PERIKATAN NASIONAL KECEWA?

PERIKATAN NASIONAL KECEWA?
Di sebalik perbentangan RUU Anti Lompat Parti oleh PM hari ini di Parlimen dan MOU antara kerajaan dengan PH tidak disambung , tentu gambar pertemuan Top 5 UMNO menjadi spekulasi hangat .
Biarpun ada pihak menyatakan PRU15 tahun hadapan disebabkan kenyataaan PM hari ni banyak lagi perlu diselesaikan sebelum bubar parlimen
Tapi keputusan tidak menyambung MOU dengan PH membuktikan PM telah melaksanakan apa yang telah diputuskan MKT UMNO
Ini merupakan signal jelas step & jalan menuju ke PRU15 adalah on track
Tentang gambar pertemuan Top 5 ini hari ini tentunya membincangkan mengenai tentang perkembangan terkini persediaan parti dan PRU15;
TASEK GELUGOR, 25 Julai – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meluahkan kesyukuran apabila melihat kekuatan jentera Pulau Pinang yang bersemangat melakukan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Katanya, meskipun negeri ini ditadbir oleh Dap di bawah Pakatan Harapan (PH) namun jentera parti gabungan ini tidak berputus asa bagi memastikan pulau mutiara ini mencipta sejarah kembali kepada BN.
“Meskipun negeri pembangkang tapi semangat ditunjukkan dengan winning mentality yang ada pada semua, insya-Allah… kena ingat seperti mana yang disebut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan kata politik tidak ada satu yang mustahil.
“Kita berbangga dengan usaha yang dilakukan sejak pagi ke petang ditunjukkan satu komitmen sangat tinggi untuk kita pastikan bahawa pilihan raya akan datang BN akan capai kemenangan.
“Bukan hanya peringkat nasional sama-sama doakan negeri Pulau Pinang mencipta satu sejarah baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Pelancaran Jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Pulau Pinang yang berlangsung di Pusat Konvensyen Perda, Tasek Gelugor dihadiri Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi BN Pulau Pinang merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Musa Sheikh Fadzir, semalam.
Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan serta kepimpinan lain.
Sementara itu, Musa menerusi ucapan beliau juga berkata bahawa BN negeri telah melaksanakan gerak kerja sebaiknya bagi menghadapi PRU-15.
Menurut beliau, semangat dalam kalangan jentera akar umbi juga pada tahap terbaik walaupun pelbagai pihak mahu melihat parti-parti dalam gabungan ini terkubur terutama selepas kekalahan pada PRU-14 lalu.
“Ada orang kata nak kuburkan UMNO, MCA, MIC tapi kita lihat PRU-15 hendak kuburkan siapa… insya-Allah dengan semangat yang ditunjukkan ini kita akan teruskan untuk pastikan bahawa BN akan peroleh kemenangan cemerlang.
“Dengan adanya pelancaran ini kita akan balik ke pusat daerah mengundi (PDM) masing-masing dan menjalankan tugas… saya yakin dan percaya jentera PRU BN Pulau Pinang telah pun bersiap sedia,” ujar beliau. – UMNO Online
Kenyataan Pengarah Pilihanraya UMNO Tok Mat Hassan hari ini di Alor Setar bahawa mungkin BN tidak bergerak solo dalam PRU15 tidak mengejutkan . Selama ini BN bertanding pun dalam khemah besar bersama komponen dari Sabah dan Sarawak bagi membentuk kerajaan .
Kata Tok Mat ia bergantung kepada situasi dan kecenderungan untuk menang .
Saya yakin Tok Mat juga mengetahui lebih detail laporan kemampuan lokaliti Parlimen dan negeri itu sendiri untuk menang jika bergerak solo .
Mungkin kah hasil congakan dan formula untuk menang BN di beberapa Parlimen dan negeri masih memerlukan kerjasama MN ?
Contoh di Kedah sendiri kita tahu kekuatan PAS walaupun ada MB yang gedebe dan popular ..
Pulau Pinang pulak ramai undi Melayu berpecah kepada PH , PAS dan BN ...
hanya kerjasama MN dilihat mampu melakar kejutan di P.Pinang sekurang kuranya menambah kerusi ADUN pembangkang .
Selangor juga berdepan senario yang sama di P.Pinang .
Menurut sumber sahabat saya , Tok Mat ini hang pa tak boleh kencing cakap boleh menang dengan kajian ini semua .. dia pun ada data ..
ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan keputusan untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan berubah mengikut situasi semasa dan kecenderungan untuk menang.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata keadaan itu boleh berlaku berikutan dinamik politik sering berubah-ubah.
Bagaimanapun, katanya, pendirian BN untuk bersendirian menghadapi PRU-15 setakat hari ini masih kekal.
"Pada ketika ini parti sudah buat keputusan BN akan bergerak solo. Itu setakat hari inilah sebab politik ini kadang-kadang ia tidak statik. Jadi ini belum kita putuskan lagi.
"Boleh jadi esok, ada pula pandangan kita macam lain dan kita akan ubah suai mengikut situasi, yang pentingnya kita nak menang. Bagaimana nak menang? Menerusi strategi dan taktikal kita," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya dan pimpinan Bahagian UMNO Kedah di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan, UMNO kini sedang membuat penilaian kedudukan parti di setiap negeri bagi memantau tahap persediaan jentera BN menerusi siri jelajah sehingga pertengahan bulan depan.
Beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan dalam parti terlebih dulu sebelum kajian kedudukan setiap negeri diperhalusi.
"Apa yang perlu kita buat di setiap negeri dan pendekatan berbeza-beza sebab politik sekarang tak boleh macam dulu lagi. Contohnya di Kedah, sekejap PAS menang, sekejap BN menang, susah nak cakap.
"Namun daripada pengamatan saya, jentera dan gerak kerja parti kemukakan strategi yang meyakinkan, namun kita perlu berhati-hatilah elak tersilap langkah," katanya.
Mohamad berkata, laporan setiap UMNO Bahagian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri untuk memastikan sama ada UMNO sudah bersedia atau sebaliknya untuk menghadapi PRU-15.
"Ramai orang kata mahu adakan PRU-15, tetapi adakah parti sudah bersedia. Inilah laporan yang akan menyatakan kesediaan parti, supaya kita jangan tersalah langkah.
Pemilihan calon belum kita bincang lagi," katanya.
Beliau berkata, selepas Perlis dan Kedah, siri jelajah akan diteruskan ke Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak sehingga selesai semua negeri.
sumber : Berita Harian
Siapa
sangka kawasan yang dahulunya merupakan kawasan kelapa sawit dan sawah padi
kini telah berubah wajah menjadi sebuah bandar yang pesat membangun. Kepala
Batas merupakan Bandar yang terletak di daerah Seberang Perai Utara, Pulau
Pinang.
Kepala Batas yang dahulunya lebih dikenali sebagai ‘pekan koboi’
disebabkan pada masa tersebut premis atau kedai-kedai pada zaman 1990-an mampu
dibilang dengan jari.
Kini masa
mengubah segalanya,Kepala Batas tidak lagi seperti dahulu. Pelbagai kemudahan
infrastruktur dan kemudahan asas telah dibangunkan di kawasan tersebut.
Pembangunan pesat ini secara positifnya menyumbang kepada peningkatan taraf
hidup penduduk dan kawasan ini.
Pembangunan
yang pesat ini tercetus daripada idea bekas Perdana Menteri Malaysia yang
kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen
Kepala Batas yang mahukan Kepala Batas membangun seperti bandar-bandar yang lain.
Teringat
dulu beliau pernah menyebut mahu membangunkan Kepala Batas ini sebagai
Mini Putrajaya .
Pembangunan
ini telah memberi kesan yang positif terhadap pekan Kepala Batas dan telah
menjadikan pekan ini sebagai tempat institusi pendidikan, kegiatan ekonomi, dan
juga pusat pentadbiran yang dahulunya terletak di Bandar Butterworth dan
kemudianya berpindah di Bertam, Kepala Batas.
Malah
pembangunan institusi-institusi pendidikan dibina seperti Institut
Pengajian dan Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia. Universiti Teknologi
Mara, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi dan Maktab Rendah Sains Mara juga turut
memberi impak besar kepada penduduk di sini .
Kewujudan
institusi-institusi pendidikan disini akan menghasilkan ribuan graduan
dan TVET dan tentunya memerlukan peluang pekerjaan yang
banyak di kawasan sekitar ini .
Jadi , projek Taman Teknologi Tinggi Pulau Pinang (Penang Technology Park) Bertam amat tepat dan perlu dibangunkan . Malah ia juga dapat meningkatkan pembangunan ekonomi kepada daerah Seberang Perai Utara dan juga negeri Pulau Pinang melalui kegiatan pelaburan tempatan mahupun pelaburan asing .
Cuba kita bayangkan sektor industri yang akan dibawa ke Bertam ini seperti terdapat di Taman Perindustian Batu Kawan dengan kebanyakkan syarikat melabur adalah syarikat berteknologi tinggi seperti bidang semiconductor , aeroangkasa barang perubatan dan lain lain. Golongan muda & lepasan graduan di Kepala Batas dan sekitar Seberang Perai Utara tentunya akan dapat manfaat melalui peluang pekerjaan ini .
Kepala Batas kini sudah memiliki pelbagai kemudahan infrastruktur yang baik , institusi pendidikan,pusat pentadbiran kerajaan telah merancakkan kegiatan ekonomi penduduk kawasan ini .
Kini projek berimpak tinggi seperti Taman Teknologi Tinggi Pulau Pinang di Bertam perlu direalisasikan bagi meneruskan visi dan legasi Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk masa depan rakyat Kepala Batas.