default

Drama Hudud : Tantawi malukan PAS kerana berbohong !

on Sunday, July 22, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Tantawi rupanya berbohong semasa debatnya dengan Ustaz Fathul Bari kononnya  pasal  DAP seolah-olah boleh terima  dah boleh bincang pasal  hudud .

Karpal dengan nada tegas tidak berkompromi bahawa hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini .





Persoalannya sekarang siapa sebenarnya yang betul dalam isu ini ?? Tantawi yang berbohong atau Karpal Singh ??


s

default

PAS bangga dapat artis seperti tangkap ikan besar ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan keuzuran dan kepenatan telah menghadirkan dirinya untuk menyambut pelakon Abby Abadi menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup. Harakah Daily melaporkan pada 20 Julai bahawa upacara penerimaan itu berlangsung di Padang Yayasan Islam Kelantan dengan disaksikan oleh ribuan orang. Setelah menyerahkan borang daftar sebagai ahli Pas, Abby menyatakan harapan peluang terbaru baginya sebagai seorang artis akan terbuka apabila Pas menawan Putrajaya

. Kata Harakah, kehadiran Nik Aziz itu di Padang Yayasan Islam Kelantan, adalah untuk memenuhi impian dan hasrat pelakon itu yang muncul dengan penampilan terbaru. Seorang anggota Exco Negeri, Wan Ubaidah Omar telah memakaikan Abby dengan selendang warna hijau. Turut menyaksikan upacara ini ialah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Muhammad Fadzil Hassan. Abby kemudiannya menyatakan kepada para wartawan bahawa sebagai seorang seni beliau tidak pandai mencari rezeki di bidang lain.

"Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan Putrajaya nanti, kita boleh lakukan sesuatu bagi mertabatkan seni mengikut acuan Islam." 

 CATATAN: Dalam keghairahan untuk memodenkan imej politiknya selaras dengan tuntutan semasa untuk ke Putrajaya, Pas ternampak seperti telah tidak lagi memperdulikan sensentiviti akar umbinya yang memberikan sokongan, dokongan dan kekuatan kepadanya selama ini.

 Jelas kemegahan yang ditunjukkannya terhadap penyertaaan artis-artis ke dalam Pas bagi menggambarkan kepada umum bahawa ia bukanlah lagi sebuah parti Islam yang kuno, jumud dan taksub.

 Dan, dalam hal ini ia tidak lagi memilih bulu asalkan bernama artis diterimanya, tidak kira sama ada yang sudah berkarat ataupun yang popular.

 Laungan Allahuakbar menyambut penyertaan artis ke dalam Pas untuk meyakinkan penyokong-penyokong taksubnya dan pengikut-pengikutnya yang kurang cerdik bahawa suatu lagi kejayaan perjuangan baru Pas di sebalik Pas meneruskan beberapa pendekatan sempit dan jumudnya. Umpamanya di Selangor Pas menuntut supaya penonton lelaki dan perempuan diasingkan di panggung-panggung wayang yang menimbulkan bantahan dari DAP.

 Suatu masa dahulu Tok Guru Pas Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, telah mengarahkan supaya kaunter bayaran untuk lelaki dan perempuan diasingkan di pasar raya-pasar raya di Kelantan, tetapi orang ramai tidak mengedahkannya dan gagal. 

Terkini penyertaan Pengarah Muda, Adam Hamid telah disambut dengan laungan Allahuakbar dalam suatu upacara di Kelab Padang Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur dan sebelumnya publisiti besar-besaran telah diberikan kepada penyertaan artis-artis Hairie, Bob Lukman, Abby dan Aishah.

 Pas menggambarkan seolah-olah mendapat tangkapan ikan besar, tak kiralah sama ada ikan busuk atau ikan baru. Pak lebai, tok-tok guru dan pengikut-pengikut berkupiah putih turut meneriakan Allahuakbar dalam menyambut penyetaan mereka itu tanpa menyedari bahawa, mereka adalah menjadi alat kepada kepimpinan muda yang pada akhirnya akan menyebabkan mereka semakin terketepi atau disingkirkan.

 Penyertaan artis-artis besar ke dalam Umno bukanlah satu perkara baru. Dari P. Ramlee hinggalah kepada Jamal Abdillah, Amy dan lain-lain nama besar lagi. Alasan yang sering diberikan oleh Pas mengenai penolakkannya terhadap hiburan adalah kerana bertentangan dengan Islam, tetapi tafsiran mereka dalam hal ini biasanya terlalu umum dan dengan penerimaan artis-artis ke dalam parti mereka tanpa mengambil kira masaalah prinsip menampakkan kecendurungan mereka untuk terus bertolak ansur dalam soal hiburan.

 Masyarakat pada umumnya memandang sinis terhadap sikap baru parti Islam ini yang sebelum ini membantah pertunjukan artis di Istana Kelantan dan juga hiburan biasa di UiTM Terengganu. Ini mendedahkan hipokrasi dan kegelojohan Pas membuat penyesuaian dengan kesedaran barunya tanpa mengambil berat lagi soal prinsip utamanya.

 Golongan terpelajar menganalisis perubahan sikap Pas ini sebagai kejayaan dasar sosial kerajaan dari sejak awal pemerintahan Parti Perikatan hingga kepada Barisan Nasional yang percaya kepada perkembangan budaya mengikut peredaran semasa. Hiburan liar dan perbuatan tidak bermoral dikawal menerusi undang-undang yang bersifat antarabangsa.

 Golongan Pas yang fanatik terus muncul dari semasa ke semasa dan kerajaan-kerajaan negeri juga cuba untuk mengharamkan pusat hiburan di bulan puasa atau mengharamkan pertunjukan panggung wayang gambar di hari Jumaat, tetapi semuanya telah gagal kerana dari segi logiknya, orang dapat melihat wayang gambar di rumah setiap hari dan setiap jam.

 Bagaimanapun Pas memerlukan juga penonjolan dasar-dasar kunonya untuk mengekalkan pengaruhnya di kalangan penyokong-penyokong akar umbinya, yang selama ini menyokong mereka kerana ucapan-ucapan retorik mereka dan dasar-dasar Islam mereka yang bersifat perkauman, melampau dan kolot.

 Pas tidak akan mengakui bahawa ia terjebak atau terserap dalam pembentukan dasar sosialisasi yang dirintis dan dilaksanakan oleh Perikatan dan Barisan Nasional secara evolusi sejak merdeka. Ia berlaku secara natural yang melibatkan juga parti-parti politik dan pengikut-pengikutnya tetapi demikianlah proses sosial, ia berlaku tanpa peristiharan dan manusia terjebak dalamnya tanpa sedar.

 Sesungguhnya kalau kita melihat perkembangan ini di luar sentimen politik ia merupakan sumbangan besar Pas kepada dasar tunjang kekuatan negara dengan kesanggupan Pas mengorbankan prinsip-prinsip Islamnya yang eksklusif yang sudah tidak lagi sezaman.

Pas cuba menyesuaikan dirinya dengan parti-parti bukan Islam dan orang Islam liberal malah pluralis Islam. Kecairan dasar-dasar Pas adalah kejayaan dasar umum. Umno telah merintis dan menerokai dasar-dasar yang pragmatik dan senantiasa sezaman sejak sebelum merdeka hingga sekarang. Ini adalah kejayaan besar Perikatan dan Barisan Nasional.

 * Dipetik dari blog zamkata kendalian Tan Sri Zainuddin Maidin yang turut dikenali sebagai “Zam”

default

Kedutaan Malaysia di Syria ditutup demi keselamatan - Najib

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memutuskan semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah berkenaan. Beliau juga sudah memberikan kebenaran untuk menutup Kedutaan Malaysia di Syria serta merta dan mengarahkan penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali ke tanah air atas faktor keselamatan.

 "Saya menerima panggilan dari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman selepas berbuka tadi yang meminta izin untuk membawa pulang rakyat dan pelajar kita di Syria berikutan pergolakan yang semakin meruncing.

 "Sehubungan itu saya fikir kedutaan kita wajar ditutup serta merta berikutan perkembangan terkini yang berlaku di sana," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Pulau Serai bersama kira-kira 300 jemaah di sini Sabtu malam.

 Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Speaker Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin. Anifah dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria dengan segera. Pemindahan itu diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik. Anifah berkata Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut diminta pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan.

 Kesemua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu sehingga kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Kementerian Luar juga menggesa kesemua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih. BERNAMA

default

Lagi penindasan kerajaan DAP di bulan Ramadhan !

on Saturday, July 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bila peniaga Melayu nak mencari rezeki , ada saja alasan oleh kerajaan DAP untuk menghalau mereka . Terbaru  peniaga bazar Ramadan Jalan Penang, di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memindah tapak bazar Ramadan dari Jalan Penang ke Jalan Phee Choon.

Alasan MPPP bahawa berniaga di Jalan Penang akan mengakibatkan kesesakan !  Cukup kelakar sekali alasan ini kerana di KL lagi la banyak bazar Ramadhan , tapi di P.Pinang rupanya Cina2 DAP tak suka sebab jammed .  Jalan Penang memang jammed  pun walaupun tak ada bazaar Ramadhan .

Mansor , Malik & Salleh Man buat apa ??  Lepas dapat Datuk dari kerajaan DAP   terus saja tidoq dan buat bodoh terus  mendengar masalah-masalah  peniaga Melayu . 3 ekor depa ni memang tunggul la saja ...




 Wakil peniaga, Abdul Karim Gulam Ali berkata tindakan MPPP itu akan menyebabkan lebih 20 peniaga bumiputera tidak dapat menjalankan perniagaan mereka memandangkan tempat baru yang ditawarkan itu bukan tempat tumpuan orang ramai. 


 "Sejak 26 tahun lalu, tempat ini (Jalan Penang) menjadi tumpuan tapak warisan tradisional bazar Ramadan tanpa sebarang gangguan serta halangan dari mana-mana pihak. 


 "Tetapi sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang, para peniaga bumiputera ditindas dan dianaktirikan. Kami mahu mencari keadilan untuk semua peniaga. Satu tahun sekali sahaja. 


Mereka boleh bagi tempat lain seperti 'Little India' kepada kaum lain, kenapa kami orang Melayu (tidak boleh berniaga di Jalan Penang)," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.


 Beliau berkata alasan kerajaan negeri bahawa mereka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika terus berniaga di kawasan itu adalah tidak munasabah kerana masalah kesesakan lalu lintas sudah menjadi lumrah di negeri ini. 


 Katanya kerajaan negeri kononnya memperuntuk RM6,000 untuk menempatkan para peniaga berkenaan dengan khemah percuma sekiranya mereka bersetuju untuk berpindah, dilihat sebagai satu usaha yang tidak berbaloi kerana kawasan yang ditawarkan itu adalah projek terbengkalai dan kurang tumpuan orang ramai. 


"Betapa baiknya sekiranya peruntukan RM6,000 itu disalurkan ke kawasan Jalan Penang sebagai ganti untuk memeriahkan suasana bazar Ramadan dengan hiasan lampu berwarna-warni dan lain-lain acara menarik di bulan puasa ini," katanya. 


 Abdul Karim juga menyifatkan kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai "cakap tidak serupa bikin" kerana sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berjanji mahu mengekalkan tapak bazar Ramadan di Jalan Penang. 


 Beliau berkata MPPP perlu bertindak secara realistik dan rasional sebelum mengambil sebarang tindakan. Justeru itu, beliau mendesak kerajaan negeri dan MPPP tampil untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi para peniaga bumiputera dengan kadar segera bagi membela nasib dan masa depan mereka. - BERNAMA

default

Terkini ! Portal BN P.Pinang telah diserang pihak yang panas punggung !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selepas blog Dr MIM , kini portal rasmi BN P.Pinang pulak diserang &  digodam oleh pihak yang semakin takut gelombang Serang & Terang BN  di  seluruh  negeri .

Hampir setiap hari kerajaan DAP diketuai Guan Eng   diserang bertali arus   di media arus perdana dan altenatif . Malah akhbar Cina juga semakin berani memuatkan artikel BN P.Pinang mendedahkan pembohongan Guan Eng dan kerajaan DAP   .

Mungkin tidak senang dengan perkembangan ini , portal rasmi BN menjadi mangsa dan digodam oleh hacker mereka.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.