..

..
Archive for March 2017

default

PEMBANGKANG & MALAYSIAKINI SENGAJA PUTARBELIT ISU SITI NOOR AISHAH

on Friday, March 31, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Tindakan Malaysiakini memainkan sentimen simpati dengan memuatkan artikel "Menyiksa Siti Noor Aishah " yang kini ditahan di bawah Sosma jelas berniat jahat.

Kita sebagai rakyat sewajarnya memberi kepercayaan dan sokongan kepada pihak Cawangan Khas dan PDRM yang lebih arif dalam menangani isu keselamatan negara
tanpa mengenal siapa.

Fahaman terrorisme tidak mengenal samaada orang itu keluarga miskin atau kaya .

Jadi biarlah   Polis menjalankan tugas mereka bukannya pelbagai pihak termasuk pembangkang  mempolemikkan isu ini dengan memutarbelitkan cerita demi  meraih simpati dan hasut rakyat  membenci kerajaan



Penjelasan Ringkas Mengenai Isu Siti Aishah:

1. Pendidikan tinggi Siti Aishah Atam bermula dengan memiliki diploma dari UniSZA dan ijazah sarjana muda dari KUIN. Kemudian beliau menyambung pengajian peringkat sarjana di UM, tetapi diluputkan pada tahun 2014 kerana tidak mendaftar semester berikutnya.

2. Dalam semakan terhadap keputusan peperiksaan, beliau bukan pelajar cemerlang sebagaimana dakwaan. Kalau pelajar cemerlang, sudah tentu banyak A diperolehi dan mendapat pointer yang tinggi. Namun sebaliknya, banyak juga B dan C.

3. Dimaklumkan bahawa bapa beliau sendiri yang membuat laporan kepada pihak PDRM. Ini kerana, bapanya mendapati anaknya telah terpengaruh dengan kawan lelakinya bagi menyertai kumpulan pengganas Isis/Daesh.

4. Lelaki tersebut adalah antara ahli kumpulan Isis/Daesh yang ditangkap PDRM di Perak. Mereka ditangkap ketika sedang membuat latihan bom dan sebagainya lagi sebagi persediaan untuk melakukan aktiviti keganasan di negara ini.

5. Lelaki ini juga yang telah mengugut bapa Siti Aishah jika tidak membenarkan mereka berkahwin. Malah mereka merancang untuk pergi berjihad di Syria selepas itu. Namun malangnya tiada kesempatan serta kekurangan duit.

6. Buku-buku yang dirampas itu adalah buku-buku yang membawa ideologi ekstremis yang berfahaman Salafi Jihadi. Buku-buku itu bukan tujuan kajian, kerana cadangan kajian beliau di UM bukan berkaitan bidang kajian ekstremis.

7. Dalam masa yang sama, pengharaman buku oleh KDN sudah tentu memakan masa. Ia tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa kajian yang mendalam terlebih dahulu. Maka ia akan mengambil sedikit masa. Sedangkan aktiviti keganasan terus berlaku.

8. Menjelang hati perbicaraan, bapanya telah dinasihatkan untuk menjadi saksi pembelaan, walaupun asalnya beliau adalah saksi pendakwaan. Ini bagi membolehkan anaknya tidak dipenjarakan.

9. Kemudian isu ini menjadi polimek apabila ia diputarbelit oleh media Malaysiakini dengan memainkan aspek simpati semata-mata. Dalam masa yang sama, Malaysiakini cuba meletakkan semua kesalahan kepada pihak PDRM.

10. Malaysiakini juga tidak melaporkan banyak perkara lagi, seperti bapanya bekerja di Perwaja sebelum ini, isu teknikal lain dan sebagainya lagi. Malah laporan Malaysiakini turut disokong oleh Mufti Perlis dan orang lain, seolah-olah pihak PDRM tidak tahu SOP.

11. Lebih baik perkara ini dirujuk kepada pihak berautoriti seperti KDN dan PDRM. Mereka lebih faham tentang isu keselamatan. Mungkin selepas ini PDRM akan keluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini. Kita tunggu dan lihat.

Disediakan oleh Pusat Kajian Ekstremis Agama

default

RUU355 : PEMBANGKANG SENGAJA PUTAR BELIT TUDUH PM TAK SOKONG PINDAAN @343Jass @RRafizal @dzainalabidin @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





JELUTONG – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin menyifatkan pembangkang cuba memutar belitkan isu RUU355 dengan menggambarkan seolah-olah UMNO yang menerajui kerajaan hari ini menolak pindaan rang undang-undang tersebut, apabila kerajaan mengumumkan tidak akan membentangkan RUU355 sebaliknya akan membiar Pas membentangkannya di dalam parlimen.

Jelasnya, kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib itu tidak bermaksud UMNO menolak pindaan rang udang-undang tersebut sebaliknya memberi laluan kepada Pas untuk meneruskan pembentangan pindaan RUU355 itu sepertimana sebelum ini.

“Saya lihat ada usaha pembangkang untuk memutarkan belitkan kenyataan perdana menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu bertujuan  mengelirukan rakyat, terutama umat Islam di negara ini dengan mendakwa kononnya UMNO yang menerajui kerajaan menolak pindaan RUU355 yang dibawa oleh Pas ini.

“Sedangkan kenyataan PM itu langsung tidak mengatakan kerajaan menolak pindaan RUU355 itu sebaliknya menyerahkan kepada Pas untuk membentangkan pindaan itu di Parlimen, sepertimana asalnya cadangan itu datang daripada parti tersebut,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Menurut beliau, pembangkang cuba membangkitkan isu bagi memperkuatkan dakwaan mereka berhubung  percanggahan kenyataan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pada 17 Mac lalu dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkenaan isu ini.

“Saya kira tidak ada sebarang percanggahan sebenarnya dalam hal ini kerana kenyataan TPM itu dibuat sebelum perkara ini dibincang dengan lebih lanjut dengan rakan-rakan komponen BN. Namun setelah dibincang dengan lebih lanjut bersama dengan parti-parti lain di dalam BN, maka kerajaan menyerahkan kepada Pas untuk membentangkan pindaan tersebut.

“Percanggahan kenyataan ini juga menjadi modal yang cuba diputar belitkan oleh pihak pembangkang untuk menggambarkan UMNO dan kerajaan menolak pembentangan pindaan RUU355 itu dalam usaha mereka untuk mengelirukan rakyat, sedangkan hakikatnya tidak begitu,” tegasnya.

Semalam selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN, Datuk Seri Mohd Najib  berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Parlimen selaras dengan dasar dan amalan parti yang membuat keputusan secara konsensus.

Jelas beliau, RUU 355 akan terus sebagai undang-undang persendirian dan terpulang kepada Speaker untuk membuat ketetapan mengenainya di Dewan Rakyat.

“Kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 selaras dengan dasar dan amalan kita bahawa BN membuat keputusan berdasarkan konsensus.

“Justeru rang undang-undang tersebut akan terus menjadi bil persendirian dan terserah kepada Speaker untuk menentukan kalau ia perlu dibentangkan maka akan dibentangkan,” ujarnya.-MediaUMNO

default

MANA TAPAK GANTI MASJID BAYAN MUTIARA DIJANJIKAN KERAJAAN DAP ?

on Thursday, March 30, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Ir. Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin yang kini Ketua UMNO Bahagian Bagan hari ini mempersoalkan tentang tapak ganti Masjid Bayan Mutiara yang masih belum diselesaikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ir. Datuk Shaik memuat naik persoalan itu melalui akaun "facebook" miliknya hari ini dengan kenyataan berbunyi "Dah 5 tahun..janji nak ganti tapak masjid bayan mutiara tak selesai2 lagi..."

http://www.penangonline.net/2017/03/tapak-ganti-masjid-bayan-mutiara-mana.html

🌐 Penang Online
http://www.penangonline.net

default

ALAHAI AMK P.PINANG, UMNO PMTG PAUH BERI BAS PERCUMA PELAJAR PUN NAK FITNAH ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Alahai Fahmi Zainol AMK Pulau Pinang ,   Umno Bahagian Permatang Pauh bagi bas percuma kepada pelajar miskin di sekolah itu pun hang nak fitnah ?

Sebelum nak tweet itu , rasanya dia tentu tahu tentang  program itu sebab berlambak gambar program itu  disebarkan di facebook . Tetapi  biasa la perangai  puak-puak ex mahasewel dari UM ini ,  cerdik mereka disimpan tetapi kebodohan yang diajar dalam PKR. 
Kalau tidak Rafizi tak doktrin la kepada macai mereka bahawa tugas kita adalah menghasut rakyat. 
Jadi , dengan berbekal sekeping gambar ia dispin dan fitnah  kononnya Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said telah berkempen politik di sekolah .
 Berkempen celah longkang mana ? Setakat sekeping gambar hang terus sapu kempen ? 

Daripada  hang nak fitnah  Umno Pmtg Pauh masuk kempen ke sekolah , pergi ziarah Ahli Parlimen hang pa dulu di hospital...doa banyak2 bagi sihat supaya kerap balik jenguk rakyatnya yang masih ramai perlu pembelaan wakil rakyat !




default

KEPUTUSAN BN TAK BENTANG RUU 355 TINDAKAN TEPAT - ANUAR MUSA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Keputusan BN tidak mengambil alih peranan dan tanggongjawab PAS dlm mengemukakan RUU PERSENDIRIAN mengenai Akta355 adalah satu bukti bagaimana dan betapa konsistennya AMALAN DAN TRADISI BN dalam memutuskan sesuatu perkara.
Ini adalah antara kunci kekuatan BN di mana solidarity party sentiasa di utamakan dlm suasana Saling MENGHORMATI antara sesama parti komponen.Keputusan di buat secara konsensus BN
Ini yg membezakan BARISAN PRO RAKYAT ie BN dgn PAKATAN PRO DAP ie PH.
Keputusan ini juga sekali gus melambangkan betapa KJAAN BN DAN PARLIMEN MSIA begitu menjunjung hak dan kebebasan setiap ahli parlimen.
Sekarang bola tetap di kaki Pas.Mereka parti yg ada gabungan SPT PKR...dan Ada individu yg selama ini"PEJUANG ISLAM", yg dulu bersama mereka.INI UJIAN BUAT PAS.KITA BAKAL LIHAT SEJAUH MANA SOLIDARITY SESAMA MEREKA TULIN DI PERTAHANKAN
Pendirian Resmi UMNO/BN terhadap bill persendirian itu sendiri belum di buat lagi..Ini kerana masih byk perkara dan prosedur yg perlu di lalui dlm menggubal sesuatu akta.Kata perumpamaan inggeris ""WE SHALL CROSS THE BRIDGE WHEN WE COME TO IT".
Sementara itu pihak pembawa RUU ini(TGHH)mempunyai kuasa dan hak untuk memberi penjelasan KEPADA MKAT,PARTI RAKAN KONGSI.MEREKA DLL.

Mereka perlu memahami semua ini secara mendalam sebelum boleh menentukan samaada bersetuju ATAU sebaliknya nanti

Ada beberapa lagi kaedah dan option kearah menjayakan hasrat ini.......
Tidak perlu membuat spekulasi.
TAN SRI ANNUAR MASA
KETUA PENERANGAN
UMNO MSIA
30/3/17



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355. Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung di Menara Dato' Onn di sini, yang bermula kira-kira jam 9.30 malam tadi. 

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu selaras dengan amalan BN yang akan membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen. 

Sehubungan itu, katanya, pembentangan RUU 355 akan kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "RUU ini akan terus menjadi rang undang-undang persendirian dan kami menyerahkan sepenuhnya kepada speaker untuk menentukan (bila dibentangkan), bergantung pada aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

 "Jika speaker putuskan untuk membenarkan RUU 355 dibentang, maka ia akan dibentangkan dan speaker juga akan memutuskan peraturan mengenai (pembentangan) RUU itu. 

"Kita tidak akan bentang dan tentukan dasar kita dalam soal ini kerana RUU 355 ini adalah rang undang-undang persendirian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn, di sini, hari ini.


default

BUKTI ZIARAH PRIHATIN BUKTI UMNO P.PINANG MEMBELA RAKYAT @dzainalabidin @NajibRazak

on Tuesday, March 28, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Ziarah Prihatin Bukti Komitmen UMNO Untuk Terus Membela Rakyat

Sebanyak 15 buah kediaman di sekitar DUN Sungai Acheh telah menjadi persinggahan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang , Datuk Seri Zainal Abidin Osman dalam program ziarah prihatin yang turut disertai oleh Adun Sungai Acheh , YB Dato' Haji Mahmud Bin Haji Zakaria.

Ziarah Prihatin yang dijalankan secara santai itu bukan sahaja merapatkan hubungan penduduk dengan kepimpinan kawasan tetapi juga disusuli dengan penyampaian sumbangan yang dibawa dan diserahkan sendiri oleh kedua-dua pemimpin tersebut kepada 15 penerima yang memerlukan.

http://www.penangonline.net/2017/03/ziarah-prihatin-bukti-komitmen-umno.html

default

UMNO PMTG PAUH RINGANKAN BEBAN 180 PELAJAR MISKIN KE SEKOLAH NAIK BAS PERCUMA @dzainalabidin @BenBakarKP @RRafizal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kalau di Kuala Lumpur , terdapat bas percuma membawa anak penghuni PPR ke sekolah disediakan DBKL . 

Tetapi ia berbeza di kawasan Parlimen Permatang Pauh di mana  UMNO Bahagian diketuai Datuk Haji Mohd Zaidi Haji Mohd Said sendiri mencetuskan inisiatif ini bagi  membantu 180  pelajar miskin dari flat PPR Ampang Jajar untuk ke sekolah di SK Permatang Pauh dan SMK Samagagah . 

Semua pelajar ini akan menaiki 2  bas percuma Rapid Penang yang disewa khas untuk 4 perjalanan ke sekolah setiap hari . 


Dengan adanya perkhidmatan bas percuma yang disediakan UMNO Bahagian Permatang Pauh untuk anak penghuni PPR Ampang Jajar dapat  melegakan ibubapa mereka  kerana beban ditanggung selama ini dapat dikurangkan  .Contohnya  ibubapa yang  yang sebelum ini terpaksa berulang-alik dari tempat kerja bagi menghantar dan mengambil  anak ke sekolah .

Tahniah UMNO Permatang Pauh ...satu lagi bantuan UMNO  untuk rakyat..









default

KIT SIANG TAKUT PENGUNDI , SANGGUP LARI DARI GELANG PATAH KE PULAU PINANG ?

on Monday, March 27, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




BALIK PULAU 26 Mac - Desas-desus Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu bertan­ding di negeri ini membuktikan pemimpin pembangkang ber­kenaan gagal dalam melaksana­kan tanggungjawabnya terhadap pengundi di Gelang Patah.

 Lebih memalukan, kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, Kit Siang dilihat mahu kembali menjadi wakil rak­yat di negeri ini yang pernah me­nyaksikan beliau juga gagal sebagai wakil rakyat suatu ketika dahulu.

 Menurut beliau, Kit Siang sebelum ini pernah digelar sebagai ‘Robocop’ ketika bertan­ding di Parlimen Tanjong pada 1995 kerana sikap tidak konsistennya dalam politik sehingga dipertikai pengundi.

 “Kenapa mahu lari ke sana dan ke sini? Mungkin beliau takut ke­rana tidak selalu turun ke kawasan sendiri (Gelang Patah), sebab itu berhijrah ke tempat lain,” katanya.

 Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penu­tupan Kembara Sihat 1Malaysia Peringkat Kebangsaan di sini hari ini. Program bertemakan #ziarahsenyum itu membabitkan seba­nyak 108 perhentian di seluruh negara dengan jarak perjalanan 8,000 kilometer melibatkan seramai 3,500 peserta.

 Dalam pada itu, Hilmi menyifatkan tindak-tanduk Kit Siang yang sering bertukar kawasan bertanding dalam pilihan raya umum seolah-olah memperlekeh­kan kepercayaan pengundi. Menurut beliau, keputusan itu jelas bertujuan menyelamatkan karier politiknya semata-mata berbanding untuk ber­khidmat kepada penduduk atas kapasiti sebagai wakil rakyat.

 “Sebab itu di negeri ini sahaja kita boleh lihat macam-macam masalah termasuk peningkatan tarif air, pelbagai kenaikan cukai dan caj tempat letak kereta yang dikenakan selama 24 jam sekali gus membebankan rakyat,” katanya. - UTUSAN-

default

POLIS TAHAN PENYOKONG PEMBANGKANG DAKWAAN HINA SULTAN JOHOR DI FACEBOOK

on Friday, March 24, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Sewajarnya individu ini yang merupakan penyokong tegar PPBM tidak memuatkan kenyataan jelik  terhadap  titah DYMM Sultan Johor .

Kalau nak taksub pun kepada pemimpin agong anda, jangan sampai menyusahkan diri . 

Pemimpin anda semua kaya raya dan mampu membayar peguam bagi membela diri mereka tetapi pengikutnya  bakal disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia .








default

KERAJAAN DAP GAGAL SUNGAI TERUS TERCEMAR , ADUAN DIBUAT TIADA TINDAKAN @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Pencemaran sisa kumbahan domestik dan sisa buangan dari kolam ternakan udang di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau kian merebak hingga menjejas kehidupan 5,000 penduduk dan nelayan di kawasan itu.
Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) S.M Mohamed Idris berkata masalah yang berlarutan sejak lebih 10 tahun itu melibatkan sistem perparitan, pantai dan laut di kawasan itu yang menyebabkan bau busuk dan hasil tangkapan nelayan berkurangan.

"Dalam tinjauan kami dapati keadaan parit di sini yang hampir tertimbus akibat mendapan bahan buangan seperti lumpur dan sampah sarap dari kawasan perumahan dan kolam ternakan udang.

"Air di dalam parit juga didapati berwarna hitam serta berbuih," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa longkang dan berpuluh saluran di kawasan itu turut menjadi tempat sisa buangan dialir ke parit dan terus ke laut menyebabkan perairan Balik Pulau tercemar.

Ini mengancam hidupan laut sekaligus menjejas pendapatan 2,000 nelayan pantai di Kuala Sungai Pinang, Pantai Acheh, Kuala Sungai Burung dan Pulau Betong.

Mohamed Idris berkata banyak aduan telah dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan para nelayan kepada kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, namun sehingga kini tiada tindakan berkesan yang diambil.

Beliau berkata pihaknya berasa kesal dan bimbang kerana hutan paya bakau terus dimusnahkan untuk menambah kolam ternakan udang yang dibina sewenang-wenangnya di kawasan itu tanpa kajian yang menyeluruh.

Mohamed Idris menggesa kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan supaya memberi perhatian dan mengambil tindakan berkesan bagi mengatasi masalah itu.

Beliau turut meminta Jabatan Perikanan membuat kajian khusus mengenai kesan pencemaran sisa buangan kolam ternakan ke atas sumber perikanan di perairan Balik Pulau.

-- BERNAMA

default

PENJAJA MELAYU MENGAMUK BARANG DIRAMPAS PENGUATKUASA MBPP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Video tular kekecohan di Flat Kampung Rawa (belakang Bangunan JKP), Georgetown petang tadi apabila pihak penguatkuasa MBPP mengambil tindakan terhadap penjaja di tepi jalan. 

MBPP telah merampas meja milik penjaja Melayu menyebabkan beliau hilang sabar dan memaki hamun penguatkuasa .

Persoalannya , adakah diberi notis kepada penjaja berkenaan sebelum dirampas barang-barang miliknya ?  





default

AIR DATANG DARI TUHAN ALASAN KURANG CERDIK KERAJAAN DAP

on Thursday, March 23, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



ALOR SETAR, 23 Mac – “Memang sumber air datangnya dari Tuhan tetapi kos merawat air ditanggung oleh kerajaan negeri Kedah. Jadi pemimpin Dap Pulau Pinang jangan beri alasan kurang bijak”, demikian reaksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah terhadap pentadbiran Dap Pulau Pinang yang mempertikaikan isu air.
“Saya lihat mereka ini hanya fikir tentang mereka sahaja tetapi tidak fikir tentang kami. Jika mereka mengatakan sumber air dari Tuhan jadi mengapa mereka menjual air kepada kapal-kapal dan lain-lain… mengapa mereka mengenakan bayaran kepada rakyat?
“Mereka harus sedar, Kedah terpaksa menanggung kos merawat air dan sebagainya.. jadi janganlah sombong,” katanya
Menurut beliau walaupun hubungannya secara peribadi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang baik namun hubungan antara kerajaan dengan kerajaan tidak berjalan lancar.
“Maka ini menjadi punca jalan penyelesaian terhadap isu air ini menjadi sukar. Selagi mereka tidak mahu datang bincang, kita biar saja isu ini.
“… lihat saja la sejauh mana depa (mereka) mahu degil,” ujarnya lagi.
Jelasnya, kerajaan Pulau Pinang seharusnya menghantar wakil untuk berbincang secara baik berkaitan sumber bekalan air mentah yang dibekalkan oleh negeri Kedah kepada Pulau Pinang dan bukannya hanya menuding jari dan tahu meminta sahaja.
“Mereka tahu meminta tapi tidak mahu datang berbincang… kita kena ada ‘win win situation’ dalam perkara ini.
“Ini tidak… tiada seorang wakil pun yang mahu datang berbincang tetapi mereka asyik mencari salah kita,” katanya.
Kerajaan Dap Pulau Pinang menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) sebelum ini sentiasa mendesak kerajaan Kedah untuk menyelesaikan isu bekalan air ke negeri tersebut.
Bagi Kerajaan Negeri Kedah mereka  kini hanya menunggu kerajaan Dap Pulau Pinang untuk datang dan berbincang dengan Kerajaan Negeri untuk bermuafakat berhubung isu tersebut demi kepentingan rakyat.
Namun sayangnya kerajaan pimpinan Dap itu memberi alasan bahawa sumber air itu datangnya dari Tuhan dan tidak sepatutnya menjadi isu kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk menidakkan hak negeri Pulau Pinang. 

default

MANA SUARA PEMUDA LEBAI BILA ADUN PKR SEBERANG JAYA SINDIR BOIKOT PRK PERMATANG PAUH ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





ADUN Pkr kata Pkr tetap menang PRK Permatang Pauh walaupun Pas boikot
Pemuda PAS dan ahli PAS yang membantu PKR dan Wan Azizah menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun 2015 mesti terasa.

Sekarang, PKR kata mereka menang atas usaha sendiri dan dengan "jentera PKR sendiri yang kuat" bukannya   pertolongan dari Pemuda PAS.

Biasalah bila sudah menang, dia orang boleh cakap apa-apa lah.

Yang heran mana pi suara Pemuda PAS /lebai ?? 

 Ketua Pemuda PAS P.Pinang Ustaz Afnan Hamimi yang dikatakan calon PAS untuk bertanding di Parlimen ini tak kan diam ?

Sudah terang-terang search di google pun boleh sahkan kenyataan Afif ini adalah bohong bahawa PAS boikot PRK Permatang Pauh walaupun u turn last minute. 



-----
29 April 2015: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang buat keputusan tepat untuk menyertai semula jentera Pakatan Rakyat (PR) yang menyokong dan berkempen untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
“Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah membuat keputusan yang tepat dengan membantu jentera Pakatan untuk memastikan Umno-BN (Barisan Nasional) terus tewas di Permatang Pauh."



default

SEMUA PARTI DALAM PAKATAN HARAPAN IKUT TELUNJUK DAP - @343Jass @RRafizal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



PULAU PINANG, 22 Mac – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin berkata, pihak pembangkang tidak dapat menafikan bahawa parti-parti yang bergabung di dalam pakatan harapan adalah pro Dap, memandangkan setiap keputusan mereka berhubung sesuatu isu termasuk berkenaan Islam, yang mengambil kira pandangan dan keputusan parti tersebut.

Menurut beliau, dominasi Dap di dalam pakatan harapan amat jelas apabila parti pembangkang seperti PKR dan PAN akan akur dengan setiap pendirian dan keputusan Dap dalam sesuatu isu termasuk dalam hal pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 sebelum ini.

“Kita boleh nampak jelas bahawa parti seperti PKR adalah pro kepada Dap di mana keputusan yang mereka ambil itu akan selaras dengan kehendak Dap, sebagai contoh dalam isu pindaan RUU 355 baru-baru ini.

“Manakala parti PAN pula tidak perlu diragui kesetiaan mereka terhadap Dap memandangkan kewujudan parti tersebut juga adalah hasil kehendak Dap untuk memecah belahkan dan menggantikan Pas di dalam pakatan pembangkang.

“Manakala PPBM pula sebagai parti baru, terpaksa sujud di kaki Dap apabila Pengerusinya, Tun Mahathir sanggup mengeluarkan kenyataan pusingan-U di mana kononnya selama ini dia tersalah anggap terhadap Dap yang disangkakan sebagai sebuah parti rasis.

“Selama lebih 22 tahun beliau menghentam Dap sebuah parti yang rasis dan cauvinis, tetapi hari ini beliau boleh pula katakan bahawa kritikan beliau terhadap Dap adalah tidak benar dan beliau telah tersalah anggap terhadap Dap selama 22 tahun,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelas Jasmin lagi yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelutong, rakyat hari ini mulai faham mengapa Pas akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada gabungan pakatan pembangkang bahkan memutuskan hubungan dengan parti tersebut.

“Saya yakin keputusan itu dibuat atas kesedaran kepimpinan Pas bahawa keegoan dan sikap dominasi Dap terhadap parti-parti pembangkang tidak dapat ditangani lagi. Campur tangan Dap dalam segala keputusan pakatan pembangkang, termasuk isu-isu hukum Islam menyebabkan Pas akhirnya terpaksa akur bahawa mereka tidak boleh bergerak seiringan dengan Dap.

“Sebagai contoh, dalam pentadbiran negeri pula, Dap secara jelas cuba untuk campur tangan dalam institusi fatwa di sini dan perkara ini turut diakui oleh AJK fatwa dan bekas mufti negeri tersebut, Datuk Seri Hassan Ahmad.

“Maka perkara itu juga tidak mustahil berlaku di dalam pakatan pembangkang dan ini terbukti apabila Dap menolak pindaan RUU 355 yang kemudiannya keputusan Dap itu diikuti oleh PKR dan juga PAN,” tegasnya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat, khsususnya umat Islam di negara ini sekiranya pembangkang menang di dalam PRU akan datang, maka Dap akan menjadi kepala dalam sebarang keputusan yang akan diambil oleh parti-parti pembangkang sekiranya mereka menjadi kerajaan.

“Bagi saya, Dap tidak kisah jika barisan kepimpinannya tidak menjadi Perdana Menteri, namun apa yang penting mereka mahukan seorang pemimpin di kalangan parti pembangkang yang boleh mereka kawal dan akur dengan setiap keputusan yang diputuskan oleh Dap.

“Mungkin kerana itu, Dap beria-ria mahukan Datin Seri Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri dengan alasan sebagai ganti kepada Anwar, sedangkan hakikatnya mereka memilihnya kerana kelemahan Presiden PKR itu yang mudah dipengaruhi untuk membuat satu-satu keputusan yang memihak kepada keuntungan parti tersebut.

“Sehubungan itu, saya fikir rakyat khususnya umat Islam di negara ini perlu bijak menilai permainan politik pihak pembangkang, terutamanya Dap yang tegar dengan imej anti Islam, rasis dan cauvinis, namun cuba untuk menyembunyikan perkara tersebut dalam usaha mereka untuk mendapat sokongan rakyat terutama umat Islam di negara ini,” jelasnya lagi.

default

GUAN ENG KENA SOUND , JAGA ISTERI SENDIRI SEBELUM KUTUK ISTERI ORANG

on Wednesday, March 22, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bila Guan Eng menyindir dan mengutuk isteri orang iaitu Datin Seri Rosmah Mansor , sebenarnya dia lupa isterinya sendiri lagi buruk . 





Peringatan kepada Guan Eng ini dibuat oleh Datuk Huan Cheng Guan kepada pemimpin Pakatan agar jangan mengutuk isteri orang .

Melihat kepada lifestyle isteri Guan Eng  yang bermewah-mewah sebenarnya menyerlahkan sikap hipokrit mereka !!




default

KIT SIANG MANUSIA TERAKHIR CAKAP TIADA PENDIRIAN DAN TUDUH ORANG LAIN PERKAUMAN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang adalah manusia terakhir untuk bercakap mengenai pendirian dan mahu menuduh orang lain sebagai mempraktikkan perkauman.

1. Baru-baru ini, Lim Kit Siang mengamuk dengan menuduh orang lain kononnya tidak mempunyai pendirian atau bersikap perkauman, sesuatu yang sudah dilakukannya sepanjang 42 tahun.

2. Dia adalah manusia terakhir di muka bumi ini untuk bercakap mengenai pendirian dan perkauman.

3. Melalui pelbagai ceramah sebelum PRU13, DAP telah menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai manusia paling rasis di Malaysia dan menuduh Dr Mahathir serta anak bilionairnya dengan pelbagai tuduhan rasuah. Malah mereka berjanji jika berjaya merampas Putrajaya, Dr Mahathir akan disumbat ke dalam penjara sebagai balasan ke atas jenayah bekas perdana menteri itu.
4. Pada masa lalu, DAP juga secara berterusan menyerang Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai rasis dan ultra Melayu kerana meluangkan ‘Melayu dahulu, Malaysia kedua,” sesuatu yang Muhyiddin tak pernah meminta maaf  terhadap kenyataan itu.

5. Hari ini, parti yang menggariskan dalam perlembagaan mereka untuk menjadikan “Malaysian Malaysia” kini berkerjasama dengan rasis nombor satu dan ultra Melayu dari parti Pribumi di mana halatuju parti Pribumi adalah untuk mengutamakan Bumiputera bagi ‘menyelamatkan’ Malaysia.

6. Sepanjang 22 tahun, DAP menuduh Dr Mahathir dengan pelbagai tuduhan rasuah, pencabulan hak asasi manusia dan gagal menguruskan ekonomi negara. Tetapi anaknya, Lim Guan Eng ketika perhimpunan tahunan tahun lalu secara terbuka dan turut dihadiri Dr Mahathir menyatakan, bekas perdana menteri itu berjaya mengurus negara ini dengan baik selama 22 tahun.

7. Malah, yang mengejutkan, Lim Kit Siang turut menyatakan, seruan Hew Kuan Yau kepada masyarakat untuk menggunakan Melayu bagi menjahanamkan Melayu sebagai sesuatu yang seronok dilihat, adalah tidak berunsur perkauman langsung dan DAP tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Kuan Yau.

Mana-mana rakyat Malaysia percaya tindakan itu sudah cukup berbaur perkauman namun Kit Siang ‘berpendirian’ sebaliknya.

8. Biarpun sepanjang karier politiknya, Kit Siang sering mendesak orang lain untuk meletakkan jawatan biarpun hanya tuduhan mulut semata-mata, dia  enggan mengarahkan anaknya untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri selepas sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan bakal menghadiri perbicaraan lewat bulan ini.

9. DAP turut menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rasis apabila membuat kenyataan pada PRU13 berlaku tsunami Cina dan kerajaan akan berusaha keras untuk memenangi mereka semula.

Tetapi apabila Ahli Parlimen DAP yang juga Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong membuat kenyataan akan berlaku Tsunami Melayu, Kit Siang secara hipokrit menyatakan ia tidak rasis.

10. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pernah menyatakan kepada pengundi sebelum PRU13, tiada apa yang perlu dikhuatirkan mengenai undang-undang Hudud jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Dia juga berkata jika anda tidak takut dengan hukuman mati di Malaysia (kerana tidak melakukan sebarang kesalahan untuk dihukum mati), mengapa perlu bimbang dengan potong tangan dan kaki?

Hari ini, DAP bertukar pendirian dan kini menyerang RUU355 yang mencadangkan peningkatan hukuman syariah untuk orang Islam dengan penambahan hukuman sebatan.

11. Sebelum PRU13, Lim Guan Eng juga menandatangi secara bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengisytiharkan yang PAS mempunyai hak untuk menegakkan agenda Negara Islam tetapi hari ini, DAP adalah musuh utama PAS kerana PAS mahu melaksanakan hak mereka.

12. Itu hanya sebahagian contoh betapa Kit Siang tidak mempunyai pendirian dan kecenderungan perkauman sejak PRU13. Sesungguhnya dia bukanlah individu yang sesuai untuk bercakap mengenai pendirian yang lemah dan perkauman.

13. Bagaimanapun, Kit Siang masih boleh melakukan sesuatu dengan betul. Terdapat cakap-cakap bahawa dia akan meninggalkan Parlimen Gelang Patah untuk bertanding di tempat lain pada PRU14.

14. Untuk membuktikan telahan ini tidak benar, Kit Siang perlu secara terbuka membuat pengakuan dia akan kekal di Gelang Patah untuk melaksanakan tanggungjawabnya serta menunjukkan dia masih ada sedikit pendirian.

15. Atau jika dia masih lagi mahu melarikan diri dari Gelang Patah, ia akan memberikan isyarat sangat jelas kepada rakyat , Kit Siang tidak mempunyai pendirian dan lebih serius, tiada keyakinan yang membawanya bertanding di parlimen itu pada PRU lalu telah sudah tiada dan secara tidak langsung mengakui Pakatan tidak lagi mempunyai keyakinan seperti pada tahun 2013

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Putrajaya

11 Mac 2017

default

DAP ANTI ISLAM : MAHATHIR PERNAH TOLAK JUMPA KIT SIANG BINCANG ISU AGAMA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ini adalah keratan akhbar  pada tahun   1992   yang memuatkan artikel Tun Mahathir pernah MENOLAK untuk berjumpa Kit Siang bagi membincangkan isu agama dan sensitiviti keluarga.  Ketika itu panas dengan isu orang Cina memeluk Islam tanpa kebenaran ibubapa. 

DAP ketika itu yang bersusah payah mengatur sidang akhbar gadis itu dan ia jelas tidak menghormati sentimen masyarakat pelbagai kaum dan perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. 

KENAPA MAHATHIR MENOLAK PERTEMUAN DENGAN KIT SIANG WAKTU ITU ? 


Sebab waktu itu dia kenal siapa Kit Siang  TETAPI   hari ini dia mahu menggunakan Kit Siang bagi menjatuhkan Najib dan UMNO . 


Kalau tidak Mahathir tidak kata DAP CUMA BISING APABILA CINA MASUK ISLAM TAPI TIDAK AGAMA LAIN  


Tindakan DAP yang mahu berjumpa Mahathir hanyalah menutup pendirian parti itu yang anti Islam .


JADI A DAKAH DAP YANG DULU DAN KINI TELAH BERUBAH  ?


JAWAPANNYA TIDAK ......


default

MUNGKIN BUKTI INI TAN SRI ANUAR MUSA TAK GENTAR GELARKAN KIT SIANG ANTI ISLAM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Cabaran saman  oleh Tan Sri Anuar Musa , Ketua Penerangan UMNO Malaysia kepada Kit Siang kerana mengeluarkan kenyataaan bahawa DAP dan Kit Siang   anti Islam ibarat bola tanggung untuk dilibas.

Jika tidak Tun Mahathir tak sebut la di ceramah BN semasa kempen PRU13 bahawa Kit Siang adalah rasis . 

GPB pernah mendedahkan siri pembongkaran DAP parti anti Islam pada 2012 . klik di sini 

Pada tahun 1992 , DAP pernah membantu seorang saudara baru bernama Nurul Ain  bagi meninggalkan Islam .  Ketika itu Karpal Singh , Guan Eng antara pemimpin DAP yang ada ketika sidang media itu . 

Generasi sekarang mungkin tak tahu tetapi orang seperti Tan Sri Anuar Musa tahu akan isu ini .

Malah  Menteri Undang- Undang ketika Tan Sri Syed Hamid Albar pernah membidas DAP yang menjadikan isu ini sebagai kepentingan politik . 

Jadi , dakwaan bahawa Kit Siang dan DAP anti Islam semenangnya berasas !!
 



Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa mencabar Penasihat Dap Lim Kit Siang untuk menyaman dirinya ekoran kenyataannya yang mengatakan bahawa Dap adalah sebuah parti diktator, rasis dan anti Islam.
Jelasnya, jika sebelum ini kenyataan tersebut disuarakan di dalam parlimen dan dirinya dilindungi kekebalan berparlimen kini kenyataan tersebut diulang di luar parlimen dan sekiranya Kit Siang merasakan itu adalah satu fitnah maka segeralah mengambil tindakan saman.
“Saya cabar untuk Kit Siang saman saya. Sekali lagi saya ulang bahawa Kit Siang anti Islam, Dap parti rasis dan juga diktator.
“Perdana Menteri kita sudah silih berganti tetapi pucuk kepimpinan Dap masih lagi dikawal oleh dinasti Lim.
“Kenapa UMNO takut untuk menyerang… mana tokoh-tokoh perjuangan UMNO… Ini tanah air kita maka kita perlu bersatu untuk membela bangsa dan negara,” jelasnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan dan Pemantapan Ilmu Pejuang Melayu anjuran UMNO Bahagian Gombak di sini malam tadi.
Selain itu beliau turut menggariskan formula ‘5P’ sebagai tonik bagi memenangi pilihan raya umum akan datang.
Formula tersebut adalah Pemimpin, Parti, Persahabatan, Pengundi dan Perjuangan dalam mencapai dan merapatkan saf perjuangan.
“Kesetiaan kepada pemimpin dan parti mesti kita utamakan untuk kita teruskan kesinambungan parti ini.
“Persahabatan pula, sejak awal penubuhan UMNO kita memelihara persahabatan dan permuafakatan antara UMNO, MCA dan MIC merupakan tapak kekuatan Barisan Nasional (BN).
“Selain itu kita juga perlu bersedia untuk berkhidmat kepada pengundi dan bukan hanya berkhidmat secara bermusim kerana kekuatan kita adalah daripada rakyat di akar umbi dan terakhir kepercayaan kepada parti, agama dan bangsa juga negara merupakan faktor terpenting untuk kita memastikan kemenangan UMNO,” terangnya lagi. 

default

PAGES MILIK PAKATAN KANTOI FITNAH ISTERI PM RASMI KAPAL !!

on Tuesday, March 21, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Apabila akal letak di lutut itulah yang terjadi kepada page macai Pakatan 'Suara Rakyat" @ Suara Syaitan  " .

Bila ilmu tak ada dan hanya sekadar  melihat gambar , terus menyebarkan FITNAH kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan kerajaan .  

Cuma modus operandi admin Suara Rakyat ini punya level class rendah sikit daripada Lapiji Sotong yang pakar  putarbelitkan maklumat /fakta untuk memburukkan kerajaan . 

Pertanyaan   KENAPA ROSMAH  sudah cukup jelas menggambarkan betapa ceteknya ilmu tetapi tanpa rasa bersalah memfitnah  Datin Seri Rosmah Mansor dan kerajaan . 

SKMM wajar mengambil tindakan terhadap admin page ini kerana jelas telah memfitnah kerajaan 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.