahu menjadi batu api melagakan orang Melayu . Terbaru mereka telah palsukan gambar Perkasa Alor Star kononnya menyokong  kerajaan kenaikan harga barang.

Gambar sebenar adalah demo mempertahankan Kalimah Allah bukannya mengenai kenaikan harga barang.


default

RBA serang & fitnah @NajibRazak di rumah terbuka Krismas Malaysia

on Wednesday, December 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Juak2 RBA hari ini berlambak di Rumah  Terbuka Krismas Malaysia..maklum lah negeri tempat mereka.

Apa depa spin & tipu hari ini orang  Cina Penang pasal Najib ?

 Depa kata Najib tak mesra dengan bos mereka Guan Eng ketika duduk semeja dan terus disebarkan di facebook dalam berbahasa cina .

Tetapi realiti dan kebenarannya , Najib bukan seperti yang dituduh RBA dan gambar beliau senyum dan bersembang mesra dengan Guan Eng boleh dilihat sendiri gambarnya .

Kesimpulanya , selagi RBA terus menipu dan fitnah BN seperti ini  ..selagi itu lah cina tak akan undi BN di PRU akan datang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.