Anwar rancang 4 hingga 5 pilihan raya kecil lagi?

on Monday, May 4, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Apabila saya membaca kenyataan ulasan oleh penganalisis politik terkenal meramalkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu akan 'mencetuskan' antara empat hingga lima pilihan raya kecil lagi menjelang pilihan raya umum ke-13.

Mereka berpendapat bahawa penstrukturan semula kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang diumumkan Isnin lalu, kemungkinan merupakan antara strategi parti itu khususnya Anwar bagi menghadapi siri pilihan raya kecil. Ada benarnya juga kerana dalam politik sebuah parti mereka perlukan perubahan dan penstrukturan semula jika terdapat kelemahan dalam parti seperti yang UMNO lakukan sekarang selepasa pemilihan UMNO.

Pilihanraya umum yang terbaru ini di dalam kawasan parlimen beliau sendiri wujudkan walaupun bekas Adun kawasan itu Fairuz Khairuddin sudah bebas daripada tuduhan rasuah .

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Anwar telah membentuk satu kepimpinan baru yang akan menjadi penggerak utama PKR bagi menghadapi satu demi satu pilihan raya kecil yang telah pun dirancangnya.

"Anwar dah tentukan pilihan raya kecil ini... beliau sudah tentukan di mana, tentukan cara peperangannya dan tentukan hasil pilihan raya itu.

"Saya jangkakan sebelum pilihan raya umum ke-13, akan ada empat hingga lima pilihan raya kecil lagi yang sudah pun dirancang oleh Anwar.

"Bila melihat senarai kepimpinan baru parti itu, maka itulah jagoan-jagoan PKR yang akan digunakan Anwar untuk menjayakan strategi itu,"


Isnin lepas Anwar telah umumkan mengumumkan penstrukturan jawatan dalam PKR yang dikatakan bertujuan untuk memperkemaskan jentera, menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah bagi memperbaiki kelemahan, menjana kekuatan parti serta meningkatkan khidmat kapada rakyat. Selalu dalam apapun perubahan yang buat kita tentunya mesti mahu lakukan ujikaji dan eksperimen .Jadi ini yang Anwar mahu lakukan dengan mengadakan pilihanraya kecil sehingga PRU 13.Selain itu ,Awnar mungkin mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes liwat yang dihadapinya nanti .

Mustafa percaya Anwar hanya merancang untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan yang beliau yakin boleh peroleh kemenangan selese terutama di kawasan-kawasan yang kini sudah sedia diterajui PKR.

"Anwar hanya rancang (pilihan raya kecil) di kawasan yang mana dia yakin akan peroleh kemenangan lebih 70 peratus.

"Kalau kurang daripada itu, dia tidak akan berani. Dia hanya menumpukan terhadap kawasan yang dipegang oleh PKR... DAP dan PAS tidak akan buat begitu (rancang pilihan raya kecil)," katanya.


4 Responses

  1. Dulu Pakatan Rakyat tuduh BN gunakan pengundi hantu untuk menang dalam pilihan raya. Sekarang ini mereka tuduh BN gunakan bomoh pula untuk bersidang dalam dewan. Memang Pakatan Rakyat mahir membuat cerita. Kalau hendak sedap lagi cerita, mereka mungkin akan minta wartawan asing tolong tambah cerita.

  2. memang betul ...tuduhan mengarut zambry benarkan bomoh masuk sidang DUN ..gila pa !!

    mereka ini sudah terdesak sehingga sanggup reka cerita mcm2 fitnah terhadap BN .

  3. Aku says:

    Karut betoi blog ni...
    Kita hanya merancang tapi tuhan yg menentukan.Taknak pilihanraya,janganlah kacau adun pr..

  4. MEMANG BETUL KITA HANYA MERANCANG ..TETAPI DI PENANTI HANG SETUJU KA DIADAKAH PRK PENANTI ???

    SEDANGKAN ADUN NYA FAIRUZ KHAIRUDDIN SUDAH DIDAPATI TIDAK BERSALAH OLEH SPRM ??? APAKAH WAJAR DUN PENANTI DIKOSONGKAN ?? MENGAPA ELIZABETH WONG YANG SAH ADA SKANDAL ITU DIKEKALKAN ???

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.