Archive for June 2011

default

Jom tengok samada Mat Sabu berani tak mai Penang esok malam ?

on Wednesday, June 29, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



GPB  tulis artikel mengenai  risalah ceramah BERSIH di Tapak Ekspo Sbrg Jaya ini . KLIK DI SINI. Tetapi kenyataan terbaru oleh Ketua Polis PP adalah memberi amaran kepada agar jangan   sesiapa  sertai  perhimpunan itu kerana ada kaitan  dengan himpunan haram  BERSIH .

Polis Pulau Pinang memberi amaran mengenai tindakan keras yang akan diambil terhadap pihak yang menyertai dua perhimpunan haram yang dijadual berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong dan Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 8 malam esok.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kedua-dua perhimpunan yang akan diadakan esok mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.


"Polis mendapat perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret iaitu (mengikut) Seksyen 98, Kanun Prosedur Jenayah, notis pemberitahuan mengenai larangan (mengadakan perhimpunan haram itu) yang diserahkan kepada pihak penganjur dan ditampal di kedua-dua lokasi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Ayub turut memberi peringatan akan menggunakan kuasa yang ada mengikut undang-undang bagi memastikan perhimpunan itu tidak berlangsung.


"Saya merayu semua pihak supaya mematuhi perintah mahkamah ini dan seterusnya memberi amaran kepada sesiapa yang melanggarnya akan berdepan tindakan polis," katanya.


Katanya, difahamkan, kedua-dua perhimpunan haram berkenaan bakal dihadiri Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Datuk Ambiga Sreenevasan dan turut dijangka hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.




POLIS P.Pinang sudah  cekup 1 buah bas bahawa penyokong dan pemimpin PSM  yang cuba hidupkan semula pengaruh komunis   di Tol Sg Dua   , kita tunggu la sapa lagi akan kena tidur lokap  pada malam esok ...hahaha

default

Kelayakan Piala Dunia 2014 : Malaysia menang tipis dengan Taiwan 2- 1

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Skuad Harimau Malaya terpaksa berdepan tugas berat dalam menghadapi perlawanan kedua di Taiwan dalam Kelayakan Piala Dunia 2014  apabila sekadar menang tipis 2 -1  di Bukit Jalil .  Gol Malaysia dijaringkan oleh Kapten Safiq Rahim dan Aidil Zafuan .



default

Imej gambar bandar misteri muncul di China

on Tuesday, June 28, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.


Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi

default

Pra Olimpik 2012 : Gambar menarik perlawanan Malaysia VS Lubnan di Bukit Jalil

on Friday, June 24, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 
gol saguhati oleh Lubnan 


 
aksi Kapten Malaysia , Apek ..


 
penjaring gol pertama Irfan Fazail ...


 
saat dinantikan ...akhirnya Malaysia menang ! 



Kecewa pemain Lubnan , Mohamad Haidar  selepas 
pasukannya tewas mengejut kepada Malaysia ..








Tahniah  Ong Kim Swee...anda telah buktikan bahawa kritikan pihak 
tertentu tentang keupayaan menjadi jurulatih skuad negara 
  telah terjawab dengan kemenangan ini 

default

Malaysia benam Lubnan 2 - 1 , layak pusingan akhir Pra Olimpik 2012

on Thursday, June 23, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Malaysia Boleh !  Tahniah pasukan Harimau Malaya yang terus mencipta sejarah apabila melayakkan diri ke pusingan akhir Pra Olimpik Zon Asia setelah berjaya menumbangkan Lubnan 2 - 1 dalam perlawanan cukup perit dan penuh tekanan .

Gol pertama Malaysia di jaringkan oleh Irfan Fazail hasil rembatan half volley di dalam kotak penalti lawan hasil gerakan cantik bermula dari sepakan sudut . Seterusnya pasukan negara menambah lagi jaringan menerusi Wan Zack Haikal selepas menerima throw pass kelas dunia dari Gurusamy dan seterus menolak leret bola ke gawang gol.

Lubnan cuba merapatkan jurang gol  dengan mendapat satu gol  selepas skuad negara kekurangan 1  pemain selepas Gary Steven Robbat menerima kad merah .  Pasukan negara terus pamerkan aksi bertahan hingga akhir wisel penamat .

Syabas pasukan Harimau Malaya !



default

Penyokong Kelantan yang hina YDP Agong sudah dicekup !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Ini orang kata .. terlajak perahu boleh undur ,terlajak kata rosak binasa.  Seorang penyokong bola sepak Kelantan yang menghina gambar YDP Agong dalam laman facebook telah ditahan polis untuk bantu siasatan .


Mangkok yang ditahan polis di Kota Bharu   adalah Nik Rabani dan seorang lagi penuntut UITM Kay Syakila  masih lagi dicari .  Muda lagi rupanya budak ini dan confirm la ini semua penyokong taksub PAS . Juak-juak PAS ini memang  tak ada adab dan kurang ajar lagi kepada Raja sepertimana kes di Perak dulu . 


Sekarang amik la habuan ... sudah lah negeri Kelantan kalah , lepas itu dapat hadiah lagi dari abang misai ..haha


Polis menahan seorang bekas pelajar PTPL Kota Bharu kerana dipercayai terbabit dengan kes menghina gambar Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dikeluarkan dalam satu laman sosial baru-baru ini.

Lelaki berusia 24 tahun yang juga seorang penganggur, menyerah diri di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 8 malam kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata polis turut merampas komputer riba yang dibawa lelaki itu yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.


"Siasatan awal polis mendapati dua individu yang disyaki terbabit dan kita masih mencari seorang lagi untuk membantu siasatan kes ini," katanya.

Pada 13 Jun lalu, Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu FC membuat laporan polis berhubung kes penghinaan terhadap gambar Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah laman sosial dengan mengubahsuai muka Seri Paduka Baginda. - BERNAMA"

default

Pencerobohan pesawat udara Singapura di ruang negara Malaysia gugat keselamatan negara !

on Tuesday, June 21, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments

Sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak tahun 2008, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Bernama melaporkan, Zahid berkata, Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan tersebut oleh pesawat udara republik itu.

Menurutnya setiap pergerakan pesawat tentera udara Singapura yang mencurigakan dipantau dengan menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga kelengkapan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

"Pada tahun ini sahaja iaitu sehingga bulan Mei, sebanyak 19 pergerakan pesawat (menceroboh) dikesan dengan purata sebanyak empat pergerakan pesawat sebulan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya sebanyak 985 pergerakan pesawat Singapura dikesan pada tahun 2008, 1,286 pergerakan (2009) dan 218 pergerakan pesawat (2010).Beliau juga berkata bantahan tersebut bermula setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh,


Komen GPB

Cukup banyak sekali pencerobohan pesawat tentera udara negeri Singapura ke ruang udara negara kita.  Mengapa tentera mereka suka hati menceroboh ruang udara kita ?

Maruah dan kedaulatan negara adalah sesuatu yang perlu dipertahankan.  Lihat di negara lain jika pesawat ceroboh negara mereka sudah tentu dikenakan dah tindakan .

Sebagai contoh isu kepulauan Spralty pun cukup la kita lihat bagaimana China dengan Vietnam bertikam lidah   walhal pulau itu masih lagi dalam tuntutan .  Ini pulak ruang udara kita dimasuki tanpa diberi amaran pun boleh masuk sampai 2000 kali !

Persoalannya , sampai bila perkara ini akan berterusan ? Apa yang dicari oleh tentera udara Singapura di bumi Tanah Melayu ini ?   Apa yang cuba diintip mereka ?

Zahid Hamidi dan pihak tentera perlu tegas dalam isu ini dan keselamatan negara tidak boleh dikompromi !

default

Dulu sudah bakar Utusan , kenapa masih lagi kempen nak boikot ?

on Saturday, June 18, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Dulu semasa isu video lucah Anwar Al Juburi didedahkan , PAS Batu pernah manganjurkan acara membakor akhbar Melayu ini .KLIK DI SINI .  Tetapi hari ini mereka lancar lagi kempen Boikot UTUSAN gara-gara kartun MIKI dikatakan menghina Islam .  Hadi Awang sendiri yang cakap dalam muktamar PAS   tetapi disalahkan pelukis kartun ini pulak . hahaha...

Entah berapa banyak kempen boikot Utusan la dibuat oleh puak-puak HAMpas ini dan kalau diikutkan  pun depa  ini memang tak baca pun akhabr ini .  Mereka hanya percaya kepada kitab  Harakah dan Suara Keadilan sahaja dan yang lain semua pembohong dan akhbar fitnah .

Kempen ini disempurnakan Nik Aziz celako  dan apa la fatwa terbaru beliau untuk penulis kartun ini ..haha

default

Malam ini ! Wajah Sebenar Pakatan Haram akan dibongkarkan di Kepala Batas

on Friday, June 17, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kepada penduduk-penduduk sekitar Seberang Perai Utara , jangan lepaskan peluang untuk mengetahui Wajah Sebenar Pakatan ini  di satu pentas ceramah  Pentas Pemuda 

TARIKH : 

17 JUNE 2011 

TEMPAT :  

PERMATANG TOK BRAIN 

PENCERAMAH :

YB ZUL NORDIN 

PROF MOHD NOOR DERIS 

DATUK SERI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN 


JOM PAKAT MAI RAMAI -RAMAI .....TOLAK PAKATAN RAKYAT 

default

Minuman Berbican boleh diminum , bebas daripada alkohol

on Thursday, June 16, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.

Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.


Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.







Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam.

default

TERKINI ! Portal Politeknik jadi mangsa kumpulan penggodam Dragon Force Malaysia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.

Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.

"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.

"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!," kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.

Bagaimanapun, kedua-dua portal yang digodam selama 13 jam bermula tengah malam kelmarin sehingga kira-kira pukul 1 petang itu boleh diakses semula setelah dibaik pulih oleh pentadbir portal berkenaan.

Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Pengajian Politeknik mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menunggu laporan penuh pembekal perkhidmatan laman webnya.

"Kami mempunyai dua portal iaitu www.politeknik.edu.my dan politeknik.gov.my. Yang telah diserang ialah politeknik.gov.my sementara portal yang satu lagi tidak digodam.

"Buat masa sekarang, memang tiada sebarang kerosakan serius dan semua kerosakan itu sudah dibaiki. Selepas pihak kami mendapat laporan penuh daripada pembekal, kami akan buat laporan terus kepada pihak atasan mengenainya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain itu, sebuah lagi portal milik syarikat Impressions Holidays & Resort Sdn. Bhd. iaitu www.tourmalaysia.com.my turut menjadi mangsa kumpulan sama.

Komen GPB 

Di mana pakar IT SKMM dan kerajaan Malaysia bagi tangani penggodam cyber ini ? Bukankah ramai pakar-pakar IT kerajaan dari oversea ada ..rugi la duit kerajaan dok perabih hantar depa pi sana ..

 Kalau tak boleh settle masalah ini , malu lah ...dalam sekelip mata duit kerajaan lesap bila laman web dibina digodam .

default

Penyokong bola sepak Kelantan hina Yang Di Pertuan Agong bila kalah final Piala FA

on Wednesday, June 15, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments



Penyokong pasukan bola sepak terkenal dunia yang kalah final World Cup pun tak taksub seperti penyokong bola sepak di  negeri PAS ini . 

Kalau penyokong partinya pun taksub kepada pemimpin itu aku tak hairan sangat, tapi kalau kerana kalah saja pasukan bola sepak mereka sampai menghina Yang Di Pertuan Agong merupakan perbuatan yang melampau . 

Ada ka patut 2 orang penyokong Kelantan yang bangang  ini  dek kerana kalah final Piala FA 2011  telah menghina Yang di-Pertuan Agong kononnya membeli perlawanan .

Budak 2 ekor yang masih hingusan ini pasti kuat menyokong PAS .PAS pun lebih kurang la kalau kalah saja pilihanraya semuanya disalahkan SPR kononnya tidak adil dan bawa pengundi hantu .

Sepatutnya budak bangang  ini pi marah Daudsu Jamaluddin yang score gol sendiri pada minit terakhir perlawanan   bukannya menghina Yang Dipertuan Agong . 

Harap SKMM dan polis dapat menyiasat perbuatan kurang ajar ini .




KUALA TERENGGANU: Dua individu dipercayai penyokong pasukan bola sepak tanah air bertindak kurang ajar apabila sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook.

Individu terbabit didapati bukan saja mengubah suai gambar Yang di-Pertuan Agong dengan menggantikan wajah baginda dengan sebiji bola tetapi turut mengeluarkan komen mempersendakan ketua negara Malaysia itu apabila mengaitkannya dengan kemenangan Terengganu ke atas Kelantan pada final Piala FA, Sabtu lalu.


Tindakan dua individu tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila itu disedari ahli Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) yang membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, pada jam 1.15 petang, semalam.

Berdasarkan akaun individu terbabit, Nik Rabani mendakwa menetap di Kota Bharu manakala Kay Shakila pula mendakwa menuntut di Universiti Teknologi Mara.

Ketua Penerangan Terengganu FC, A Rashid Ridha Muhamad, berkata tindakan dua penyokong terbabit disedari ahlinya kira-kira jam 9 malam kelmarin dan mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

"Individu berkenaan yang dipercayai penyokong Kelantan mendakwa Yang di-Pertuan Agong membeli perlawanan akhir Piala FA bagi memastikan kemenangan Terengganu.

"Sebelum ini, kita sudah menasihatkan dua individu berkenaan untuk menarik balik kenyataan itu menerusi laman Facebook milik Terengganu FC tetapi sehingga laporan ini dibuat, tiada tindakan diambil dua individu terbabit.


"Bukan niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi saya berharap polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua individu berkenaan," katanya yang ditemui di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, semalam.

default

Tahniah ! Terengganu bangkit tewaskan Kelantan 2 -1 Final Piala FA 2011

on Sunday, June 12, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PB nak ucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu yang menjuarai Piala FA 2011 di Stadium Bukit Jalil malam tadi di depan 85,000 penonton .  Sejak dari awal lagi PB sokong bahawa pasukan Terengganu akan menang walaupun  sebelum ini  mereka tewas 3-0 kepada seteru mereka Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah baru-baru ini .

Menariknya , skuad ini bangkit daripada ketinggalan 1-0 dan menyamakan kedudukan pada minit kecederaan sehingga membawa ke masa tambahan lalu menjaringkan gol kemenangan .




PB sokong Terengganu dalam final ini kerana yakin skuad  ini dibimbing oleh  Irfan Bakti mampu tumbangkan keegoaan pasukan Kelantan ini.  Jurulatih berpengalaman seperti  Irfan Bakti pernah buktikan pada 2002 di mana membawa pasukan Pulau Pinang ketika itu menjulang Piala FA telah mengalahkan pasukan pilihan , Perak .  Jadi , ramalan PB adalah   tepat sekali dan tahniah kepada Terengganu !


*** Lepas ni skuad Peteh dapat pi Europe la kerana champion Piala FA ...haha ..dan pasukan Kelantan juga dapat juga hadiah  iaitu  cuti umum la esok diberikan Pok Nik ..kalah pun dapat cuti , orait la ...haha

default

PANAS ! Penyokong Nur Jazlan harus baca pendedahan pedih ini ....

on Friday, June 10, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Bila ada beberapa blogger mula hentam UDA , maka panglima-panglima blogger Nur Jazlan mula lah cakap bahawa blogger telah mula hentam Nur Jazlan .

Masalahnya Nur Jazlan haprak ini sudah la tak pejuang agenda Bumiputra , tetapi tidak  menunjukkan beliau telus dan ikhlas  dalam memberi penjelasan sebenar  mengenai projek BBCC.  Sehingga sekarang beliau tidak berani lagi dedahkan nama 11  syarikat kontraktor Bumiputra  yang berminat untuk mendapat projek BBCC.

baca pendedahan panas rakan blogger MPP dalam isu UDA ini ...




Gua mulanya tak nak panjangkan isu mengenai Nur Jazlan dan juga UDA Holdings ni.., tapi nampaknya ada yang still tak sedar dan juga tak nak faham sapa sebenarnya yang paling HAPRAK..


Sekarang ni, apa yang gua nak cakap mudah je.. Kalau betullah Nur Jazlan dan UDA utamakan bumiputera didalam setiap urusan dan bukannya dahulukan kepentingan syarikat..., SILA dedahkan siapa 11 kontraktor yang berminat dalam projek Bukit Bintang City Centre yang terletak di atas tapak Penjara Pudu.


Lepas tu kita sama-sama tengok syarikat-syarikat yang tersenarai tu layak atau tak.. Apa yang gua tahu, dalam senarai tersebut, bukannya hanya terdapat 1 kontraktor bumiputera TETAPI 5 yang cuba diselindungkan oleh Nur Jazlan..


Dan kenapa Pengerusi UDA tu hanya hantar satu nama saja, Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) kepada "pihak atasan"? Tak nak bagi "pihak atasan pilih selain dari EICEC ke Nur Jazlan?


Apa istimewanya EICEC ni pada Nur Jazlan?? Tak cukup lagi ke nak kayakan orang luar? Gua rasa, perangai macam ni lah yang dikatakan sebagai pengkhianat orang melayu. Dah dapat jawatan tinggi, kepentingan dan maruah orang melayu digadaikannya.


Macam mana bumiputera nak maju kalau UDA sendiri tak bagi peluang dan labelkan dorang sebagai tak berdaya saing? Putarbelit dan perangai bangsat macam Nur Jazlan ni lah yang buatkan UMNO dipandang sebagai tak mampu jaga bumiputera..


Nur Jazlan kata UDA dah tak boleh teruskan agenda bumiputera dan UDA perlu cari duit sebab nak atasi masalah kewangan pasal tak dapat bantuan kerajaan. Maknanya.., Nur Jazlan cuba nak kata membantu Bumiputera bererti UDA akan hilang profit besar.


Aloo beb... Kalau nak kira untung saja, elok lu letak jawatan dan buat syarikat sendiri laaa... UDA tu ditubuhkan untuk mengangkat martabat ekonomi Melayu di kawasan bandar. UDA juga diamanahkan untuk bantu syarikat bumiputera..., bukannya semata-mata nak untung saja beb..


Kalau Nur Jazlan rasa UDA dah tak mampu lagi nak pastikan syarikat Bumiputera dapat peranan dalam persaingan ekonomi bandar, gua cadangkan pada Najib supaya bubarkan saja UDA Holdings!!!


Dan tak guna Nur Jazlan jadi Pengerusi UDA kalau dah tak mampu sangat nak fikir kaedah terbaik untuk mendahulukan kepentingan serta agenda bumiputera.. Jadi, tunggu apa lagi baii.., letak jawatan je lah baii..


Dari dulu lagi sesapa yang duduk di jawatan tertinggi UDA Holdings, adalah hasil sokongan dari UMNO. Jangan jadi kacang lupakan kulit dan buat-buat tak faham pasal apa yang diperjuangkan oleh UMNO selama ni..


Nur Jazlan kena ingat.., dia "ditanam" di UDA Holdings bukan sekadar untuk mengira UNTUNG/RUGI WANG RINGGIT, tetapi untuk mengira UNTUNG/RUGI KEPADA BANGSA MELAYU/BUMIPUTRA!!!

p/s: Cukup tak cili yang gua taruk ni? Banyak lagi cili dalam stok simpanan gua.. Hahahahahahaha...


p/s2: Gua ada dengar Anwar dan Guan Eng nak kawtim dengan Nur Jazlan pasal isu UDA dan penduduk Tanjung Tokong 11hb ni untuk tarik sokongan pengundi melayu kepada Pakatan.. Baik punya cili tu beb... Hahahahahahaha....

default

Projek BBCC : UDA memang tak pejuangkan agenda Bumiputra

on Thursday, June 9, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PB bila baca kenyataan  Nur Jazlan dalam jawapan medianya , memang sah la UDA sekarang tidak pejuangkan orang Melayu Bumiputra lagi . 


Semua perlu sedar bahawa kedudukan UDA Holdings Bhd pada waktu ini, bukanlah sama seperti 40 tahun lalu, di mana ketika itu, UDA adalah sebuah syarikat pemaju hartanah yang terkemuka.


Ketika ini, UDA Holdings Bhd mengalami masalah kewangan serta bank tanah yang amat kritikal kerana selepas UDA Holdings Bhd disenaraikan dalam Bursa Saham, syarikat ini, langsung tidak menerima suntikan kewangan atau bank tanah daripada kerajaan secara langsung.


Akibat keadaan ini, UDA Holdings Bhd tidak mampu lagi untuk memperjuangkan agenda Bumiputera seperti digariskan sebelum ini, dalam penubuhannya. 


UDA Holdings Bhd tidak sama seperti 40 tahun lalu, syarikat ini, tidak mampu lagi bersaing dengan syarikat hartanah swasta yang ada pada waktu ini, menyebabkan fungsinya kurang lagi dihormati seperti dulu. 
- Nur Jazlan






UDA yang diasaskan oleh Tun Razak untuk membantu orang Melayu sebagai pemaju  di dalam bandar nampaknya sudah tinggal nama . Hal ini kerana sekarang ini mereka lebih mementingkan keuntungan sepertimana syarikat2 korporat yang lain . Ditambah Pengerusinya Nur Jazlan sendiri akui beliau adalah daripada latar belakaang korporat dan sudah tentunya beliau berfikiran bisnes dan keuntungan . 


Bila bising isu BBCC hendak  diberikan projek kepada syarikat asing dari China , memang tak patut la kerana UDA sewajar mengutamakan syarikat tempatan Bumiputra. 


Walaupun pelbagai alasan oleh   Nur Jazlan berikan kononnya Masa Depan  UDA terancam sepertimana dia merintih di dalam Utusan Malaysia , itu seperti wayang hindustan sahaja . Lebih dangkal sekali beliau seperti melondehkan semua masalah UDA kepada semua orang dan supaya orang simpati terhadapnya . 


Kalau projek billion ringgit BBCC ini beri kepada pemaju dari syarikat China , apa yang akan dapat kepada kontraktor Bumiputra ?  Terus melopong la tengok syarikat asing mai negara kita buat projek .Tak mustahil  pemaju dari China ini akan lantik sub kontraktor Cina tempatan atau tidak pun dari Singapura.  


Jika   siapnya   BBCC ini  ... agak-agak berapa ramai Melayu kaya boleh sewa lot kedai  dan beli aset di kawasan ini ?  Jadi , memang patut la orang marah kat UDA  kerana beri projek ini kepada syarikat luar  dan sudah tak ada ke syarikat tempatan yang layak . 




Bila diminta Jazlan dedahkan  11 nama syarikat tempatan Bumiputra yang masuk tender projek ini , dia tak berani dedahkan  . Kalau Jazlan cakap syarikat tempatan tiada modal besar ....satu kenyataan lawak la dan beliau ingat syarikat di negara ini lekeh sangat ka . Kalau modal mereka sikit , syarikat tempatan ini boleh bergabung dan membentuk konsortium atau join venture sepertimana MMC-GAMUDA yang sedang membina projek PLBE Ipoh - Padang Besar. 


Jadi , tak payah la Jazlan berdolak dalih tentang projek BBCC  dan terbukti  beliau tidak pentingkan syarikat tempatan Bumiputra dan lebih mengutamakan syarikat asing .   


Malu aku ada pemimpin UMNO yang  dilantik sebagai Pengerusi sebuah syarikat GLC  tetapi tidak mempunyai semangat  membantu syarikat Bumiputra sendiri ... 

default

Friendly : Malaysia seri 1 - 1 dengan Hong Kong

on Saturday, June 4, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pasukan Harimau Malaya hanya sekadar  mencatat keputusan seri 1 -1 dengan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Mong Kok Stadium .  Gol pasukan negara dijaringkan oleh pemain gantian Abd Hadi Yahya selepas menerima hantaran cantik dari Mohd Asrarudin Putra dari sebelah kiri .




default

Model Pengganti MYVI yang akan berada di pasaran ...

on Thursday, June 2, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





default

Pengarah Urusan letak jawatan , UDA semakin bergolak !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Isu UDA Holdings milik Kementerian Kewangan semakin panas dan terbaru Pengarah Urusan UDA , Datuk Jaafar Abu Hassan  telah meletakkan jawatan  .  Di ketika pelbagai isu panas  seperti  projek  BBCC yang diberikan kepada syarikat dari China serta penjualan tanah UDA di Jalan Sultan Ismail , tiba-tiba orang kuat UDA sendiri telah meletakkan jawatan .


Pastinya ada yang tidak kena dalam UDA ini dan ia dikatakan  bermula sejak Nur Jazlan menjadi Pengerusi UDA  . Mungkin Datuk Jaafar tidak bersetuju dengan polisi dan keputusan dibuat  oleh Nur Jazlan sejak menjadi Pengerusi ini menyebabkan beliau meletakkan jawatan .


Ia tidak mustahil kerana yang terbaru Pemuda UMNO bangkitkan mengapa UDA setuju utnuk  menjual aset tanahnya  di Kuala Lumpur kepada Mutiara Goodyear Development Berhad  yang mana separuh Board Of Director nya adalah Bukan Bumiputra dan CEO nya adalah Cina !  Adakah itu syarikat yang dikatakan berstatus Bumiputra oleh Nur Jazlan ?

Ini syarikat Ali BABA Melayu  ka ? 


Jika dijualnya aset tanah ini , ia seperti mengkhianati Bumiputra kerana  penubuhan asal UDA adalah untuk menjaga kepentingan pemilikan hartanah Bumiputra bukan agen hartanah . PB harap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengkaji semula bila cadangan UDA  dibawa kepada MOF dan  kerajaan .

PM harus kaji semua penjualan aset bernilai jutaan ringgit UDA ini
daripada terlepas kepada syarikat swasta 



KUALA LUMPUR 1 Jun – UDA Holdings Bhd. (UDA) yang sedang menerima ‘serangan’ bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, hari ini digemparkan pula dengan peletakan jawatan Pengarah Urusannya, Datuk Jaafar Abu Hassan selepas enam tahun menerajui agensi itu.


Jaafar dipercayai telah menghantar surat peletakan jawatannya Isnin lalu, sehari sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah semalam.Beliau dipercayai berbuat demikian atas pilihan sendiri kerana sebab-sebab dalaman dan peletakan jawatan beliau sudah diterima oleh Lembaga Pengarah.


Malah, peletakan jawatan beliau juga disahkan bukan kerana mendapat tawaran daripada mana-mana organisasi.Utusan Malaysia gagal mendapatkan pengesahan berhubung perkara tersebut.


Sumber berkata, setakat ini UDA tidak berhasrat membuat pengumuman peletakan jawatan Jaafar dan tidak menolak kemungkinan ia akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh terdekat ini.Ini kerana, pelantikan Jaafar dibuat oleh Kementerian Kewangan.Bagaimanapun, sumber menafikan Jaafar meletakkan jawatan kerana mempunyai hubungan dingin dengan Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed.


‘‘Ia bukan disebabkan Nur Jazlan tetapi atas sebab-sebab yang tidak boleh didedahkan. Ia terlalu awal lagi (untuk diberitahu),’’ katanya.

default

Wacana Fitnah Sinar Harian : Khairy Jamaluddin juga antara mangsa fitnah ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







Dalam wacana Fitnah anjuran Sinar Harian ini juga ,  budaya fitnah juga turut dikaitkan dengan dalam UMNO sendiri  terutama ketika pemilihan UMNO.  


Ketua Pemuda UMNO Malaysia ,  Khairy Jamaluddin juga tidak terlepas daripada tuduhan fitnah oleh blogger2 UMNO yang taksub kepada pemimpin tertentu . Ikut pandangan beliau tentang budaya fitnah ini dalam wacana ilmiah ini .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.