Archive for May 2014

default

VIDEO : USUL BERAT SEBELAH DEDAHKAN LAGI SIKAP GUAN ENG PENIPU @dzainalabidin @reezalmerican

on Friday, May 23, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


oleh : Dr MIM 

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini berkisar kepada insiden rempuhan Dewan oleh beberapa ahli UMNO dan NGO Melayu. Lim Guan Eng memulakan dewan dengan membawa usul seperti di bawah :




Yang menjadi persoalan besar sekarang ialah tindakan Lim Guan Eng yang berkeras tidak mahu meminda usul yang beliau kemukakan itu. Ini persoalan yang ditimbulkan oleh ADUN-ADUN BN.

MiM menanyakan YB Farid Saad tentang perkara yang sebenarnya kerana portal-portal pro-pembangkang dilihat telah bersikap berat sebelah di dalam laporan mereka.

YB Farid berkata ADUN-ADUN BN meminta supaya dimasukkan perenggan 6 yang turut meminta R S N Rayer supaya meminta maaf.

YB Farid juga mencadangkan agar usul dipinda melalui perbincangan di antara Lim Guan Eng, ADUN Padang Kota dan YB Datuk Jahara Hamid sebagai ketua Pembangkang tetapi Lim Guan Eng berkeras tidak mahu meminda usul yang beliau kemukakan sendiri.

Kenapa Lim Guan Eng bersikap demikian sedangkan beliau tahu insiden ini berpunca daripada keceluparan rakan beliau sendiri iaitu R S N Rayer?

Kenapa Lim Guan Eng bersikap berat sebelah yang hanya mencari salah orang lain sedangkan pencetus isu ini ialah R S N Rayer?

Dan jika kita baca usul Guan Eng itu, kita akan nampaK 'kegembiraan' Guan Eng yang menuduh UMNO secara pukal.

Dan sebagai seorang pemimpin, Rayer sepatutnya tidak memanjangkan isu keceluparan mulut beliau itu dan meminta maaf dengan kadar segera. Jika beliau berbuat demikian, insiden merempuh Dewan Undangan Negeri tidak mungkin akan berlaku.

Tetapi beliau berdegil!

Dan semasa MiM mengikuti sessi di dalam Dewan DUN tadi, ADUN-ADUN BN telah berulang kali menyatakan tidak bersetuju dengan tindakan merempuh Dewan DUN itu dan tidak sesekali menyuruh atau mengetuai kumpulan tersebut tetapi pemimpin-pemimpin Pakatan haram Rakyat acap kali menuduh mereka.

MiM tergelak dengan modus operandi pihak tersebut yang mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menghentam UMNO demi harapan R S N Rayer terlepas daripada keceluparan melampau beliau. Come on Guan Eng.... you can do better that.

Mungkin mereka terlupa bahawa demonstrasi-demonstrasi mereka mempunyai elemen-elemen yang menghina institusi raja perlembangan Malaysia seperti bendera Malaysia dan institusi raja negara ini tetapi kepimpinan BN bersikap waras dan tidak pula menuduh Pakatan secara pukal seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.

Dan yang MiM respect ialah ADUN-ADUN BN telah berjaya berbincang dengan kumpulan yang sepatutnya membuat demo di depan Dewan Undangan Negeri tadi dan demo tersebut tidak berlaku.

ADUN-ADUN BN berjaya berbincang dan meleraikan demo.



Apakah Lim Guan Eng dan geng-geng beliau peduli?

Apakah portal-portal pro-pembangkang akan melaporkan berita ini?


Yang 'hebatnya' kenyataan Lim Guan Eng ialah apabila berkata, jika mana-mana ahli DAP melakukan sesuatu seperti ini, beliau (sebagai setiausaha agung parti ) akan meminta maaf atas apa yang mereka lakukan dengan segera.

Pernahkah kita terdengar Lim Guan Eng meminta maaf apabila rakan-rakan beliau yang berjawatan ADUN berlaku samseng di Dewan Undangan Negeri Perak sebelum ini?



Come on Guan Eng....jangan jadi hipokrit.

Di antara laporan berita :
Jahara dan Datuk Mahmud Zakaria (BN -Sungai Acheh ) berkata,mereka tidak bersetuju selagi Rayer tidak membuat permohonan maaf manakala Farid menggelarnya usul berat sebelah. 
Jahara ketika ditemui pemberita berkata, mereka kecewa PR tidak akan mengakui kesilapan tetapi hanya memberi tumpuan kepada kesilapan orang lain. 
"Ia tidak adil dan mereka tidak melakukan apa yang mereka katakan," katanya. 
Farid berkata, semuanya bermula daripada Rayer dan apa yang diperkatakan turut didokumentasikan. 
Shariful Azhar Othman (BN- Bertam) berkata, terdapat niat yang jelas melanggar peraturan di Dewan tetapi tumpuan hanya kepada BN. 

"Yang Dipertua Dewan tidak diberitahu untuk meminta maaf tetapi kita diberitahu untuk meminta maaf atas tindakan orang di luar dewan," katanya. – 22 Mei 2014.

default

INGAT WAJAH ADUN DAP CELAKA INI TAK NAK MOHON MAAF....

on Thursday, May 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Adun Seri Delima, RSN Rayer berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya yang dikeluarkan terhadap pemimpin Umno sebelum ini.   

Rayer berkata, kenyataan itu dikeluarkan ketika sidang Dun dan hanya merujuk kepada pemimpin-pemimpin parti itu, oleh itu ia harus diselesaikan dalam Dun.

"Setiap orang Adun mempunyai kebebasan untuk berucap dalam persidangan Dun, jadi dalam hal ini saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan saya tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, wakil rakyat BN Dun Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat terhadap pemimpin Umno ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid dalam sidang akhbar petang ini, berkata 10 Adun BN akan minta ketetapan melalui Dun supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota Umno. - Bernama

default

Keberanian Pemuda Umno PP lawan Rayer dapat sokongan negeri lain ! @RRafizal @dzainalabidin

on Wednesday, May 21, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kebiadapan Adun Dap  Rayer gelar Umno Celaka bukan sahaja daripada anak Melayu P.Pinang , malah ia turut menaikkan kemarahan ahli Pemuda Umno dari bahagian Kota Bharu.

Sebentar tadi mereka membuat laporan polis di atas kenyataan rasis dan penuh kebencian terhadap ahli Umno di Sidang DUN PP.

Keberanian ahli Pemuda Umno PP dan NGO Melayu hari ni yang turun berdemo petang tadi hingga ditangkap polis kerana merempuh masuk dalam dewan  ternyata membangkitkan semangat ahli Pemuda di negeri2 lain pertahankan maruah parti .


default

Guan Eng & DAP berang Ram Karpal diserang isu gay !! #PRKBukitGelugor @huan2u

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Hari ini seperti dijangka , Guan Eng akan menjelaskan tentang insiden Abu Baker Calun Bebas PRK P051 yang "dilanggar" oleh Kereta CM.

Beliau pada mulanya mahu keluar melihat tetapi memandangkan sikap dan tindakan calun tersebut yang dilihat liar dan sukar dikawal membuatkan beliau tidak keluar kereta Ketua Menteri .

Selain itu , Guan Eng turut berang dan  kesal dengan wartawan  China Press yang bertanya  RamKarpal semalam yang bertanya adakah beliau seorang "gay"

Malah beliau juga meminta pemberita tidak "spin" ataupun menyerang peribadi calun DAP.

Marah betul Guan Eng bila calon Dap paling baik ini diserang peribadi. 

Tetapi bila serangan bertubi2 RBA kepada calon PCM Datuk Huan ini serta bilboard kempennya dikoyakkan samseng  , tak pulak Guan Eng  mahu beri komen . 


Malah sebaran fitnah gambar Huan dituduh gay juga menggambarkan seolah-olah satu episod balas dendam oleh RBA ekoran Ramkarpal ditanya adakah seorang gay .

default

TAN SRI SYED MOHKTAR MAHU AMBILALIH & PULIH MAS DARI KERUGIAN

on Monday, May 19, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Tokoh konglomerat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dipercayai individu yang mahu mengambil alih dan memulihkan semula Malaysia Airline System Berhad (MAS).

Syed Mokhtar dipercayai sudah lama berhajat untuk menguasai MAS tetapi gagal.

Meskipun usaha untuk memperoleh MAS sebelum ini tidak berjaya, namun kali ini tokoh korporat Melayu serius untuk membantu MAS selepas beberapa siri kerugian dan pelbagai masalah dihadapi oleh syarikat berkenaan.

Spekulasi penjualan MAS kepada Syed Mokhtar bertiup kencang sejak tahun lalu namun senyap begitu sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dikaitkan dengan penjualan MAS kepada Syed Mohktar apabila beliau didakwa memberi cadangan itu.

Difahamkan 'orang kuat' Syed Mokhtar sudah pun bersedia untuk membawa hasrat tokoh konglomerat itu kepada kerajaan dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Syed Mokhtar dikatakan bercadang untuk mengambil alih kepentingan MAS daripada Khazanah Nasional Berhad sekitar 64 peratus tetapi kerajaan masih boleh memegang 'golden share' dalam syarikat penerbangan itu.

MAS kembali menjadi fokus selepas syarikat itu mengumumkan kerugian bersih pada suku pertama tahun ini sebanyak RM473 juta, selain menyaksikan penurunan faktor muatan terutama bagi penumpang antarabangsa pada kadar yang tinggi iaitu 60 peratus.

Insiden kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang masih gagal dikesan sehingga hari ini dijangka mengakibatkan impak kepada reputasi MAS.

Kebanyakan penganalisis pasaran meramalkan MAS akan terus mengalami kerugian pada suku kedua dan ketiga tahun ini. 

Keadaan MAS yang semakin kritikal itu dipercayai menyebabkan semakin banyak bakat-bakat terlatihnya termasuk krew, juruterbang dan juruteranya 'lari' ke syarikat lain kerana syarikat penerbangan itu gagal memberi faedah dan gaji yang diharapkan.

Bimbang dengan situasi semasa Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS (MASEU) mahu pengurusan MAS yang diterajui oleh Ahmad Jauhari Yahya melepaskan jawatan berkenaan dan memohon kerajaan supaya MAS diterajui oleh 'orang dalam' yang tahu selok-belok industri penerbangan. - MalaysiaGazette
- See more at: http://www.utaranews.com/2014/05/tan-sri-syed-mokhtar-cadang-ambil-alih.html#sthash.P3vwyLvq.dpuf

default

WARGA EMAS SOUND RAMKARPAL PASAL ADUAN TAK DIPEDULIKAN KERAJAAN DAP

on Thursday, May 15, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


GEORGETOWN 14 Mei - Kempen pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor mungkin merupakan yang paling membosankan selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 berikutan ketiadaan Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan empat penjuru itu.
Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor ini kurang mengujakan.


“Ini (pilihan raya kecil Bukit Gelugor) mungkin merupakan pilihan raya paling membosankan selepas berlangsungnya pilihan raya umum memandangkan kita tidak nampak sebarang pertarungan antara dua parti politik utama.


seorang warga emas meluahkan rasa tidak puas hati berikutan aduan yang diajukan penduduk tempatan tidak dipedulikan kerajaan negeri kepada Ramkarpal Singh semasa berkempen di Jalan Delima, Georgetown, Pulau Pinang, semalam

“Tanpa BN selaku parti yang dikenali umum, kita tidak melihat kempen yang sengit dari segi jentera dan sumber manusia berbanding calon bebas," katanya di sini hari ini.

Dr. Sivamurugan berkata, senario pilihan raya kecil Bukit Gelugor hampir sama dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei, 2009 apabila BN tidak bertanding.

Pilihan raya kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei ini berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh daripada DAP akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Kampar, Perak, pada 17 April.

Mendiang Karpal Singh yang juga bekas Pengerusi DAP, memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi, mengalahkan calon BN Teh Beng Yeam, yang meraih 13,597 undi.

Ditanya sama ada DAP akan memperoleh undi simpati, Dr. Sivamurugan berkata, undi simpati mungkin diberi kepada calon DAP, Ramkarpal Singh yang juga anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh.

“Sudah tentulah ada undi simpati sebagai tanda menghormati sumbangan mendiang Karpal Singh," katanya.

default

MENGAPA KALIMAH ALLAH DI INDONESIA DIHARAMKAN PENGANUT KRISTIAN TERJAWAB !!

on Wednesday, May 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




SHAH ALAM: Seorang sarjana agama samawi Indonesia Prof. Manahem Ali berkata, sebahagian penganut Kristian di republik itu kini menolak penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible kerana menganggapnya sebagai sembahan orang Islam.

Pensyarah Universiti Airlangga, Surabaya itu berkata, malah  ada juga kelompok Kristian yang mengharamkan terus penggunaan kalimah tersebut dari naskhah tersebut


"Di Indonesia lebih kejam menurut saya, ada kelompok Kristian yang mengharamkan nama Allah dalam kitab Injil kerana ia dianggap (mereka) berhala umat Islam," katanya dalam sidang media sempena “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.


Ketika mengulas isu yang timbul apabila istilah berkenaan turut digunakan dalam Bible di Malaysia, katanya, Bible berbahasa Melayu yang digunakan di Sarawak itu menggunakan kalimah “Allah” sebagai menggantikan istilah “Tuhan”, yang diterbitkan oleh Lembaga Alkitab Indonesia.


Sedangkan, jelas Manahem, teks asal Bible langsung tidak mengandungi kalimah “Allah”.


Katanya, perkara itu boleh dilihat dalam teks Bible dalam bahasa Greek bagi golongan Kristian Ortodoks dan Protestan, Aramaik bagi Kristian Assyrian, dan bahasa Latin bagi penganut Roman Katolik.


"Kalau kita beranjak dari sisi bahasa sebetulnya tidak boleh (diguna bukan Muslim) kerana ia adalah istilah yang betul-betul berasal dari al-Quran, dan teks Perjanjian Baru (New Testament) tertulis dalam bahasa Greek dan tidak muncul kalimat 'Allah'.


"Jadi kalau kita himpun semua sektor-sektor Kristian, mereka sepakat dalam satu kalimat iaitu teks Perjanjian Baru tidak muncul nama Allah," katanya.


Beliau berpegang pada pandangan bahawa pengunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible adalah salah daripada segi bahasa.


Manahem memberitahu, kalimah “Allah” yang terdapat dalam Bible bahasa Melayu hari ini terpesong apabila digunakan sebagai nama umum untuk “tuhan” dan bukan sebagai kata ganti nama khas.


"Kalau mereka memahami Allah itu sama dengan Muslim, mungkin kita boleh terima tetapi mereka menyerongkan istilah itu sebagai kata nama umum seperti 'tuhan', 'dewa' dan lain-lain," katanya.


Tambahnya lagi, sarjana bahasa di Indonesia sudah memaklumkan perkara itu kepada penerbit Bible berbahasa Indonesia iaitu Lembaga Alkitab Indonesia namun ia tidak diperbetulkan.


"Setahu saya scholar Indonesia sudah melayangkan surat kepada Lembaga Alkitab supaya meluruskannya secara gramatik.


"Tetapi Lembaga Alkitab Indonesia tidak mengubah kepincangannya dan tetap menggunakan 'Allahku', 'Allahmu," katanya.

default

CINABENG KURANG AJAR PROVOKASI MAKI POLIS SEBAB TAK TERIMA RASUAH @PDRMsia

on Friday, May 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Ini lah perangai  biaDAP  puak-puak  Cinabeng pasca PRU13  . Parti kesayangan mereka DAP sering menghentam POLIS Malaysia RASUAH di ceramah-ceramah & media sosial    , tapi anda lihat sendiri puak mana  yang kaki beri  RASUAH   ?? Settle ?

Bila anggota Polis Trafik di dalam video ini tolak rasuah    , dia maki  secara provokasi   " Barua punya Polis , Rasuah Punya Manusia " hingga menaikkan kemarahan anggota berkenaan .

Malah video yang dirakam ini pun sengaja diambil rakan beliau   bagi memerangkap anggota Polis Trafik berkenaan jika menerima wang rasuah untuk tidak disaman .  Tetapi taktik jahat mereka tak menjadi kerana anggota ini seorang yang ada intergriti  dan itu menyebabkan Cinabeng ini marah & maki polis .

Jadi di sini  ,  mahukah negara ini diperintah oleh puak-puak biadap & kurang ajar diajar DAP ini ??

 Mereka  menuduh dan menghentam kerajaan  adalah  RASUAH tetapi lihatkan siapa sebenarnya yang pengamal & pemberi RASUAH tegar   ??





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.