Archive for October 2018

default

Azeez Rahim, Najib & Gempa Bumi Sulawesi

on Friday, October 5, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Jikalah ada Datuk Seri Najib dan Azeez Rahim...

Tsunami yang melanda Sulawesi telah seminggu berlalu. Ribuan mayat telah dikutip. Masih banyak lagi yang belum diuruskan.

Itu bagi yang telah mati. Bagi yang hidup pula, mereka kini bertarung dengan penyakit dan juga mengharapkan bantuan untuk meneruskan hidup. Mereka perlukan air dan makanan. Kanak2 perlukan susu . Wanita perlukan pakaian dan lampin wanita. Dan pelbagai lagi yg diperlukan.

Indonesia telah mengumumkan bahawa mereka perlukan bantuan antarabangsa. Jiran terdekat Indonesia adalah Malaysia.

Semasa di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib, jika ada bencana2 begini yang berlaku terhadap mana2 negara. Dalam masa yg singkat beliau akan menggerakkan bantuan. Dan Azeez Rahim dibawah KP1M lah manusia yang akan buat kerja menghimpunkan barang2 bantuan dari rakyat Malaysia yg ingin menyumbang untuk dibawa ke tempat tragedi.

Tapi kini semua itu telah jadi kenangan. DS Najib tidak lagi mengetuai negara. Manakala Azeez pula telah 10 hari dikurung oleh SPRM.

Minta maaf saudara2 kami di Indonesia. Kami tak bisa menghulurkan sumbangan dari kami rakyat Malaysia. Kerana tidak ada usaha bersepadu yg dilakukan oleh pemerintah kami untuk menolong kalian.

Tak mengapa....Allah Maha Kaya. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Besar. Antara lambat dengan cepat sahaja, kebenaran pasti akan menjelma.

default

JOHOR TIDAK PERLUKAN PEMIMPIN SEPERTI SYED SADDIQ

on Tuesday, October 2, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




JOHOR TIDAK PERLUKAN PEMIMPIN SEPERTI SYED SADDIQ

Assalamualaikum WBT.

1. Susulan daripada kenyataan dalam laman Twitter milik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Johor terpanggil untuk membuat kenyataan balas.

2. Pemuda UMNO Johor berasa amat kecewa denga kenyataan dibuat Ahli Parlimen berstatus Menteri itu dan tidak keterlaluan untuk disifatkan sebagai 'biadap' terhadap Institusi Diraja di negara ini.

3. Beliau baru sahaja 'setahun jagung' duduk di dalam pucuk pimpinan negara, tidak ada apa sumbangan lagi pun dilihat di Muar atau Johor secara keseluruhannya, namun sudah pandai 'bersuara' terhadap Istana Johor.

4. Jika beliau lupa, Pemuda UMNO Johor ingin mengingatkan beliau kembali bahawa nama beliau mula dikenali atas kapasiti Tunku Mahkota Johor sendiri, semasa beliau masih lagi baru berkecimpung dalam arena politik.

5. Namun apa yang berlaku, seolah-olah 'kacang lupakan kulit' apabila sudah mendapat kuasa, malah secara terbuka berani membalas kenyataan Tunku Mahkota Johor.

6. Sepatutnya, sebagai seorang berstatus Menteri, beliau perlu bertindak profesional dengan mengambil semua pandangan atau kritikan sebagai dorongan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara, bukan menjadikannya bertambah keruh.

7. Tindakan beliau juga boleh mencetus kepada fenomena tidak sihat dalam negara yang menjunjung Institusi Diraja, iaitu membuatkan rakyat semakin berani mencabar Raja atau Sultan.

8. Sebagai seorang Bangsa Johor, tindakan beliau juga jelas tidak mencerminkan sikap dan 'perangai' Bangsa Johor yang terkenal dengan santun dan budi bahasa terutama dalam menjunjung Institusi Diraja di negeri ini.

9. Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak sekeras-kerasnya agar Syed Saddiq membuat permohonan maaf secara terbuka bukan sahaja kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bahkan kepada seluruh Bangsa Johor.

10. Jika gagal berbuat demikian, janganlah jadi pemimpin yang mewakili Johor kerana Bangsa Johor tidak memerlukan contoh teladan daripada kepimpinan seperti ini.

11. Kami percaya, Bangsa Johor pasti ramai kecewa dengan tindakan tidak matang dibuat Menteri Belia dan Sukan ini dan diharap perkara seperti ini menjadi pengajaran buat beliau dan semua.

Sekian, Wassalam.

Mohd Hairi Md Shah,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.