Putar Belit Mr Bean dan Azmin Ali dalam Parlimen dibidas Menteri Luar

on Tuesday, June 8, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Sesi pengulungan usul mengutuk kekejaman Israel di Dewan Rakyat panas seketika apabila Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman membidas tindakan beberapa anggota Parlimen pembangkang yang cuba memanipulasi isu untuk menjadikannya sensasi bagi kepentingan politik.

Ini timbul semasa beliau menyentuh perbahasan oleh Ahli Parlimen PKR Gombak Azmin Ali,Datuk Mahfuz Omar PAS-Pokok Sena dan Datuk Kamaruddin Jaafar PAS – Tumpat.

"Saya juga ingin menyangkal tuduhan yang tidak berasas oleh Yang Berhormat Gombak (Azmin Ali) bahawa Perdana Menteri tidak mengutuk Amerika Syarikat atas tindakan zalim Israel ketika ucapan pembentangan sebentar tadi.

"Dengan jelas Perdana Menteri dalam ucapannya mendesak Amerika Syarikat untuk tampil tanpa sebarang dolak dalik menunaikan tanggungjawab moral terhadap masyarakat antarabangsa sambil mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan oleh rejim Israel," katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan Azmin bahawa Barisan Nasional (BN) dan Umno hipokrit dalam membentangkan usul mengutuk Israel kerana melantik Apco Worlwide, yang kononya milik Yahudi.

Anifah kemudiannya meminta Azmin meneliti sebuah laman web www.Apcoworlwide.com bagi melihat sendiri organisasi tersebut sama ada benar ia dimiliki warga Israel.

"Sebagai syarikat perunding komunikasi terbesar di dunia, Apco dimiliki secara bebas dan persendirian, ditubuhkan pada tahun 1994, beribu pejabat di Washington DC, bukannya Israel. Presiden Apco Worlwide adalah wanita warga Amerika Syarikat, bukan rakyat Israel. Hanya tiga daripada 53 ahli AIC syarikat itu berasal dari Israel. Apakah dengan hanya tiga daripada 53 ini menjadikan ia Israel," katanya.

Beliau berkata, tuduhan Datuk Kamarudin Jaafar (Pas-Tumpat) dan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) bahawa Konsul Malaysia di Istanbul, Turki tidak bersungguh-sungguh membantu sukarelawan-sukarelawan tersebut ketika berada di bandar raya itu, adalah tidak tepat kerana kerajaan telah berbincang secara sulit dengan pihak yang sehaluan dan sependapat dengan Malaysia mengenai cara untuk membantu sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini termasuk pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan ketika itu.

"Ingin saya katakan di sini bahawa sebagai Menteri Luar, saya telah berhubung dengan pihak-pihak tertentu di Turki supaya membantu sukarelawan-sukarelawan kita apabila mereka menghadapi kesulitan dan ancaman daripada pihak rejim zionis," katanya dan menambah tuduhan bahawa kerajaan tidak membantu Flotilla yang menghadapi kesukaran sebelum belayar juga merupakan satu tuduhan yang liar.

Suasana juga tegang apabila Mahfuz tidak berpuas hati dengan penjelasan Anifah berhubung hubungan dagangan Malaysia dengan Israel kerana katanya disebalik kutukan yang dibuat Malaysia pada kali terakhir pada Mei lalu, telah mengeksport minyak sawit ke Israel yang mana perdagangan tersebut dakwanya telah bermula sejak tahun 1996 lagi.

"Yang Berhormat jangan sensitif sangat, saya dah kata saya akan tanya secara ikhlas kepada menteri berkenaan. Saya katakan tadi, ada soalan-soalan yang saya tak dapat jawab ketika ini, ada soalan yang akan saya jawab secara bertulis...kenapa perlu sensitif, kalau perlu kepada Perdana Menteri pun saya akan tanya juga," katanya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Apa dok layan puak2 pembangkang pasal zionis ni. Apa depa boleh buat, dok menyalak menyalak menyalak macam anjing kurap. Puii!!! balik2 salahkan kerajaan. Nak tunjuk hebat kalu, pi sendiri perang kat Gaza.Kata dah dijamin syorga, takut apa?

  2. Mr. Bean PAS tu cuma pandai bercakap dan menyalahkan orang lain sahaja...di bercakap bukan menggunakan akal tetapi ikut sedap mulut jee..tanya dia balik apa yang telah disumbangkan kepada yayasan bantuan tu..berape sen dia sedekah..kalau tak boleh nak merencanakan sesuatu dan memberikan khidmat jangan lah bercakap..jangan kata nak bagi khidmat kepada masyarakat dipokok seba yang mengundi dia tapi nak menjaga anak sorang pun tak reti...kalau dia saorang yang bertanggong jawab ..anak dia tu tak jadi penagih dadah...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.