Archive for 07/17/11

default

Guan Eng edar risah kecam demo seperti meludah ke langit !

on Sunday, July 17, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu menyalahkan diri sendiri sekiranya lebih banyak demonstrasi jalanan diadakan pada masa depan bagi mengecam kepimpinannya di Pulau Pinang kerana DAP sendiri mempromosikan perhimpunan haram seumpama itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, sokongan terbuka terhadap perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) membuktikan Guang Eng sendiri mendukung penganjuran demonstrasi jalanan.

''Sama juga dengan perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengecam kepimpinannya (Guan Eng) baru-baru ini, ia juga suara rakyat yang mahu DAP lebih adil dalam melaksanakan dasar-dasar pentadbirannya.

''Apa beza tuntutan-tuntutan ini? Sepatutnya Guan Eng jangan salahkan sesiapa jika ada lagi perhimpunan begini kerana dia sendiri menjadi dalang yang membudayakan demonstrasi jalanan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengedaran risalah dipercayai oleh kerajaan negeri yang mengutuk perhimpunan lebih 1,500 ahli NGO sekitar Pulau Pinang sebagai membantah kepimpinan Guan Eng baru-baru ini.

Risalah itu antara lain menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai usaha memburuk-burukkan imej kerajaan DAP pimpinan Guan Eng melalui perarakan di jalan raya.

Musa bagaimanapun mengibaratkan Guan Eng dan barisan kepimpinan kerajaan negeri seperti 'meludah ke langit terkena muka sendiri' kerana mengecam perhimpunan itu tetapi pada masa sama menyokong demonstrasi jalanan Bersih di ibu negara.

''Malah, Guan Eng dan rakan-rakannya dalam satu ceramah baru-baru ini sudah beria-ia pula mahu mengadakan perhimpunan Bersih ketiga. Jelas, mereka sebenarnya yang mempromosikan perhimpunan haram demi kepentingan politik semata-mata," tegasnya.

Beliau juga menarik perhatian ucapan Guan Eng dalam ceramah berkenaan yang memuji serta mengangkat peserta demonstrasi jalanan Bersih sebagai wira kerana berani bangkit menuntut perubahan.

''Tetapi peserta perhimpunan yang menuntut perubahan di negerinya sendiri dilabel dengan bermacam-macam cacian malah dituduh pengganas. Inikah gaya kepimpinan yang kononnya sentiasa mendengar keluhan rakyat," soalnya.



Komen GPB

Guan Eng sudah kena "SMASH POWER"  punya dari Tok Musa .... himpunan Bersih disokong macam DAP  baik punya ,tetapi bila demo oleh rakyat di negerinya  dikecam pulak . Memang Guan Eng ini berlidah biawak betul !

default

Akhirnya PAS terpaksa tunduk jua kepada Majlis Fatwa DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments





Kerajaan PAS Kedah telah menarik balik cadangan larangan ke atas pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, lapor AFP.


Kerajaan negeri itu membuat keputusan tersebut Mei lalu tetapi mendapat bantahan daripada operator pusat hiburan, serta parti dalam Pakatan Rakyat, yang bimbang ia akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.


Agensi berita itu memetik seorang pegawai negeri sebagai berkata kontroversi tersebut selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan pada hari Sabtu dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.


"Hiburan pada bulan Ramadan hanya untuk bukan Islam," katanya kepada AFP. - MalaysiaKini





ostat jijan pernah sound suruh buat keja cara orang Islam , tetapi ostat buat  kerja ikut   cara DAP ka ?? 



Hiburan untuk bukan Islam ini kiranya tak ada beza la dengan negeri-negeri lain . Jadi , hasrat PAS Kedah yang terketaq-ketaq kencing  bila dengar saja ularmak2 DAP bersuara , terus  batalkan dan menarik balik penguatkuasaan ini .


Parti macam ini kah nak perintah Malaysia ?? Tak ada teloq dan penakut !  Semua benda hendak rujuk abang besar mereka DAP laknatullah ini yang memang anti  undang-undang  Islam .


Tak hairan DAP boleh suka permainkan hadis dan Al Quran kerana PAS sebenarnya   takut kepada parti  chauvinis ini ...hahaha


Tapi macam bangsat sekali juak-juak kopiah putih bila berdepan dengan Melayu UMNO , bukan main angkuh sekali  tunjuk kehebatan mereka berhujah  guna ayat Al Quran .  Rupa-rupanya orang yang cakap pandai itu sebenarnya kecut teloq bila berdepan dengan DAP !


Patutlah  makyah dan pelacur sokong PAS kerana parti yang dikatakan lebih Islam dari umat Islam di Malaysia  sentiasa ikut dan patuh  arahan abg ah long  DAP ... lagi banyak PAS diam  pasal hiburan , lagi bercambah lah rumah urut , pusat pelacuran , disko , pub dibina .


Ikuti petikan Ah Tony DAP sound PAS ....pedih tu ..hahaha

Meskipun wujud hubungan mesra dan kukuh, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh enakmen melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah ketika bulan Ramadan.


Pemimpin-pemimpin DAP membincangkan idea itu pada pemukiman mereka semalam, yang dilihat kemungkinan akan membawa kepada berulangnya perpecahan dalam kerjasama dengan PAS-DAP dalam perikatan Barisan Alternatif pada 2001.


Pua (gambar) melahirkan rasa tidak puas hati menerusi Twitter semalam dengan berkata, beliau berpandangan DAP tidak wajar berada dalam Pakatan Rakyat jika keprihatinan dan kebimbangan pihaknya tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam isu semasa ini.


Pun begitu katanya, perkara tersebut ada dibincangkan pada sesi pemukiman DAP di Seremban semalam dan akan dibincang secara mendalam pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat Selasa ini.


Pandangan itu dikeluarkan di sebalik laporan media bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar tetap kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.


“Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas.


“Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” kata Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor.


Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu. - TMI

default

PANAS ! Makcik ini kalau jumpa Anwar mahu tumbuk mukanya....

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments









"KALAU jumpa Anwar, (Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."

Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.

"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.


"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.
- UtusanMalaysia

Komen GPB

Orang kalau dah marah dan dizalimi , dia tidak kira sapa walaupun dia tu Ketua Pembangkang . GPB sokong  sangat Makcik Kamariya nak tumbuk Anwar   kalau dia jumpa .

 Siapa nak tanggung kos katering kenduri yang berjumlah RM 45 ribu yang beliau rugi gara-gara himpunan Bersih telah mengakibatkan tetamunya tidak dapat hadir ?

Bukan saja tumbuk , mau pi ludah saja manusia petualang seperti Anwar ini . Dia ingat negara ini mak bapak dia & Ambiga  punya ka ... rakyat Malaysia majoriti juga ada hak ...jangan ingat dengan 10 ribu turun Bersih sudah boleh cakap ini suara rakyat ke semuanya ..

Anwar kalau kena tumbuk ...confirm pakai lagi neck di leher dan tuduh ini upahan UMNO ...haha

default

PAS bangga ayam Lorong Hj Taib cuti 9 Julai sertai BERSIH 2.0

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Ini satu lagi bengong punya lowyar PAS mamak ni ..punya la nak tunjuk himpunan Bershit mendapat sokongan masyarakat ,  sampaikan pelacur di KL  iaitu di Lorong Hj Taib pun terpaksa ambil cuti untuk sertai Bersih !

Perghh !  Aku ingat PAS nak cakap ramai  golongan2 ulama ke yang sertai Bersih 2.0 ini  , tetapi nampaknya ayam dan makyah Lorong Hj Taib juga disebut. hahaha ..

Mungkin pejabat PAS di Jalan Raja Laut tak jauh dengan rumah ayam , maka risalah2 dan kempen untuk himpunan Bersih telah berjaya la tarik sokongan pelacur2 ini .hahaha'

Syabas ! Ini baru dikatakan tarbiyah liberal Pas For All ... aku cadangkan edarkan borang PAS sekali di sekitar Lorong Hj Taib guna NGO yang dicakap oleh mamak maidin PAS ni . Satu pengorbanan besar ayam-ayam ini kepada PAS kerana sanggup turun berdepan polis dan FRU . Aku pun tak boleh bayangkan macamana  makyah  ini lari bila  ditembak air dan tear gas ..hahaha

Kesimpulannya  , apa dicakap mamak maidin PAS ini bahawa  Bersih disokong pelacur memang ada benarnya . Ye la   bila polis buat sekatan di semua jalan beberapa hari sebelum Bersih  , maka tempat2 ayam ini  terpaksa tutup la sebab tak ada pelanggan .Jadi ayam2 ini semua pada siang tu tak ada kerja , pergi la sokong Ambiga dan PAS ... hebat tak impact  Bersih ni ? hahaha

Macam HARAM !  Memang PAS ni betul2 balaci Ambiga la ...sampai pelacur pun depa cakap sokong Bersih  ..haha


default

URGENT ! Anti Bersih terutama orang Melayu perlu serta fan page ini !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kalau juak-juak Ambiga buat fan pages minta Najib letak jawatan bagi tunjukkan rakyat benci PM .. kini  ada fan pages baru  untuk rakyat Malaysia yang benci kepada Bersih !

Depa ingat rakyat Malaysia ini  depa saja ....  untuk sokonga page ini ..KLIK DI SINI 

default

Malaysia tewas kepada Liverpool, 3 gol dah dianggap kejayaan besar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Kelab gergasi  bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpoool terpaksa berhempas pulas sebelum dapat  mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil. Separuh masa pertama kedudukan adalah 1 -1 .





Walaupun tewas dengan jurang 3 gol , tetapi pada 10 minit terakhir kedudukan adalah  4 -3 yang cukup mencemaskan anak-anak buah Kenny Daglish . Cuma GPB harap benteng pertahanan kita dapat diperbaiki sebelum menentang Singapura ini .






 Penjaring: Malaysia - Safiq Rahim (minit ke-42), Mohd Safee Mohd Sali (79 & 81).

Liverpool: Charlie Adam (26)), David Ngoc (57 & 58), Maxi Rodriguez (74 & 90), Dirt Kuyt (93).

Senarai Pemain: MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee (Khairul Fahmi Che Mat), Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra, Mohammad Fadhli Mohd Shas (Mohd Rizal Fahmi), Shafiq Rahim (C) (Ismail Faruqi), Amar Rohidan (K. Gurusamy Govandar), Ahmad Fakri Shaarani (Shahrizal Mohd Saad), Abdul Hadi Yahaya (Izzaq Faris Ramlan) (Mohd Safee Mohd Sali), S. Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Muslim Ahmad.

LIVERPOOL: Separuh Masa: Brad Jones, Jonathon Flanagan, Raul Meireles, Daniel Agger, Andy Carroll, Joe Cole, Jack Robinson, Jay Spearing, Conor Coady, Jamie Carragher (Ketua Pasukan), Charlie Adam.


Separuh Masa Kedua: Martin Kelly, Christian Poulsen, Jonjo Shelvey, Alberto Aqualini, Maxi Rodriguez, Sotirios Kyrgiakos, Dirk Kuyt, Emiliano Insua, Dany Wilson, David Ngoc, Peter Gulacsi (Martin Hansen).

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.