default

JAKIM PULAK DAKWA CADBURY BEBAS UNSUR DNA BABI !! @dsjamilkhir

on Monday, June 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 13 Comments



Dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.

"Bukan hanya dua sampel dihantar untuk dianalisa Jabatan Kimia tapi 11 sampel. Keputusan analisa keluar pagi tadi.

"Keputusan analisis makmal terhadap Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01H12, DNA babi tidak dikesan.

"Bagi Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013 N01RI1, DNA babi tidak dikesan," katanya dalam sidang media tergempar, sebentar tadi.

Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury.

"Bagaimanapun, memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula merangkumi bahan mentah aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

"Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan," katanya.

Jamil Khir menegaskan, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak dalam soal halal haram di negara ini.

"Kerajaan tidak melindung mana-mana pihak sebab bukan ringan nak tanggung soal halal haram ini.

"Kita akan panggil semua pihak untuk menyelaraskan semua perkara. Saya nak tegaskan, hanya Jakim yang boleh mengumumkan tentang halal bukan pihak lain," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan penemuan DNA babi dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no 200813M01H I2) yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

default

PENGANTIN WANITA ISLAM MAHU KAHWIN IKUT ADAT HINDU DISERBU JAIS !!

on Sunday, June 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi.
Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan.
Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.

Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.

“Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber.

default

VIDEO : USUL BERAT SEBELAH DEDAHKAN LAGI SIKAP GUAN ENG PENIPU @dzainalabidin @reezalmerican

on Friday, May 23, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


oleh : Dr MIM 

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini berkisar kepada insiden rempuhan Dewan oleh beberapa ahli UMNO dan NGO Melayu. Lim Guan Eng memulakan dewan dengan membawa usul seperti di bawah :




Yang menjadi persoalan besar sekarang ialah tindakan Lim Guan Eng yang berkeras tidak mahu meminda usul yang beliau kemukakan itu. Ini persoalan yang ditimbulkan oleh ADUN-ADUN BN.

MiM menanyakan YB Farid Saad tentang perkara yang sebenarnya kerana portal-portal pro-pembangkang dilihat telah bersikap berat sebelah di dalam laporan mereka.

YB Farid berkata ADUN-ADUN BN meminta supaya dimasukkan perenggan 6 yang turut meminta R S N Rayer supaya meminta maaf.

YB Farid juga mencadangkan agar usul dipinda melalui perbincangan di antara Lim Guan Eng, ADUN Padang Kota dan YB Datuk Jahara Hamid sebagai ketua Pembangkang tetapi Lim Guan Eng berkeras tidak mahu meminda usul yang beliau kemukakan sendiri.

Kenapa Lim Guan Eng bersikap demikian sedangkan beliau tahu insiden ini berpunca daripada keceluparan rakan beliau sendiri iaitu R S N Rayer?

Kenapa Lim Guan Eng bersikap berat sebelah yang hanya mencari salah orang lain sedangkan pencetus isu ini ialah R S N Rayer?

Dan jika kita baca usul Guan Eng itu, kita akan nampaK 'kegembiraan' Guan Eng yang menuduh UMNO secara pukal.

Dan sebagai seorang pemimpin, Rayer sepatutnya tidak memanjangkan isu keceluparan mulut beliau itu dan meminta maaf dengan kadar segera. Jika beliau berbuat demikian, insiden merempuh Dewan Undangan Negeri tidak mungkin akan berlaku.

Tetapi beliau berdegil!

Dan semasa MiM mengikuti sessi di dalam Dewan DUN tadi, ADUN-ADUN BN telah berulang kali menyatakan tidak bersetuju dengan tindakan merempuh Dewan DUN itu dan tidak sesekali menyuruh atau mengetuai kumpulan tersebut tetapi pemimpin-pemimpin Pakatan haram Rakyat acap kali menuduh mereka.

MiM tergelak dengan modus operandi pihak tersebut yang mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menghentam UMNO demi harapan R S N Rayer terlepas daripada keceluparan melampau beliau. Come on Guan Eng.... you can do better that.

Mungkin mereka terlupa bahawa demonstrasi-demonstrasi mereka mempunyai elemen-elemen yang menghina institusi raja perlembangan Malaysia seperti bendera Malaysia dan institusi raja negara ini tetapi kepimpinan BN bersikap waras dan tidak pula menuduh Pakatan secara pukal seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.

Dan yang MiM respect ialah ADUN-ADUN BN telah berjaya berbincang dengan kumpulan yang sepatutnya membuat demo di depan Dewan Undangan Negeri tadi dan demo tersebut tidak berlaku.

ADUN-ADUN BN berjaya berbincang dan meleraikan demo.



Apakah Lim Guan Eng dan geng-geng beliau peduli?

Apakah portal-portal pro-pembangkang akan melaporkan berita ini?


Yang 'hebatnya' kenyataan Lim Guan Eng ialah apabila berkata, jika mana-mana ahli DAP melakukan sesuatu seperti ini, beliau (sebagai setiausaha agung parti ) akan meminta maaf atas apa yang mereka lakukan dengan segera.

Pernahkah kita terdengar Lim Guan Eng meminta maaf apabila rakan-rakan beliau yang berjawatan ADUN berlaku samseng di Dewan Undangan Negeri Perak sebelum ini?



Come on Guan Eng....jangan jadi hipokrit.

Di antara laporan berita :
Jahara dan Datuk Mahmud Zakaria (BN -Sungai Acheh ) berkata,mereka tidak bersetuju selagi Rayer tidak membuat permohonan maaf manakala Farid menggelarnya usul berat sebelah. 
Jahara ketika ditemui pemberita berkata, mereka kecewa PR tidak akan mengakui kesilapan tetapi hanya memberi tumpuan kepada kesilapan orang lain. 
"Ia tidak adil dan mereka tidak melakukan apa yang mereka katakan," katanya. 
Farid berkata, semuanya bermula daripada Rayer dan apa yang diperkatakan turut didokumentasikan. 
Shariful Azhar Othman (BN- Bertam) berkata, terdapat niat yang jelas melanggar peraturan di Dewan tetapi tumpuan hanya kepada BN. 

"Yang Dipertua Dewan tidak diberitahu untuk meminta maaf tetapi kita diberitahu untuk meminta maaf atas tindakan orang di luar dewan," katanya. – 22 Mei 2014.

default

INGAT WAJAH ADUN DAP CELAKA INI TAK NAK MOHON MAAF....

on Thursday, May 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Adun Seri Delima, RSN Rayer berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya yang dikeluarkan terhadap pemimpin Umno sebelum ini.   

Rayer berkata, kenyataan itu dikeluarkan ketika sidang Dun dan hanya merujuk kepada pemimpin-pemimpin parti itu, oleh itu ia harus diselesaikan dalam Dun.

"Setiap orang Adun mempunyai kebebasan untuk berucap dalam persidangan Dun, jadi dalam hal ini saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan saya tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, wakil rakyat BN Dun Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat terhadap pemimpin Umno ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid dalam sidang akhbar petang ini, berkata 10 Adun BN akan minta ketetapan melalui Dun supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota Umno. - Bernama

default

Keberanian Pemuda Umno PP lawan Rayer dapat sokongan negeri lain ! @RRafizal @dzainalabidin

on Wednesday, May 21, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kebiadapan Adun Dap  Rayer gelar Umno Celaka bukan sahaja daripada anak Melayu P.Pinang , malah ia turut menaikkan kemarahan ahli Pemuda Umno dari bahagian Kota Bharu.

Sebentar tadi mereka membuat laporan polis di atas kenyataan rasis dan penuh kebencian terhadap ahli Umno di Sidang DUN PP.

Keberanian ahli Pemuda Umno PP dan NGO Melayu hari ni yang turun berdemo petang tadi hingga ditangkap polis kerana merempuh masuk dalam dewan  ternyata membangkitkan semangat ahli Pemuda di negeri2 lain pertahankan maruah parti .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.