Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani mematahkan cakap-cakap bahawa kerajaan akan menaikkan kadar GST sebanyak dua peratus.
"Tidak benar (kenaikan)," katanya selepas pembukaan Persidangan dan Pameran Biz Dunia Islam 2016 di sini hari ini.
GST dilaksanakan di Malaysia pada 1 April tahun lalu.
Beliau berkata, kadar semasa adalah yang terendah di ASEAN.


Mengenai kemungkinan menambah lebih banyak barangan dalam senarai berkadar sifar dan dikecualikan GST, Johari juga berkata, kerajaan tidak akan membuat sebarang perubahan kepada senarai semasa walaupun mendapat permintaan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).