
The Penang state government will hold a free Siti Nurhaliza concert in conjunction with Malaysia Day celebrations. Dato Siti Nurhaliza will perform at the Stadium Bandaraya Pulau Pinang on the night of 25th September 2010. This concert entitled “Menyambut Hari Malaysia Bersama Dato’ Siti Nurhaliza” will be funded by the Penang state government and private sponsors. - LGE BLOG
Tu..dia kerajaan Khalifah Lim Guan Eng yang berteraskan amar maaruf nahi mungkar nak buat Konsert besar-besaran di Penang sempena Hari Malaysia pada 25 Sept ini . Bukan calang- calang artis yang depa jemput , kali ini tauke konsert iaitu Ketua Menteri berlidah biawak ini bakal membawa life Datuk Siti Nurhaliza ke negeri sosialis ini untuk menghiburkan rakyat PP terutama pak lebai kopiah putih PAS .
Apa motif Datuk CT Nurhaliza menerima tawaran konsert oleh kerajaan DAP yang terkenal dengan penindasan orang Melayu dan semangat anti Islam mereka iaitu sehingga hari ini menentang negara ini diisytihar negara Islam . PB difahamkan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K adalah merupakan ahli UMNO dan mengapa mereka ini sanggup bekerjasama dengan kerajaan sosialis DAP ini ??
Berapa agaknya Guan Eng bayar untuk konsert Siti Nurhaliza ini ?? Menurut sumber dari internet iaitu artis seperti Siti Nurhaliza jika dijemput saja menyanyi selama 1 jam sebanyak RM 70K !! klik di sini
Hebat kerajaan Khalifah LGE , di ketika beberapa kampung Melayu di sebelah pulau bakal lenyap bagi memberi laluan pembinaan rumah mewah jutaan ringgit , Guan Eng membazir duit memanggil artis untuk konsert free di Penang . Mungkin sponsor banyak kot yang disebabkan selepas hari raya ini , banyak projek2 rumah mewah di kampung2 Melayu bakal dilaksanakan oleh pemaju yang mendapat kelulusan kerajaan negeri .
PB cukup yakin melalui majlis Menyambut Hari Malaysia bersama Datuk Siti Nurhaliza , sebenarnya Guan Eng gunakan sebagai daya penarik untuk rakyat PP terutama orang Melayu . Di situ nanti di depan ribuan hadirin yang hadir , beliau akan ambil kesempatan gunakan majlis itu sebagai tempatnya berpolitik dengan mengangkat kebaikan dilakukan kerajaannya dan juga provoke untuk memburukkan kerajaan BN .
Nampaknya kini kerajaan Khalifah yang diagungkan PAS kini sedang menukar strategi untuk menarik sokongan rakyat dengan menggunakan pulak artis sebagai tarikan . Apa pulak kata PAS Pulau Pinang seperti Mujahid Yusof Rawa , Salleh Man dan Yusni Md Piah tentang konsert ini ???
Dulu Pemuda PAS menentang keras konsert I Dance yang dirancang oleh kerajaan negeri sehinggakan melakukan Demo di Masjid Kubang Semang dan Masjid Sg Nibong . PAS marah konsert ini kerana boleh memberi kesan pada golongan muda agar tidak menghampiri dadah, ketagihan alkohol , budaya lepak dan perkara-perkara membawa kemungkaran .
Pemuda PAS dulu bantah konsert I Dance , tetapi hariini membisu Guan Eng nak anjur konsert Ct Nurhaliza
Tetapi hari ini Guan Eng nak anjur konsert free yang sudah tentunya bercampur lelaki dan perempuan . Tak kan kerana sebab tauke konsert ini Khalifah kesayangan mereka dan juga artis Datuk Siti Nurhaliza yang pernah jumpa Tok Guru boleh dihalalkan konsert ini .


























