AMAN Malaysia & Pemuda UMNO lancar " SMS Untuk GAZA "

on Friday, June 4, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



KUALA LUMPUR -- Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN MALAYSIA), hari ini disertai Pemuda UMNO dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam perhimpunan mengecam tindakan agresif rejim Zionis Israel ke atas sukarelawan bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Kumpulan berkenaan mengadakan demonstrasi secara aman dan sebulat suara dalam mempamerkan kemarahan yang amat sangat terhadap penindasan regim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Tanpa mengira perbezaan ideologi atau kepercayaan, ribuan rakyat Malaysia mengecam perlakuan biadap Israel dan bersatu untuk menyampaikan mesej mereka kepada dunia.

Pengerusi AMAN MALAYSIA , Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, sejak sekian lama, rakyat Malaysia amat marah dengan pelbagai tindakan kejam Israel, termasuk pembunuhan dan penindasan dalam pelbagai cara ke atas rakyat Palestin.

“Kekejaman dan tindakan biadap tanpa mengira undang-undang dunia, seperti serangan ke atas petugas sukarelawan yang menghantar bantuan menerusi kapal ke Gaza amat dikesali dan menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat Malaysia.

“Malah, bukan sahaja membakar semangat rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, tetapi juga di kalangan masyarakat dunia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya,” kata beliau.

Sempena perhimpunan itu, penasihat AMAN MALAYSIA Khairy Jamaludin turut melancarkan kempen "SMS Untuk Gaza” bagi membolehkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan bagi rakyat Palestin.

Rakyat Malaysia boleh menghantar SMS “GAZA” kepada 32928 dengan tujuan mengumpul seberapa banyak SMS yang boleh sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia. Setiap SMS akan dicaj pada kadar nominal RM0.50. Semua kutipan daripada SMS tersebut (selain caj perkhidmatan TELCO yang dikenakan) akan turut didermakan dan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO, berharap rakyat Malaysia akan mengguna kesempatan ini bukan sahaja untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin, tetapi sebagai menggambarkan sokongan kepada keamanan selain mengecam tindakan tidak berperikemanusian regim Zionis.

“Rejim Zionis langsung tidak menghormati undang-undang dunia dan kami menuntut Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu agar mengenakan tindakan keras terhadap Israel ekoran insiden ini, ,” kata beliau.


One Response

  1. Liwat
    menipu
    membodohkan orang
    tidak berlaku adil

    Yahdui+ Israel + Anwar Ibrahim

    http://pkrpasdap.blogspot.com

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.