Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2011-02-27

default

Saifudin Abdullah perlekehkan blogger pro BN tidak intelektual !

on Monday, March 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 11 Comments



Aku sudah lama dok  hantam YB Timb Menteri yang terkenal  dengan gelaran  " This is not my job "  di Termerloh  ini  sejak isu pecah pintu di UPM oleh Pro M ketika pilihanraya kampus  .  Dia membela budak2 anti kerajaan ini dan memperlekehkan staf universiti sebagai Mubarak Kecil .

Kali ini tindak tanduknya semakin kurang ajar nampaknya dengan menghina para blogger pro BN yang membantu jentera BN di PRK Kerdau dan Merlimau .  Lepas itu siap lagi cakap dekat blogger nak balun blogger !


"Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu Masa Je"


Aku tak boleh terima sama sekali rakan2 blogger seperti Papa Gomo dan lain2 yang berjuang di  Kerdau  untuk kuasa politik UMNO dihina oleh seorang Pak Menteri seperti Saifuddin . 

Apa hina sangat ka blogger sehingga digelarkan tidak intelektual ?? 

Pandai sangat ka hang tentang NEW POLITIC !  ....Apakah hang ini satu geng dengan Anwar Ibrahim yang dok pejuangkan politik baru ?? 

Apakah Saifuddin hanya iktiraf  golongan mahasiswa saja sebagai intelektual dah layak duduk semeja dengannya ? maklumlah blogger ini semua bukan ada degree macam mahasiswa Pro M ...


PB isytihar akan bersama GAP , PAPA GOMO untuk berpencak silat dengan YB Y ini !!!


LINK

 Saifudin Apa punya wakil rakyat ! 

Minda Saifuddin Abdullah jadi mangsa liwat Anwar 

default

Gambar menarik kejayaan menang besar BN di Kerdau & Merlimau

by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments

2 - 0 ..BN menang besar menumbangkan PAS di Kerdau & Merlimau



"Kemenangan di Merlimau dan Kerdau meneruskan momentum kejayaan di Galas, Batu Sapi dan Tenang, tetapi ia tidak menggambarkan senario politik menjelang pilihan raya umum nanti,”   
                                                                                                                                               

Calon BN Merlimau , Roslan Ahmad meraikan kejayaan bersama TPM & KM



ucapan tahniah kepada calon BN Ustaz Syed Ibrahim di atas 
kemenangan di Kerdau

default

Live ! Keputusan N28 PRK Kerdau & N27 PRK Merlimau

on Sunday, March 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sila Refresh untuk keputusan terkini



        BN   : 5060

        PAS : 2336

Majoriti : 2724 ( rasmi )

** Kubu Kuat PAS Teluk Sentang juga BN berjaya tawan dengan majoriti 71 undi


N27  PRK DUN Merlimau










     BN : 5962

PAS : 2319

Majoriti : 3643 ( rasmi)


** Calon Pas Yuhaizad juga kalah di tempatnya sendiri iaitu  Peti Undi Chincin



Peti Undi N28  DUN  Kerdau


Batu Sawar BN - 146, PAS - 55, rosak - 4, majoriti - 91

Kuala Tekal BN - 241, PAS - 64, Rosak - 5. majoriti  - 177

Kerdau = PAS 956, BN 2021, Majoriti -1065, Rosak 44

Lipat Kajang BN - 243, PAS - 99, Rosak - 4, Majoriti  - 144

Kuala Kerdau BN - 307, PAS - 247, Rosak - 6, Majoriti  - 60

Pulau Pasir Mandi BN 144, PAS 108, Rosak - 2, Maj - 36

Jengka 25 = BN - 307, PAS - 43, Rosak - 1, Maj - 264

DESA MURNI = BN 698, PAS 377   Majoriti -  321

Felda Jengka 22 = BN 589 PAS 282 Majoriti -  307

Felda Jengka 23 =  BN - 923    PAS - 405


Kerai = BN - 286     PAS - 44


Rumpun Makmur = BN - 412    PAS - 159


Teluk Sentang =  BN - 297   PAS - 226


KERDAU -Setelah pengundian ditutup sebanyak 7480 pengundi atau 83.12peratus daripada 8,999 telah menunaikan tanggungjawab mereka. Sementera di Merlimau pula Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi.Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008.

default

Peratusan mengundi PRK Kerdau & Merlimau sehingga 10.00 pagi

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





10.00 pagi - peratusan keluar mengundi di DUN Merlimau ialah 30 peratus iaitu 3,175 orang pengundi sementara di DUN Kerdau 36.25 peratus iaitu 3,262 pengundi.

9.50 pagi – Peratus pengundi yang keluar mengundi pada PRK DUN Kerdau adalah 15.55 peratus atau kira-kira 1,399 orang setakat pukul 9 pagi ini.

SPR menyasarkan peratus pengundi yang keluar mengundi bagi pilihan raya kecil ini adalah lebih 80 peratus.

Bagi DUN Merlimau, 1,500 atau 14 peratus telah keluar mengundi.

*****

9.15 pagi – Calon BN DUN Merlimau, Roslan Ahmad telah mengundi di SK Merlimau.

8.30 pagi - calon BN DUN Kerdau Syed Ibrahim telah mengundi di SK Kuala Tekal.

Calon Pas di kedua-dua tempat terbabit tidak mengundi di kawasan PRK DUN Merlimau dan DUN Kerdau.

default

Nik Aziz samakan kempen politik PAS seperti dakwah Rasulullah

on Saturday, March 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Nik Aziz nampaknya nekad terus memperalatkan agama sebagai talian hayat PAS untuk membohongi orang Melayu supaya menyokong Pakatan Haram bersama DAP dan PKR .

Lebih menarik lagi orang tua nyanyuk ini keluarkan fatwa baru bahawa kempen politik PAS seperti kerja dakwah Rasulullah .

PB nak tanya kalau kerja kempen PAS yang didakwa  oleh Nik Aziz ini mengandungi pembohongan, maki hamun, hina orang  dan  fitnah .. adakah ia sama juga seperti dakwah Rasulullah ??





KOTA BHARU 4 Mac – Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya, kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua pihak terutamanya cendekiawan agama sepatutnya sedar bahawa segala perkara yang dilakukan di atas muka bumi ini perlu bersandar kepada al-Quran dan hadis, termasuk ketika kempen dan mengundi pada pilihan raya.

Justeru, katanya, jika seseorang mufti itu menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga neraka, mereka hanya layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.

“Kami tidak menghukum tapi berdakwah, kami ini pendakwah dan bukan hakim yang menghukum, Nabi Muhammad SAW berdakwah, jadi kami akan terus dengan pendekatan berdakwah.

“Biarlah orang nak kata apa pun. Nabi Muhammad pun orang kata, kerja dakwah ini kerja Nabi Muhammad dan daripada segi demokrasi inilah salurannya.

“Kempen nak jadi Presiden atau nak jadi wakil rakyat, semuanya guna kaedah kempen. Kempen diambil dari ayat bahasa Inggeris dan dalam bahasa Arabnya dakwah, dalam Melayu dipanggil ajak.

“Bila mufti kata kempen orang tidak boleh guna hukum, ertinya dia sudah berlainan daripada Nabi Muhammad. Macam mana orang nak undi A atau B tanpa kita dakwah? Hatta sembahyang, kita nak ajak orang sembahyang serupa dengan yang Allah nak, macam mana kalau kita tidak guna hukum dalam al-Quran dan hadis?” soalnya. KLIK DI SINI

default

Video rahsia Lelaki Y didedahkan Umi Hafilda

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




default

Walkbout bersama DS Shahidan Kassim di Kampung Peragap

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Ini adalah program walkbout bersama DS Shahidan Kassim , Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang membantu jentera BN berkempen di Dun Kerdau . PB juga mengikuti program beliau bersama teamnya dari Perlis  ini  berkempen  di Kampung Peragap iaitu sebuah kampung yang terletak betul-betul di tepi Sungai Pahang .

 DS Shahidan sedang berbincang dengan pemimpin UMNO Cawangan Kg Peragap




 antara team walkbout DSSK ...


 bertanya khabar dan masalah penduduk kampung ...


 menziarahi  warga emas yang terlantar sakit ..


Akak ini terkejut rumahnya dikunjungi oleh DS Shahidan ...




 Dr Novandri yang mengikuti walkbout DSSK juga turut sama 
menawarkan pemerikasaan kesihatan  percuma . 
" Jangan lupa beri adik makan ubat ini "


ini lah Sungai Pahang ...sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia

default

PRK Kerdau : Malam jahanam untuk Anwar , tersungkur di kaki Umi Hafilda

on Friday, March 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Semalam di Felcra Rumpun Makmur di Kerdau mencatat sejarah hitam buat pemimpin agung PKR  Datuk Seri Anwar Ibrahm apabila teruk  dibalun serta diprovoke oleh musuh ketatnya Umi Hafilda Ali . Ceramah di Rumpun Makmur antara UMNO  dan PAS hanya dipisahkan dengan sebatang  jalaraya  dan berjaya menarik 3000 orang untuk mendengar seorang Srikandi dan seorang Raja Peliwat .

PB tabik lagi kepada geng Wanita UMNO malam semalam yang diketuai Kak Midah  yang berani buat ceramah bersebelah dengan Pakatan . Depa ingat BN takut berdepan face to face ...sekarang pemimpin agung mereka telah dimalukan oleh seorang wanita saja .


untuk lebih lanjut klik di bawa ini



default

Video Bob Lokman marah mengapa jalanraya ini penting kepada rakyat ? ....

by Pejuang Bangsa
 - 13 Comments




default

PRK Kerdau : Video Bob Lokman hina keturunan Syed !

by Pejuang Bangsa
 - 13 Comments




default

Siapa yang tak cerdik dia kena bohong dengan Pakatan - Isa Samad

on Thursday, March 3, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments




 " Orang PAS ini kepala dah jumud ...itu sebab dia jadi bodoh !  

Sekarang ini  rakyat Malaysia  menghadapi  sekumpulan manusia yang menubuhkan Pakatan Rakyat   sebagai  suatu golongan pembohong !  

 


default

Harakah fitnah Umie Hafilda dengan gambar super impose !

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


 Kitab utama penganut PAS iaitu Harakah yang terkenal dengan fitnah dan ubat kuat pun dah pandai bikin gambar super impose rupanya .  Tengok sendiri gambar Umi Hafilda yang dibuat oleh budak2 IT akhbar sampah ini untuk memburukkan beliau .

Nampaknya  parti yang selalu tuduh orang lain fitnah , rupa-rupanya merekalah selalu  dok buat kerja ini bertopengkan kopiah dan serban putih .

Dulu depa selalu tuduh akhbar arus perdana melakukan fitnah terhadap , kini PAS lagi advance buat gambar palsu lagi .hahaha  BACA DISINI




default

Ramai keluar PAS tak nampak , baru ketua cawangan saja heboh giler punya

by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Baru ketua cawangan keluar , PAS dah cakap beri tekanan besar kat UMNO ..kah kah kah ..

Setakat itu saja la Tuan Ibrahim Tuan  Man boleh tarik pun jadi penganut PAS ... Dia bukan nampak ramai ahli2 PAS sudah keluar parti seperti di Kelantan dan juga di Kerdau ini .

Yang menarik tu ...kemasukan mereka ini boleh memperkukuhkan perjuangan Islam ...haha ..Apa selama ini UMNO yang pejuangkan Islam ka di kawasan Jengka 25  ?  Di kawasan itu tiada surau atau masjid ka untuk kemudahan umat Islam beribadat ?

Tengok balik la calon BN itu macamana  ..Ustaz Syed Ibra .. boleh jadi imam dan  memberi ceramah agama, ..jadi mengapa lagi perlu undi PAS .. kalau nak perkukuhkan Islam hanya dengan memberi kemenangan kepada BN !



Pengasas UMNO dan 11 ‘orang kuat’ parti itu di kubu Barisan Nasional (BN) di Felda Jengka 25, isytihar keluar parti dan menyertai Pas, semalam.

Muzammil Muallif, 51, mendakwa beliau membuat keputusan meninggalkan perjuangan UMNO selepas 15 tahun menjadi Ketua Cawangan UMNO Jengka 25.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan perkembangan itu sebagai tekanan terhadap UMNO.Dalam ucapan ringkas mengalu-alukan penyertaan mereka, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden Pas, berharap penyertaan Muzammil bersama 11 ahli UMNO itu akan memperkukuhkan perjuangan Islam di Jengka 25.

default

Lelaki Y dah lain macam ...sudah cakap tak bermusuh dengan UMNO !

on Wednesday, March 2, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Awat Pak Sheikh ni ... dah makan ubat ka ? Itu la dok naik turun mahkamah sangat sampai cakap pun berubah .  Tiba-tiba saja cakap Anwar sebenarnya tak bermusuh pun  dengan UMNO di PRK Merlimau ..   

Dulu pun bukan main lagi hang tibai dan fitnah UMNO dan ahli2 nya bermacam-macam .. sekarang ini sudah konar baring ka .  Untuk bagi konco2 sedap hati dari PAS & DAP ...  ketua pembangkang itu berkata beliau memusuhi pemimpin-pemimpin parti Melayu terbesar itu yang zalim kepada rakyat dan mengamalkan rasuah,.

Adakah kerana Anwar tahu Merlimau adalah kubu kuat UMNO ? Jadi supaya tidak membangkitkan kemarahan orang Melayu dalam UMNO dan atas pagar kepada beliau , Anwar tepaksa mengubah strategi mereka agar dapat menawan semula pengundi Melayu .


"Saya diberitahu Merlimau ini adalah kubu kuat Umno, saya dah tahu... saya tak masuk untuk bermusuh dengan orang, saya ambil keputusan untuk bersama (dalam politik) untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.


ini muka sapa ? ini lah bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia suatu ketika dahulu..gambar Pak Sheikh masih dikenang di Menara UMNO dan diletak
pulak sebelah rakan karib Datuk Najib . Mungkin itu Pak Sheikh tak nak bermusuh dengan UMNO sebab gambarnya dok ada lagi
bangunan keramat itu ...



"Saya tak bermusuh dengan Umno, saya bermusuh dengan pemimpin yang zalim, yang tak selesaikan masalah rakyat dan mengamalkan rasuah," katanya ketika berceramah di Permatang Serai di Merlimau, Melaka, malam semalam.

default

Lagi seorang pelawok di Kerdau , Pak Jabit Hantu Kak Limah !

by Pejuang Bangsa
 - 14 Comments


Ini bukan gambar super impose ..tetapi ini betul2 .  Ini lah muka Man Kadir a.k.a Pak Jabit Hantu Kak Limah ...Beliau juga merupakan Setiausaha Kerja Biro Masyarakat Felda dan orang asli PKR Pusat.  

Artis pun sekarang ini dah sokong Pakatan Haram dan PRK Kerdau -  Merlimau ini  dijadikan pentas terbaik mereka menonjolkan kehandalan mengencingkan rakyat bersama pimpinan tertinggi PAS & PKR di samping terima duit MASYUK......




"Saya sebagai Setiusaha Biro Felda Parti Kencing Rakyat  ingin menyeru kepada
penduduk Felda Jengka ini  agar menolak BN yang zalim dan pilih calon
kita dari parti pejuangkan Islam iaitu  Hasanudin ..."



" Ce citer Pak Jabit ...mengape kome jadi pelakon kepada parti Anugerah Tuhan  ni ?
Tak cukup lagi ke duit  buka warung ni & Abg Mamat kasi duit filem " - Usop

"Jabit , mengape la  kome pi masuk parti yang bertuankan Gay Tua
Cherok Tok Kun tu ...
Ce cite kat kite semua ..berape diorang bayar kamu pi tolong si Hasanudin di Kerdau ...."

default

Generasi muda Felda Jengka 23 tolak pembohongan Mazlan Aliman !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


ANAK pimpinan malaun Mazlan Aliman sudah checkmate la sekarang .. kehadiran Najib di Felda Jengka 22,23 pada Ahad lepas telah memberi penjelasan sebenar kebenaran  bahawa kerajaan menerusi FELDA tidak pernah pinggirkan semua peneroka .

Jadi,  bila golongan peneroka termasuk generasi ke kedua  dan ketiga sudah  tahu perkara sebenar, maka kena la pukulan maut sekali kepada ANAK pimpin Mazlan semasa berceramah di Jengka 23 . Ceramah Mazlan telah diganggu oleh 30 anak muda kawasan itu  yang tidak bersetuju dan protes berdekatan tempat beliau ceramah .

Mereka berjalan sambil  kain rentang dan kad manilla menyatakan protes terhadap Mazlan.

Tertulis di atas kain rentang dan Manilla Kad ayat-ayat tertulis "Mazlan Aliman - Kau Jahanam", "Kami kenang jasa Felda, Apa jasa ANAK?", "Pi balik la ... Mazlan Jahanam", "Apa yang ANAK boleh sumbangkan?", dll.

Bantahan ini membuktikan generasi kedua dan ketiga Felda pun sudah tahu pembohongan oleh Mazlan Aliman talibarut PAS yang cuba menabur fitnah terhadap kerajaan .  PAS sudah ditolak peneroka Felda dan PB harap di Kerdau juga kita kuburkan PAS seperti mana di Tenang, Hulu Selangor dan Galas .

default

PAS berangan jadi kerajaan negeri , dah guna poster logo kerajaan Pahang !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dulu PAS kata negeri Pahang adalah negeri bangkrap kerana kewangan defisit ...tapi Allah nak tunjuk negeri yang dikatakan bangkrap ini juga digunakan logonya . Terbaru di Kerdau adalah PAS semakin bangkrap idea dan isu kerana  terpaksa guna logo kerajaan negeri Pahang di poster calon .

Apa kejadahnya pulak  Hasanuddin dan PAS guna logo kerajaan Pahang yang ditadbir kerajaan BN ? BN sendiri yang mengetuai kerajaan negeri pun tak guna logo kerajaan negeri ...inikan pulak parti  PAS ...hahaha

Sepanjang 15  PRK sejak PRU 12 ...tidak pernah pun poster calon diletakkan logo kerajaan negeri baik negeri ditadbir BN mahupun negeri Pakatan Haram . Pelik bin ajaib juga kali  ini Kerdau ...Adakah Tuan Ibrahim Tuan Man mahu buat kezutan dan kerja gila lain dari yang lain    ???

Yang lawak lagi ... semua orang tau PAS yang bertanding di Kerdau , tetapi mengapa pulak  ditulis UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT ?

Bila masa la  pulak parti pakatan haram ini berdaftar ??? kah kah kah ....  lepas tu letak pulak bendera2 parti lain yang tak bertanding ..

Ternyata PAS semakin terdesak di Kerdau .. ditambah lagi tiada langsung bantuan oleh jentera2 PKR seperti di pilihanraya kecil sebelum ini .


PAS BAKAL DIKUBURKAN DI KERDAU !!

default

Nak jadi YB kena mesra dengan rakyat , bukan sombong !

on Tuesday, March 1, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Dulu PAS tuduh calon BN di Kuala Terengganu Wan Ahmad Farid sombong ....kini calon PAS di Kerdau pulak yang kena .  Nak jadi wakil rakyat kena la mesra dan tak sombong ... kalau ajak minum itu duduk la sekejap.. Mungkin takut kena keluar duit bayar kot ..hahaha




Ini bukan fitnah dan peristiwa ini berlaku pada pagi hari ini di depan rakan-rakan serta masyarakat kampung di sebuah gerai minuman, Felda Jengka 23.

Mengikut cerita rakan-rakan, semasa mereka sedang minum, tiba-tiba Calon PAS, Tuan Hassanudin Salim datang bersama rombongannya. Seperti biasa, beliau bersalaman dengan semua yang berada di situ. Di samping itu, beliau juga menghulurkan kalender propaganda PAS untuk meraih undi.

Apa yang menarik, beliau kelihatan begitu sombong untuk beramah mesra dengan semua yang ada di situ. Malah ada dikalangan penduduk yang menjemput beliau untuk minum bersama, namun beliau telah menolak pelawaan penduduk tersebut. 

Kalau mengikut adab orang melayu, tak baik menolak rezeki. Kalau lah sekiranya, beliau berhati dan berjiwa rakyat, apalah salahnya ambil masa 5 minit untuk memenuhi permintaan orang. Itu belum jadi YB lagi....kalau jadi YB nanti, lagilah tak tahu apa yang akan beliau buat.

Saya juga telah membuat beberapa kajian dengan menebual beberapa sumber-sumber dalaman PAS.... rupa-rupanya, calon PAS ini tidaklah berapa di sukai oleh orang PAS sendiri kerana mempunyai sikap yang tidak disenangi mereka. Apa nak buat.... Nasib kau lah Labuuuuu....

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps