Archive for 07/03/11

default

Titah khas YDP Agong mengenai himpunan haram BERSIH

on Sunday, July 3, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hari ini kita dikejutkan dengan titah khas dari  Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin . Ianya berkaitan dengan isu semasa yang panas ketika ini iaitu himpunan haram BERSIH yang hendak diadakan  pada 9 Julai yang jelas meresahkan semua rakyat dan mengugat keselamatan negara .

Titah ini sudah tentunya menunjukan keprihatinan Baginda terhadap isu BERSIH yang mana boleh menimbulkan suasana tidak stabil negara

Antaranya menarik perhatian GPB mengenai tidah ini ialah  Seri Paduka memetik pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran" dalam mengingatkan mereka yang berkenaan tidak mengikut perasaan.

Seri Paduka juga masih lagi yakin dengan kemampuan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia .

Kesimpulannya  jika kita perhalusi maksud titah  ini ,ia menjelaskan bahawa YDP Agong tidak perkenankan pun  himpunan haram BERSIH ini diadakanpada 9 Julai ini . 

Kalau diadakan juga himpunan ini , bermakna Ambiga , Anwar , Mat Sabu sudah menderhaka kepada DYMM YDP Agong  !

DAULAT TUANKU !


Teks penuh Titah Khas YDP Agong .


Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.-3/7/2011

default

Lahirnya Pakatan merupakan penyebab perkauman lebih teruk

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



GPB setuju dengan pandangan Tun M ini tentang penyebab utama semangat perkauman semakin terus adalah berpunca dari Pakatan Rakyat . 

Sebelum ini  beliau membidas tentang kebebasan media yang tidak terkawal hingga menyebabkan ramai orang  terutama puak berotakan chauvinis dan ultra kiasu   bersuara hingga tidak menghormati  hak bangsa  Melayu dan  sensitiviti  agama Islam .

Tun M telah sedari perkara ini dan campur tangan asing dibelakang Pakatan semakin kuat . Kini himpunan haram BERSIH  pulak sebagai ancaman terbesar mereka untuk mengugat keselamatan dan ketenteraman awam  . Ini semua hanya lah agenda mereka mahu membawa gelombang tsunami politik seperti 2008 semula supaya rakyat benci dan marahkan kerajaan .

default

PERWAJU marah polis, kumpulan demontrasi tapi wartawan Malaysiakini sebar fitnah terlepas !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



GPB tak sangka pertubuhan wartawan Cina berang dengan demontrasi oleh NGO hari Jumaat lepas di Komtar . Tetapi tidak pulak dengar wartawan dari bangsa lain tak pulak mengadu hal seperti ini . Ada juga wartawan dari kaum India tetapi tidak pulak rasa diri mereka diancam .

Apa yang hang pa ini bising sangat ? Kalau rasa diri tu penakut , tak perlu pergi buat liputan dan buat macam Susan loone itu yang dok jauh je lepas itu menabur fitnah tuduh cermin kereta dipecahkan oleh kumpulan itu .

Tak pun pergi lapor sidang media lim guan eng saja setiap masa  dan peluh pun tak ada sebab dok dalam aircond .


Pewaju kesal wartawan diserang

GEORGETOWN - Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) kesal berikutan insiden tiga wartawan percayai diserang dan diancam oleh Pemuda UMNO dan Perkasa dalam demonstrasi membantah perhimpunan Bersih 2.0 dan pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Ahli Jawatankuasa Pewaju, Law Chan Yee berkata, Pewaju kesal dan tidak puas hati dengan pihak polis yang gagal menjalankan tugas untuk melindungi wartawan diserang atau diancam oleh penyokong demonstrasi sepanjang masa perjalanan sejauh enam kilometer.SETERUSNYA


Lihati video di bawah ini





default

Kerana betina Ambiga ,blogger PAS sanggup hina Sultan Pahang !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Kerana himpunan BERSIH dan Ambiga ,bloggger penjilat tegar PAS  ini telah menghina sebegitu rupa Sultan Pahang yang menentang himpunan BERSIH pada 9 Julai ini  .  Mereka cakap Sultan tidak tahu soal perlembagaan negara . 

Memang puak-puak ini tidak menghormati langsung Raja- Raja Melayu sepertimana Nizar  Jamaluddin  & YB  Suhaimi Adun Sri Muda.  

Untuk betina Ambiga saja yang sokong murtad , puak PAS sanggup lawan Sultan ... hebat penangan betina benggali ini kepada penjilat PAS .




Sultan Pahang menitahkan kepada rakyat jelatan supaya tidak campur tangan dalam BERSIH  dan juga  minta kerajaan bertindak tegas ke atas mana-mana yang  terlibat dalam himpunan ini. 




default

Laungan ganyang Anwar Al Juburi gegarkan Sungai Acheh

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Semalam  GPB sempat  ke Ceramah Jom Dengaq  pendedahan  Umi Hafilda di Dewan Perda Sungai Acheh yang dianjurkan oleh UMNO Nibong Tebal . Ini mungkin ceramah pertama beliau di negeri Anwar Pandikutty & Mat Sabu 121 .

Orang yang hadir dari sekitar Sungai Acheh dan Nibong Tebal  memang cukup ramai dan dianggarkan 2000 orang sehinggakan terpaksa berdiri di luar dewan perda ini . Walaupun ceramah mendapat ugutan dan laporan polis oleh juak-juak PAS - PKR , tetapi ia tidak menghalang orang Melayu di Nibong Tebal untuk hadir bagi mendengar pendedahan siapa sebenarnya Anwar Al Juburi ini .

Orang Nibong Tebal  semalam yang mai  mesti terkejut dengan pelbagai gelaran  dan   pendedahan tentang Anwar oleh Umi Hafilda . Dari kisah Azizan kena balun 17 kali oleh Anwar , surat kepada Tun M  sehingga lah kepada skandal Shamsidar dengan Anwar . Berani sungguh Umi membuat tuduhan terhadap Anwar termasuk lah  keluarga  abangnya Azmin -  Shamsidar .

Umi jawab mudah saja... dalam dunia ini hanya 2 orang sahaja Anwar tidak berani ambik tindakan atau saman  iaitu Umi Hafilda dan Datuk Nalakaruppan .   Kerana mereka ini mempunyai bukti dan tahu tembelang siapa sebenarnya Anwar Raja Drama ini .

Nantikan video panas ceramah Umi di artikel seterusmya ...


































default

Celaka Anwar ! pernah cium girlfriend Paul Wolfowitz .....

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

AIDCNews – 01/07/11 – Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bebas, Bayan Baru meluahkan rasa terkejutnya apabila menyaksikan dengan matanya, bekas bos dan sahabat rapatnya selama 30 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercium dengan teman wanita Paul Wolfowitz, Shaha Ali Riza.
Kejadian itu berlaku sebelum tahun 2007, ketika Zahrain menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang bersama-sama Anwar di Bahrain.


oleh : AIDC 

Ketika itu, Anwar berkunjung ke Bahrain kerana menghadari mesyuarat Foundation for the Future, sebuah organisasi demokrasi tajaan Amerika Syarikat untuk Timur Tengah yang dipengerusikannya.

Apabila Shaha Riza sampai ke hotel itu, Zahrain, bangun untuk menghormatinya dan bersalam dengannya. Namun, Anwar melakukan sesuatu yang di luar jangkaan Zahrain, iaitu mencium teman wanita zionis itu.

Menurutnya, beliau terkejut dengan perbuatan Anwar itu, kerana dianggap melanggar norma-norma ketimuran, sebagai pemimpin Melayu Islam, apatah lagi latar belakangnya sebagai bekas Presiden ABIM.

Ikutilah wawacara AIDC bahagian terakhir dengan Ahli Parlimen Bebas, Bayan Baru itu di di bangunan parlimen, 23 Jun.




AIDC : Saya tengok di youtube, Datuk kata, Anwar pernah bercium dengan teman wanita Paul Wolfowitz ?

YB Datuk Seri Zahrain : Depan mata saya. Saya tengok sebab hari tu, dia (Anwar) hadir mesyuarat Foundation For the Future (FFF) di Bahrain.

Saya ada program lain (di Bahrain), tapi dia ada sama pada masa tu, (saya) dapat bersama dia. Kita makan dinner dan sebagainya.

Tapi, pada satu perjumpaan itu, datangnya…

Di hotel ?

Di hotel. Tepi laut. Lupa apa nama hotel tu.

Kemudian, datangnya Shaha Riza. Saya kenal lah (Shaha Riza) sebab saya pernah tengok (gambar) Shaha Riza dalam surat khabar.

Dia ni teman wanita Paul Wolfowitz, kepala Yahudi yang masuk perang Iraq tu.

Bila Shaha Riza datang, saya biasalah, bangun, hormat..salamlah.

Tapi, Anwar tak salam, (tapi dia) cium.. saya terkejutlah.

Kalau orang gambarkan (Anwar) sebagai pemimpin Islam, boleh khutbah di masjid, boleh bagi syarahan-syarahan agama dan mengetahui hal-ehwal agama Islam, yang cium perempuan (teman wanita) Yahudi ni pasai apa?

Kalau shake hand (bersalam) saya boleh terimalah. Saya anggap itu biasalah kan. Tapi, bila mai (bab) cium ni, jadi luar biasa lah.

Kalau boleh cium tu (maknanya) ada satu perhubungan yang erat antara dia dengan Shaha Riza dan juga Paul Wolfowitz, kepala Yahudi yang merosakkan Iraq ni.

Saya terkejut lah Anwar tak lakukan di Malaysia?

Yang saya tahu di sini, bila berkhutbah di masjid, bila beri syarahan, beri ceramah, dia bantai Yahudi, hentam Yahudi. Dia kata Yahudi ni musuhlah, macam-macamlah..jahat.

Tapi, bila jumpa orang macam teman wanita Paul Wolfowitz, dia cium, ini saya rasa, tak betul lah. (Bagi Anwar) Ala biasalah. So, bagi dia not big deal, tak ada masalah.

Saya pun terkejut masa tu. Tak menjangkakan Anwar boleh buat sampai ke tahap itu kerana dia bekas Presiden ABIM ?Ya. Bekas Presiden ABIM, dianggap ulama dan sebagainya

Apa maksud Anwar buat begitu ? Adakah hendak menunjukkan yang Anwar seorang liberal dan menangkis imej Islamik?

Sebenarnya Shaha Riza ni.. dulu dia kerja dengan Bank Dunia, kalau tak silap saya. Bila Anwar jadi Pengerusi FFF, Shaha Riza dipindahkan ke FFF.

Yang ni, saya rasa jadi isu, sebab mereka anggap ini arahan daripada Paul Wolfowitz yang mahu letak Shaha Riza ke FFF.

Dan bila Paul Wolfowitz boleh letak teman wanita (ke FFF) dan Anwar boleh setuju, ini bermakna Anwar tak ada pendirian. Dia ikut saja cakap kepala orang Yahudi ni.

Bagi saya, FFF ni (sebagai) satu kelab yang mana Anwar boleh berlakon, tunjuk dan mempersembahkan pembohongan dia kepada puak-puak Yahudi, puak Barat (supaya) terima dia sebagai pemimpin yang hebat.
Sebab itu dia sanggup cium Shaha Riza ni. Itulah kesimpulan saya.

Pada masa itu, kita anggap dia (Anwar) seorang pemimpin Islam yang boleh merapatkan dunia Islam dengan Barat. (Itu) Cara dia potret diri dia.

Hari ini, kita tahu bahawa dia guna FFF tu untuk memperkukuhkan kedudukan dia. Untuk menggambarkan bahawa dia seorang pemimpin di Malaysia yang boleh bersengkokol dengan Barat dan Yahudi.Bermakna, dia duduk di FFF, bukan (sebab) dia cerdik sangat tentang dunia.

Oleh sebab itu, bila dia pergi Amerika, dia dapat layanan hebat oleh pihak-pihak Yahudi, pihak media dan sebagainya, sebab dia dianggap sebagai pemimpin Islam, pemimpin Malaysia yang boleh bersengkokol dengan agenda Yahudi dan Amerika.Sekarang baru kita nampak benda ini semua.

default

Pulau Pinang tawar kerja GRO , bukti hub maksiat berleluasa ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

sumber gambar : rajahmas 


Tak sangka juga GPB bahawa negeri khalifah Lim Guan Eng sudah termasyur  dan terkenal  dengan hub maksiat  GRO  selepas  tempoh 3 tahun saja  DAP memerintah .  Keratan ini adalah dari akhbar tempatan di Sarawak  dalam ruangan pencarian pekerjaan .

Perghh....sampai akhbar sana pun sudah ditawarkan  kerja GRO di negeri kerajaan DAP dengan  gaji sampai RM 5000 ! Fuyooo !   Ini  lah yang Guan Eng cakap pelaburan masuk sampai RM 12 Billion dan meperkayakan rakyat .

Kalau di Selangor terkenal dengan rumah urut , di P.Pinang pulak terkenal dengan hub maksiat GRO . Patut la selalu banyak serbuan oleh Polis P.Pinang ke tempat-tempat maksiat di negeri ini sebab sudah termasyur sampai ke Sarawak .

Tahniah lah kepada PAS & Malik Kasssim selaku Exco Agama hingga menjadikan P.Pinang hebat seperti ini ..


default

Suami gersang jadikan isteri sebagai mangsa ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



AMPANG: Hanya kerana bengang isteri tidak mahu tinggal bersama, seorang lelaki berusia lewat 30-an menikam isterinya beberapa kali dengan pisau kecil selain menumbuk leher wanita terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, wanita berusia 36 tahun itu membuat laporan polis berhubung tindakan suaminya menyerangnya di rumah keluarganya di Pandan Jaya, di sini.


Menurut sumber, bertindak atas laporan mangsa, polis menghubungi lelaki terbabit supaya tampil memberikan keterangan di menyebabkan dia berang.

“Mungkin marah dengan isterinya yang membuat laporan terhadapnya menyebabkan dia mengekori mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” katanya.


Difahamkan, sebaik mangsa turun dari teksi, lelaki terbabit memaki-hamun mangsa dan menikam tangan kiri mangsa bertubi-tubi. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.