Archive for May 2009

default

Dari Penanti - Peratusan pengundi keluar rendah

on Sunday, May 31, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 3 petang ialah 42.2 peratus atau 6,492 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).SPR mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Memang sudah dijangka peratusan keluar mengundi rendah kerana BN tidak menyertai pilihanraya ini . Tinjauan saya pagi ini di Sek Keb Guar Perahu ,Kg Tok sardon ,Sek Men Penanti tidak memberangksangkan dan meriah seperti dahulu pilihanraya kecil Permatang Pauh dahulu.




Luar pintu masuk di Sek Keb Guar Perahu yang lenggang sahaja menunjukkan peratusan keluar mengundi rendah



Kawasan peti undi yang kecil bilangan pengundi peratusan keluar mengundi sangat rendah, malah boleh dikatakan lengang.Saluran 1,2 dan 3 yang kebanyakannya pengundi 40 tahun ke atas amat kurang sekali keluar mengundi .


Menurut sumber , Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan sembilan buah pusat mengundi dengan 32 saluran.Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).
SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Di Taman Guar Perahu ,hari ini seperti hari cuti biasa, seperti tiada pun pilihanraya . Ramai pengundi di sini membuat keputusan tidak keluar mengundi walaupun semalam ceramah Grand Final oleh Anwar dan konco-konconya diadakan semalam di padang taman guar perahu seperti pesta yang dihadiri ribuan penyokong mereka . Ribuan yang hadir itu mungkin bukan pengundi Penanti dan hanya orang luar sahaja yang datang untuk mendengar .Kehadiran orang ramai ke siri ceramah PKR sebenarnya belum mampu untuk diterjemahkan oleh pengundi untuk keluar mengundi pada hari ini .

Saya juga melihat kelibat Saifudin Nasution pagi tadi di SK Guar Perahu yang mungkin datang untuk melihat peratusan keluar pengundi di situ .Mungkin dia sedang memikirkan strategi mereka untuk menarik keluar seberapa banyak pengundi keluar hari ini mengikut target mereka telah gagal dan tidak mencapai sasaran. Kita tunggu keputusan malam yang pasti ditunggu juga oleh penganalisis politik dan juga BN. BN mungkin akan lihat reaksi rakyat apabila mereka membuat keputusan untuk tidak bertanding untuk pilihanraya yang tidak sepatutnya diadakan ini.

Link

Penanti: 5,000 ahli Umno tidak mengundi

default

9 Melayu antara 40 terkaya di Malaysia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

BERITA HARIAN


KUALA LUMPUR: Bilangan hartawan Melayu dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini meningkat kepada sembilan berbanding lapan tahun lalu dengan nilai aset terkumpul mereka mencecah AS$2.603 bilion (RM9.132 bilion).

Nilai aset terkumpul itu bagaimanapun 28.88 peratus lebih rendah berbanding AS$3.65 bilion (RM12.84 bilion) tahun lalu dan hanya mewakili 7.15 peratus kekayaan terkumpul semua individu dalam senarai 40 orang paling kaya Malaysia itu yang berjumlah AS$36.41 bilion (RM127.74 bilion).

Usahawan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim terus mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai orang Melayu paling kaya dan kedua paling kaya tahun ini.

Turut mengekalkan kedudukan adalah Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir pada tempat ke-3 dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun tempat ke-4.

Syed Mokhtar mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion), manakala Azman AS$470 juta (RM1.65 bilion).

Walaupun kekayaan Syed Mokhtar dan Azman masing-masing susut daripada AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) dan AS$700 juta (RM2.46 bilion) tahun lalu, mereka mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dan ke-11 dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.

Mokhzani dan Kamarudin pula masing-masing memperbaiki kedudukan dari tempat ke-20 dan ke-21 tahun lalu kepada ke-16 dan ke-19 tahun ini.

Peningkatan itu di sebalik penurunan nilai kekayaan masing-masing daripada AS$290 juta (RM1.02 bilion) kepada AS$215 juta (RM754.29 juta) dan AS$280 juta (RM982.34 juta) kepada AS$205 juta (RM719.21 juta) tahun ini.

Tiga hartawan Melayu baru yang memasuki senarai tahun ini ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Bhd, Tan Sri Rozali Ismail pada tangga ke-31; Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir di tangga ke-37 dan Ketua Eksekutif Ranhill Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad di tangga ke-38.

Nilai aset ketiga-tiga individu itu masing-masing berjumlah AS$130 juta (RM456.08 juta), AS$100 juta (RM350.83 juta) dan AS$98 juta (RM343.82 juta).

Dua hartawan Melayu lain yang turut berada dalam senarai itu ialah Pengarah Eksekutif Westports, Ahmayuddin Ahmad di tempat ke-25 dengan nilai kekayaan AS$175 juta (RM613.96 juta) dan Pengarah Gamuda Bhd, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah di tempat ke-35 dengan nilai kekayaan AS$110 juta (RM385.917 juta).

Bagaimanapun, Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak masing-masing berada di tempat ke-30 dan ke-40 tahun lalu terkeluar daripada senarai '40 Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.

Sementara itu, peneraju Kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok dan ahli perniagaan Ananda Krishnan mengekalkan kedudukan sebagai rakyat Malaysia paling kaya.

Kekayaan Kuok adalah AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion tahun lalu, manakala Ananda pula AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion. Kuok dan Ananda juga adalah orang paling kaya di Asia Tenggara.

Rakyat Malaysia ketiga paling kaya pula ialah Pengerusi Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion tahun lalu.

Forbes Asia dalam kenyataannya berkata, jumlah terkumpul kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia AS$36 bilion bagi tahun ini merosot 22 peratus berbanding AS$46 bilion tahun lalu sejajar kejatuhan 21 peratus pasaran saham tempatan dan penurunan 10 peratus nilai ringgit berbanding dolar AS.

Katanya, pengiraan nilai kekayaan individu dalam senarai itu dibuat berdasarkan harga saham syarikat yang dikuasai dan kadar pertukaran mata wang daripada 15 Mei lalu.

Bagi aset yang tidak disenaraikan pula, ia menggunakan maklumat daripada firma biro kredit BRIS Information Services Sdn Bhd (BRIS) dan sumber lain untuk membuat anggaran nilainya jika aset itu disenaraikan di Bursa Malaysia.

default

PKR paksa pengundi Penanti supaya keluar mengundi ..

on Saturday, May 30, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



PKR sedia tahan bas bawa keluar pengundi

BUKIT MERTAJAM 29 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menahan bas yang disyaki membawa pengundi keluar dari kawasan Penanti pada hari pengundian pilihan raya kecil kawasan itu, 31 Mei ini.

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin mendakwa, ada cubaan untuk membawa pengundi keluar dari kawasan tersebut sebagai usaha mengurangkan peratusan pengundian pada pilihan raya kecil itu.

''Saya nak beri amaran kepada pemimpin UMNO di kawasan ini (Penanti) kerana hasil risikan kita, ada cubaan nak bawa pengundi keluar dari Penanti pada 31 Mei ini dengan pelbagai alasan.

''Kemungkinan kita akan ambil tindakan termasuk menahan bas yang membawa keluar pengundi. Kalau nak keluar, mereka kena mengundi terlebih dahulu," katanya di sini hari ini.

Shamsul Iskandar berkata, pihaknya sudah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat perkara itu.

Katanya, parti itu mengambil pendirian bahawa setiap pengundi yang hendak dibawa keluar dari kawasan itu dengan apa sebab sekalipun, perlu membuang undi terlebih dahulu.

''Kita akan mendapatkan bantuan daripada SPR dan pihak polis dalam hal ini, kita mengambil sikap bahawa kalau hendak keluar, mereka kena mengundi dulu," katanya


APA SUDAH JADI DENGAN SAM KETUA AMK PKR INI ??? NAK UGUT DAN PAKSA ORANG KELUAR MENGUNDI SEPERTI GENGSTER .. AKU PEJUANG BANGSA ADALAH PENGUNDI DI DUN PENANTI ,KAU NAK PAKSA AKU PERGI MENGUNDI KE ?? PUNYA SUKA AKU LA NI PENGUNDI KE TAK . HANG ORANG MELAKA JANGAN NAK TUNJUK ANGKUH DAN LAGAK PULAK DI SINI PAKSA ORANG KELUAR MENGUNDI . JANGAN LUPA DULU SEMASA PRK DUN BATU TALAM , MOHAMAD SABU JUGA PERNAH MENYURUH PENGUNDI BATU TALAM MENGOYAK KERTAS UNDI SEBAGAI TANDA PROTES @ TIDAK KELUAR LANGSUNG DAN ANWAR IBRAHIM JUGA MELABELKAN TINDAKAN MEMBOIKOT PRK BATU TALAM SEBAGAI TINDAKAN BIJAK DAN BERANI

KLIK SINI


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=6190&Itemid=34

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=6043&Itemid=38


DI PRK PERMATANG PAUH DAHULU ,AKU MASIH INGAT LAGI BAS-BAS JENTERA UMNO DITAHAN OLEH PUAK2 GENGSTER PKR INI YANG MEMASUKI PERMATANG PAUH , INI PULAK BAS HENDAK PERGI ROMBONGAN CUTI SEKOLAH YANG AKAN KELUAR DARI SINI PULAK HENDAK DITAHAN .

SEKIRANYA PENGUNDI ITU TIDAK BERASA PUAS HATI TERHADAP SESUATU DAN SOAL UNTUK PERGI MENGUNDI @ TIDAK PERGI MENGUNDI ADALAH HAK MEREKA PUTUSKAN .

JANGAN MENYEKAT @ MEMAKSA PENGUNDI UNTUK KELUAR MENGUNDI ..

default

Boikot Penanti - PKR dan PAS dulu pun pernah boikot Batu Talam

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Penanti: Pembangkang Mudah Lupa - Khairy Jamaluddin


Laporan bahawa Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat laporan polis terhadap saya kerana kononnya kesalahan di bawah undang-undang pilihanraya, jelas menunjukkan ketandusan idea mereka. Laporan ini adalah taktik intimidasi yang tidak berasas dan melambangkan politik juvana PKR.

Jelas sekali, motif mereka adalah untuk menghalang saya daripada bersuara, satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara kita. Hakikatnya, pengundi-pengundi Penanti mempunyai pemikiran mereka sendiri. Soal untuk pergi mengundi atau tidak adalah hak untuk mereka putuskan. Sekiranya seseorang pengundi memutuskan tidak mengundi untuk menunjukkan ketidakpuashatian mereka terhadap sesuatu, itu adalah hak mereka. Apa yang jelas, PKR tidak ada jawapan untuk tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri "1" Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, yang telah meletak jawatan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Janganlah pembangkang bersifat hipokrit dan lupa dengan sejarah sendiri apabila memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam pada Januari 2007 hatta menyuruh pengundi Batu Talam agar mengoyak kertas undi sebagai tanda protes atau tidak keluar langsung mengundi sepertimana gesaan Naib Presiden PAS Muhammad Sabu. Malah, pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim sendiri melabelkan tindakan memboikot PRK Batu Talam sebagai bijak dan berani.

Ingin saya huraikan bahawa jika pembangkang memboikot PRK Batu Talam kerana tidak berpuas hati dan mempertikaikan sistem dan undang-undang pilihanraya, maka BN kali ini tidak mengambil bahagian dalam PRK Penanti kerana tidak mengiktiraf tindakan pencabulan hak-hak, prinsip dan institusi demokrasi oleh pembangkang yang mengosongkan kerusi tersebut sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kepentingan dan amanah rakyat.

Dari dulu hingga kini, pembangkang hanya asyik bermain miopia politik sempit yang menggula rakyat dengan helah dan taktik berkepentingan sendiri dan apa yang mereka lakukan kini adalah tidak lebih daripada satu manifestasi tembelang untuk melarikan diri dari tanggung jawab mereka kepada rakyat Penanti. Inilah sifat dan wajah sebenar pembangkang yang bertalam dua muka dan bersyok sendiri seperti di Batu Talam dan Penanti .


sumber : http://www.rembau.net.my/

default

PKR takut bayangan UMNO di Penanti

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Aku hairan melihat PKR yang dikatakan cukup hebat dan bongkaknya di kubu kuat kawasan Permatang Pauh mereka kini tiba-tiba sudah jadi penakut terhadap bayangan UMNO di Penanti .

Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid mengingatkan PKR supaya tidak mencampuri urusan Umno yang mengadakan majlis penerangan di Penanti.
Katanya, tiada sebab untuk PKR mahu mengambil tahu semua urusan Umno.

“Kenapa dalam kem Umno pun mereka hendak ambil tahu, tetapi hal dia kita tidak boleh ambil tahu.

“Dia mahu semua yang kita buat kena beritahu dia,”

Bagaimanapun, Abdul Jalil mengakui Umno bahagian Permatang Pauh mengadakan majlis tertutup mengenai isu tersebut kepada 27 cawangan Umno di Penanti.Abdul Jalil berkata, program secara tertutup itu khusus untuk ahli parti sahaja.

“Kita hanya hendak sampaikan mesej kepada ahli-ahli parti rnengapa kita tidak bertanding di Penanti.

“Kita juga memberi penerangan kepada ahli mengenai arahan ibu pejabat Umno supaya cawangan parti mengadakan mesyuarat masing-masing,” katanya.



Kenapa AMK PKR ini takut sangat dengan ceramah-ceramah UMNO lakukan untuk ahli-ahli mereka sahaja ?? baru sebentar tadi ceramah Pidato Perdana di Permatang Pasir anjuran Pemuda UMNO Permatang Pauh yang disampaikan oleh Ustaz Kamal Saidin dan Sdr Lokman Nor Adam Exco Pemuda UMNO Malaysia.Pedas dan berapi juga isu -isu semasa yang disampaikan oleh 2 orang penceramah hebat ini . Ceramah ini diadakan bukan di dalam kawasan Penanti dan awat yang kalut sangat AMK ini pergi report polis bagi meminta polis menghentikan program ceramah Umno bagi kesejahteraan dan ketenteraman di Penanti.

Kenapa AMK ni buat lawak sangat ,ceramah UMNO bukannya ramai pun boleh gugat kesejahteraan dan kenteteraman Penanti ke ??? Penerangan mengenai mengapa BN tidak bertanding perlu diperjelaskan kepada pengundi Penanti dari ahli UMNO dan ini yang UMNO lakukan sekarang .Kenapa sibuk sangat PKR dok kacau aktiviti UMNO ,tak puas lagi ke dok maki hamun UMNO di setiap malam ceramah . Untuk PKR , Punya suka la aku dan ahli-ahli UMNO Penanti nak undi sapa pun @ tidak keluar undi pun pada pilihanraya kecil yang tak patut diadakan ini .


Link


Penanti : PKR Diasak Peratusan Tinggi, Majoriti Besar

default

Tok Pa dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Manik Urai

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Mustapa dilantik pengarah pilihan raya kecil Manik Urai
29/05/2009 7:26pm

KUALA LUMPUR 29 Mei — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyelia persiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai, Kelantan yang akan diadakan Julai ini.

Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN itu, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini, beliau berkata Mustapa, yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bertanggungjawab mengenai operasi serta keputusan seharian pilihan raya kecil DUN Manik Urai.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi itu yang kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada parti PAS meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lepas, Perdana Menteri berkata: “Saya menunggu syor daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan.

“Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi,” katanya.

default

Pidato Perdana Pemuda UMNO di Permatang Pauh

on Friday, May 29, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

PIDATO PERDANA PEMUDA UMNO PERMATANG PAUH

Oleh

Sdr Lokman Nor Adam ( Exco Pemuda UMNO Malaysia)

Ustaz Kamal Hj Saidin ( Penceramah Bebas )

Tarikh : 29/5/2009 ( Jumaat )
Jam : 9.00 malam

Lokasi : Perkarangan Dewan Belia Permatang Ara ,Permatang Pauh .


Datanglah beramai-ramai !! Semua dijemput hadir

default

Pembangkang mahu pengganas komunis pulang

on Thursday, May 28, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke negara ini, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kepulangannya jika dibenarkan hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era Darurat antara 1948 hingga 1960.

''Kerajaan tidak benarkan Chin Peng balik ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu,"

Syabas DS Najib yang teruskan melaksanakan slogan Rakyat Didahulukan dan ia bukan cakap kosong . Ramai pihak termasuk NGO-NGO ,persatuan pelajar dan seluruh rakyat marah kepada komunis kerana kekejaman mereka membunuh dan meyeksa rakyat ketika itu . Mungkin ramai generasi muda hari ini tidak merasa keperitan berada pada zaman komunis tetapi golongan orang lama ,veteran dahulu telah telah mengalami zaman itu. Ramai perajurit-perajurti dan wira-wira tanahair terkorban dan cedera ketika menentang pengganas komunis .

Dalam masa rakyat dengan gah menentang usaha membawa pengganas no 1 chin peng balik ke Malaysia ,pihak pembangkang pulak meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang pernah mengganas sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban kembali ke negara ini.klik di sini

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.

"Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.

"Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis,


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub pula berpendapat, tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan.

Menurutnya, jika mahu dipertimbangkan dari segi sejarah, Jepun dan British sebelum ini turut pernah menjajah Malaya dan melakukan kekejaman di negara ini.

"Di kala ini, ramai orang Jepun dan British yang melabur di Malaysia. Mereka juga dahulu pernah menjajah dan menzalimi rakyat di negara ini.

"Justeru, apabila era sudah berlalu, penilaian semula boleh dibuat. Sejarah lalu tidak bermakna kita perlu memutuskan hubungan dengan Jepun dan British. Hal ini sama juga dengan isu Chin Peng,
" katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih bersifat memaafkan dalam isu kepulangan Chin Peng.

Seng Giaw berkata, kekejaman Chin Peng sememangnya pahit untuk dikenang tetapi rakyat di negara ini perlu menunjukkan sifat pemaaf kepada individu yang telah insaf seperti Chin Peng.

Beliau menambah, rakyat di negara ini seharusnya mencontohi bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang mampu memaafkan semua pihak meskipun didera dan diseksa di dalam tahanan selama berpuluh-puluh tahun.

"Ketika di dalam tahanan, Mandela kehilangan isteri dan anaknya tetapi sebaik menjadi presiden, beliau memaafkan setiap orang yang pernah menderanya.

"Begitu juga kita, bekas guru besar sekolah saya turut dibunuh komunis tanpa sebab. Saya juga tidak berpuas hati tetapi rasa maaf yang menebal di dalam rakyat negara




Hakikatnya,pihak pembangkang perlu tahu terlalu banyak air mata dan darah yang diberikan untuk bumi bertuah ini terutamanya dalam menangani pemberontakan bersenjata PKM oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Walaupun PKM telah dibubarkan dan pemberontakan bersenjata mereka telah tamat, ini tidak bermakna segala dosa keganasan bekas ahlinya seperti Chin Peng secara automatiknya terampun atau dapat dimaafkan begitu sahaja. Semua dosa PKM masih jelas dalam lipatan sejarah negara ini dan ingatan rakyat.

Kerana itu, Chin Peng tidak harus dibenarkan pulang semula ke Malaysia untuk selama-lamanya.Jika dia dibenarkan berbuat demikian, ini merupakan satu penghinaan kepada wira-wira negara yang telah menggadaikan nyawa mereka dalam mematahkan pemberontakan bersenjata PKM ini.

Malaysia TanahAirku ...

Link

PAS membangun bersama komunis

Pas menyokong komunis

default

Ustaz Pas kantoi dengan artis

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Akhirnya gosip dulu hubungan antara Ustaz Akhir Hayy dengan Waheeda telah kantoi. Akhbar Harian Metro 2 hari lepas telah heboh cerita mengenai hubungan mereka ini . Tetapi kalau beliau mahu kahwin 2,3 pun tak pa kerana Islam sendiri membenarkan . Cuma kalau kita lihat background dia dulu berasal dari pentas rock 80an lalu menuju ke pentas ceramah-ceramah PAS yang maki hamun kerajaan BN dan kini akhirnya kembali semula ke dunia hiburan.Menjadi pengacara TV dan merakamkan album maka lupa terus kepada anak bini dan sangkut pulak dengan artis .

Berikut adalah gambar Ustaz komersial ini di tepi pantai yang indah menghidup udara sejuk di malam hari bersama waheeda dan rakan-rakan mereka.



default

Mulut laser Azmin gelarkan Kak Min = Minah Ronggeng

on Wednesday, May 27, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Bukan main laser juga budak kesayangan Anwar ini , mungkin selalu belajar dari brother Anwar yang suka gelarkan orang itu dan orang ini. Siri ceramah di Penanti saya juga ikuti ,dan pelbagai gelaran dibuat kepada pemimpin BN seperti virus H1N1 adalah H = Hisyamuddin , N = Najib , Mat keris ,dan sebagainya .

Terbaru si budak Azmin ini gelarkan Kak Min yang enggan ikut cakap mereka malah menolak rasuah dari PKR lalu digelarkan sebagai Minah Ronggeng .klik di sini

Ini kenyataan dari seorang Ahli Parlimen dan Adun yang suka hati dia gelarkan orang yang mereka benci . Inikah pemimpin yang nak bersama rakyat ,tetapi calon dari rakyat biasa mahu bertanding Bebas dikutuk ikut sedap mulut dia. Sudah la calon itu seorang wanita ,dan aku yakin golongan ibu tidak suka seorang pemimpin seperti ini mengherdik dan menghina seorang wanita yang mahu menegakkan kebenaran dan keadilan . Kalau marah sangat pun terhadap Kak Min yang tidak mahu mengikut cakap PKR supaya menarik diri jangan lah kata yang bukan-bukan terhadap beliau .Aku yakin sesiapa yang buat pendedahan mengenai keburukan PKR pasti akan dikutuk dan akhirnya akan dibenci oleh penyokong pembangkang, seperti berlaku kepada Azizan ,Nala,Ezam ,Lokman Adam ,Chandra Muzaffar ,saiful bukhari dan terbaru Kak Min . Orang yang membuat pendedahan semuanya tidak pernah betul , Mereka saja yang betul. Jelas sudah ada rakaman perbualan , mereka masih mahu menegakkan benang yang basah.

default

Panglima Erdogan Pengecut !! tak ada teloq

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Walau apapun alasan Husam kerana tidak hadirkan diri ke rancangan Hujah semalam berdebat dengan Ezam , dia akan dilabelkan pengecut , penakut dan tak ada teloq (meminjam kata-kata Faris Musa AMK PKR di Penanti ) .

Rancangan Hujah semalam sudah mengiklankan di TV9 akan menemukan Husam Musa dengan Ezam malah di dalam blog dan facebook juga dihebohkan .Mereka akan berhujah atas tajuk Rasuah Politik.

Alasan Husam untuk cabut lari mudah iaitu anda boleh klik d sini

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20944&Itemid=50

Kenyataan di dalam Harakah ini jelas putar belit punya kerana mereka mengatakan pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu.

Saya begitu hairan apabila Husam dan Harakah memberi alasan tersebut. Tidak mungkin beliau tidak mengetahuinya kerana sudah dua hari TV9 menayangkan iklan tentang ahli panel Hujah tersebut iaitu antara Ezam dan Husam .Saya berasa pelik juga jika Husam tidak tahu semua ini ,tak kan pihak TV9 selaku penganjur tidak memberitahu beliau mengenai Ezam yang diganti dan seterusnya dibenarkan diiklankan di TV9 selama 2 hari sebelum Hujah bermula . Jangan dok cari alasan menyalahkan pihak lain pulak jika sebenarnya anda takut dan mengaku kalah .


LINK
HUSAM MENGAKU KALAH SEBELUM MASUK GELANGGANG

default

Hero Mogok Lapar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


MOGOK lapar adalah sesuatu yang salah di sisi Islam, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat. klik sini


Seronok sangat la lilit di kepala lagak seperti Rambo ..nak berjuang untuk mendapatkan semula kuasa untuk kepentingan diri bukan pejuang namanya ,itu gila kuasa !!



Lagak dan gaya mereka masing-masing bagaikan hero filem .Provokasi demi provokasi dilakukan secara berterusan seolah undang undang ada dibawah tapak kaki mereka.DAP ini adalah sebuah parti yang cukup gah dengan gimik politik .Dari berbasikal jalanan hingga ke candlelight vigil dan aksi mogok lapar .Tujuan mereka mudah iaitu mahu mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan

Motif mereka jelas sekali setelah segala ruang untuk kembali berkuasa di Perak nampaknya sudah tertutup rapat.Malah ulama di dalam PAS membenarkan lalu mengatakan tidak salah kerana seperti puasa sunat sahaja.




Disebalik sangkaan mereka tindak tanduk bikin kecoh sana sini kononnya atas nama demokrasi boleh menarik simpati,makin ramai orang yang sudah naik jelak melihat gelagat yang tak sudah sudah ini.

Malah ada yang melihat pembangkang sudah makin melampau dan melampau.Betul apa yang Sdr Lokman Nor Adam mengatakan negara kita dulu diancam oleh ancaman komunis tetapi kini negara berdepan dengan ancaman politik ekstrimis dari parti pembangkang.

default

Rakaman dan bukti gambar cubaan rasuah didedahkan oleh Aminah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ini lah gambar yang membuktikan kehadiran 2 pemimpin PKR berjumpa Aminah

TERKINI

Aminah pula dalam kenyataan terbarunya, bukan sahaja menafikan dakwaan PKR bahawa beliau yang mengatur pertemuan dengan dua ahli parti itu, sebaliknya membuka cabaran baru terhadap Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zaharin Mohamed Hashim.

Katanya, beliau mencabar Zaharin supaya mendedahkan satu peristiwa yang berlaku di sebuah hotel di Jawi yang ada kaitan dengan soal maruah.

"Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2006?

"Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah," katanya yang membahaskan dirinya Kak Min kepada pemberita selepas berkempen mengedar poster beliau sebagai calon Bebas bagi pilihan raya kecil Penanti.

Beliau yang juga juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Pulau Pinang pada sidang media yang diadakan pagi Rabu itu menafikan mengatur pertemuan dengan dua ahli PKR tetapi sebaliknya pertemuan antaranya dengan dua ahli itu diatur oleh salah seorang daripada mereka.

Tambahnya, pertemuan tersebut yang berlangsung 13 Mei lalu di kediamannya di Jelutong atas permintaan ahli PKR terbabit.



AMINAH DEDAHKAN TAWARAN RASUAH DARI PKR ,KLIK DI SINI

http://www.pisau.net/2009/05/pkr-n12-ekslusif-bukti-gambar-rakaman.html

Hari ini Saifuddin Nasution dan kedua orang di dalam gambar itu menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.Mereka terus membuat serangan balas counter attack balik kepada Aminah .kata Saifudin 2 wakil PKR yang bertemu dengan Aminah bukan mewakili PKR tetapi atas tindakan individu.

Walaubagaimanapun Aminah telah menunjukkan sikap jujur dan berani dengan membuat laporan polis dan laporan kepada SPRM dengan bukti - bukti nya sekali bagi membuktikan tuduhannya benar dan terserah kepada Polis dan SPRM untuk menyiasatnya.Dia dicabar oleh Zahrain kuku besi dan beliau harus jawab kerana beliau adalah Pengerusi PKR negeri Pulau Pinang .Selain itu kronologi juga bukan sahaja mereka 2 orang ini sahaja berjumpa malah Tian Chua & Saifuddin Nasution jugak memujuk agar Kak Min menarik diri namun calon bebas Aminah Abdullah tetap dengan pendirian meneruskan niat untuk bertanding agar rakyat semua tahu pembohongan parti PKR kepada rakyat. PKR kini tidak boleh lagi berselindung jika najis dan kudis sudah mula bertapak di dalam parti mereka. Rasuah dan skandal kini cukup sinonim dengan parti yang dikatakan adil dan telus serta menentang segala bentuk rasuah .

default

Husam Erdogan vs Nasharuddin

on Tuesday, May 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Oleh: ROSLAN BIAN

Pengumuman Datuk Husam Musa untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dengan mencabar penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa seolah-olah melengkapkan cerita ‘No to UMNO – Yes to Anwar’.

Ianya juga boleh disebut Pro UMNO tak boleh tetapi Pro Anwar boleh.

Jika sebelum ini Naib Presiden PAS itu kononnya lebih suka ‘puasa’ bercakap mengenai pertandingan itu tetapi dalam sidang media mengumumkan perkara itu pada Isnin, Husam akhirnya mendedahkan juga tujuannya menentang Nasharuddin pada muktamar parti itu minggu depan.

Walaupun cuba berbahasa basi, Husam memberi alasan "keperluan" semasa dan kononnya amanah akar umbi dan pemimpin parti yang lain apabila memutuskan untuk merebut jawatan tersebut.

Namun, benarkah Husam diberikan amanah peringkat akar umbi sedangkan ada ahli-ahli PAS kini sudah semakin muak dengan kumpulan Pro Anwar atau Erdogan yang cuba mengikis pengaruh pemimpin ulama dalam parti itu?

Selain ahli ada juga pemimpin PAS mempersoalkan tindakan Husam yang melihat Nasharuddin terlalu liberal kepada UMNO sedangkan beliau sendiri condong kepada Anwar.

Husam dianggap sudah dirasuk sindrom pembangkang ‘ orang lain buat tak boleh, kita buat boleh’ dan cuba menghukum Nasharuddin yang dianggapkan terbabit dalam usaha membetuk kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO.

Jika benar usaha Nasharuddin itu, apakah berdosa atau salah andainya beliau berusaha demi perpaduan orang Melayu dan Islam dalam kedua-dua parti daripada membiarkan PAS terus dinikahi secara haram oleh DAP dan PKR?

Tidak pelik jika Husam memberi pendapat bahawa tindakan Nasharuddin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Sebaliknya kata beliau, PAS perlu berada di tengah, bukan bersikap terbuka kepada UMNO atau menyelamatkan UMNO.

Bagaimanapun, sumber PAS mendedahkan, ramai pemimpin dan ahli parti itu mulai bimbang tiada siapa dapat menyelamatkan PAS jika kumpulan Erdogan menguasai parti itu selesai muktamar nanti.

Mereka kini berusaha memastikan kumpulan ulama terus kekal menerai PAS malah mahu memastikan Nasharuddin kekal bekerjasama dengan Presiden, Datuk Seri Hadi Awang.

Penarikan diri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din juga dilihat sebagai usaha supaya Nasharudin kekal.

Ini untuk mengelak undi perwakilan pecah dan akhirnya memihak kepada Husam.

Walaupun Naib Presiden Mohamad Sabu memutuskan turut bersaing merebut jawatan Timbalan Presiden, pertarungan sebenar adalah antara Husam dan Nasharudin.

Dalam pengumumannya di ibu pejabat parti itu Isnin, Husam berkata gandingannya dengan Hadi boleh menolong memajukan lagi parti.

Peliknya beliau belum merujuk keputusannya itu dengan Hadi sebaliknya Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, memilih memaklumkannya terlebih dahulu kepada Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Pertarungan Husam – Nasharuddin kini pasti diikuti dengan penuh debaran oleh ahli-ahli parti terutama mereka yang sudah sebati dengan perjuangan asal PAS.

Persoalannya kini apakah jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hebat percaturan politiknya apabila ditanya mengenai pertembungan kedua-dua tokoh PAS ini?

Jawapan yang sudah ada dan diberikan Husam sebelum ini ialah apabila beliau mengakui kawan rapat kepada Anwar walaupun tidak mengakui dirinya antara pemimpin kumpulan Erdogan.Kesimpulannya jika Anwar kata No pada UMNO maka Husam juga akan kata No pada UMNO. -25/5/2009


Komen PB

Ketua Geng Erdogan yang berkiblatkan Anwar Ibrahim iaitu Husam Musa akhirnya mengesahkan akan bertanding dengan Nasharuddin dalam perebutan heavyweight Timbalan Presiden PAS . Golongan liberal akan menentang golongan ulama ustaz-ustaz di dalam PAS . Politik wang dalam PAS pasti lagi dasyat dari pemilihan UMNO kerana kita tahu Husam adalah seperti anak didik Anwar maka ilmu Anwar dalam pemilihan UMNO 1993 ketika menjatuhkan Ghafar Baba dulu pasti akan diperturunkan kepada Husam . Saya meramalkan jika Husam ini akan menang ,perubahan besar di dalam PAS akan berlaku maka suara puak2 anwar akan lebih kuat lagi di dalam PAS.

default

Penanti- medan hantam BN dan hina keputusan mahkamah

on Sunday, May 24, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Kempen pilihan raya kecil DUN Penanti menyaksikan hanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja menganjurkan ceramah pada Jumaat malam. Walaupun berhadapan dengan calon bebas seperti yang diduga ceramah PKR menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai sasaran di samping memberi ruang kepada para pemimpin mereka untuk terus menghina mahkamah dengan mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dengan kedudukan Menteri Besar Perak.

Bukan sahaja penceramah-penceramah amatur dalam hujahnya jelas menghina keputusan mahkamah, nama-nama besar termasuk Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjadikan BN sebagai isu utama di samping isu Menteri Besar Perak sebagai daya tarikan kepada para pengunjung.

Malah Anwar memberi ingatan kepada ‘penonton’ ceramahnya bahawa pilihan raya kecil DUN Penanti bukan melibatkan PKR dan bebas tetapi antara PKR dengan BN sebab beliau mendakwa kononnya calon bebas adalah ‘proksi’ kepada BN.

Calon-calon bebas yang bertanding adalah Aminah Abdullah yang juga merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Pulau Pinang, Nai Khan Ari yang dikatakan bekas ahli GERAKAN dan Kamarul Ramizu Rosli, yang pernah menjadi calon bebas dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebelum ini telah menegaskan bahawa BN tidak ada kena mengenai dengan pilihan raya kecil DUN Penanti. Malah BN bukan sahaja tidak ada kaitan dengan calon-calon bebas tetapi tidak akan terlibat dengan apa-apa aktiviti kempen di kawasan itu.

Dalam ceramahnya di Padang Berapit, Anwar sebagai mana biasa terus menyerang kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta UMNO yang didakwanya parti perkauman.

Sementara menuduh UMNO memainkan isu perkauman, Anwar pada masa yang sama memainkan sentimen masyarakat Cina dan India untuk menolak UMNO dan BN walaupun pilihan raya kecil DUN Penanti tidak ada kena mengena dengan parti itu.

Dalam keghairahan Anwar berucap, satu perkara yang menarik ialah apabila beliau menyentuh mengenai perkembangan politik negeri Perak. Beliau bukan sahaja mengkritik keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tetapi membuat cerita dongeng yang baru bahawa Datuk Seri Nizar Jamaluddin kononnya diguling kerana memberi tanah kepada orang Cina di Perak.

“Apa salah Nizar. Beliau digulingkan kerana beri tanah kepada Cina. Saya nak tegaskan bahawa saya sokong tindakan Nizar dalam soal pemberian tanah ini,” katanya.

Namun, sepanjang 45 minit berucap, Anwar tidak pula menyentuh mengenai hakikat bahawa tindakan membawa kes tersebut ke mahkamah dimulakan oleh Nizar sendiri dan bukannya di bawa oleh Dr Zambry.

Beliau juga tidak menjelaskan bahawa Nizar tidak lagi menjadi Menteri Besar kerana sudah hilang kepercayaan daripada majoriti ADUN Negeri Perak setelah dua ADUN PKR dan satu DAP semasa pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri Perak keluar parti masing-masing dan sehingga kini masih menjadi ADUN Bebas.

Kenapa timbul cerita Nizar diguling dan keputusan mahkamah dipertikai denganmenuduh tiada kebebasan dalam kehakiman.

Kenapa Anwar tidak mengulas mengenai tindakan dua ADUN PKR Perak meninggalkan parti itu. Adakah beliau bimbang orang yang bertanya balik kepadanya, kenapa PKR dengan gembira menerima ADUN BN kawasan Bota yang lompat sekejap ke dalam PKR dan menganggap itu amalan demokrasi tetapi bila kena batang hidung sendiri pelbagai tuduhan dan tohmahan dibuat.

Apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi keputusan memihak kepada pakatan pembangkang, keputusan itu bukan sahaja dianggap tepat malah hakim dan institusi kehakiman dipuji.

Akan tetapi apabila mahkamah membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka, kenapa semuanya dikatakan tidak adil dan tidak bebas.

Hakikatnya, pilihan raya kecil DUN Penanti walaupun tidak melibatkan BN tetapi PKR tidak punya isu lain untuk dibawa kepda rakyat sebaliknya menyerang UMNO, BN dan para pemimpinnya sebagai retorik untuk memuaskan hawa telinga penonton yang datang mendengar ceramah mereka.

Buktinya nilailah ungkapan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin ketika mengakhiri ucapannya pada majlis ceramah tersebut dengan selamba dan tanpa rasa malu berkata “Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang tidak baik datang dari Najib”. Apa kena mengena ungkapan ini dengan pilihan raya kecil DUN Penanti. - 23/5/2009

sumber:agendadaily.com

link

Anwar akui suruh Firus letak jawatan..dulu kata nak lanjut pelajaran

default

Mogok Lapar taktik mahu tunjuk simpati dan kesian !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pakatan mogok lapar demi Perak

Pakatan Rakyat menganjurkan mogok lapar 72 jam bagi mendesak pembubaran DUN Perak dalam usahanya menentang pengambilalihan kuasa BN sejak Februari lalu.

Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi Selasa ini di Wisma DAP negeri, di depan bangunan DUN, akan dirasmikan oleh menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker mereka V Sivakumar.
Ia akan berakhir dengan solat hajat pada petang Khamis ini di pejabat Perak.
Program bantahan seumpama itu pertama kali sejak krisis itu berlarutan hampir empat bulan lalu walaupun Mahkamah Rayuan semalam mengesahkan pelantikan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar.


Ini sumber dari media mereka iaitu Malaysiakini ,yang hairan aku setiap kali apa mensyuarat geng-geng Nizar ini berlangsung di WISMA DAP .Betul la kot kerana kerana DAP la ni kepala pembangkang di Perak kerana mereka mempunyai 18 kerusi dan paling banyak berbanding PAS dan PKR.

MOGOK LAPAR ini adalah tak makan kerana memprotes @ tidak puas hati terhadap sesuatu tuntutan/perkara .Selalu di Malaysia mungkin kita dengar mogok pekerja sahaja tetapi kini mogok lapar oleh pemimpin politik. Mogok Lapar ini selalu kita dengar di luar negara seperti di India ,Afrika dan sebagainya .Di India memang selalu kita dengat mereka mogok lapar malah Mahathma Gandhi sendiri ketika menentang British .

Setahu saya, tiada ajaran mogok lapar dalam Islam dan Islam sendiri tidak mengajar umatnya mogok lapar tak makan sehingga beberapa hari .Hari ini kita lihat Nizar ni sudah banyak terpengaruh dengan budaya hindu yang dibawa oleh Sivakumar. Lagi satu ,dalam sejarah tamadun Melayu adakah anda pernah baca orang Melayu mogok lapar ketika zaman Hang Tuah ke @ sehingga zaman Bristh dan Jepun menjajah Tanah Melayu .

Kalau nak mogok lapar betul-betul ,ok aku nak tengok jangan makan @ minum .Ada berani ka !!! Jangan dok kat belakang pi telan air dan susu pulak ..itu mogok apa??

Mogok lapar ini semua sengaja untuk tarik perhatian rakyat untuk simpati dan kesian tetapi disebaliknya mereka ini sanggup buat apa sahaja demi kuasa yang telah hilang dan mereka tidak boleh menerima hakikat sebenar.

default

Buka Takrif Bumiputera : Pemuda Beri Ingatan Jangan Perkecil Asas

on Saturday, May 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur – Pemuda UMNO hari ini menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kota Alam Shah untuk mengemukakan cadangan mengenai pembukaan takrifan Bumiputera kepada semua rakyat yang lahir selepas 31 Ogos 1957 sebagai suatu usaha memperkecil 'asas perlembagaan'.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata cadangan ini merupakan amalan 'cucukan politik' yang juga bertujuan untuk memadam kelemahan ADUN Kota Alam Shah itu dalam memberikan khidmat kepada pengundi selama ini.

Justeru tegas beliau Pemuda menggesa Manoharan untuk memberikan tumpuan khusus kepada pengundi Kota Alam Shah yang sudah dinafikan 'hak' untuk mendapat seorang wakil rakyat yang memberi khidmat selama ini.

"YB Manoharan tidak perlu terbawa-bawa dengan politik ekstrim dan memperkatakan sesuatu yang tidak selari dengan maksud perlembagaan.

"Takrif - 'Bumiputera' atau 'anak negeri' tidak boleh dibuka sesuka hati. Ianya membawa makna yang berkait dengan perlembagaan, perundangan dan konotasi sejarah yang panjang. Manoharan tidak perlu mempersoalkan hakikat itu", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.


Komen PB

Apabila sudah dilepaskan ,mula la mereka ini geng Hindraf melalak tidak tentu arah mencari point hantam kerajaan dan orang Melayu . Tidak sepatutnya mereka ini membuat cadangan mengenai pembukaan takrifan Bumiputera kepada semua rakyat yang lahir selepas 31 Ogos 1957 kerana perkara ini cukup sensitif kepada kaum Bumiputra terutama orang Melayu .Memetik kata-kata Datuk Ibrahim Ali,Presiden Perkasa

‘Ini negara Tanah Melayu dan kita telah memberikan hak kepada mereka untuk tinggal di sini. Kalau dia (Manoharan) hendak taraf bumiputera, baliklah ke India, di sana dia boleh dapat taraf tersebut.


'Isu-isu yang dibangkitkan beliau semuanya merepek, sebagai contoh masalah sekolah Tamil, kenapa minta peruntukan yang melampau, kerajaan sudah sediakan sekolah, jadi pergilah belajar di sekolah ini, semuanya percuma, kita tidak pernah mengabaikan mana-mana kaum di negara ini,’


LINK

Manoharan perlu cermin diri dulu

default

Kebenaran telah tiba -Zambry sah MB Perak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya petang Jumaat sebulat suara memihak kepada rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar. Dengan keputusan itu, Dr Zambry terus kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah dilantik oleh Sultan Perak ekoran Nizar telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Penal tiga hakim yang membuat keputusan itu terdiri dari Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop. Mereka memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya pada 11 Mei.Menurut mereka Sultan Perak layak melantik Dr Zambry apabila Nizar hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

1. Menurut tiga hakim itu lagi, Sultan punyai hak mutlak untuk pembubaran DUN!

2. Perkara 16.6 undang-undang tubuh negeri Perakjelas menyatakan sekiranya Sulatan tidak perkenan bubar DUN maka Nizar mesti meletkkan jawatannya!

3. Jelas Nizar masa menghadap Tuanku pada ketika(04/02/09) itu sudah kehilangan majoriti.

4. Juga tidak ada dalam perkara undang-undang tubuh negeri Perak tentang Undi Tidak Percaya dalam dewan!

5. Tindakan Tuanku Sultan yang seterusnya, memanggil 31 ADUN dan menyoal mereka adalah tindakan yang tepat.

6. Kes Amir Kahar terpakai dalam kes ini dan bukannya kes Stephen Kalongningkan

7. Segala keputusan mahkamah tinggi di tolak kerana hakim tersebut telah terkhilaf dalam membuat tafsiran.

Alhamdulillah! Daulat Tuanku!

sumber : parpukari.com

link

Lantik Dr Zambry...Sultan Perak ikut undang-undang

default

Perarakan lilin boleh jejas akidah

on Friday, May 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Berikut merupakan pandangan mengenai perarakan lilin yang menuntut pembubaran dewan undangan negeri Perak supaya pilihanraya baru diadakan di negeri itu.

"Umat Islam dilarang menyertai perarakan atau perhimpunan menyalakan lilin (candlelight vigil) anjuran pihak tertentu kerana perbuatan itu boleh menjejaskan akidah.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Islam Antarabangsa, (UIAM), Prof Datuk Paduka Dr.Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, ia dihukumkan syirik kerana perbuatan itu merupakan amalan dalam agama kristian.

Tegasnya, semua umat Islam perlu sedar bahawa aktiviti seperti itu merosakkan keimanan seseorang walaupun dengan tujuan apa sekalipun.

Akidah tunjang dalam Islam, sebab itu Rasulullah SAW para sahabat dan Khalifah Islam tidak pernah berkompromi dalam soal ini (akidah) kerana akidah asas Islam dan keimanan seseorang muslim.

Sekiranya akidah rosak sekali gus ia merosakkan Islam dan iman. Kita jangan pandang remeh, apa yang dibincangkan disini perkara besar yang perlu dititikberatkan oleh semua masyarakat Islam dinegara kita, katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.

Beliau mengulas mengenai trend menyalakan lilin ketika berhimpun atau berarak oleh pihak tertentu khususnya 'orang politik' sebagai salah satu bentuk bantahan terhadap satu-satu isu.

Aktiviti tersebut dikhuatiri disertai oleh sebahagian umat Islam yang ghairah melakukannya tanpa menyedari ia salah satu perbuatan syirik.

Mahmood Zuhdi berkata, dalam melakukan sesuatu perkara, umat Islam harus berhati-hati supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang boleh memberikan kesan kepada agama dan keimanan mereka"

default

Pengganas Chin Peng tidak akan dibenarkan jejak kaki ke Malaysia

on Thursday, May 21, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Apakah jasa Chin Peng kepada negara jika hendak dibandingkan dengan perajurit-perajurit kita yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.



KUALA LUMPUR 20 Mei – Parti-parti politik terutama berasaskan kaum Cina di negara ini diingatkan supaya tidak menggunakan isu bekas pemimpin komunis, Chin Peng bagi menarik sokongan daripada kalangan kaum itu.

Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM), Leftenan Kolonel (B) Nik Omar Al-Haded Nik Mohd. Salleh berkata, tindakan bersimpati terhadap bekas pemimpin komunis itu merupakan politik murahan yang hanya digunakan oleh pihak-pihak yang terdesak.

“Saya harap, semua parti politik berasaskan kaum terutama Gerakan tidak lagi akan menyentuh mengenai kebenaran Chin Peng pulang ke Malaysia.

“Tindakan itu mampu memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan ketegangan, berbahaya buat keselamatan Chin Peng sendiri, apatah lagi mahkamah telah memutuskan dia tidak boleh pulang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas permintaan Gerakan terhadap kerajaan supaya membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia.

Hari ini, media melaporkan, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan membuat permintaan itu atas alasan kemanusiaan di samping mendakwa Chin Peng bukan lagi merupakan ancaman keselamatan kepada negara.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani pula meminta Gerakan lebih sensitif dengan kenyataannya, supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama golongan bekas anggota tentera dan polis.

Katanya, selepas media terutama portal berita menyiarkan kenyataan Hock Nan itu, beliau menerima tidak kurang 20 panggilan telefon daripada bekas-bekas anggota tentera yang membantah permintaan tersebut.

“Kesemua yang telefon saya menyatakan perasaan tidak puas hati serta meminta saya menghantar memorandum kepada kerajaan agar kekal dengan keputusan mahkamah yang melarang Chin Peng kembali ke tanah air.

“Jadi saya nak tanya Hock Nan, adakah kepulangan Chin Peng akan membawa faedah kepada negara dan kerajaan BN, yang sekarang ini melaung-laungkan konsep Satu Malaysia?,” jelasnya.


Filem Bukit Kepong yang memaparkan kepahlawan pasukan Polis yang berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air dari kekejaman komunis .

Komen PB

aku tidak faham mengapa Teng Hock Nan boleh timbulkan isu mahu Chin Peng pulang ke Malaysia.Jangan kita lupak kerana kepala pengganas dan pengkhianat inilah yang huru hara kan Tanah Melayu ketika dahulu ,membunuh ramai orang Melayu ,askar,polis serta orang awam . Dosa dia tidak boleh dimaaafkan dan jika di negara-negara lain penjenayah-penjenayah perang ini semua telah dihukum tali gantung tetapi beliau kini masih lagi sihat.


Link

Parti Komunis Malaya (PKM)
Peristiwa Bukit Kepong

default

Pendedahan Jamaluddin Radzi -Siri 2

on Wednesday, May 20, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya beliau telah ‘dibeli’.

Malah, tindakannnya itu juga dituduh sebagai cubaan untuk mendapat perlindungan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan dirinya daripada menghadapi tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Namun tuduhan-tuduhan yang berat itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya kerana pada hakikatnya beliau tahu apa yang berlaku.

Dalam temubual bersama Agendadaily beliau menceritakan secara terperinci bagaimana mainan politik dalaman PKR sehingga membawa kepada tindakan beliau dan ADUN Changkat Jering meninggalkan parti tersebut

SIRI KEDUA temubual ini berkisar kepada isu-isu yang berkaitan dengan ‘sepak terajang politik’ PKR serta tawaran kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Keputusan saya meninggalkan kerajaan pakatan pembangkang dulu bukan kerana habuan atau jawatan. Kalau itu yang saya mahu, saya dah jadi MB sama ada MB daripada parti PKR atau MB daripada DAP. Malah kalau saya gila sangat nak jawatan itu, masa keluar PKR dan sedia memberikan sokongan kepada BN, saya boleh kenakan syarat agar saya dipilih menjadi Menteri Besar.” ujarnya.

Kalau begitu kenapa YB membuat keputusan meninggalkan PKR selain daripada sebab-sebab yang telah YB bagi tahu (pada temubual siri pertama sebelum ini). “Dalam PKR pun ada konspirasi untuk pinggirkan saya dengan Kapten Osman. Ia bermula daripada soal tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap saya dan Kapten Osman sehinggalah kepada peristiwa bila mana ADUN BN kawasan Bota, Datuk Nasharuddin sertai PKR.

Kononnya ada tiga lagi ADUN BN yang akan ikut sama. Mereka yang hendak masuk ini dijanjikan jawatan Exco.

Usaha ini dibuat kerana dengan tambahan empat kerusi daripada BN, kerusi pakatan akan bertambah kepada 35 dan BN tinggal 24 kerusi sahaja.

Jadi sebab itu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman sebagai ADUN dikeluarkan kerana mereka dah yakin ada majoriti lebih dengan kemasukkan empat ADUN BN ke dalam PKR. 35 kerusi jika ditolak dengan dua kerusi saya dan Kapten Osman mereka masih ada majoriti 33 kerusi.

Apakah ini merupakan mainan politik pimpinan PKR di peringkat negeri Perak untuk menyingkirkan beliau dan Kapten Osman?
Sebenarnya ini adalah mainan politik pimpinan PKR negeri Perak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Kenapa saya kata begitu. Pada malam timbul isu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman telah diserahkan kepada ( Speaker Dewan Undangan Negeri) V. Sivakumar, kenapa Anwar pada malam itu tidak ambil inisiatif hubungi Sivakumar sebagai Speaker untuk jangan serahkan surat perletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam kes Arumugam di Bukit Selambau, kenapa Anwar boleh simpan dulu surat perletakan jawatan bagi cara jalan penyelesaian, Kenapa dalam kes kami sepatah pun dia tak cakap apa-apa.

Kenapa tak tunggu kami balik kerja. Maknanya Anwar setuju dengan tindakan ini kerana dia mempunyai perancangan, bagi kerusi Changkat Jering, Ketua Bahagian PKR , Ismail hendak dijadikan calon manakala di Behrang, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak, Mustapa Kamil Ayub akan dicalonkan.

Ini cara mereka… buat rancangan nak dapatkan empat ADUN BN, kami berdua, saya dan Kapten Osman dikorbankan, dan orang ‘kesayangan’ Anwar boleh bertanding dalam pilihan raya kecil.

Malah Ismail pada malam kekecohan surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman dikeluarkan, Ismail telah mengadakan mesyuarat persiapan pilihan raya di Bukit Gantang dan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi calon.

Sedangkan perkara itu belum pun sampai kepada SPR dan mereka seharusnya sedar akan ada proses undang-undang yang akan kita ambil. Langkah awal saya, saya hantar surat penafian kepada SPR, Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa saya menafikan saya telah meletakkan jawatan. Sura itu sampai ke pejabat SPR jam 7.56 pagi, lebih awal daripada surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Sivakumar.

Bagi saya Anwar jelas hendakkan orang-orang dia sahaja memegang jawatan.

Kenapa YB buat kesimpulan demikian

Taktik ini sama dengan apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin. Tak sabarkah mereka nak tunggu sehingga pilihan raya umum ke-13. Nak suruh cepat berhenti, mereka buat aduan rasuah terhadap Fairus, tapi kerana beliau tak tahan, letak jawatan dan akhirnya orang kepercayaan Anwar, Dr Mansor dinamakan sebagai calon untuk DUN Penanti.

Inilah yang mereka cuba lakukan kepada saya dengan Kapten Osman Jailu. Buat aduan rasuah dengan harapan saya dan Kapten Osman letak jawatan.

Isu rasuah ini bagaimana ceritanya kerana semasa kes ini berlaku ia dikatakan perancangan BN
Dalam soal rasuah ini, pada mulanya saya memang ingat ini semua perancangan BN hendak kenakan saya. Tapi melihat kepada apa yang berlaku kepada Fairus, saya penuh yakin ia adalah rancangan yang diatur oleh orang PKR sendiri.

Mana tidaknya, kes yang didakwa membabitkan saya berlaku apabila bekas ADUN Bota dari PKR dulu, Kapten Usaili Alias hubungi saya beritahu ada orang nak jumpa bincang pasal permohonan satu projek pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar. Ajak saya jumpa di Hotel Casuarina.

Saya minta mereka datang ke pejabat. Selepas jumpa orang itu letak sampul surat. Saya tanya sampul apa itu. Orang itu beritahu sumbangan RM5,000. Saya tanya sumbangan untuk siapa, dia kata untuk parti. Kalau untuk parti bukan kepada saya, sepatutnya kepada Usaili dan Usaili ambil sampul itu.

Memang jadi amalan saya, tetamu yang datang saya akan iring mereka sampai pintu keluar. Bila saya buka pintu saya dah nampak ada pegawai Pencegahan Rasuah dah tunggu di luar. Tapi mereka tidak pun ambil apa-apa tindakan ketika itu.

Esoknya barulah saya dihubungi diminta datang untuk beri keterangan.

Bila lihat apa yang berlaku kepada Fairus, saya mula sedar, inilah cara mereka untuk pastikan saya dan Kapten Osman boleh disingkirkan daripada memegang jawatan bagi membolehkan orang ‘kesayangan’ Anwar mengambil alih.

Tak ada makna kita jadi pemimpin kalau negeri ini kita gadai. Malah saya pernah tegur Nizar apakah hanya kerana kita hendak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, kita nak gadai Perak kepada Cina. Kerana nak angkat seorang, kita gadai semua. Dia tak jawab apa-apaun pun.

Keputusan saya untuk meninggalkan pakatan ini demi untuk menjamin kepentingan Melayu, bukan soal kepentingan diri.

Tapi banyak tuduhan yang mengatakan YB dibeli dan dapat tawaran daripada BN Biar saya jelaskan. Kalau untuk kepentingan diri, masa selepas pilihan raya dulu, saya antara nama yang disebut untuk menjadi MB.

Malah Anwar jumpa saya beritahu perkara yang sama. Saya sedar diri saya dan mungkin saya tidak layak. Tapi Anwar beritahu jangan bimbang, dia dah ada pasukan yang akan membantu saya menjalankan tugas sebagai MB.

Saya kata kepada Anwar, kalau itu yang Datuk Seri janjikan, saya terimalah tapi Datuk Seri kena tunaikan janji itu. Masa perbincangan mengenai isu MB itu kami bertiga ADUN PKR Melayu iaitu saya, ADUN Changkat Jering Kapten Osman Jailu dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri hadir.

Bukan itu sahaja, saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Nga jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP.

Alhamdulillah, perjuangan saya tidak dikaburkan dengan jawatan. Saya beritahu mereka saya ahli PKR kenapa pula saya nak masuk DAP. Saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat pada ketika itu. kalau tidak, mungkin saya menjadi boneka mereka sahaja. - 20/5/2009

default

Pendedahan Jamaluddin mengenai sebab meninggalkan Pakatan -Siri 1

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu ( Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP Jelapang, kerajaan negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan berkuasa.

Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi.

Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28.

Namun, selama ini beliau hanya mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang.

Dalam satu temuramah hampir tiga jam dengan Agendadaily di Kuala Lumpur Sabtu lalu Jamaluddin memberi sedikit sebanyak gambaran lebih jelas kenapa beliau mengambil tindakan tersebut.

Bagi siri kali ini, fokus diberikan kepada sebab-sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang yang berkaitan dengan sikap Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan perjalanan mesyuarat Exco yang secara jelas menggadai kepentingan orang Melayu.

Ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koh Ham ,(Pengerusi DAP Perak,ADUN Sitiawan,Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming ( ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping ) ang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan.

Soalnya bilakah beliau mula rasa lain macam dengan Exco dan rasa-rasa tak boleh duduk dalam Exco lagi ?
Jamaluddin menjelaskan mengikut isu. Dalam soal penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry beliau berkata:

“Saya sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedec, itu kerajaan BN, ini kerajaan pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM920,000 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tak dapat pengeculian cukai, harganya menjangkau RM2.5 juta. Kalau Perdana baru RM1.76 juta jadi kita boleh jimat RM740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.

Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana.

Tapi bila masuk mesyuarat Exco , sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusanya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau setuju dengan saya.

Nizar dengan Ngeh... dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.

Dalam isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah ?

Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo.

Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar.

Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju ?.

Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu.

Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali.

Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat.

Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan, saya bantah... hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan bunglo. Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah. Semua cadangan tu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera.

Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikai oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan.

Bagi permohonan bukan Bumputera, walaupun cadangan dibuat untuk ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.

Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri...cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje. Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar... tapi dia tak peduli pun.

Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.

Dalam isu tanah 999 tahun, siapa yang bawa cadangan itu kepada Exco? Jamaluddin berkata: “Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. saya bantah kerana perkara itu kerana ia tidak ada ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangankan 999... 99 tahun pun kita akan dikritik hebat... tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja.

Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka.Tapi pakatan baru 11 bulan.

Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau.

Ekoran itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah...balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh.

Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat.

Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja.

Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina

Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM30,000 setahun kenapa nak beri tanah pula.

Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja.

Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh dan Nga.

Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat. Habis wang ringgit sendiri untuk parti...hari ini dapat RM14,000 sebulan besar sangat ke,” ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak.

default

Pemuda laksanakan program baru dekati golongan muda

on Tuesday, May 19, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


MELAKA 17 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO akan memperkenalkan program dan aktiviti baru yang lebih relevan kepada generasi muda dalam usaha mengajak mereka mendekati parti itu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau melihat perlu ada perubahan baru dalam program-program dan aktiviti-aktiviti yang diadakan sebelum ini yang dilihat tidak lagi relevan untuk digunakan kepada generasi muda pada masa kini.

Katanya, pendekatan Pemuda sebelum ini hanya relevan kepada generasi lama dan tidak sesuai digunakan jika parti berhasrat mendapat sokongan daripada generasi muda yang celik teknologi maklumat (IT).

''Jadi, kita dalam peringkat perancangan di peringkat negeri dan bahagian, apa perubahan dari segi pendekatan yang akan kita lakukan supaya lebih ia relevan kepada generasi muda.

''Tumpuan terutama kita kepada mereka yang akan mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-13, oleh itu, jangan kita ikut rentak kita sendiri, tanya apa yang relevan bagi generasi muda pada masa kini," katanya.


Selanjutnya...

Komen PB

Kita harap YB Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO dan BN dapat perkenalkan program yang lebih dekat dengan golongan muda setiap kaum dan memenuhi semua aspirasi mereka inginkan . Mungkin di dalam Pemuda UMNO ,sudah disiapkan program seperti kursus kepimpinan politik dan mengikut modul yang telah disediakan tetapi bagi golongan muda yang bukan Melayu ,kita perlu program yang lebih komprehensif dan menepati kehendak serta selari dengan gagasan kerajaan iaitu Satu Malaysia.

default

Duit kita ambil - Nik Aziz

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Sana sini heboh mengatakan bahawa PAS kini mengamalkan "rasuah politik". Ramai yang mencemuh, ramai yang mengutuk, ramai yang mengata. Dari sebermulanya "pendedahan berani" Ust. Mohammad Daud Iraqi memaklumkan kepada dunia politik bahawa PAS sudah korup, maka ramai yang melatah, termasuklah beberapa pemimpin tertinggi PAS.

Sekali lagi, Nik Aziz Nik Mat telah memberikan kenyataan konstroversinya. Nik Aziz dilaporkan berkata...

“Saya cukup setuju perwakilan tolak mana-mana pemimpin yang amalkan politik sogokan. Duitnya kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar dia akhirnya merasa perit, bodoh dan tertipu. Jangan beri peluang kepada orang yang macam ini dalam kepemimpinan PAS, dia berjangkit dan membawa penyakit (daripada parti lawan)."

Nik Aziz menyeru supaya tolak pemimpin rasuah. Saya bersetuju. Nik Aziz suruh ambil duit rasuah tu, itu saya tak bersetuju! Itulah yang konstroversinya. Dia suruh ambil duit rasuah? Biar betul? Bukankah Rasulullah pernah bersabda yang membawa maksud bahawa "perasuah dan yang menerima rasuah adalah neraka tempatnya"? Tak tahulah pulak jika perasuah sahaja yang dipersalahkan di dalam Islam.

Agak menghairankan bila mursyidul am PAS itu "suruh ambil" duit rasuah itu. Tidak haramkah duit itu? Malah jika dibelanja makan manggunakan duit itu, tidak haramkah tindakan itu? Tidak menjadi darah daging haramkah implikasi dari memakan hasil duit rasuah itu? Tidak syubhahkah? Saya bukanlah Mufti Besar, apatah lagi saya bukanlah Imam Besar seperti As-Shafie atau Al-Ghazali yang mampu memberikan fatwa dan sebagainya. Tapi saya amat takut kepada rasuah yang difatwakan haram. Apatah lagi memakan hasil rasuah tersebut. Jadi saya mengambil pendekatan untuk berkerja untuk mendapat upah atau gaji untuk sumber rezeki saya.

Komen PB

Ini mesej yang saya terima dari rakan saya melalui Facebook. Cuma saya pernah ingat dulu kata-kata Nik Aziz kepada pengundi Kelantan menjelang PRU iaitu duit BN kasi kita amik tetapi undi PAS . Mungkin Nik Aziz tak faham apa itu duit rasuah dan mereka selalu mengaitkan ia dengan UMNO sahaja . UMNO secara drastik melakukan perubahan membasmi politik wang tetapi dalam PAS pulak pesanan dari Nik Aziz ialah ambil duit tetapi jangan undi orang seperti ini adalah satu kenyataan yang mengelirukan . Ia seperti menghalalkan duit rasuah itu diberikan dan beliau harus perbetulkan kenyataan ini .

default

Bapak dok sibuk fitnah Najib dan pemimpin BN ,anak pulak sang penyamun tarbus

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Anak Raja Petra didakwa tuduhan mencuri


SHAH ALAM 19 Mei - Anak kedua penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam.

Raja Azman Raja Petra, 33, dari No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh didakwa mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ nombor pendaftaran BJQ 9597 bernilai RM8,000 milik seorang lelaki, Syaiful Setapa.

Tertuduh juga mengaku mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, sebuah jam tangan Seiko dan serangkai kunci motosikal yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM3,850 dari sebuah kediaman milik Saipul Adli Mohamad Yunus.

Raja Azman juga mengaku telah memecah masuk ke dalam kediaman dan mencuri wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu milik Mohd. Syaiful Setapa.

Dia juga mengaku atas tuduhan pilihan iaitu memiliki sebuah motosikal Yamaha 135LC bernombor pendaftaran NBT 7332 milik Ahmad Firdaus Jalaluddin.

Kesemua perbuatan didakwa dilakukan Azman antara pukul 9.30 pagi, 20 Mac lalu dan 10.40 malam, 5 Mei lalu di Seksyen 19, Seksyen U2, dan di Kinrara Court Puchong dekat sini. Hukuman akan dijatuhkan pada 19 Jun ini. - Utusan


Komen PB

Ini lah balasan Tuhan kepada siapa yang melakukan fitnah memburukkan orang lain .Di Dunia lagi sudah ditunjukkan .Bapak dengan bangga menjadi seorang ikon hebat dunia blog dan sentiasa sibuk fitnah,dan menyerang pemimpin negara tetapi anak pulak dipinggirkan sehingga menjadi penyamun. Fikir-Fikirkan lah...

default

Jawapan SMS oleh Dato Hamdi

on Sunday, May 17, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Assalamualaikum YB Datuk! Tolonglah selesaikan segera kemelut politik di Perak ni. Samapai bila nak selesai? Kalau macam ni asyik saman menyaman bila nak bekerja sebagai pegawai penerangan BN, MB, Wakil Rakyat, Ketua UMNO Bahagian? Terima la suara rakyat bubarkan aje DUN Perak, biar le rakyat yang jadi hakim, siapa yang menang tu le pilihan rakyat! Insya'allah Allah maha adil. Pandangan ikhlas dari TMJ

Jawapan Dato Hamdi kepada pengirim SMS di atas:

Tuan TMJ, Lagi lama macam ni lagi banyak lah kerja ketua penerangan kerajaan negeri. Sebenarnya tuan, hal yang bersangkutan dengan politik dan kuasa sewajarnya diselesaikan di dalam persidangan dewan.

Tetapi apabila perkara sudah sampai ke mahkamah, kita tunggulah keputusan mahkamah. Janganlah tunjuk sporting masa menang je, tetapi mengganas apabila kalah! Soal menagajak diadakan pilihanraya adalah satu hasutan dari rasa kecewa dan dendam yang amat bersangatan.

Apakah parti yang mempunyai majoriti didalam dewan dianggap bersalah bila mempertahankan hak rakyat yang mengundi mereka? Apakah kita harus tunduk beralah kepada kumpulan minoriti yang ganas dan takut kehilangan kuasa?

Tuan, sedarlah bahawa 31 itu adalah lebih besar dari 28 atau {28+3}>{17+6+5}. Tolonglah berlaku adil! Belalah majoriti yang DIZALIMI ini. Dan kata-kata kembali kepada suara rakyat adalah bererti kembali ke persidangan dewan agar suara rakyat dapat di dengari melalui wakil rakyat yang mereka pilih secara sah dalam PRU12 yang lalu.

Kerana takutkan kekuatan majoritilah maka Sivakumar menghalau 10 adun BN termasuk MB keluar dewan. Jika 10 anggota BN keluar. Maka jadilah BN 21 dan mereka 28. Maka undi apa pun mereka akan menang. Sebab 21<28.>

Fikir-fikirkanlah!

Dato Hamdi adalah Ketua Penerangan Negeri Perak

sumber ikhlas : http://www.parpukari.com/2009/05/sms-yang-diterima-oleh-dato-hamdi.html

default

Pesanan untuk Rakyat Perak

on Friday, May 15, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


RINGKASAN TEMUBUAL EKSKLUSIF MAJALAH MILENIA MUSLIM MEI INI.
JOM BELI..JOM PHOTOSTAT,JOM EMAIL KENYATAAN PENTING INI !


Mereka tidak merampas kuasa, cuma mereka (UMNO) bagi tahu kepada Tuanku Sultan sekarang BN telah mendapat majoriti ahli dewan kerana 3 adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi adun bebas dan seorang adun kembali keapda UMNO!

Terimalah hakikat itu, tetapi PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat, sekarang BN ada 31 ahli dewan. Kalau kita mengasihi orang kafir itu adalah itu haram, kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir!

Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang islam sendiri? Orang islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana NIk Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM! Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM!

Petikan dari salah satu wawancara Dato Seri Harussani Zakaria, Mufti Besar negeri Perak dalam majalah Milenia Muslim keluaran bulan Mei!

sumber dari : http://www.gerakan-anti-pkr.com/2009/05/sebarkan-mesej-ini-kepada-seluruh-umat.html

default

Krisis Perak : Anwar terdesak mahu jumpa Najib

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kemelut krisis politik di Perak terus menjadi tajuk utama blogger dari BN mahupun Pakatan . Pelbagai spekulasi dan andaian dibuat mengenai situasi yang berlaku di Perak sekarang dan sukar diramal.

Hari ini, kepimpinan tertinggi Pakatan rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP telah mengadakan perbincangan tertutup bagi mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut yang pastinya mahu berpihak kepada mereka. Matlamat lain perbincangan ini diadakan adalah untuk memastikan tidak berlaku percanggahan pendapat antara kepimpinan Pakatan Rakyat dalam menangani isu ini.

Anwar Ibrahim cepat-cepat menghulurkan pelan damai dengan bekas kawan lamanya dalam Team wawasan iaitu Perdana Menteri DS Najib bagi mencari jalan kompromi dalam isu di Perak ini .

“Pendirian kita jelas krisis politik di Perak hanya boleh diselesaikan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih, dan bukan pihak istana atau mahkamah yang menentukannya.
“Majlis Pimpinan PR, mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kita bersedia untuk berjumpa dan kita harap perjumpaan itu akan diadakan secepat mungkin,”katanya


Bagi DS Najib ,beliau berkata pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus.Selaian itu ,Barisan Nasional juga tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.

Perdana Menteri juga dalam kenyataan awalnya sebelum ini telah bersetuju untuk bersemuka dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu di Perak ini. Namun, PM tidak mahu mana-mana pihak meletakkan sebarang pra-syarat sebelum pertemuan diadakan. Ia bertujuan untuk memastikan perbincangan dapat dijalankan sejujurnya tanpa ada konkongan dari syarat yang telah ditetapkan.

Inilah contoh pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat malah DS Najib sendiri beliau mahu dikenali sebagai “Perdana Menteri Rakyat” yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat.

Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat,” kata Perdana Menteri sambil menegaskan tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan.

“Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya


Bukan seperti Pakatan Rakyat yang hanya menggunakan nama rakyat sahaja tetapi sebenarnya tidak pun turun padang melihat kesusahan rakyat bawahan dan alasan diberikan adalah sibuk dan tiada di pejabat.Hal ini kerana mereka asyik berpolitik sahaja dan bukan mahu membela rakyat. Jika mereka niat ikhlas dan mahu membela nasib rakyat ,kerusi DUN Penanti tidak akan kosong .

default

Pesanan Datuk Hamdi Abu Bakar untuk rakyat Perak

on Thursday, May 14, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Selepas PRU12 8 Mac 2008. Atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Dato Tajol Rosli telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan. Baginda menolaknya, kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti! Tuanku Sultan Perak telah menolak!

Maka Dato Tajol berkata adalah tidak adil jika Tuanku Sultan membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang mempunyai hanya 28 kerusi sahaja, sedangkan kita semua tahu BN + Bebas = 31 kerusi(Majoriti mudah)

Maka YB Dato Dr Zambry berkata adalah menjadi tanggungjawab BN untuk mempertahankan hak majoriti rakyat melalui persidangan Dewan! BN tidak gentar menghadapi pilihanraya. Persoalannya sekarang kenapa kita harus memohon dewan dibubarkan pada ketika BN mempunyai majoriti?

Lagipun pilihanraya akan hanya membazirkan wang rakyat dan menyusahkan kehidupan rakyat sahaja.

Kembalilah Kepada Rakyat. Pertahankan Hak Majoriti Rakyat di Dewan Undangan Negeri Perak!

Sekian. Dato Hamdi Abu Bakar

default

Gempar! PKR Perak: 1 Ahli Parlimen 1 Adun Perak Akan keluar Dari PR

on Wednesday, May 13, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

MEMANG BERITA GEMPAR HARI INI DAN PASTINYA HITS TERTINGGI ... KRISIS POLITIK DI PERAK SEMAKIN PANAS .TIADA LAGI JALAN PENYELESAIAN KE ARAH LEBIH BAIK DALAM MASA TERDEKAT INI .

WALAUPUN KEPUTUSAN ISNIN LEPAS MEMIHAK KEPADA NIZAR BINTANG 3 SEKEJAP DAN DITARIK BALIK SEMALAM OLEH MAHKAMAH RAYUAN YANG MEMBENARKAN ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR YANG SAH LAGI SEHINGGA KEPUTUSAN RAYUANNYA DIUMUMKAN . KINI TIMBUL PULAK ISU 1 AHLI PARLIMEN DAN 1 AHLI DUN BAKAL KELUAR DARI PKR PERAK!!!

SEMAKIN HARI SEMAKIN TERDEDAH KEPINCANGAN DAN KERAKUSAN NIZAR SERTA NGA DAN NGEH YANG GILAKAN KUASA SERTA TIDAK LANGSUNG MENDENGAR PANDANGAN ADUN2 MEREKA YANG LAIN .

KLIK DI SINI BLOG PISAU
PANASSS

Adun PKR Kuala Kurau dan Ahli Parlimen PKR Bagan Serai akan keluar dari PKR. Difahamkan rundingan telah pun diadakan malam tadi dengan wakil BN Perak. Adun Kuala Kurau ini saya difahamkan terlalu meluat dengan perangai Nizar,kerana langsung tidak berbincang dengan semua Adun dalam kemelut poltik di Perak.

Manakala Ahli Parlimen Bagan Serai itu pula ada masalah dengan Ketua Bahagiannya. Difahamkan ketua bahagiannya telah memberi amaran kepadanya yang berbunyi begini 'jangan harap kamu akan dipilih sebagai calon dalam pru akan datang'.



ADAKAH INI PETANDA PR DI PERAK BAKAL MENUJU KEHANCURAN ??? DENGAN KEMELUT YANG ADA DI DALAM PAKATAN SENDIRI ADALAH TIDAK WAJAR DIBUBARKAN DUN PERAK . JIKA ADUN PKR KUALA KURAU INI KELUAR BERKMAKNA BELIAU BAKAL MENGIKUT JEJAK 3 ADUN BEBAS ITU .

Akhir kata, sepotong ayat Al-Quran untuk renungan kita semua..

Ù‚ُÙ„ِ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù…َالِÙƒَ الْÙ…ُÙ„ْÙƒِ تُؤْتِÙŠ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…َÙ† تَØ´َاء Ùˆَتَنزِعُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…ِÙ…َّÙ† تَØ´َاء Ùˆَتُعِزُّ Ù…َÙ† تَØ´َاء ÙˆَتُØ°ِÙ„ُّ Ù…َÙ† تَØ´َاء بِÙŠَدِÙƒَ الْØ®َÙŠْرُ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ عَÙ„َÙ‰َ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali-Imraan, ayat 26)Wassalam....

LINK
PERMULAAN SEBUAH LAGI PERJUANGAN- Datuk Dr Zambry
AKU CABAR KAU NIZAR !! - PARPUKARI
2 WAKIL RAKYAT PAKATAN BAKAL KELUAR
ANWAR PERIOD ??
Realiti politik di Perak
Siapa ahli politik ,Siapa Negarawan di Perak ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.